Saturday, July 13, 2013

Kistot #25: Cebisan


Dia cakap aku gila bila aku kata aku suka dia.

“Kau dah gila agaknya.”

Tapi dia tak tahu aku sedang jujur.

“Aku tak akan percaya.”

Dan ayat dia yang terakhir bikin aku terluka sampai saat ini.

“Walau kau seorang saja perempuan dalam dunia ni, aku tak akan pernah pilih kau. Aku lebih rela jadi gay dari jatuh cinta dengan kau.”

Dan sebab itu aku membawa diri. Membawa diri jauh darinya. Menghilangkan diri dari pandangan dia. Buat apa lagi aku mahu berharap pada yang tidak sudi. Dia tolak perasaan aku tanpa dia sedar aku sebenarnya serius dengan apa yang aku katakan pada dia hari itu.

Ah… jejaka, boleh aku minta kau percaya dengan ayat aku kali ini? Tapi tak mungkin dia akan ada peluang itu lagi. Hati aku nekad untuk buang dia dari hidup. Payah tapi aku cuba. Perit tapi aku abaikan sahaja. Sakit sebenarnya bila diri cuba berlagak tiada apa-apa yang berlaku. Tidak sedarkah dia, hati aku kini sudah menjadi cebisan disebabkan dia?



Tuan empunya blog: Sape rasa sedih baca ini, aku ucapkan tahniah. Atotototo.



27 comments:

  1. Hurmmm... Xpalh. Dia pilih nk jadi manusia jahiliyahkan...¿ oh... Doalh untuk dia agar dpt jalan pulang...

    ps » Aku pernh rasa hati ni becebis2... Heeee. Tpi bkn dgn gaylah...


    ~BS~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Aku tak rasa dia mahu jadi manusia jahiliah. Dia cuma tak suka gadis tu macam gadis tu suka dia. :)

      p/s: Aku pun pernah alami. Ekekeke :D

      Delete
  2. Kau ni memang pandai bab buat cerita sentuh hati orang ni. Patah hati betullah~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Kau rasa patah hati kah? Feveret aku tulis citer sedih dan psiko. Ekekeke.

      *Anugerah dari DIA. :)

      Delete
    2. Nyaris-nyaris nak patah lah. Oh, aku pulak memang tak pandai mengarang cerita sedih. Fail habis. Ekekekeke...

      Delete
    3. Haha. Jangan sedih. Aku tahu. Kau kan suka tulis genre cinta remaja. :)

      Delete
    4. Hee~ ajar sikit macam mana nak menulis cerita sedih?

      Delete
    5. Haha. AKu pun tak tahu macam mana nak ajar. Kalau aku, aku try rasa kesedihan watak yang aku tulis. :)

      Delete
  3. Jejak itu pasti mpunyai alasan untuk menolak perasaan itu
    kerana...
    Tiada siapa yang tahu tentang diri jejak tsebut..tentang keadaannya..tentang rasanya..tentang kisah lampaunya
    Semua manusia ingin di hargai namun perlukah kita melukakan hati org yang disayangi dengan lebih dalam lagi demi sebuah rasa yang indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi, beritahulah alasan yang sebenar. berceritalah hal yang sebenarnya. Berkemungkinan 'aku' itu sedia mendengar dan menerima masa lampau jejaka itu. Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Apa-apa pun DIA maha mengetahui lagi. :)

      Delete
    2. Pasti rasa sakit berbohong kan? Lebih lebih lagi yang kita bohongi itu bukan satu pembohongan

      *ini mungkin mampu mjwb persoalan syah

      Delete
    3. Berbohong atas perkara yang sememangnya benar, memang sakit. Lebih lebih lagi yang dibohongi itu adalah diri sendiri.

      BTW, persoalan apa yang kau maksudkan? Aku tak faham.

      *erk... people here call me Reen, not syah. :P*

      Delete
    4. myb i risau sangat dgn keadaan u..
      awk jga diri elok2 k
      kurangkn makan ice cream time bulan ramadan ni
      tp jgn kurangkn senyuman

      Delete
  4. aku tak rasa sedih. even bila aku bayangkan sesiapa sekalipun. entah, mungkin aku dah mula bangkit semula :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!!!! Congratulations on the new spirit dear. :)

      *masa aku tulis ni, memang aku tak sedih. Ekekeke*

      Delete
  5. Aku rasa.... aku rasa....aku rasa...

    Eh... apa yg aku rasa ya reen? Hahahahahah..


    Aku rasa rajuk pada yg sayang...

    Kasih pada y sudi..



    Ckp senang la kan... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Aku tak de rasa maca tulis kistot ni. Rajuk pada yang sayang, kasih yang sudi. Betul jugak tu. Ekekekeke

      Delete
  6. satu wajah je yg aku terbayang bila baca nie . DIA .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Auwww.... kau pernah alami situasi ini kah?

      Delete
  7. ni zaman bila nak tackle dapat.. bila dah dapat yang lain.. wa relaks je..

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Adakah? Dari sudut perempuan, ini sedih. Dari sudut lelaki, kejam ya? Haha

      Delete
  9. yang buatkan kakCT sedih bila dia sanggup jadi gay daripada 'terima' cinta kamu. kadang2 susahnya jadi jujur dalam bab2 perasaan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju! Kadang-kala harus mengecewakan walau itu akan buat 'dia' terluka. Ehehehe.

      Delete
  10. aku pernah kena , tapi ayat yang last , tak da pula dia cakap camtu kt aku...mmmg aku tak balik kampung la kalau dia cakap camtu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Aku rasa setiap dari kita pernah alami situasi ini. :)

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.