Monday, September 16, 2013

Cerpen: Ros Hijau #2

Sambungan dari SINI

Adrian memandang bangunan berwarna putih di hadapannya. Tertanya-tanya kenapa Anna membawanya ke sini. Edrina sakitkah? Tapi dia diamkan sahaja, tidak pula dia menyoal Anna tentang itu. Dia hanya menuruti Anna dari belakang. Sehinggalah mereka tiba di satu bilik…

“Itu Edrina,” ujar Anna sambil melangkah ke sisi seorang gadis yang sedang berbaring di atas katil.
Gadis itu terbaring di situ. 
Adrian menelan air liur. Sakit apakah Edrina? Wajah gadis itu pucat.

“Kenapa dengan Edrina?” Akhirnya terkeluar juga soalan dari mulut Adrian.

“Dia koma. Dah tiga bulan berkeadaan sebegini. Akibat kemalangan,” ujar Anna sambil mengusap pipi adik kesayangannya. Matanya memandang wajah Edrina. Ah… dia rindu Edrina.

Jambangan bunga Ros di tangan Adrian  jatuh ke lantai. Terkejut dengan apa yang didengarnya. Dipandangnya Edrina. Digelengkan kepalanya, tak mahu percaya dengan apa yang diberitahu Anna padanya sebentar tadi.

“Dia akan sedar bukan?”

“Tak tahu. Doktor kata peluang untuk dia sedar adalah tipis. Dan kalau dia sedar sekalipun, dia tentunya tak akan ingat apa-apa.”

Adrian menelan air liur. “Aku akan tunggu dia sampai dia sedar.”

Anna mengukirkan senyuman. Tentunya Adrian benar-benar menyukai Edrina.

“Aku risau jika kamu yang akan terluka lagi. Jangan tunggu dia lagi,” balas Anna.

“Aku akan tunggu dia.” Adrian muktamad.

Dan membazirkan waktu hidup kamu dengan menunggu sesuatu yang tidak pasti? Kita berdua tidak pasti sama ada dia akan kembali sedar atau tidak.”

“Aku pasti dia akan sedar. Sebagaimana dia pasti yang aku akan muncul dan bawakan dia Ros Hijau kegemarannya, seperti itulah aku pasti dia akan sedar satu hari nanti.”

Anna tersenyum mendengar ayat Adrian.

Tapi dia tak akan ingat apa-apa tentang kamu jikalau dia benar-benar sedar.”

Aku akan kembalikan ingatan dia tentang aku.”

Sekali lagi Anna mengukirkan senyuman.

Terpulang pada kamu. Aku cuma risau jika kamu yang terluka sahaja. Penantian itu suatu penyeksaan tahu.”

Adrian mengukirkan senyuman. Dia tahu apa yang dia lakukan ini. Dan dia pasti dia tak akan terluka lagi. Perlahan-lahan dia mendekati Edrina, memegang tangan gadis itu, sesuatu yang sudah lama dia mahu lakukan.

Aku akan tunggu kamu. Sekali lagi tanpa pernah putus asa,” ujar Adrian. Dan Anna mengukirkan senyuman.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Tiga tahun berlalu…

Pintu bilik dibukanya, dia berjalan masuk. Seperti biasa ada jambangan Ros Hijau di tangannya. Setiap minggu selalu begitu. Dia akan luangkan hujung minggunya di sini, bersama Edrina.

Selamat Pagi. Aku bawakan bunga kegemaran kamu,” Adrian bersuara sambil tangannya memindahkan bunga ke dalam pasu kaca di atas meja di sebelah katil Edrina. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Edrina.

Seperti selalu, bunga kegemarannya.
Tangannya mencapai tangan gadis itu. Sejuk dan lembut. Dia mengukirkan senyuman.

Tak mahukah kamu sedar dan bacakan aku satu cerita? Cerita tentang kamu yang aku mahu dengar dari mulut kamu sendiri,” Adrian bersuara sambil tangannya mengusap pipi gadis itu.

Aku mahu dengar tentang kebenaran yang kamu sembunyikan dari aku. Pembohongan yang kamu lontarkan pada diri kamu sendiri. Sampai bila kamu mahu berbohong pada diri kamu sendiri?

Adrian menarik nafas. Kedengaran gila sebenarnya bercakap seorang diri. Tapi dia tahu Edrina mendengar. Anna beritahu, Edrina mendengar walau tidak menunjukkan sebarang reaksi. Akhirnya dia mengeluarkan buku dari laci meja berhampiran dengannya. Membacakan Edrina buku yang disukainya.

Setelah beberapa jam menghabiskan masa di situ, Adrian mengemas barang-barangnya.

“Aku pergi dulu. Minggu depan, aku datang lagi. Dengan Ros Hijau kegemaran kamu,” ujar Adrian sambil mengukirkan senyuman. Diusap pipi Edrina seperti selalu.

Ketika dia melangkah keluar, dia berpaling, memandang Edrina yang masih lagi terbaring di situ. Dia mengukirkan senyuman. Dia yakin Edrina akan sedar. Dia yakin itu. Sebagaimana Edrina yakin dengannya, seperti itulah dia yakin pada Edrina. Dia akan tunggu waktu itu tiba.


-THE END-

*********************************************************************************

Tuan empunya blog: Dah lama tak tulis love story. :)

Oh, by the way, korang rasa Edrina akan sedar atau tak? :3



21 comments:

  1. Kalau kau tanya aku.

    Ya. Dia akan sedar.

    NA

    ReplyDelete
  2. Huuuu... Adrian sangat sweetlah. Edrina mesti sedar, kecuali dah sampai ajalnya. :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Edrina akan sedar selagi ajal belum menghampirinya.

      Kau nak tulis part Edrina sedar tak?

      Delete
    2. Huu... kau bagi mandat untuk aku sambungkan ea?

      Delete
    3. Kalau kau nak... aku offer je, kalau kalau kau berminat. :)

      Delete
    4. Tengok keadaan. Kalau ada dekat blog aku tu, maknanya aku terima offer kau la. :3

      Delete
    5. Hahah. Aku tak paksa pun. Jangan tertekan lak. >.<

      Delete
  3. Nice..tp sedih sbb edrina koma..
    Aku mau ending yang happy..:')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan ke tu dah kira happy ending? Muehehehehe.

      Delete
    2. npa happy ending ko sedih sngt..aku nak try smbung cerita ko..hahahaa...ble ke?

      Delete
  4. Reen..aku nk komen jer ea.xnk baca.ahahahahaha.

    ReplyDelete
  5. akan sedar! hehe

    mcm cun je ros hijau..x penah aku jumpa lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun tak pernah jumpa lagi. Mueheheh :D

      Delete
  6. kalu cerita sambungan aku menarik, aku nak ko post kat blog ko?..
    klu x menarik, aku delete n tunggu sambungan ko..ada berani x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Main berantai rantai lak. Orait bebeh. :P

      Delete
  7. hahahaa...serious je aku nak bgtau kat ko...aku dh siap tulis sambungan cerpen ko ni... serious juga aku nak bgtau kat ko.. susahnye nak siapkan...lol

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.