Thursday, November 23, 2017

Lovebug - #4




10 digit nombor yang tertulis di salah satu helaian buku kesayangannya, membuatkan Airis mengeluh untuk entah yang ke berapa kali. Dia mahu marah pun tak ada gunanya. 

Bak kata Papa satu ketika dulu, nasi sudah menjadi bubur. Itu adalah ayat yang Papa hulurkan padanya apabila ikan emas kesayangannya meninggal dunia. Hampir sebulan juga dia bersedih atas kematian ‘Shawn’ si ikan emas itu. 

“Hai!” Tiba-tiba kedengaran suara seorang lelaki. 

Seperti selalu Airis akan terkejut kecil dengan sapaan Adrian. Kenapa dia tak pernah mahu sedar akan ‘kemunculan’ lelaki ini yang selalu secara tiba-tiba? Kenapa dia bukan seperti abangnya, yang kononnya punya deria keenam, mengetahui ‘kehadiran’ manusia. 

“I ingat you dah balik.” Adrian labuhkan punggung di sebelah Airis. “Nak I hantarkan you? Kereta I ada kat sana.” Dia tunjukkan kereta hitam pemberian Papa pada hari lahirnya tahun lepas.

Airis geleng kepala.

“I bukannya jahat.” Adrian bersuara lagi, seolah-olah mengetahui sebab mengapa Airis menolak pelawaannya. “I betul-betul nak hantar you balik. You seorang kat sini bahaya.”

Airis mencebik dalam hati. Dia bukannya sendirian di perhentian bas ini. Masih terdapat 3 orang pelajar yang tidak dikenalinya, berada di perhentian bas ni. Adrian Harris yang dia kenal ini tersangatlah seorang merepek. Jauh berbeza dari apa yang dia selalu dengar. Heh!

“So, macam mana?” Adrian masih belum berputus asa.

Airis geleng lagi. “I tunggu orang datang ambil I.”

“You tunggu siapa?” Dalam fikiran Adrian, Airis sebenarnya berbohong. Gadis bermata empat ini berkemungkinan sangat segan dengannya selain punya rasa tidak percaya padanya. 

Maka sebab itu dia ‘puji’ Airis yang sangat jauh berbeza dengan mana-mana gadis yang dia kenal. 

Belum sempat Airis membuka mulut menjawab soalan Adrian, sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian bas. Cermin tingkap di bahagian penumpang sebelah pemandu diturunkan. Wajah lelaki berkaca mata hitam kelihatan di bahagian pemandu. 

Serentak itu, Airis senyum lebar sebelum bangun. Dia melangkah ke arah kereta yang baru tiba itu tanpa mempedulikan Adrian yang kelihatan keliru. 

Baru saja Airis mahu masuk ke dalam kereta, lelaki berkaca mata hitam bersuara. 

“Siapa tu?”

Namun, Airis hanya menjawab soalan lelaki itu dengan bahasa tubuh yang membawa maksud tidak tahu. Dia sempat menoleh ke arah Adrian yang masih seperti tadi, sebelum kereta milik Adam meninggalkan Adrian sendirian. 

Dalam masa yang sama, Adrian tiba-tiba saja mengalami satu perasaan yang belum pernah dia alami. 

Adakah ini perasaan kecewa? 

Atau perasaan cemburu?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Tiba saja di rumah, Adrian terus melangkah ke arah dapur. Harapannya Mama akan berada di dapur. Dan seperti yang diharapkan, Puan Zara Amani memang berada di dapur. 

“Mama!” sapa Adrian riang, sebelum mengambil tempat di kaunter pulau. 

“Hai!” balas Puan Zara sambil mengelap tangannya. Dia kemudian melangkah ke peti ais, sebelum mengeluarkan sepotong kek dan juga sebotol susu segar. Sebuah mug dicapai sebelum dibawa kepada Adrian. 

“Thank you, Mama.” Adrian tuangkan susu ke dalam mug. “Mana Papa?”

Pergi ambil Nina kat sekolah.”

Adrian kerut dahi. “Nina sekolah juga ke hari Sabtu?” 

“Hari ini dia ada latihan sukan.”

Adrian angguk kepala tanda faham. Ingatkan hanya dia saja yang perlu hadiri kelas pada hari Sabtu bagi menggantikan kelas dimana pensyarahnya bercuti beberapa hari bulan lepas. Atau jikalau ada latihan sukan. Atau rakan-rakan sekelasnya mahu membuat discussion di perpustakaan di hujung minggu. 

“Kenapa monyok ni? Tak seronok kena pergi kelas hari Sabtu?” Puan Zara mengeluarkan soalan. Hairan pula melihat riak wajah anak lelakinya ini. 

Adrian tersenyum sumbing. Dia tahu dia tak akan pernah dapat rahsiakan apa-apa dari wanita kesayangannya ini. “Taklah.”

“Habis tu?”

Adrian melepaskan keluhan berat sebelum bersuara. “I think I had fall in love at first sight, Mama.”

Puan Zara memandang anak lelaki bujangnya tanpa beriak. Dia salah dengar kah?

“She’s someone that I meet in college,” sambung Puan Zara lagi. 

Mama selalu ingat Ed suka Tisha.” Puan Zara pandang Adrian. Sungguh, selama ini dia sangkakan Adrian punya perasaan pada Tisha melihatkan betapa akrabnya kedua-dua remaja itu sejak kecil.

“What? No way, Mama.” Adrian ketawa kecil. “Tisha tu best friend Ed.”

“Tak salah pun kalau best friend fall in love with each other.”

Sekali lagi Adrian ketawa kecil. “Tisha dah ada boyfriend la, Mama.” Dia jawab jujur walaupun dia masih belum tahu siapa ‘lelaki malang’ yang telah mencuri hati Tisha Lydia itu.

“Ed tak kecewa?” Puan Zara cuba serkap jarang. 

“Tak.” Adrian jawab soalan Mamanya dengan ketawa kecil. “Actually, I’m happy for her. At least, ada la juga lelaki berani usha Tisha yang garang tu.”

Puan Zara turut ketawa mendengar ayat Adrian. Beberapa seketika, setelah ketawa masing-masing reda, Puan Zara mengeluarkan soalan lagi. 

So, who’s the lucky girl?”

Adrian tiba-tiba tersenyum lebar. Itu adalah perilaku yang sama dia lakukan setiap kali teringatkan Airis. 

“Nama dia Airis.”

“Airis?” 

“Nama penuh dia Airis Medina. Nama dia cantik macam tuan dia.” Minda Adrian mula memainkan paras rupa gadis bernama Airis itu. Yang paling dia tidak boleh lupa adalah mata hitam milik gadis itu. Ditambah lagi dengan riak keliru yang selalu ditunjukkan oleh gadis itu. Sangat comel! Sangat memikat hatinya untuk mahu memandang gadis itu lebih lama. 

Itu belum lagi dengan degupan jantungnya yang tiba-tiba saja menjadi laju setiap kali terlihat kelibat Airis di kolej. Kadang-kala dia juga akan menjadi gemuruh berhadapan gadis itu. 

Puan Zara ukirkan senyuman apabila mendengar nama yang disebut Adrian. Rasanya dia tahu siapa gadis yang Adrian sebutkan tadi.


Nota Reen: Airis  ni agak agak siapa?

1 comment:

  1. Salam singgah sini dan follow :)

    Btw jom join GA saya,

    http://www.akuseorangtraveler.com/2017/11/give-away-hadiah-misteri-dari-astraveler.html

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.