Thursday, July 13, 2017

Biasa #14


“Betul ke Abang Am tetap nak kahwin dengan Leena tu?”

Irham diam, tidak menjawab soalan Linda. Soalan yang berulang kali diajukan oleh Linda kepadanya. Dan berulang kali juga lah dia menerangkan hal sebenar pada Linda. 

“Abang Am sendiri tahu perasaan Linda, kan?” Sambung Linda apabila tiada jawapan dari Irham. Dia sangat kecewa mendengar berita perkahwinan lelaki yang diminatinya sejak kecil lagi. Kalau bakal isteri Irham adalah gadis lain, mungkin dia boleh terima tapi tidak Aleena yang sejak dari dulu menjadi pesaingnya. Walau apa jua sekali pun, Aleena tetap akan ‘menewaskannya’ dalam apa jua hal. 

“You already know my answer, Linda.” Irham mengeluh.

Sebab tu Abang Am piih nak lukakan perasaan Linda?”

Sekali lagi Irham mengeluh. “Dia adalah pilihan Ayah dan Ibu I, Linda.” Dia tiada niat untuk lukakan perasaan Linda. Tapi dia juga tidak mahu mahu melukakan perasaan ahli keluarganya.

Jadi, you nak cakap you tak kisah siapa yang akan jadi isteri you selagi ia adalah pilihan Ayah dan Ibu you, macam tu?” Nada Linda kedengaran tidak puas hati. 

“Yes.” Balas Irham sepatah.

“You sanggup habiskan hidup you dengan perempuan yang sedikit pun you tak cinta?”

Kedengaran sekali lagi keluhan Irham. “Kita dah bercakap hal ni banyak kali, Linda. Lupakan I, okay? Ada banyak lagi lelaki baik kat luar sana untuk you.” Minda Irham teringatkan adiknya. Tidak sedarkah Linda akan perasaan Irsyad padanya selama ini? Apa yang dia telah lakukan pada Linda sehingga gadis itu buta untuk sedar cinta Irsyad?

Kalau ia adalah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga you dan you sedikit pun tak peduli dengan siapa yang jadi isteri you, tak rasa yang I lagi layak untuk tu? I lagi layak daripada Aleena untuk jadi isteri you?”

“Linda, I cuma anggap you sebagai adik I saja. Not more than that, okay!” Mata Irham pandang Linda yang sudah basah matanya. “Ada hal yang tak ditakdirkan untuk you. You kena terima itu.””

“I tak nak terima itu. Leena tak layak dengan you. Dia sikit pun tak cintakan you. Dia cuma nak apa yang you ada.”

Irham sedar akan kebenaran ayat Linda yang itu. Baik dia mahupun Aleena tidak cintakan satu sama lain. Kedua-dua mereka bersetuju dengan perkahwinan ini disebabkan kepentingan yang kedua-dua belah keluarga akan perolehi. 

“Just forget me, Linda.” Irham bangun. Langkahnya terhenti saat tubuhnya tiba-tiba saja dipeluk dari belakang. Dia terkesima dengan tindakan Linda itu.

“Tolong jangan kahwin dengan dia,” rayu Linda dengan tangisan.

Irham kaku. Sediit pun dia tidak menepis pelukan Linda itu. Dibiarkan saja tangisan gadis itu di bahunya. Keadaan sekeliling diperhatikan sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh yang berdiri di belakang pokok, tidak jauh dari tempat dia dan Linda berada. 

Air liur ditelan apabila menyedari susuk tubuh itu adalah milik Aleena. Lantas, dia meleraikan pelukan Linda di pinggangnya. Dia dan Aleena saling berpandangan seketika sebelum Aleena memusingkan tubuh, membelakanginya. Dia perhatikan saja kelibat tunangnya itu beredar. Tiba-tiba saja rasa bersalah terbit dalam dirinya. 

Perlu ke you tunjuk riak macam tu?” Kedengaran suara Linda. “You cakap you tak ada perasaan kat dia. But now…”

“Just shut up, Linda!” Nada Irham hampir saja tinggi. Linda dibiarkan keseorangan di laman. Mindanya ketika ini hanya berfikir tentang Aleena. Dia berharap sangat gadis itu tidak memaklumkan apa yang dilihatnya tadi pada kedua-dua ibu bapa mereka, lagi-lagi ibu bapanya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Aleena mengeluh tanpa dia mahu. Langkahnya terhenti dan dalam masa yang sama mindanya mengimbau kembali apa yang dilihatnya tadi. Satu perasaan aneh yang tidak selesa dalam dirinya muncul melihat Linda dan Irham ‘berpelukan’ tadi. 

Walaupun butiran perbualan dua orang manusia itu tidak sangat didengarinya, dia dapat rasakan dua manusia itu sedang bercakap tentang soal hati dan perasaan di saat Maya mula mengalirkan air mata dan kadangkala akan terdengar namanya diungkit oleh bekas sahabat baiknya. Reaksi Irham seperti selalu, dingin dan tidak berperasaan. 

Mungkin betullah apa yang dia fikirkan tadi, yang bahawasanya Irham sebenarnya turut punya perasaan pada Linda. Dan disebabkan dia yang dipilih oleh keluarga Irham sebagai bakal isteri lelaki kerek itu, maka Irham terpaksa lupakan perasaannya pada Linda itu. 

Bukankah kisah percintaan keluarga berpangkat tinggi selalunya begitu?

Si hero jatuh cinta pada perempuan lain. Dan disebabkan menuruti arahan keluarga, si hero terpaksa lupakan cinta. Dan dalam kisah itu dia adalah pihak ketiga, atau dalam erti kata lain, dia adalah wanita jahat, si perampas. 

Melihatkan tangisan Linda tadi juga, membuatkan rasa simpati pada bekas sahabat baiknya muncul. Kalau dia tak muncul, mungkin saja Linda akan menemui kebahagiaannya dengan Irham. Dia sepatutnya bangkang habis-habisan apabila Ayah memaklumkan perihal pertunangannya dulu. 

“Sini pun you!” Tiba-tiba kedengaran suara Irham.

Aleena telan air liur. Tanpa menoleh ke arah Irham, Aleena kembali meneruskan langkahnya. Baru beberapa langkah, lengannya tiba-tiba direntap kasar oleh Irham. 

“We need to talk.”

Sekali lagi Aleena telan air liur. Dia pandang Irham yang kini berdiri di sebelahnya tanpa berkelip mata. Dia cuba merungkaikan pegangan Irham pada lengannya. Namun, tidak berjaya. 

“Lepaskan I.”

“We need to talk, Leena.” Irham tidak pedulikan arahan Aleena.

“Lepaskan I. Kalau tak I akan jerit.”

Irham melepaskan pegangannya pada Aleena. Mereka berpandangan seketika sebelum Aleena kembali menghayunkan langkahnya.

Irham mengejar langkah Aleena. Belum sempat bersuara, muncul Izzat, adik bongsunya dari mana entah. 

Kat sini pun Along dengan Kak Leena.”

“Ada orang cari Along ke?” Soal Irham sambil matanya dikerling ke arah Aleena yang mendiamkan diri. Marahkah gadis itu? Tapi untuk sebab apa?

“Tadi Kak Leena cari Along. Zat bagi tahu la yang Along dengan Kak Linda tadi. Zat ingat Kak Leena tersesat. Tu yang datang sini.”

Aleena kekal diam. Tanpa membalas ayat Izzat, dia terus menghayunkan langkahnya ke dalam rumah. Izzat dibiarkan dengan Irham. 

“Along gaduh dengan Kak Leena ke?” Soal Izzat apabila melihat riak diam bakal kakak iparnya tadi. 

Irham diam. 

“Tadi pun Izzat nampak Kak Linda balik. Muka dia macam orang baru lepas nangis,” sambung Izzat.

Irham mengeluh.

“Ada something berlaku ke diantara Along, Kak Leena dan Kak Linda?” Izzat mengeluarkan soalan lagi. Makin abang sulungnya tidak mahu menjawab soalannya, makin dia mahu bertanya. Situasi yang dilihatnya tadi sangat mengundang rasa curiga padanya. 

Kau tak perlu ambil tahu hal orang dewasa, Zat.” Seusai ucapkan itu, Irham melangkah masuk. Dia harus berterus terang dengan Aleena tentang apa yang berlaku tadi. 

Izzat mencebik sebelum menuruti langkah abangnya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Irham memberhentikan keretanya secara mengejut. Dia sengaja lakukan itu untuk kejutkan Aleena yang berpura-pura tidur. Dia juga tahu, Aleena sengaja berpura-pura tidur bagi mengelak mendengar penjelasannya. Tadi pun, sewaktu dia mahu hantar pulang wanita itu, Aleena menolak. Katanya, dia boleh meminta abangnya mengambilnya. 

“Dah sampai ke?” Aleena bersuara dalam keadaan mamai. Matanya digosok berkali-kali. Entah mengapa dia sangat penat hari ini. Entah bila dia terlelap dia sendiri tidak sedar. 

“You memang pandai berlakon.” Mata Irham pada Aleena yang masih tidak mahu memandangnya. 

Aleena diam. 

“You berlagak tak dengar, you berlagak tak nampak. You are a very good actress, Aleena.”

“Apa yang you merepek ni?” Aleena berpura-pura tidak memahami walhal dia tahu sangat apa yang lelaki kerek di sebelahnya sedang katakan ini. 

“Apa yang berlaku tadi… I dengan Linda…” belum sempat Irham menyudahkan ayatnya, Aleena mencelah. 

“I tak nak dengar.”

Irham terkesima. 

“You ada masa untuk ubah semua ni,” sambung Aleena sambil memandang Irham. 

“Ubah apa?” Irham kerut dahi. 

“Batalkan perkahwinan kita.”

“Kenapa I perlu buat macam tu?”

“Sebab you tak cintakan I. Dan I tak cintakan you. Lagipun, betullah apa yang Linda cakap tu. Yang I setuju nak kahwin dengan you sebab harta you je. It’s your money that all I want, Irham.”

“Kalau I batalkan perkahwinan kita, bukan ke orang yang paling rugi dalam hal ni, adalah you? You takkan dapat duit I kalau I batalkan perkahwinan kita. Oh tak, you yang batalkan perkahwinan kita.”

Giliran Aleena pula terkesima. Dia sudah dapat bayangkan amukan Ayah terhadapnya nanti. Dan mungkin selepas itu dia akan dibuang keluarga.

“You sanggup ke biarkan Linda terluka?”

Soalan Aleena itu dibalas dengan ketawa kecil oleh Irham. Aleena kerut dahi. Dia tersalah keluarkan soalan ke?

“Linda tu bukan siapa-siapa untuk I perlu peduli dia terluka atau tak. Dia tiada kepentingan dalam hidup I, Leena.”

“But I thought…” belum sempat Aleena menyudahkan ayatnya, Irham kembali bersuara. 

“I ingatkan you adalah perempuan biadap yang tak pernah peduli perasaan orang lain.”

Aleena ketap gigi. Sakit hati. 

“But then, you nak I batalkan perkahwinan kita ni is it disebabkan you cemburu?” Irham pandang Aleena sinis. 

“Cemburu? No!” Aleena jerit kecil. “You tu bukan siapa-siapa untuk I cemburu.”

Irham ketawa sinis. “Tapi you ada hak untuk cemburu.”

“And why is that?”

“Because you are my fiancée.”

Aleena terkedu untuk seketika. “But we don’t love each other.”

Irham tarik nafas. “Perlu ke cinta sebelum berkahwin ni? There is phrase like love after marriage, isn’t it?” Dia kembali memandang Aleena. 

“I don’t believe that.”

“So, you percaya dan perlunya cinta sebelum kahwin, macam tu?”

“I..” Aleena telan air liur. Belum sempat dia menyudahkan ayatnya, Irham kembali bersuara.

Kalau you rasa perlunya cinta sebelum kahwin, then, cubalah buat I jatuh cinta dengan I.”

Aleena pandang jelik Irham. Dia salah dengarkah. “Kenapa pula I nak buat macam tu?”

“Sebab I bakal suami you?” Irham pandang sinis Aleena. 

“Bullshit!” Aleena geram. Tanpa mengucapkan terima kasih, dia melangkah keluar dari kereta Irham. Makin bertambah sakit hatinya setiap kali berhadapan Irham. 

Irham ketawa kecil dengan lagak Aleena. Itulah, siapa suruh keluarkan ayat merepek padanya.


Reenapple: Masih tak faham Irham. 

6 comments:

  1. Hurm x habis lagi gaduh..

    ReplyDelete
  2. Irham ni berlagak plus ego..sabor je la aleena..buat linda pls cari org lain..
    -eil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda akan jumpa yang 'setaraf' dengan dia nanti.

      Delete
  3. Replies
    1. Sabar ya. Sedang cari mood menulis.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.