Tuesday, January 31, 2017

Memori #4



“Love is a danger of a different kind, to take you away and leave you far behind.”

Baginya saat ini, jatuh cinta adalah satu dosa. Jatuh cinta adalah satu kebodohan. Jatuh cinta itu adalah satu musibah yang dicipta dalam kehidupannya. Dan dia menyesal kerana punya perasaan itu sekali lagi.

“Dina dah malukan Daddy dan Mummy!” 

Jeritan Daddy sehari selepas kejadian hari itu masih lagi terngiang di telinganya. Itu belum lagi dengan tamparan yang hinggap di pipi. Tamparan dari Daddy kerana telah menjatuhkan air mukanya. Kerana telah mencemarkan nama baiknya. Dan juga kerana telah gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang anak yang punya maruah tinggi kepada keluarganya. 

Berulang kali dia memberi penjelasan akan perihal yang berlaku malam itu. Tapi apa yang Daddy dengar dan ingat hanyalah panggilan telefon dari pihak berkuasa tentang beritanya yang telah memalukan keluarga itu. 

Ya, dia dituduh bersalah. 

Ya, Zachary juga dituduh bersalah. 

Tapi 80% kesalahan itu dituding ke arahnya hanya kerana situasi itu berlaku di rumahnya. 

Maka, sebab itu dia dipaksa berkahwin dengan Tengku Adam Zachary ini. Katanya, Daddy, dia tidak lagi mahu menyimpan anak yang menyusahkan seperti dirinya ini. Sungguh, ayat Daddy itu sangat melukakan hatinya sebagai seorang anak. 

Saat dia dilamar oleh keluarga Zachary untuk menjadi isteri paksa rela lelaki itu, dia andaikan kedua-dua ibu bapa lelaki itu seperti Daddynya yang mahu menjaga nama baik mereka. Selepas dia menjadi sebahagian keluarga itu, dia akan diberi layanan seperti mana Cinderella dilayan oleh ibu tirinya. 

Namun, bukan itu yang berlaku. Ibu bapa Zachary melayannya dengan baik selepas dia menjadi menantu mereka. Hanya beberapa orang ahli keluarga lelaki itu yang memandang serong padanya. Tapi dia abaikan beberapa orang manusia itu. Cukup sahaja keluarga mentuanya percaya padanya. 

Tentulah, siapa yang akan bangkang jikalau kedua-dua buah keluarga adalah keluarga yang ‘setaraf’. Walaupun namanya tiada gelaran Tengku, tapi Daddy adalah seseorang yang punya gelaran itu. Gelaran Tengku tiada pada pangkal namanya hanya kerana Daddy andaikan anak perempuan tidak perlu diberi tanggungjawab untuk mengalas gelaran itu. Tapi Daddy lupa, walau apa jua yang berlaku, sama ada punya gelaran atau tidak, dia tetap punya tanggungjawab sebagai anak untuk keluarganya. 

Nafas ditarik sebelum memerhatikan Zachary yang sedang lena di sebelahnya. Malam pertama mereka sebagai suami isteri berlalu dengan sia-sia sahaja. Sia-sia sahaja hadiah gaun satin yang seksi dari Amy itu. Sia-sia juga segala tips malam pertama yang dibaca di internet beberapa hari yang lepas. 

Ah, entah apa yang dia fikir tentang perkahwinan paksa rela ini pun dia tidak tahu. Bukan saja fikiran dirinya, tapi juga fikiran Zachary itu saat mahu dia mengahwini lelaki itu. 

“Kita kahwin.”

“No! After what had happened, I’m not going to marry you.”

“Nama you dah tercemar. You ingat ada orang nak kahwin dengan you selepas dia tahu kisah silam you yang ini?” Langsung tiada rasa bersalah pada ayat Zachary ini. Seolah-olah yang paling bersalah dirinya, bukan lelaki itu. 

“There’s nothing happened that night!”

Namun diakhirnya Irdina terpaksa setuju dengan ‘lamaran’ lelaki itu. Dia bersetuju hanya disebabkan Daddy sahaja, bukan kerana dia cintakan Zachary. 

“For how long we’re going to be like this? I still hate you and will always hate you, Zack.” Keluh Irdina lemah sebelum mengambil keputusan untuk pejamkan matanya saja.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


“Kita akan tinggal kat sini ke? Kenapa kita tak tinggal di tempat yang lama?” Keadaan sekeliling kondominium mewah dihadapannya diperhatikan. Dia sangat tertanya-tanya mengapa mereka tidak saja kembali tinggal di kediaman lama lelaki itu?

Zachary jongket kening mendengar soalan-soalan Irdina. Kadang kala Kayla Irdina suka sangat mengeluarkan soalan yang sememangnya sudah punya jawapan. 

Kalau I jadi you, I takkan nak tinggal di tempat yang punya memori paling pahit dalam hidup I.”

Hampir Irdina lupa akan ‘permulaan baru’ dalam hidupnya. Permulaan baru yang dia sangat tidak mahu. Yang dia sangat tidak rela untuk memulakannya. 

“You pun memori pahit I juga, Zack.”

Zachary hanya tersenyum sinis mendengar ayat Irdina itu. 

“Mana bilik I?” Irdina andaikan dia akan punya bilik sendiri memandangkan perkahwinannya dengan lelaki itu bukan dasar cinta. Dan tentulah, mereka tak akan tidur di bilik yang sama. 

Dalam rumah ni, tak ada istilah bilik I atau bilik you. Yang ada hanyalah bilik kita, Puan Kayla.”

Irdina tercengang. Betul ke apa yang dia dengar ini?

Kenapa kita tak boleh ada bilik sendiri? We are not that loving to sleep in the same room.”

“Sebab I suka macam tu.” 

“I nak bilik I sendiri!” Irdina tidak mahu mengalah.

“You nak family kita tahu yang kita tidur berasingan ke? I’m wondering what Daddy will say about your demand.” Mengunakan kelemahan Kayla Irdina sangat membuatkan Zachary senang hati. Sangat membuatkan dia yakin dan pasti kemenangan akan berada di pihaknya. 

Irdina sedar dia telah kalah tanpa bertanding saat Zachary menyebut perihal Daddy. Hish!

Tanpa menghiraukan riak tidak puas hati Irdina, Zachary melangkah ke bilik tidur utama. Dan Irdina dengan tidak rela, menuruti langkah lelaki yang bergelar suaminya. Dia juga mahu tahu keadaan bilik yang akan menjadi tempat tidurnya. 

Saat Irdina tiba di bilik tidur utama, senyuman lebar dicipta tanpa sedar. Bilik tidur utama sangat ‘cantik’ pada pandangan matanya. Mungkin kerana bilik itu diwarnakan dengan warna merah dan putih, warna kesukaannya. 

“It seems that you had fallen in love with this room.”

Suara Zachary mematikan senyuman Irdina. Lupa pula Irdina akan kewujudan Adam Zachary di bilik ini. 

Tak boleh ke bilik ni jadi bilik I dan you ambil bilik lain? Rumah ni ada banyak bilik kot.”

Soalan Irdina hanya dibalas dengan ketawa kecil oleh Zachary. Entah apa yang kelakar pun Irdina tidak tahu. Tapi dia sangat mahukan bilik ini menjadi biliknya seorang sahaja. Dia tidak mahu berkongsi dengan Zachary.

“Kenapa pula I perlu buat macam tu? Suami isteri patut berkongsi satu bilik sahaja.”

“Sebab you bukannya cintakan I. Dan I tak cintakan you. Kalau you lupa…” 

“You hate me and will always hate me,” celah Zachary dengan nada bosan. 

Irdina diam. 

You pasti you sangat bencikan I?”

“Yes.”

“You pasti dalam kebencian you tu tak ada sedikit perasaan cinta pada I?” 

Soalan kedua Zachary membuatkan Irdina terkesima. 

“Pernah dengar tentang benci itu cinta?”

Irdina mendengus kasar. Sangat tidak gemar akan soalan-soalan merepek yang keluar dari mulut Adam Zachary. “I do not love you, Zack. I hate you and will always hate you!” Nadanya tinggi. 

Sekali lagi Zachary ketawa. “Okay. Since you cakap macam tu. Biar I beritahu hal sebenar.”

Irdina kerut dahi. Hal sebenar apa yang Zachary maksudkan ini? Lelaki itu yang berada di hujung katil, dipandang, meminta penjelasan. 

“Apa yang berlaku malam tu, adalah rancangan I. I yang upah someone untuk pecah masuk rumah you. Dan I juga yang call pejabat agama.”

Mahu tercabut jantung Irdina tatkala mendengar ayat Zachary itu. Tapi lelaki itu berkata benarkah?

“And I’m not telling lies, Dina.”

Okay. Irdina mahu rebah mendengar ayat Zachary ini. Mujur, ada sofa berdekatan dengannya. “Kenapa you buat macam tu?” Soalan dikeluarkan apabila dia rasakan dia sudah sedikit tenang. 

Zachary senyum sinis. “You do know the reason, Dina.”

Irdina kerut dahi. Dia tahu sebab Zachary lakukan perkara kejam itu? Lelaki itu masih cintakannya kah?

“I. Want. You.”

Air liur ditelan mendengar ayat Zachary yang ini. Senyuman Zachary tatkala menuturkan tiga patah perkataan itu juga sangat menakutkan Irdina ketika ini. 

“Sebab kita kat Malaysia, jadi, method I untuk dapatkan you sangat berbeza berbanding dengan cara I kat UK. I really wish I could seduce you to be my bed partner, but I can’t. You are different from any girls that I’ve known, Dina.”

Irdina speechless!

And you feel the same too, right?” Zachary terusan bersuara. Dia langsung tidak peduli riak tergaman Kayla Irdina. “You pun rasa something setiap kali you dekat dengan I, bukan? You want me too.”

Irdina kerut dahi. Perasaan apa yang Zachary katakan ini? Adakah ia perasaan yang sama sewaktu lelaki itu hampir-hampir mahu menciumnya? 

And that what we call a lust, sweetheart,” sambung Zachary. 

“It’s a love,” bidas Irdina. Dia tidak mahu percaya apa yang dia rasakan setiap kali berada dekat dengan Zachary adalah perasaan yang itu. 

Ayat Irdina itu disambut hilaian ketawa oleh Zachary sekali lagi. “Tadi you cakap sangat bencikan I. Sekarang, you nak cakap yang you cintakan I pula?”

Irdina tetap tidak mahu terima perkataan ‘lust’ yang keluar dari mulut Zachary. Tapi dia juga tidak mahu mengakui perasaan cinta itu. 

Come one, Dina. Just admit that nauseated feeling in your stomach whenever we’re close is that desire.” Sambung Zachary.

“No!” 

Zachary bangun, melangkah ke arah Irdina yang kelihatan tergaman. “Jadi, you nak beritahu I kenapa ada gaun tidur seksi dalam luggage you?”

Entah berapa kali Irdina mahu pengsan mendengar ayat-ayat Zachary. Dia mahu bersuara tapi sentuhan Zachary yang tiba-tiba itu mematikan niatnya itu. 

“I really want you, love.” Dengan sengaja Zachary berbisik di telinga Irdina sambil tangannya merangkul erat pinggang wanita itu. 

Tubuh Zachary ditolak kasar sebelum Irdina menjauhkan diri dari lelaki. Tapi Zachary hanya ketawa sahaja. “You are talking nonsense, Zack!”

“You sendiri tahu itu adalah fakta, sayang. You want me. You. Badly. Want. Me.” Dia mendekati Irdina tapi seperti tadi, tubuhnya ditolak kasar dan wanita itu menjauhkan diri darinya. 

“I do not want you, Zack.” Makin Zachary mendekatinya, makin Irdina gerun. 

Ayat Irdina sekali lagi disambut hilaian ketawa sinis dari Zachary. “It’s was a quite disappointment knowing that I’m not the first guy for you. But, it’s not that suprising knowing what kind of bitch you are.”

“You!” jerit Irdina bengang. Sakit hati dengan tuduhan Zachary. 

Tubuh Irdina kemudian ditolak ke dinding kasar. Rontaan dan jeritan wanita itu tidak dihiraukan. “Makin you jerit, makin you buat I rasa nak sentuh you, sayang.” Bisik Zachary dengan sengaja ke telinga Irdina. Tangannya juga dengan sengaja menyentuh pipi wanita itu sebelum beralih ke dada wanita itu.

Irdina telan air liur. Dia sangat gerun. Tapi dia tiada keinginan untuk membuatkan tubuh Zachary jauh darinya. Ciuman Zachary yang secara tiba-tiba pada bibirnya juga dibalas dengan rakus. Ya, untuk ketika ini, hatinya mengiyakan apa yang keluar dari mulut Zachary tadi. Dia sangat mahukan lelaki itu. 

Beberapa seketika, Zachary melepaskan ciumannya. 

Still wanna say that you don’t want me?” 

Irdina kelu untuk berkata-kata. Dia pandang Zachary yang sedang memandangnya dengan sinis. 

“Maybe not today, sayang. I bagi you masa untuk bersedia.” Seusai ucapkan itu, Zachary berlalu pergi, meninggalkan Irdina dengan perasaan benci. 

Irdina benci Zachary. Dan dia juga benci dirinya saat ini. Sangat!


Reenapple: Sedang fikir macam mana nak ending this hate-love relationship.


Monday, January 30, 2017

Memori #3



“All the memories come back, but he doesn’t.”

Kadang kala memori yang masih belum dilupuskan dari ingatan mampu menjadi satu gangguan yang maha hebat. Gangguan yang sentiasa akan mendatangkan rasa kecewa. Gangguan yang membuatkan kebencian pada seseorang itu kekal wujud. 

Malam ini, dia tidak mampu tidur lena. Matanya mahu tidur namun bukan hatinya. Insiden yang dilihatnya beberapa jam yang lalu menganggu ketenangannya untuk tidur. Puncanya adalah Adam Zachary!

Sewaktu dia pulang dari membeli belah bersama Amy tadi, dia menyedari kelibat Zachary bersama seorang wanita cantik. Pasangan itu berpegangan tangan, sebelum menghilangkan diri ke dalam apartmen lelaki itu. 

Sungguh, tiba-tiba saja hati Irdina merasakan satu perasaan aneh yang menganggu emosinya. Tangan gagah Zachary sepatutnya dipegang oleh dia. Senyuman Zachary itu sepatutnya dihulurkan padanya, bukan pada wanita itu. 

Untuk ini Irdina andaikan dia mengalami symptom cemburu tapi akalnya tidak mahu mengakui itu. 

Namun, apabila difikirkan kembali, untuk apa dia mahu punya rasa cemburu? Zachary bukan lagi miliknya. Dan tak akan pernah menjadi miliknya lagi. Cumanya insiden hari itu membuatkan dia berfikir mungkin dia dan lelaki itu masih punya peluang. 

Ah, ini adalah sesuatu yang tidak patut menganggu fikirannya. 

Dan keesokan paginya, Irdina pergi kerja dengan mata seperti panda. 

“Semalam you mimpi ngeri ke? Muka you macam orang baru bangun tidur je.”

Sapaan tidak mesra Zachary diabaikan. Irdina mengantuk. Dan dia tidak mahu ‘diganggu.’ Bila Irdina mengantuk, dan dia ‘diganggu’, moodnya boleh jadi satu bencana pada manusia lain. 

“Kasut pun tertukar,” kedengaran lagi suara Zachary. 

Irdina tunduk bawah. Terkesima apabila kakinya menyarungkan dua kasut yang berlainan warna. Zachary disebelah Irdina menahan ketawa. Mahu patah balik ke rumahnya dia sudah terlambat. Tak apalah, ada kasut spare dalam keretanya.

Setibanya di keretanya, Zachary ‘menganggu’ Irdina lagi. Entah apa masalah lelaki ini. 

“Wanna have breakfast with me?”

Irdina pandang aneh lelaki itu. “No, thanks.”

“You pasti you boleh drive dalam keadaan mengantuk macam ni?”

Dua kali Irdina pandang aneh Zachary. 

“I hantarkan you pergi kerja.” Zachary bersuara. 

“Why would you care?” Sinis Irdina. 

“Dengan keadaan you macam ni, I tak rasa you boleh drive. Silap haribulan, you jadi arwah.”

“You sangat nak I mati ke?” Nada Irdina tinggi. 

“No. I’m just worry about you.”

Irdina terdiam. “Tak perlu nak buat baik dengan I. I don’t need you. You are just a stranger to me, Zack.” Belum sempat Irdina melangkah masuk ke dalam keretanya, Zachary menutup pintu keretanya dengan kasar. 

“I hantarkan you.” Tanpa menghiraukan rontaan Irdina, Zachary menarik Irdina ke keretanya. Dipaksa gadis itu masuk ke dalam keretanya. 

Irdina bengang. Dia mengamuk. Namun, apa yang dia buat supaya Zachary berhentikan keretanya, langsung tidak dilayan oleh lelaki itu. 

Kurang dari 45 minit, Irdina selamat tiba di tempat kerjanya. Baru saja Irdina mahu membuka pintu kereta, Zachary bersuara.

“Nah. Untuk you.” Satu gelas Starbucks dihulurkan pada Irdina. 

Untuk kali ketiga, Irdina pandang aneh Zachary. Dia ingatkan minuman Starbukcs yang dibeli oleh Zachary dalam perjalanan tadi adalah milik lelaki itu. Yelah, hanya satu gelas sahaja, tentulah Irdina akan cipta andaian sebegitu. 

“I beli untuk you. Your favorite, Mocha.” Sambung Zachary lagi. 

Beberapa saat berfikir, Irdina ambil saja minuman dari tangan Zachary. Lagipun, dia sangat memerlukan kafein ketika ini. Tanpa ucapan terima kasih, Irdina keluar dari kereta Zachary. 

Hari itu juga, satu kerja tidak mampu disiapkan oleh Kayla Irdina. Benci pula apabila memori lama menerjah mindanya. Memori yang sepatutnya dia lupuskan beberapa tahun yang lalu. 

Betullah kata orang, some memories are never fade. Sekarang Irdina terasa sesak dengan memori-memori bersama Zachary itu. 

Keluhan dilepaskan. Matanya memerhatikan sekali lagi gelas Starbucks yang tertulis nama Zack itu. Perlu tak dia punya rasa terharu kerana lelaki bernama Adam Zachary itu masih belum lupa akan kopi kegemarannya yang ini? 

Atau, perlukah dia punya rasa menyampah hanya disebabkan ‘kebaikan’ Zachary itu membuatkan hatinya berbolak balik?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Waktu itu jam menunjukkan pukul 2 pagi tatkala Irdina tersedar dari tidur. Dia tersedar bukanlah kerana dia mengalami mimpi ngeri tapi disebabkan bunyi bising yang muncul dari luar. Dia mahu andaikan Amy telah pulang tapi mengikut ingatannya, Amy akan pulang dalam masa 2 hari lagi. 

Dengan beraninya, Irdina keluar dari bilik, menuju ke ruang tamu. Di tangannya ada satu botol Ridsect, kononnya sebagai alat mempertahankan diri. Setibanya di ruang tamu, dia tergaman apabila ada seorang lelaki berpakaian serba hitam sedang menggeledah cabinet TV.

Belum sempat dia mengeluarkan jeritan, lelaki berpakaian hitam menoleh sebelum melangkah ke arahnya. Mulutnya ditekup sebelum diheret ke sofa. Dia meronta tapi tiada gunanya. Lelaki yang menutup wajahnya dengan topeng punya kekuatan yang berkali ganda darinya. 

Mulut yang ditutup dan tangannya diikat, membuatkan Irdina hanya mampu memerhatikan saja perompak mengambil barang-barang berharga miliknya dan Amy. Entah berapa lama dia menangis ketakutan. Namun, tak ada apa-apa yang berubah. Sungguh, ketika ini hatinya mengharapkan ada seseorang muncul menyelamatkan dirinya. 

Hatinya mengeluh lega apabila perompak berpakaian hitam itu melangkah ke arah pintu. Dia sangat risau jikalau dia diapakan-apakan. Namun, belum sempat perompak itu melangkah keluar, tiba-tiba saja tubuh perompak terpelanting masuk ke ruang tamu. 

Saat ini Irdina mahu jerit kegembiraan melihat Zachary berada di ruang tamu rumahnya, dan membelasah perompak itu secukupnya. Adegan pergelutan itu berlaku beberapa minit sebelum Zachary meluru ke arahnya dan perompak itu melarikan diri. 

Setelah kain di mulut dan ikatan pada tangannya dileraikan, terus Irdina memeluk Zachary dengan takut. “I’m so scared, Zack!” 

“I’m here, love,” Zachary membalas pelukan Irdina, membiarkan saja gadis itu menangis dalam pelukannya itu. Entah berapa lama Irdina dan Zachary berkeadaan ssebegitu sehinggalah kedengaran ketukan. 

“Kami dari pejabat agama.”

Kedua-dua Irdina dan Zachary saling memandang satu sama lain dengan perasaan cemas. Kali ini mereka mati!

Reenapple: Agak-agak lepas ni apa yang terjadi?


Sunday, January 29, 2017

Memori #2



“He likes a song that she can’t get out of her head.”

Ada satu pepatah yang dia pernah baca, makin kita paksa diri kita lupakan seseorang, makin seseorang itu muncul dalam hidup kita. Atau makin seseorang itu mengacau-bilaukan hidup kita. Dan situasi saat ini adalah satu contoh kebenaran pada pepatah yang dibacanya itu.. 

“Ini Adam, jiran baru kita yang aku cerita hari itu.”

Irdina antara dua mahu percaya dengan apa yang keluar dari mulut Amy, si teman serumahnya ini. Tersangat kecilkah dunia ini sehingga perlu menjadi jiran? 

Permulaannya, dia mahu andaikan ‘jiran baru’ dia ini sengaja mahu memilih tempat tinggal yang sama dengannya. Tapi melihatkan riak terkejut Zachary ini, Irdina memilih untuk percaya situasi ini adalah situasi yang tidak dijangka. 

You tentu Dina yang Amy selalu cerita.” Riak terkejut Zachary tadi digantikan dengan riak mesra yang dibuat. “I’m Adam.”

Sungguh, situasi tidak mengenali satu sama lain ini sangat membuatkan Irdina berkecil hati. Tapi dia sepatutnya tidak punya perasaan sebegitu, sebab dia yang meminta Zachary dan dia menjadi manusia asing pada satu sama lain. 

Setiap kali terserempak dengan Zachary di lif, mulalah hati Irdina menjadi tidak keruan. Jikalau kelibat Amy berada diantara mereka, akan ada perbualan yang berlaku. Itupun diantara Amy dan Zachary saja. Dia tiada keinginan untuk menyertai perbualan mereka.

Jikalau hanya Irdina dan Zachary saja, mereka masing-masing lebih memilih untuk menjadi pendiam dan berlagak tidak menyedari kewujudan satu sama lain. 

Tapi, kadang kala mata Irdina nakal juga. Mata Irdina tidak mahu mendengar kata akal supaya jangan perhatikan Zachary. Dan diakhirnya, yang akan kecewa adalah dirinya. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman Zachary sedang berbalas pesanan dengan seseorang di telefon. Mulalah hati Irdina mahu tahu siapa yang Zachary sedang berbalas pesanan itu. Adakah teman wanita lelaki itu?

“I tahulah I handsome. Tapi tak perlulah tengok I sampai macam tu sekali.”

Satu hari, kelakuan tidak ‘senonoh’ Irdina itu berjaya ‘ditangkap’ oleh Zachary. Tapi Irdina seperti selalu, akan membela dirinya. Berlagak tidak bersalah. 

“I bukan tengok you.” Irdina tunduk pandang kasut tumit tingginya. Cantik pula kasut itu di kakinya hari ini. 

“Dalam lif ni, cuma ada you dan I je, Cik Kayla,” nada Zachary sedikit bengang. Ini bukan kali pertama dia sedar Irdina sedang ‘stalk’ dia setiap kali mereka berduaan dalam lif. Banyak kali tapi dia abaikan itu. Jika dia ambil peduli, risau pula dia yang ‘tewas’.

Irdina tarik nafas. “I know I shouldn’t say this but you’re still good looking like before. You look more manly. And I like that.” Entah apa yang telah merasuk Irdina supaya mengeluarkan pujian pada Zachary ini. 

Zchary angkat kening. Dia salah dengarkah? Namun, belum sempat dia bersuara, pintu lif telah terbuka. Dan Irdina keluar tergesa-gesa tanpa mahu memandang wajahnya. 

Hari itu juga, menjadi hari terburuk bagi Irdina apabila dia sekali lagi dipaksa bertemu dengan Adam Zachary. Disebabkan Alex medical leave hari ini, maka dia perlu mengantikan tempat lelaki itu dengan paksa rela. 

“You nampak macam terpaksa jumpa I.” Dari tadi lagi, Zachary sedar perangai Irdina ini. Segala cadangannya tentang penambah baikan rekaan Irdina, hanya diiyakan saja. Sepuluh ayat yang dia keluarkan dibalas sepatah oleh Irdina. “I akan anggap I tak pernah dengar ayat you pagi tadi.” 

Wajah Irdina mula terasa panas walau dia berada dalam pejabat berhawa dingin ketika ini. “I tak faham apa yang Encik Adam merepek ni.” 

Senyuman sinis terukir. Cik bekas kekasihnya ini sangat pandai bermain tarik tali. “Are we really going to be stranger towards each other?”

Irdina memilih untuk berpura tidak mendengar soalan Zachary. 

“Tell me, do you really getting married?”

“I tak bercakap hal peribadi waktu kerja, Encik Adam.”

Kali ini Zachary mengeluh. Kepala digeleng. “Waktu bekerja, you panggil I Encik Adam. Bukan waktu bekerja, you panggil Zack. Perlu tak I tunggu waktu kerja habis so that both of us can talk about personal matter, Cik Kayla?”

“I wish I know what you’re talking about, Encik Adam.” Irdina sebenarnya sudah mula gelisah. Dia tak mahu bercakap perkara peribadi atau tentang kisah silamnya dengan lelaki kacak di hadapannya. 

Okay. Keep pretending, Cik Kayla.” Nada Zachary sudah mula kedengaran bengang. “I tak setuju dengan rekaan ni. I nak yang lain.” Fail merah di tanganya sengaja di hempas kasar ke meja. 

“Tapi tadi…”

“Tu tadi. Ini sekarang. I harap dapat lihat something yang better dari ini. See you again, Cik Kayla.” Sejurus ucapkan itu, Zachary bangun, meninggalkan Irdina. 

Dan Irdina melepaskan keluhan kasar. Hari ini, dia isytiharkan perang dengan klien bernama Adam Zachary ini. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wajah Zachary dihadapannya dipandang aneh. Entah apa muslihat lelaki ini muncul di hadapan rumahnya saat ini. Di tangan Zachary ada dua plastic berisikan barang-barang dapur. Belum sempat Irdina keluarkan soalan, Zachary terlebih dahulu bersuara.

“Bagi I masuk dulu dan I akan bagitahu kenapa I ada kat sini.” Seolah-olah Zachary tahu Irdina akan bertanya soalan ‘You buat apa kat sini’ padanya.

“No!” Tidak semudah itu Irdina mahu turutkan arahan Zachary. Ini rumah dia, bukan rumah Zachary. Maka yang lebih punya hak memberi arahan adalah dirinya. “I tak bagi stranger masuk ke dalam rumah I.”

I’m your neighbor, Cik Kayla.”

“Neighbor pun masih stranger juga.”

Zachary mengeluh. Kepala digeleng. Irdina ni masih tidak ubah perangai kebudakannya yang ini. “I nampak Amy kat bawah. Dia minta I bawakan barang-barang ni.” Kedua-dua plastic di tangannya diangkat. 

Irdina angkat kening. Sukar mahu percaya penjelasan Zachary ini. Telefon pintar di atas meja kemudian dicapai, mendail nombor Amy. Beberapa minit kemudian, Irdina kembali kea rah pintu. Jeriji besi dibuka. 

Bagi I barang Amy. You tak payah masuk.”

Niat Zachary yang mahu melangkah masuk terbantut. Dia pandang Irdina dengan riak tidak puas hati. “I dah tolong bawakan barang kawan you. At least, berbudi lah sikit.”

Irdina ketap gigi. Banyak songeh pula lelaki ni. “Rumah ni ada I je. And plus, lelaki sebarangan tak dibenarkan masuk.” Pandailah Irdina mencari alasan. 

“You tak bagi lelaki sebarangan masuk ke rumah you, tapi you boleh pula masuk ke rumah lelaki sebarangan.” Tanpa mempedulikan riak geram Irdina, Zachary melangkah masuk. Plastik ditangannya diletak ke atas meja sebelum dia mengambil tempat di sofa. 

Bertambah geram Irdina dengan Zachary. Berlagak ini rumah dia pula. Hey, itu biadap namanya!

“Buatkan I air.” Arah Zachary tanpa rasa segan. 

“Ini rumah I, Zack. Bukan rumah you. Kalau you nak minum air, pergi balik rumah you.”

“I ni tetamu you, Dina.”

Sebab you tetamu I lah, you seharusnya jaga etika you sebagai tetamu. Sesuka hati nak mengarahkan tuan rumah buat air.”

“Sebab I tetamu juga, you patut layan I dengan baik, Dina. Don’t you think so?”

Irdina mati kata untuk berbahas dengan Zachary. “Now, get out from my house!” Tangannya dihalakan ke arah pintu sambil matanya pada Zachary. 

Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut Zachary. “You really hate me that much, huh?” Zachary bangun, mendekati Irdina. 

“I hate you and I will always hate you.” Irdina tunduk tatkala mengeluarkan ayat ini. Dia sebenarnya berdebar tatkala Zachary mendekatinya. Wajah lelaki itu sangat rapat dengannya, sehinggakan dia mampu mendengar setiap hembusan nafas lelaki itu. 

Untuk beberapa seketika, keadaan menjadi sepi seketika. Mata kedua-dua Irdina dan Zachary pada satu sama lain. Irdina mula gugup apabila tangan Zachary menyentuh wajahnya. Matanya cepat-cepat ditutup apabila dia rasakan Zachary mahu menciumnya. Tapi, kurang dari 5 saat, suara Zachary membuatkan Irdina kembali membuka matanya. 

“I should be leaving.” Wajah Zachary kelihatan sedikit cemas. Tanpa mengucapkan kata selamat tinggal, lelaki itu melangkah keluar. 

Dan Irdina tarik nafas. Tangannya diletakkan pada dada. Jantungnya berdegup laju. Tapi dalam masa yang sama dia kecewa apabila andaiannya tidak berlaku seperti yang dia mahukan. 

Oh my god! What is this feeling?


Reenapple: Oh mai. Dah jadi cerpen bersiri pula. I hope ia tak menjadi novel.  Erm.. okay, Reen isytiharkan ini adalah mini novel. :)




Saturday, January 28, 2017

Cerpen: Memori




"Let him go, but never forgive him."

Dia pernah sangat cintakan seorang lelaki. Cinta yang mana diakhirnya dia yang paling kecewa di antara mereka. Dia yang paling membenci diantara mereka berdua. Tapi, katanya mereka, benci itu juga sebahagian dari cinta. Benarkah?

“You just lie straight to my face, Dina!” jerit lelaki itu tanpa punya rasa sedar. Apa yang lelaki itu tahu, hanyalah rasa amarah dalam dirinya yang harus dihamburkan keluar. Dia mahu mengamuk. Dan puncanya adalah gadis di hadapannya. 

Siapa yang tidak mahu mengamuk tatkala melihat kekasih hati bersama seorang lelaki asing, berbual mesra lebih darinya? Ya, dia cemburu. Dan cemburunya sangat berasas. Itu bukan sekali dia lihat situasi seperti tadi. Berulang kali. Namun disebabkan rasa cintanya, dia abaikan kata waras akalnya. Dia cuba berfikir positif tentang kekasih hati. 

“Dia cuma kawan I je, Zack. You pun pernah jumpa dia dulu.” Sekali lagi Irdina memberi penjelasan yang sama. Tapi, seperti tadi, penjelasannya itu seolah-olah tidak memberi makna apa-apa pada Adam Zachary itu. 

“Keep lying, Dina. I’m not that stupid to believe all your lies again.”

Irdina memilih untuk diam. Dia diam bukan kerana dia salah tapi dia tak mahu keadaan menjadi lebih teruk. Dan dia juga tahu walau beratus penjelasan yang dia hulurkan pada Adam Zachary ini, lelaki itu tak akan mahu percaya. 

“Kawan? Yang you boleh masuk apartmen dia sesuka hati?” Zachary pandang sinis Irdina dihadapannya. Bukti sudah terangan di depan mata, dan Irdina masih mahu berbohong padanya. “I tak tahu pula definisi kawan bagi you macam tu. Yang boleh melawat kawan tak kira masa. Walaupun waktu malam. Do you have a good night with him?”

“Zack!” Kali ini nada suara Irdina tinggi. Kecewanya hati dia tatkala mendengar ayat terakhir lelaki itu. Hina sangatkah dirinya? 

Kedengaran dengusan dari Adam. Sungguh, rasa amarah yang ada dalam jiwanya membuatkan dia tidak mampu berfikir dengan tenang. Dia langsung tidak sedar akan ayatnya. Dan rasa amarah itu juga membuatkan dia tidak mahu menerima lagi sebarang penjelasan yang keluar dari mulut Kayla Irdina ini. Rasa amarah yang disimpannya selama ini tidak mampu lagi bertahan. 

“Dah banyak kali you tipu I, Dina. Lots. But I choose to believe you. And now I cannot do that anymore. You obviously having affair behind my back.” 

“You pun dah banyak kali tipu I juga, Zack.” Spontan ayat Irdina ini. Namun, wajahnya ditundukkan. Tidak berani untuk memandang wajah Zachary. 

“What the hell you are talking about?” Nada Zachary masih kedengaran seperti tadi. Sinis dan kasar. 

“Isabelle.” Irdina paksa dirinya memandang Zachary. 

Zachary telan air liur. Terkesima dengan sepotong nama yang keluar dari mulut gadis di hadapannya. Tahukah Irdina hal yang berlaku berkaitan Isabelle itu?

You cakap I curang dengan you. Tapi you pun sama je.”

“You tak ada bukti, Dina!”

“I ada bukti Zack!”

Zachary mula gelisah. 

I have pictures both of you. Kissing. Or pictures both of you on the bed.” Irdina berkata jujur. Gambar-gambar mesra Zachary dan Isabelle itu dengan sengaja dihantar kepadanya. Dan dia tahu Isabelle adalah dalangnya. 

Zachary diam seketika. Dia gelisah tapi dia tak mahu zahirkan itu. Nafas ditarik sebelum dia kembali memandang Irdina. “You are right. I dengan Isabelle. I guess she’s much more better than you.”

Irdina diam tapi sungguh, hatinya sangat sakit mendengar pengakuan Zachary itu. 

“Let’s break up. I dah tak sanggup nak hidup dengan penipuan you lagi. You pun lebih bahagia dengan lelaki itu, bukan?”

“But…” Irdina mahu berkata sesuatu tapi niatnya dimatikan melihat Zachary angkat tangan. 

Save your lies for someone who cares, Dina. And I’m not that person anymore.” Zachary mahu beredar tapi pegangan Irdina pada lengannya mematikan langkahnya. 

“Please, don’t go. Please…” rayu Irdina dengan air mata. 

Namun, rayuan Irdina dianggap tidak pernah didengar oleh Zachary. Bahkan Zachary menolak tubuh Irdina kasar sebelum beredar. Rayuan dan esakan Kayla Irdina tidak dipedulikan. 

Dan itu adalah kali terakhir seorang Adam Zachary wujud dalam hidup seorang Kayla Irdina. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Beberapa tahun kemudian, takdir menemukan mereka kembali. Tapi tentulah, waktu ini, keadaan bukan lagi seperti dulu. Masing-masing sudah tiada rasa cinta dalam diri masing-masing. Yang ada hanyalah rasa benci. 

“You boleh panggil I Adam, Cik Kayla.”

Nada Zachary sangat formal. Seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku diantara mereka. Seolah-olah mereka tidak mengenali satu sama lain. 

Tapi Zachary tidak tahu, yang formal itulah yang membuatkan parut lama dalam hati Irdina kembali berdarah. Berlagak tidak mengenali satu sama lain itulah yang membuatkan Irdina mahu kecewa sekali lagi. Yang mahu membuatkan Irdina terusan membenci Adam Zachary.

“I hate you. I will always hate you, Zack!” 

Tanpa menyambut salam perkenalan dari lelaki di hadapannya, terus Irdina beredar. Dia peduli apa jikalau dia dianggap biadap terhadap kliennya ketika ini. Hatinya harus dijaga. Hatinya tidak harus disakiti untuk perihal yang sama. Perihal yang berkaitan Adam Zachary. 

Dan sikap Irdina itu hanya dibalas dengan senyuman sinis saja oleh Zachary. Hanya dia saja yang tahu sebab mengapa Kayla Irdina bersikap aneh saat ini. 

“I minta maaf dengan perangai Cik Kayla. She’s a little bit stressed today, I guess,” kedengaran suara Alex, rakan sekerja Irdina. 

“Or she is having her period today,” Zachary senyum nakal. 

Alex sengih terpaksa sebelum meneruskan temu janji mereka. 

Dalam pukul 6 petang, saat Irdina bersiap sedia untuk melangkah keluar dari bangunan kerjanya, dia dikejutkan dengan kelibat seseorang. 

“Cik Kayla!” sapa Zachary dengan senyuman. 

Entah ikhlas atau tidak senyuman itu, Irdina tidak mahu peduli. Apa yang harus dia peduli adalah keberadaan Adam Zachary di tempat kerjanya saat ini. 

“Encik ni siapa?” 

Soalan Irdina itu hanya dijawab dengan ketawa kecil dari mulut Zachary. Tahu sangat Irdina sehabis mungkin mahu berlagak tidak mengenalinya. 

“We just met few hours ago. Takkan you dah lupa I?”

“We never met few hours ago.”

“Then we had met few years ago.”

Irdina telan air liur. 

“Come on, you ingat I. You call me Zack early this afternoon, Cik Kayla.”

“You nak apa datang sini?” Irdina mengeluh kasar. 

I nak bercakap dengan you. On certain things.”

“Kalau you nak bercakap hal kerja, you boleh datang esok, Encik Adam. Waktu kerja I dah tamat.”

Zachary senyum sinis. “Perangai you sama macam dulu. Suka main tarik tali. Suka menipu.”

Irdina hela nafas. Dia sepatutnya mengamuk mendengar ayat lelaki di hadapannya. Tapi ayat-ayat itu melukakan hatinya. Dan itu kembali membuatkan dia menambah rasa benci pada Adam Zachary ini. 

Tanpa membalas ayat Zachary, Irdina beredar. Baru satu langkah, lengannya tiba-tiba saja dipaut kasar oleh Zachary. 

“I’m not done talking, Dina!” Zachary geram. 

Irdina telan air liur. Gerun! “Lepaskan I.” Pinta Irdina perlahan. Dia harap sangat akan ada pengawal keselamatan muncul di lobi sekarang ni. Tapi semuanya hilang entah ke mana. 

“I akan buat itu kalau you bersetuju untuk minum dengan I.”

Irdina mengeluh. Dia tak mahu habiskan masa dengan Zachary lagi. Tapi dia juga tahu, perkataan ‘TIDAK’ bukanlah jawapan yang tepat. Diakhirnya dia anggukkan kepala. 

10 minit kemudian, Zachary dan Irdina sudah berada di sebuah kafe tidak jauh dari tempat kerja Irdina. Irdina hanya mendiamkan diri sewaktu menanti pesanan mereka tiba di meja. 

It’s been a while, isn’t it?” Zachary memulakan perbualan. 

Irdina jawab soalan Zachary dengan anggukan.

“How’s your life?” Zachary keluarkan soalan kedua. 

“Good.”

Kedengaran keluhan dari Zachary. Tidak selesa. “You memang nak layan I macam ni ke?”

“Kalau I jadi you, I memang tak akan nak hadap muka bekas kekasih yang you sangat benci.” Spontan ayat Irdina ini. 

“Bekas kekasih. I suka perkataan tu.”

“I’m getting married,” entah mengapa Irdina keluarkan ayat itu. Mungkin saja itu adalah disebabkan dia sangat geram dengan ayat Zachary tadi. 

Zachary telan air liur. “Dengan siapa? Dengan kawan lelaki yang you selalu bermalam tu?”

“Yes.” Irdina bangun. “Let’s be stranger.”

“Why I need to do that? You are my ex, Dina. We cannot be stranger without some memories.”

“Sebab kita adalah ex, kita patut buat itu,” Irdina tahan geram. “I hate you and I will always hate you, Zack.” Sejurus itu, Irdina beredar, meninggalkan Zachary dengan satu perasaan aneh dalam diri lelaki itu.

Titisan hujan yang jatuh diperhatikan dengan rasa sayu. Tadi, Irdina hampir-hampir saja kalah. Dia benci situasi saat ini. Dia benci Zachary. Dia benci segala memori yang dia pernah ada bersama lelaki itu. Dia sangat benci!

Noktah!



Reenapple: Gosh! Dah lama tak tulis cerpen sebab dah terbiasa karang novel. Harap you all enjoy read this. :)





Tuesday, January 24, 2017

Me & Group




Actually, saya bukannya seorang yang boleh dikategorikan someone yang 'berkumpulan'. Sebab saya lebih banyak menghabiskan masa sendirian berbanding keluar lepak dengan beberapa orang kawan. And if I did that, saya cuma keluar dengan manusia-manusia yang saya percaya which is boleh dikira dengan jari. 

I'm not sure sejak bila saya lebih suka bersendirian. Is it after dikecewakan sampai tak nak bangun atau ia disebabkan cara saya dibesarkan. But whatever it is, saya rasa tak ada sesiapa yang bersalah dalam hal ini, Kan?

Even saya cuba nak friendly dengan stranger, at the end, that insecurity feeling akan muncul. I'm afraid I'm going to get hurt again. I guess that phobia still exist even beberapa tahun dah berlalu. 

Anyway itu je yang nak ditulis.

Oh, I have a good news. Next entry baru cerita. Hiks. 



Saturday, January 21, 2017

Insecurity



Satu hari, dia akan kembali menjadi dirinya yang lama. Yang kembali punya isu kepercayaan terhadap manusia-manusia baru dalam hidupnya. Yang kembali punya rasa insecurity pada tahap melampau. Yang kembali punya perasaan jengkel pada manusia yang belum pernah dia ketemui.


"Insecurity mentally destroys you."

Tuesday, January 10, 2017

Move On




Move on sebenarnya subjektif. Sama ada cepat atau lambat seseorang move on bergantung pada setiap individu. Ada yang dah move on bertahun-tahun but then bila old situation happening again, we sort of lost our mind. 

Entah ke mana prinsip hidup yang di guna pakai beberapa tahun dulu saat hati menanggung kecewa. Entah ke mana diri yang baru setelah move on ini pergi. Segala-galanya berlaku seperti waktu dulu, waktu kita patah hati dengan pemergian dia. Hurmm.

I always believe, what is belongs to you, will always belongs to you no matter how many years it take. 

So, chill!


Monday, January 2, 2017

Movie Review: First Born



1 hari di hari yang membosankan sempena public holiday, aku decide nak tengok movie First Born. Kengkononnya saje nak try tengok movie hantu. Kot-kot mana tahu dapat idea untuk tulis manuskrip sal tu lak. 

Movie ni berkisarkan tentang pasangan suami isteri (aku tak sure la diorang dah kahwin ke belum) dapat anak. Tapi anak sulung diorang tak normal macam kanak-kanak lain sebab baby tu some sort of an attraction to other creature. Creepy creatures.

Cerita ni sort of membosankan bagi aku. Part seram tak de sangat. Atau tak ada langsung. Plot cerita pun tak kukuh. Sebab dari awal cerita sehingga habis aku tak faham kenapa si Thea (baby tu) harus dikategorikan sebagai kanak-kanak tak normal.

And then, aku tak tahu how and why Thea dapat 'anugerah' tu. Haaa gitu.

So, because of this, aku bagi 1 bintang je. 


Reenapple: Azam tahun baru nak jadi kaki wayang la. And nak avoid anasir negatif. I choose being selfish again. Bye.