Saturday, March 24, 2018

Cerpen: Dia #1



“Kalau aku cakap aku suka kau, kau percaya tak?” 

“Tak.” 

“Why?” 

“Sebab kau tak pernah serius dengan apa yang kau cakap. So, aku akan anggap kau bergurau.” 

Terasa seketul batu besar dihempap ke atasnya mendengar ayat balas lelaki di hadapannya. Dia bukannya sedang bergurau. Dia memang betul-betul maksudkan tentang apa yang dia katakan sebentar tadi. 

Tapi itulah, dia tak mahu jadi perigi cari timba. Namun, dalam masa yang sama dia juga mahu lelaki dihadapannya ini tahu tentang perasaannya. Perasaan yang dipendam bertahun-tahun lamanya. Perasaan yang muncul selepas mereka berdua menjadi kawan baik. 

“Aku gerak dulu. Mak aku dah mesej tanya nak balik pukul berapa.” 

Lelaki dihadapannya bangun. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, lelaki itu melangkah ke arah motorsikal yang dipakir tidak jauh dari tempat mereka berada. Satu kebiasaan, menamatkan sesi melepak mereka tanpa ucapan bye. 

Amelia perhatikan saja kelibat Haziq menghilang dari pandangan. Keluhan bernada kecewa dilepaskan tanpa sedar. 

Dia dan Haziq berkenalan ketika sesi orientasi pelajar baru semester pertama mereka. Yang mana itu adalah kisah yang berlaku 10 tahun yang lepas. 

Jurusan sama. Punya kelas sama. Membuatkan mereka berdua akan selalu terserempak waktu itu. Perangai Haziq yang gila-gila (waktu itu) membuatkan mereka berdua dengan senangnya menjadi kawan baik. 

Tapi sewaktu mereka bergelar pelajar, tidak pula Amelia mahu punya perasaan terhadap Haziq lebih dari seorang kawan baik. 

Cumanya, sejak dua menjak ini, dia rasakan Haziq itu sesuatu yang istimewa baginya. Dia sanggup batalkan temu janji dengan Nabila hanya disebabkan Haziq tiba-tiba saja ajak dia keluar dengan spontan. 

Ya. Dia sangat seorang kawan yang teruk apabila melibatkan hal Haziq. (Kalau Nabila baca ini, tolong maafkan Amelia ya.) 

Bunyi notifikasi telefon pintar mematikan lamunan Amelia. Satu pesanan WhatsApp dari Haziq. 

Weh, balik! Tak elok anak dara keluar sampai lewat malam.

Senyuman lebar diukir. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 



“Aku nak kahwin.” 

Sekeping sampul surat bersaiz segi empat sama diletakkan dihadapan Amelia. Sampul surat berwarna ungu itu dipandang tanpa berkelip mata. 

“Kau dengar tak aku cakap apa?” Suara Haziq menyedarkan Amelia. 

Amelia angguk. 

“Kau nak kahwin dengan siapa?” Amelia paksa dirinya memandang Haziq dengan senyuman palsu. Kalaulah Haziq tahu perasaannya ketika ini. Kalaulah Haziq tahu betapa terlukanya hati mendengar kenyataan yang keluar dari mulut Haziq sebentar tadi. 

“Tengok lah sendiri,” balas Haziq dengan malas. 

Amelia memilih untuk tidak menurut ‘arahan’ Haziq. Matanya memerhatikan Haziq yang sedang asyik dengan telefon pintar di tangannya. Kadang-kala lelaki itu akan tersenyum lebar. 

Amelia cemburu. Sah-sah Haziq sedang membalas mesej dengan tunangnya. 

“Kenapa kau buat aku macam ni?” Tanpa sedar Amelia mengeluarkan soalan itu. 

Haziq angkat muka, memandang Amelia. Seolah-olah ayat yang baru dikeluarkan Amelia itu mengejutkan dirinya. Telefon di tangannya diletak diatas meja. Matanya pada Amelia. “Apa yang aku dah buat?” 

Amelia gelak sinis. Tidak pasti sama ada mahu marah Haziq atau menangis di hadapan lelaki itu. 

“Kau tahu kan selama ni aku suka kau. Kenapa kau treat aku macam ni?” 

Haziq kaku seketika. “Aku tak tahu.” 

Sekali lagi Amelia gelak sinis. “Tipulah! Kita dah kawan lama. Takkan sikit kau tak sedar perasaan aku kat kau?” 

“Kau tak pernah bagitahu aku pun, Lia.” 

Sekali lagi Amelia gelak sinis. 

Aku dah bagi hint banyak kali kat kau. Even confess indirectly kat kau. Tapi kau pilih tak nak percaya.” 

Haziq mati kata untuk membalas ayat Amelia. 

“Dahlah! Lelaki, semua sama je!” 

Amelia angkat punggung. Haziq sempat dijeling dengan rasa menyampah sebelum beredar. 

Haziq mengeluh tanpa sedar. Kalau betul apa yang diucapkan Amelia sebentar tadi, apa yang dia harus lakukan sekarang ini? 

Nota Reen: Nanti sambung lagi.

1 comment:

  1. huhuhu.

    cerita ni buat aku nak menulis lah.

    tp masa kesuntukan pula.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.