Monday, February 27, 2017

Jujur


Bagi aku, 100% kejujuran dalam perhubungan tidaklah sangat diperlukan. Ada sesetengah rahsia, kita mahu simpan untuk diri sendiri. Bukan?

Kadang-kadang, bagi aku, kejujuran tu sangat merimaskan. Atau kejujuran itu bikin diri kita kecewa. Makan hati. Dan mungkin rasa diri dikhianati. 

Someone pernah cakap. Kejujuran itu sangat penting dalam setiap perhubungan. 

Tapi sekarang, aku rasa aku mahu sangkal ayatnya yang ini. Sebab bagi aku, bila kita jujur, or kita tahu kejujuran certain things, ia mendatangkan risiko pada diri aku. 

Ah ya, aku pilih untuk jadi diri yang ini. Seorang Reen yang kembali menulis di blog. Maaf, Facebook sangat buat aku rimas.

Salah.

Sesetengah manusia di Facebook seorang Reen. 



 . 

Sunday, February 26, 2017

Quotes #76



There's a story behind every person. There's a reason why they're the way they are. Pain alters our personality.



Thursday, February 16, 2017

Tangisan



Satu malam air matanya mengalir sekali lagi. Mengalit disebabkan terlampau rindukan seseorang. Seseorang yang berada di dunia yang berlainan dengannya.

"I think I'm going crazy." Dikesat airmata yang mengalir tanpa henti itu dengan lemah.

"He's there,dear. Kau tahu yang dia ada. Tapi dia tahu kau kuat. Sebab tu dia dah tak muncul lagi. He has faith in you. Dan dia tak nak complicatekan hidup kau."

Nasihat nasihat dari seseorang itu kembali berputar dalam mindanya. Nasihat seseorang sebelum menghilangkan diri.

Friday, February 10, 2017

Iklan : Novel Setia



Hai!

Nak buat iklan sat. Dengan gembiranya, saya nak announce karya kedua saya dalam versi cetak sudah berada di pasaran. Sesiapa yang beli secara online, akan dapat free gift special dari seorang Reen.

Setia ni tentang apa?

Err... I don't know how to describe this. But boleh dikatakan yang Setia ni adalah sambungan cerpen yang saya pernah tulis tahun 2013.

Okay. Tu je yang nak ditulis. Bye

Thursday, February 9, 2017

Memori #5




“You are my favorite distraction.”

Dia benci gangguan perasaan ini. Dia benci memori-memori ini. Dia benci dirinya yang ini. Diri yang sangat membuatkan dia berada dalam keadaan dilemma. Diantara benci dan cinta, dia tidak lagi mampu mengenalpasti yang mana lebih banyak wujud dalam dirinya. Adakah ini benci? Adakah ini cinta? Atau ia sebenarnya adalah keinginan semata-mata sahaja?

“Malam ini ke?” 

Suara Zachary mematikan lamunan Irdina. Tergesa-gesa Irdina masukkan gaun satin yang berada di tangannya ke laci baju. Langsung dia tidak sedar akan kelibat Zachary yang melangkah masuk ke ruang pakaian. 

“Malam apa?” Irdina berpura-pura naïf. 

“Malam untuk you goda I.” Zachary senyum nakal. 

Irdina telan air liur. Tiba-tiba saja Irdina teringatkan gaun satin yang baru disimpannya tadi. Gaun satin pemberian Amy untuk malam pertamanya masih belum digunakan. Melihat pada situasi sekarang, dia andaikan gaun satin itu tak akan pernah digunakan untuk apa jua yang Amy mahu dia lakukan. 

Rancangan telah bertukar. Rancangan yang mahu memikat hati Adam Zachry pada hari pertama mereka bergelar suami isteri dibiarkan terkubur. Dia, walau macam mana sekalipun tak akan pernah tunduk pada keinginannya yang satu itu. Lagi-lagi selepas kenyataan yang keluar dari Zachary beberapa hari yang lalu.

“I suka baju yang you pegang tadi.” Zachary keluarkan semula gaun satin dari laci baju. “You nak pakai baju ini sekarang? Depan I?” Ditayangkan gaun satin itu dihadapan Irdina. 

“I tak suka baju ni!” Irdina rampas kasar gaun pendek yang seksi itu di tangan Zachary dengan kasar. 

Kalau you tak suka yang ini, I ada pilihan yang lain untuk you.” Zachary tarik Irdina keluar dari bilik pakaian itu. 

Irdina tergaman apabila melihat tiga kotak yang tertera perkataan Victoria Secret disusun sebaris diatas sofa. Dia lagi tergaman melihat kandungan ketiga-tiga kotak itu. 

“I belikan you the most 3 sexiest lingerie. You boleh pilih salah satu. Tapi, I harap you akan pilih yang ini.” Zachary capai satu gaun berwarna merah sebelum dilayangkan dihadapan Irdina. 

Gaun itu sangat transparent pada pandangan mata Irdina. “You sangat gila!”

Ayat Irdina itu disambut dengan hilaian ketawa Zachary. “I jadi gila pun disebabkan you, Dina. You buat I tertunggu. Tiga malam I tidur tak lena sebab you. Apa yang you tak bersedia lagi?”

Irdina mendengus. Ayat Zachary itu buat dia bengang dan dalam masa sama gerun. 

“Come on, Dina. Takkan you tak rasa apa-apa setiap kali tidur sebelah I? You tak rasa nak sentuh badan I ke?” Sengaja Zachary keluarkan soalan ‘menarik perhatian’ itu.

Irdina kekal diam walhal dalam hatinya mengiyakan soalan-soalan yang keluar dari mulut Zachary itu. Itu belum lagi setiap kali dia terlihat tubuh Zachary yang sangat menggoda seksinya. Haih!

“Okay. Sebab you masih nak main tarik tali. Jadi, I nak buat keputusan.”

Dahi Irdina berkerut. Tapi dia tidak mahu keluarkan soalan untuk bertanya tentang apa yang keluar dari mulut Zachary di hadapannya ini.

“Kita buat malam ni.”

Air liur ditelan laju! Biar betul Zachary ni? Dia masih belum bersedia lagi. Irdina geleng kepala laju. Hatinya berkata NO! Tapi mulutnya pula tidak mahu zahirkan perkataan itu.

Tapi, gelengan Irdina hanya dipandang sebelah mata oleh Zachary. Zachary merentap kasar lengan Irdina sebelum menolak tubuh wanita itu ke katil. Juga dengan kasar.

“Zack, let me go!” Irdina meronta. Makin bertambah gerun dia apabila Zachary mengambil tempat diatasnya. “

Zachary geleng dengan senyuman sinis. “You sendiri tahu you jerit macam mana sekalipun, I takkan lepaskan you, sayang. I badly want you this time.” Leher Irdina dicium rakus. 

“We don’t love each other, Zack.”

Kedengaran keluhan kasar. Zachary menjarakkan sedikit tubuhnya dari Irdina. Dia pandang Irdina di bawahnya. “So, what? I buat dengan perempuan lain pun, I tak cintakan dia.”

“But I…”

“Gosh! You akan buat ni dengan orang yang you cintakan je ke?” Zachary tidak benarkan Irdina bersuara. “Then, let’s pretend you love me.” Dia kembali melakukan apa yang dilakukannya pada Irdina tadi. 

“Let me go, Zack,” rayu Irdina. Tangannya cuba menolak tubuh Zachary namun dia tidak mampu. 

Zachary geleng. “I know you want me too, Dina. You saja guna alasan cinta. After all, you do know there's never be love at the very beginning of our relationship.”

Irdina mengeluh. Diantara kata hati dan akal, yang mana dia mahu turuti? Diantara keinginan dan kebencian, yang mana harus dia turuti?

“Let’s pretend you love me,” Zachary bersuara lagi sambil tangannya membuka butang baju tidur Irdina. Wajahnya dibenamkan ke leher Irdina. 

“Kalau kita buat ini, I boleh pasti ke yang you akan jadi milik I seorang saja. I tak akan kongsi you dengan perempuan lain?”

Sekali lagi perilaku Zachary terbantut. Keluhan dilepaskan. Irdina ni suka sangat menganggu moodnya. Dia kembali memandang Irdina yang sedang memandangnya.

“I hate the fact that I’m not the first for you,” sambung Irdina. 

“I pun bukan lelaki yang pertama untuk you, Dina.”

Irdina gigit bibir. Diantara geram dan kecewa, dia tidak tahu yang mana mendominasi hatinya ketika ini. “Bagi I masa untuk bersedia. I tukar baju.” 

Zachary geleng. “Tak perlu. You dah cukup seksi bagi I sekarang ini.” Tubuh Irdina yang sedikit terdedah diperhatikan. Untuk saat ini, hatinya sangat mahu menyentuh tubuh Irdina di sebalik pakaian wanita itu. 

“Tapi…

“Tak ada tapi-tapi lagi, Dina. Jangan spoilkan mood I.”

“I..”

“I akan guna perlindungan. You don’t have to worry about that.”

Zachary andaikan itu yang akan terkeluar dari mulut Irdina. Tentulah, apa yang mereka lakukan ini, bukannya atas dasar cinta walaupun hubungan ini halal. Sah-sah Irdina tidak mahu hadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. 

Namun, sebenarnya bukan itu yang Irdina mahu katakan. 

“You akan jadi milik I seorang je?”

Zachary terdiam seketika. Nafas ditarik sebelum memandang Irdina. “Well, yes. We make a deal. Whenever you want it, I give it to you. Whenever I want it, you have to give to me, okay?”

Irdina diam walaupun dia sangat tidak bersetuju dengan apa yang didengarnya itu. Bukan itu yang dia mahu dari seorang Adam Zachary. Belum sempat dia memberi jawapan, Zachary kembali melakukan apa yang terbantut tadi. Bibirnya kembali memainkan peranan seperti tadi. Begitu juga dengan tangannya. 

Dan Irdina hanya membiarkan saja kelakuan Zachary itu.

Malam itu, satu memori baru dicipta dalam hidup Kayla Irdina dan Adam Zachary.


Reenapple: Reen rasa Irdina still hope Zack will love her. Kan?

Wednesday, February 8, 2017

Reminder




This is for my reminder actually.

Mulut orang yang menyampaikan ni kadang kala tak boleh nak dipercayai. Sebab kadang kadang akan ada plot twist.

Sini cakap A.
Sana cakap B.

At the end yang miserable adalah kita. Even though hal tu bukan hal kita. Kita tak ada kelayakan untuk masuk campur pun urusan yang tak ada kaitan dengan kita.

But then yang menyampaikan tu  fikir since kita kenal A. Kita kenal B, thought we should know about them? Why?

I do know it's my mistake sebab tiba tiba jadi busybody. Sebab tiba tiba jadi bias. But I do know that I'm not a person yang suka dengar keburukan orang lain.

Macam mana I tak suka dia cakap buruk tentang you, sama juga bila you cakap hal buruk tentang dia.

Untuk current situation, I choose to ignore all the nonsense drama yang tak ada kaitan dengan I.

Betullah kata Aiman... "Hati-hati dalam berkawan. Lagi lagi kawan di sini."