Wednesday, May 9, 2018

Cerpen : Dia #3




Keadaan sekeliling dewan dihadapannya diperhatikan. Matanya sedang mencari kelibat seseorang yang dari tadi muncul dalam minda sejak semalam lagi. Kalaulah dia baca awal-awal lagi isi kandungan kad kahwin yang diberikan Haziq dulu, tak adalah dia nak patah hati sebegini lama. 

Nafas ditarik sambil matanya masih lagi memerhatikan pasangan pengantin baru yang sedang bergambar dengan tetamu. Tapi, dalam masa yang sama, Amelia masih lagi mencari kelibat Haziq di dalam dewan ini. 

“Lia…” 

Suara lelaki yang menyapanya membuatkan Amelia memusingkan badannya. Air liur ditelan tatkala menyedari gerangan yang memanggilnya. 

“Aku ingat kau tak datang.” Haziq mendekati Amelia di hadapannya. 

Amelia kaku. Tiba-tiba saja lidahnya kelu untuk berkata. 

“Kau dah makan ke?” Haziq bersuara lagi. 

Amelia angguk walaupun itu bukan hal sebenar. Dia masih belum menjamah makanan yang disediakan. Tujuan utama dia hadir ke majlis kahwin abang Haziq adalah untuk bertemu lelaki itu bukannya mahu meraikan kedua pengantin baru itu. 

“So, kau dah nak blah ke?” Soal Haziq untuk kali kedua. 

Amelia diam seketika. Hatinya meminta dia mengiyakan saja soalan Haziq itu. Tapi akalnya pula meminta dia melakukan sebaliknya. 

“Haah.” Akhirnya Amelia menuruti kata hati. 

“Aku baru ingat nak ajak kau borak.” 

Amelia terkedu. “Nak borak pasal apa?” 

“Pasal kita.” Haziq ukirkan senyuman sambil tangan kanannya didepakan ke arah pintu. 

Amelia telan air liur. Mahu atau tidak menuruti Haziq? 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Beberapa minit kemudian, Amelia dan Haziq telah berada di luar dewan, menghadap pemandangan tasik dihadapan mereka. Masing-masing mendiamkan diri sebelum Haziq memecahkan kesunyian yang melanda mereka berdua. 

“Kau… masih marahkan aku?” 

Amelia kerling ke arah Haziq yang sedang memandang tasik di hadapannya. Jujur, saat ini dia sangat berdebar. Debaran yang sama dialami semenjak dia sedar dia sebenarnya suka Haziq lebih dari seorang kawan. 

“Hah, Lia?” Kali ini Haziq tuturkan soalan sambil menoleh ke arah Amelia. Mata mereka bertemu sebelum Amelia mengalihkan pandangan. Haziq tersenyum kecil dengan gelagat Amelia yang itu. 

“Tak ada sebab aku nak marahkan kau.” 

“Kau pasti?” 

Amelia mengeluh kecil, sedikit tidak selesa dengan soalan Haziq itu. “Dulu adalah aku marah kat kau sebab kau sangat bebal nak tahu aku suka kau.” 

Haziq ketawa kecil. 

“I’m not making any jokes, okay!” berang pula Amelia dengan gelak Haziq ni. 

“Aku manalah tahu semua tu. Kau pun tak pernah bagitahu aku.” Haziq bersuara setelah ketawanya reda. 

“Aku ada bagitahu kau. Tapi kau je yang bebal nak faham.” 

“Aku ingatkan selama ni kau bergurau je. Kau mana pernah serius dengan apa yang kau cakap.” 

“Kau ada bukti ke untuk semua tu?” 

“Ada!” 

“Like what?” Amelia tahan rasa geram dengan Haziq disebelahnya. Nasib baik Haziq ni lelaki yang dia suka. Kalau tidak dah lama dia tolak sahabatnya ini ke dalam tasik. 

Macam birthday aku dulu. Kau cakap nak buat kek birthday untuk aku. But kau end up beli kek.” 

“But it still a birthday cake.” 

Haziq geleng kepala dengan cebikan. “Tak sama, Lia. Kek yang kau buat tak sama dengan kek yang dibeli kat kedai.” 

“Fine! Next birthday kau, aku akan buat kek untuk kau.” 

“Janji?” Haziq hulurkan jari kelingkingnya kepada Amelia. 

Amelia mengeluh sebelum jari kelingkingnya memaut jari kelingking Haziq dengan berat hati. “Janji.” 

Haziq ketawa kecil lagi. Mereka berdua kemudian memandang kembali tasik dihadapan mereka. Keadaan kembali menjadi sunyi. 

“So, kenapa kau boleh suka aku?” 

“Eeiii… soalan jenis apa tu?” Amelia pandang Haziq dengan jengkel. 

Sekali lagi Haziq ketawa. Amelia dan reaksi spontannya tak pernah gagal membuatkannya ketawa. Sebab itulah dia selesa dengan gadis itu. 

“So?” Haziq bersuara lagi setelah ketawanya reda. “Kenapa kau boleh suka aku?” Dikeluarkan soalan yang sama. 

Amelia telan air liur. Sejujurnya, dia tiada jawapan yang pasti untuk soalan Haziq ini. “Aku tak ada jawapan yang pasti untuk soalan kau ni.” 

“Kenapa pula?” 

Amelia jongket bahu. “It’s happened naturally. Aku pun tak tahu what and why aku boleh tersuka kat kau lebih dari seorang kawan. Aku tahu kau dah ada girlfriend so aku tak harap apa-apa pun dari kau.” 

“Mana kau tahu aku dah ada girlfriend?” 

Sekali lagi Amelia jongket. “Assumption maybe. Sebab kau dah jarang nak ajak aku lepak. Lagipun kau selalu upload gambar dengan gegirls kat ofis kau. I bet one of those girls is your girlfriend.” 

“Sebelum buat assumption tu, tanya dulu, Lia.” 

Amelia mencebik. 

“Aku mana ada girlfriend.” Sambung Haziq. “Kalau aku ada girlfriend, kau adalah orang pertama aku bagitahu.” 

Tipu. Girl yang kau pernah crush tu?” 

“Dia dah nak kahwin.” 

“So, kau nak lepaskan dia macam tu? Dia tahu tak perasaan kau?” 

Haziq geleng kepala. 

“Kenapa kau tak luahkan?” 

“Kalau aku luahkan, aku takkan tahu perasaan sebenar kau kat aku kan.” 

Amelia terdiam. Terus dia alihkan pandangan dari Haziq. Jantungnya tiba-tiba berdegup laju. Lebih laju dari kebiasaan. “Tapi aku tahu kau takkan suka aku macam yang aku suka.” 

“Said who?” 

“Said me.” Amelia melepaskan keluhan. 

Kali ini kedengaran Haziq pula yang melepaskan keluhan. “Kau patut tanya aku dulu sebelum buat assumption yang bukan-bukan.” 

“Aku tak tanya pun memang tu jawapan kau. Ingat tak jawapan kau dulu?” 

“Aku jawab macam tu sebab aku ingat kau sedang gurau.” 

“Habis, aku dah serius.” 

“Kalau kau serius, jawapan aku adalah YA, Lia.” 

Amelia terkedu mendengar ayat Haziq yang tiba-tiba itu. “Apa yang YA?” Dia cuba meminta kepastian. 

“Ya, aku suka kau juga. Puas hati?” Haziq ukirkan senyuman. 

Amelia kaku untuk bersuara. Ayat Haziq yang tiba-tiba ini membuatkan dia tiba-tiba saja mahu pengsan. 

“Aku dah lama sukakan kau. Tapi masa tu kau suka si Luqman yang kaki playboy tu, so aku diamkan je la. After that aku jumpa kawan perempuan yang aku pernah cerita kat kau. Aku memang ingat aku dah suka kat Julia dan lupakan perasaan aku kat kau. Tapi rupanya tak. Aku masih sukakan kau.” 

“Tapi, aku kan ada confess kat kau hari tu.” 

“Mindset aku cakap kau bergurau je. Because I know you too well, Lia.” 

Amelia mengeluh kecil. Dia mencebik. 

Haziq senyum melihat reaksi Amelia. “So, lepas ni apa yang jadi kat kita?” 

Amelia jongket bahu. 

Sekali lagi Haziq tersenyum kecil. 

Tiba-tiba perut Amelia berbunyi. 

“Kau tak makan lagi kan?” Haziq pandang Amelia. 

“Belum.” Amelia tunduk. Tiba-tiba malu pula dengan apa yang baru berlaku sebentar tadi. 

“Jom pergi makan. Sambil-sambil tu kita fikir tentang masa depan kita.” Haziq bangun. Tangan dihulurkan kepada Amelia. 

Huluran tangan bersambut sebelum kedua-dua Amelia dan Haziq melangkah masuk ke dalam dewan dengan senyuman di bibir dan juga di hati masing-masing. 

Habis!


Nota Reen: Yeay! Akhirnya temui kata penamat even memula nak buat sad ending. Haha


No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.