Tuesday, October 10, 2017

Lovebug - #3



Jam tangan dikerling. Lambat pula gerangan yang ditunggunya tiba. Entah berapa kali matanya memandang pintu utama perpustakaan di hadapannya. Dari tadi dia mahu ‘menyapa’ kelibat lelaki yang dilihatnya tadi. Tapi, melihatkan betapa ‘sibuknya’ lelaki itu ‘melayan’ rakan-rakan perempuannya, membuatkan Airis mengambil keputusan untuk menanti Adrian di luar perpustakaan. 

Adrian Harris. 

Dalam kolejnya tak ada seorang pun yang tidak mengenali remaja lelaki itu. Rupa paras lelaki itu yang kacak serta berasal dari keluarga terkenal membuatkan lelaki itu dikenali ramai. Ditambah lagi dengan sikap peramah lelaki itu, mana-mana gadis akan jatuh cinta dengan Adrian Harris. 

Oh, itu adalah apa yang diberitahu oleh rakan sekelasnya tentang senior mereka itu. Mereka gelarkan Adrian sebagai Prince Charming. Tapi Airis rasakan Adrian tidak layak memperoleh gelaran itu. 

“Hai!”

Entah bila Adrian muncul, membuatkan Airis terkejut kecil. Buku di tangan gadis itu terjatuh ke lantai. 

Adrian mengambil buku yang terjatuh di lantai. “You mesti sedang tunggu I, bukan?” Buku di tangannya dihulurkan pada Airis di hadapannya. 

“Tak.” Airis bohong. 

“Habis tu, you tunggu siapa?”

“Kawan I.” Sekali lagi Airis berbohong. 

“Oh, really?” Mata Adrian memandang Airis dari atas hingga bawah. Seperti biasa, kasut sneakers merah tersarung di kaki gadis comel di hadapannya. “Kalau you tunggu kawan you, buat apa you asyik tengok I dalam library tadi?”

Airis telan air liur. Macam mana lelaki ni tahu?

“I… I … nak buku I balik.”

Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Airis kerut dahi. “Syarat apa?”

“Keluar dengan I.” Adrian senyum lebar. 

Sekali lagi Airis telan air liur. Lelaki ni dah gila ke apa?

“I tak nak keluar dengan you.”

“Kalau macam tu, you tak dapat buku you balik.”

“Tapi…” Airis mati kata untuk ‘memujuk’ lelaki di hadapannya. By hook or by crook dia harus dapatkan buku kesayangannya. 

“At least you patut balas budi I sebab tolong simpankan buku you ni.”

“Tak ada siapa pun yang suruh you simpankan buku tu untuk I.”

“Maksudnya you nak I buang buku ni la?”

“Tak!” Nada Airis tinggi tanpa dia sedar. 

Manakala Adrian tahan ketawa. Comel betul melihat riak gelisah gadis di hadapannya. 

You ada dua pilihan. Sama ada you keluar dengan I untuk dapatkan buku you ni. Atau I buang buku you ni dalam tong sampah, you boleh ambil kat situ.”

“I guess you are not that charming like everyone said about you.” Tanpa sedar, Airis tuturkan ayat itu.

Adrian kerut kening. Sedikit terkesima tapi masih membuatkan dia mahu ‘memuji’ gadis comel ini. 

I tak faham apa yang peminat-peminat you nampak dalam diri you ni. Just only because muka you not bad and berasal dari keluarga kaya doesn’t mean you deserve that title,” sambung Airis.

Serentak itu, Adrian ketawa kecil. Dan itu mendatangkan rasa hairan pada Airis. Bukankah dia baru saja ‘mengutuk’ lelaki ini?

“You tahu tak you ni comel?” Adrian bersuara setelah ketawanya reda. 

Airis kerut dahi lagi. 

“Sebagai balasan untuk pujian you, I bagi balik buku you ni.” Sebuah buku biru dikeluarkan dari beg galas Adrian. “Your book.” Buku biru itu dihulurkan pada Airis. 

Airis ambil buku di tangan Adrian. 

I ada tulis nombor telefon I dalam buku you tu. In case, you rindu I.” Adrian kenyit mata sambil senyum lebar. Seusai ucapkan itu Adrian berlalu pergi. 

Dan Airis memandang Adrian dengan riak jengkel. Buku di tangannya dibelek sehinggalah dia terpandang satu tulisan yang bukan miliknya berada di salah satu helaian. Airis menutup kasar buku itu. Mulai hari ini, dia isytiharkan senior lelaki bernama Adrian Harris itu adalah sesuatu yang harus dia elakkan. Harap sangat ini adalah kali terakhir dia bertemu lelaki itu. 


Reenapple: Macam dah lama tak buka blog. 

Sunday, September 17, 2017

Lovebug - #2



Airis baru saja melabuhkan punggungnya di kerusi sebelum seorang lelaki yang sangat asing baginya, mengambil tempat berhadapannya. 

“Hai!” sapa Adrian tanpa segan silu. Senyuman manis diukir seperti selalu. 

Kalau gadis lain, berkemungkinan akan tersenyum atau tersipu malu disapa lelaki kacak seperti Adrian, tapi tidak bagi seorang Airis Medina. Gadis itu memandang kosong Adrian tanpa suara. 

“Ingat I lagi tak?” Adrian bersuara lagi. 

Airis geleng kepala menjawab soalan Adrian. Seperti tadi, Airis masih tidak bersuara. Dia sebenarnya sangat janggal dengan lelaki asing ini. 

Come on!” Adrian pura-pura tidak puas hati. “You dengan I pernah jumpa dulu.”

Airis tidak memberi reaksi pada ayat Adrian. Dia masih dalam keadaan terpinga-pinga. 

“Adrian, lelaki yang terlanggar you kat kafe dulu, ingat tak?”

Airis geleng kepala. Dia bukan berbohong tapi dia memang tak ingat. Dan dia juga tidak faham apa sebenarnya remaja lelaki di hadapannya sedang merepek. 

Adrian mengeluh kecil. Sedikit kecewa. Tapi itu belum cukup untuk dia berputus asa. Dia kemudian mengeluarkan satu buku nota kecil berwarna biru dari begnya. 

“I rasa ini akan buat you ingat I.” Buku tersebut diletakkan di hadapan Airis. 

Airis telan air liur melihat buku di hadapannya. Belum sempat dia mencapai buku itu, Adrian terlebih dahulu melarikan buku darinya. Dia pandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

“Tengok reaksi you tu, I’m sure you had remembered me. Right?” Adrian senyum melihat wajah tidak puas hati Airis. Sangat comel!

“Bagi balik buku I.” Nada tidak puas hati digunakan oleh Airis. Matanya merenung tajam Adrian. Rupa-rupanya selama ini, buku kesayangannya berada di tangan lelaki itu. Dia ingatkan dia tersalah letak di mana-mana. 

“Cakap you ingat I dulu, baru I bagi buku you.”

“You nak apa sebenarnya?” Cermin mata dibetulkan sambil mata Airis kekal memandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

An acknowledgement that you know and remember me.”

Airis mengeluh kecil. Memang la tadi dia tidak ingat dan kenal lelaki ini. Tapi, setelah melihat buku biru kesayangannya, serta-merta dia dibawa mengimbau memori yang berlaku beberapa hari yang lalu. 

Memori dimana seorang lelaki tiba-tiba saja melanggarnya. Sudahlah melanggarnya, lepas tu ajak nak buat sesi suai kenal pula. Ucap kata maaf tu dah cukup la, tak perlu nak bermulut manis bagai.

“So?” Kedengaran lagi suara Adrian. 

“I dah ingat you. Tapi I tak berminat nak kenal you.”

Wow! 

Tiba-tiba saja Adrian berasa teruja dengan ‘penolakan’ dari gadis bernama Airis ini. Dia sepatutnya berasa tercabar tapi entah mengapa melihat sisi Airis yang ini, membuatkan keinginannya untuk mengenali gadis ini semakin bertambah. Ia lebih dari saat hatinya terpaut suka pada kali pertama mereka bertentang mata. 

“You…” belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja kedengaran suara perempuan. 

“Hai Ed!” 

Adrian mengeluh tidak puas hati mendengar suara Julia, si gadis paling perasan dan gedik dalam kolej ni. Dia lagi tidak puas hati apabila Julia mengambil tempat di sebelahnya. 

“Oh, am I interrupting you, Ed?” Julia pandang jengkel gadis bermata empat di hadapan Adrian. 

“Hai, Ju!” Adrian senyum palsu. “You nak apa?”

Julia senyum menggoda. “I dah lama tak nampak you. Dah la sem ni kita tak sama kelas. Do you know how I miss you, Ed?”

Airis menahan rasa jengkel melihat situasi di hadapannya. Dia kemudian bangun, meninggalkan pasangan ‘bahagia’ itu. 

Adrian mengeluh untuk kali ketiga. Sebab Julia, Airis pergi. 

“You had ruined everything, Ju!”

“Apa yang I dah buat?” Julia langsung tiada rasa bersalah. Dia lagi gembira melihat junior mereka yang bernama Airis tu beredar. “Oh, tolonglah jangan bagitahu I yang you nak usha our ugly junior tu, Ed?”

Adrian geleng kepala mendengar ayat Julia yang selalu merendahkan orang lain. 

“You need someone else better than our ugly junior. Macam I,” Julis senyum menggoda. 

Adrian geleng kepala lagi. 

“So, you nak pergi lunch dengan I tak?”

Belum sempat Adrian menjawab, kedengaran pula suara Tisha. Kali ini Adrian tersenyum lebar. Lagi-lagi melihat wajah Julia yang berubah. 

Oh, I tak tahu pun Julia ada kat sini. Hi, Ju!”

“Hai… Tisha…” tergagap-gagap Julia membalas sapaan Tisha. Dia sebenarnya gerun dengan Tisha Lydia ini.

Tisha senyum. “I ganggu ke?”

Adrian geleng. Begitu juga Julia. 

“I pergi dulu.” Terus Julia angkat punggung, berlalu pergi. 

Setelah kelibat Julia hilang, Tisha mengambil tempat berhadapan Adrian, kerusi yang sama Airis duduk tadi. 

“Kadang-kadang you buat I teringatkan Mama I.” usik Adrian. 

“Maksudnya, I cantik macam Mama you?”

“No. Tahap garang dia sama macam you.”

Tisha mencebik. “At least garang I dah tolong you tadi.”

“Well, thank you, Tisha. I appreciate it.”

“Your welcome, Ed.”

Kedua-dua mereka kemudian bergelak ketawa.

“You know what, Ed. Kalau you nak cari girlfriend, please find someone that is much better than Julia.” Tisha geleng kepala melihat gelagat Julia tadi. 

Tidak dinafikan, sahabat baiknya ini punya wajah yang mana-mana gadis akan jatuh hati pada kali pertama bertentang mata. Ditambah lagi dengan karakter peramah Adrian ini, mana-mana gadis akan terpikat. Kecuali dia yang sudah faham akan perangai sebenar Adrian. Dalam erti kata lain, Adrian bukan lelaki idamannya. 

Adrian gelak kecil. “Don’t worry about that. I dah jumpa someone that is better than Julia.”

“Who?” Terbuntang mata Tisha mendengar ayat Adrian. Sebelum ini, mana pernah Adrian bercerita tentang gadis yang telah menambat hatinya. Adrian mungkin peramah terhadap gadis-gadis yang sukakanya, tapi sahabatnya itu tidak pernah mahu jatuh hati. Adrian tidak berminat dengan perasaan gadis-gadis itu terhadapnya. 

“The owner of this book.” Tangannya diletakkan di atas buku di hadapannya. 

Tisha mahu mencapai buku tapi Adrian telah memasukkan ke dalam begnya. 

“I’m going to tell Mama Zara about this.” Tisha ugut Adrian. 

Adrian mencebik. Dia tidak kisah pun. Lagipun dia juga tidak sabar untuk bercerita tentang Airis pada Mama. 

Dan dari jauh, tanpa Adrian dan Tisha sedar, sepasang mata hitam milik Airis sedang memerhatikan mereka. Airis harus berfikir cara untuk dia mendapatkan kembali bukunya.

Reenapple: Agak-agak Airis ni siapa? 

Saturday, September 16, 2017

Lovebug - #1



Gadis bermata coklat dihadapannya dipandang dengan senyuman. Tapi, seperti tadi, gadis itu masih mendiamkan diri. Masih lagi tidak mahu menyambut huluran tangannya. Dan masih lagi memandangnya dengan terkebil-kebil. Tidak dia pasti jikalau gadis itu marahkannya kerana melanggarnya ataupun gadis itu kaku berhadapan lelaki kacak sepertinya. 

“Kalau you tengok I macam tu, sampai bila-bila pun you takkan bangun. Dan I mungkin akan kekal buat macam ni.” Adrian kenyit mata pada gadis itu. 

Gadis itu tersedar. Dia kemudian menyambut huluran tangan Adrian sebelum berdiri, dibantu oleh Adrian. “Thanks,” ucapnya dengan rasa malu.

“Nama you apa?” Adrian mengeluarkan soalan. Dia lupa langsung akan kelibat Tisha yang entah hilang ke mana.

Gadis itu masih mendiamkan diri. Mungkin teragak-agak untuk menjawab soalan lelaki asing di hadapannya. 

“Nama I Adrian, tapi orang panggil I, Ed,” sambung Adrian lagi dengan senyuman di bibir. 

“Airis,” balas gadis itu ringkas. 

“Beautiful name.” Adrian senyum lagi.

Airis kembali mendiamkan diri.

"Wanna have a drink? Anggap itu adalah tanda I minta maaf sebab terlanggar you."

Airis geleng kepala. Dia segan. Lagipun dia tidak sepatutnya menerima ajakan dari orang yang tak dikenali. Lebih-lebih lagi lelaki.

Adrian sedikit kecewa dengan penolakan dari gadis comel ini. Mana pernah gadis menolak pelawaannya. Sesungguhnya, dilahirkan sebagai seorang yang kacak memberinya kelebihan yang itu. Dia berterima kasih pada Papa dan Mama kerana memberikan DNA kacak ini.

"I have to go." 

Belum sempat Adrian bersuara, Airis bersuara lagi. Tanpa ucapan selamat tinggal, Airis berlalu pergi, meninggalkan Adrian.

Mata Adrian kekal pada Airis yang kelihatan tergesa-gesa berjalan membelakanginya. Beberapa seketika, kelibat gadis bernama Airis itu hilang dari pandangnya.

Sekali lagi Adrian tarik nafas. Tangannya memegang dadanya. Entah mengapa dari saat dia terpandangkan Airis, jantungnya berdegup laju. Hurmm.

"Mama, I think I had fall in love at first sight," bisiknya dengan senyuman. Buku nota kecil yang berada di kakinya dicapai. Andaiannya, buku itu adalah kepunyaan Airis.

Dia kemudian beredar, menghala ke arah kali terakhir Tisha Lydia berada.