Monday, January 22, 2018

Crush 1 Minit


#Crush1Minit

Waktu itu LRT penuh dengan manusia. Dan dia berada di satu sudut berhampiran pintu. Matanya memerhatikan gelagat-gelagat manusia di hadapannya. Ada yang sedang menghadap telefon pintar. Tak kurang juga, yang sedang memejamkan mata, mengharapkan mampu tidur sementara tiba di destinasi dituju. 

Dan sehinggalah matanya terpandangkan kelibat seorang lelaki yang berada berhampiran tiang. Entah berapa lama dia perhatikan lelaki berkemeja putih itu sebelum dia kantoi dengan lelaki itu. Terus dia memalingkan muka, menahan rasa malu. 

Beberapa minit kemudian, dia tiba di destinasi. Rupanya dia dan lelaki berkemeja putih turun di stesen yang sama.

Dalam 'perjalanan' nak menaiki eskalator, lelaki berkemeja putih berjalan di sebelahnya. Dia mendengar lelaki berkemeja putih berdehem atau apa-apa jelah yang sewaktu dengannya. Tapi dia abaikan. Andaiannya berkemungkinan lelaki itu sakit tekak walaupun separuh hati cakap maybe lelaki tu nak say HI. 😅

Tiba untuk touch out, lelaki berkemeja putih itu keluar dulu dan dia masih lagi beratur di belakang. Dia masih perhatikan lelaki berkemeja putih itu. Dia lihat lelaki itu seolah-olah sedang mencari seseorang di tengah-tengah orang ramai sebelum beredar dari situ. 

Melihat lelaki berkemeja putih itu berlalu pergi, dia sedikit kecewa. 

Reenapple: Tak tahu nak tulis dalam bahasa novel tapi ini based on true story.Hiks.

6 comments:

  1. hahaha...minta media sosial dia lain kali

    ReplyDelete
  2. selalunya true story become a great story.

    why not...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memerlukan imaginasi yang banyak untuk ini. Hiks.

      Delete
    2. atau perlukan sambungan berjumpa dengan 'dia' untuk kisah yg selanjutnya?

      Delete
    3. Mungkin juga. Doakan aku jumpa dia lagi. Haha

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.