Tuesday, October 10, 2017

Lovebug - #3



Jam tangan dikerling. Lambat pula gerangan yang ditunggunya tiba. Entah berapa kali matanya memandang pintu utama perpustakaan di hadapannya. Dari tadi dia mahu ‘menyapa’ kelibat lelaki yang dilihatnya tadi. Tapi, melihatkan betapa ‘sibuknya’ lelaki itu ‘melayan’ rakan-rakan perempuannya, membuatkan Airis mengambil keputusan untuk menanti Adrian di luar perpustakaan. 

Adrian Harris. 

Dalam kolejnya tak ada seorang pun yang tidak mengenali remaja lelaki itu. Rupa paras lelaki itu yang kacak serta berasal dari keluarga terkenal membuatkan lelaki itu dikenali ramai. Ditambah lagi dengan sikap peramah lelaki itu, mana-mana gadis akan jatuh cinta dengan Adrian Harris. 

Oh, itu adalah apa yang diberitahu oleh rakan sekelasnya tentang senior mereka itu. Mereka gelarkan Adrian sebagai Prince Charming. Tapi Airis rasakan Adrian tidak layak memperoleh gelaran itu. 

“Hai!”

Entah bila Adrian muncul, membuatkan Airis terkejut kecil. Buku di tangan gadis itu terjatuh ke lantai. 

Adrian mengambil buku yang terjatuh di lantai. “You mesti sedang tunggu I, bukan?” Buku di tangannya dihulurkan pada Airis di hadapannya. 

“Tak.” Airis bohong. 

“Habis tu, you tunggu siapa?”

“Kawan I.” Sekali lagi Airis berbohong. 

“Oh, really?” Mata Adrian memandang Airis dari atas hingga bawah. Seperti biasa, kasut sneakers merah tersarung di kaki gadis comel di hadapannya. “Kalau you tunggu kawan you, buat apa you asyik tengok I dalam library tadi?”

Airis telan air liur. Macam mana lelaki ni tahu?

“I… I … nak buku I balik.”

Boleh. Tapi dengan satu syarat.”

Airis kerut dahi. “Syarat apa?”

“Keluar dengan I.” Adrian senyum lebar. 

Sekali lagi Airis telan air liur. Lelaki ni dah gila ke apa?

“I tak nak keluar dengan you.”

“Kalau macam tu, you tak dapat buku you balik.”

“Tapi…” Airis mati kata untuk ‘memujuk’ lelaki di hadapannya. By hook or by crook dia harus dapatkan buku kesayangannya. 

“At least you patut balas budi I sebab tolong simpankan buku you ni.”

“Tak ada siapa pun yang suruh you simpankan buku tu untuk I.”

“Maksudnya you nak I buang buku ni la?”

“Tak!” Nada Airis tinggi tanpa dia sedar. 

Manakala Adrian tahan ketawa. Comel betul melihat riak gelisah gadis di hadapannya. 

You ada dua pilihan. Sama ada you keluar dengan I untuk dapatkan buku you ni. Atau I buang buku you ni dalam tong sampah, you boleh ambil kat situ.”

“I guess you are not that charming like everyone said about you.” Tanpa sedar, Airis tuturkan ayat itu.

Adrian kerut kening. Sedikit terkesima tapi masih membuatkan dia mahu ‘memuji’ gadis comel ini. 

I tak faham apa yang peminat-peminat you nampak dalam diri you ni. Just only because muka you not bad and berasal dari keluarga kaya doesn’t mean you deserve that title,” sambung Airis.

Serentak itu, Adrian ketawa kecil. Dan itu mendatangkan rasa hairan pada Airis. Bukankah dia baru saja ‘mengutuk’ lelaki ini?

“You tahu tak you ni comel?” Adrian bersuara setelah ketawanya reda. 

Airis kerut dahi lagi. 

“Sebagai balasan untuk pujian you, I bagi balik buku you ni.” Sebuah buku biru dikeluarkan dari beg galas Adrian. “Your book.” Buku biru itu dihulurkan pada Airis. 

Airis ambil buku di tangan Adrian. 

I ada tulis nombor telefon I dalam buku you tu. In case, you rindu I.” Adrian kenyit mata sambil senyum lebar. Seusai ucapkan itu Adrian berlalu pergi. 

Dan Airis memandang Adrian dengan riak jengkel. Buku di tangannya dibelek sehinggalah dia terpandang satu tulisan yang bukan miliknya berada di salah satu helaian. Airis menutup kasar buku itu. Mulai hari ini, dia isytiharkan senior lelaki bernama Adrian Harris itu adalah sesuatu yang harus dia elakkan. Harap sangat ini adalah kali terakhir dia bertemu lelaki itu. 


Reenapple: Macam dah lama tak buka blog. 

10 comments:

  1. aha, been waitin for the update. heee thankyou~~

    ReplyDelete
  2. Best.. Can't wait for the new part.. Fyi da baca novel istri cagaran.. Best sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Awwwww... thank you sebab baca Isteri Cagaran. :)

      Delete
  3. Bagi jelah number phone Adrian tu dekat I kalau Airis taknak. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baiklah. What's your number? Nak bagi nombor Adrian ni. Haha

      Delete
  4. sam banjamin datang... kau apa khabar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Sam! Dah lama tak dengar cerita kau. Aku sihat walafiat. :D

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.