Sunday, September 17, 2017

Lovebug - #2



Airis baru saja melabuhkan punggungnya di kerusi sebelum seorang lelaki yang sangat asing baginya, mengambil tempat berhadapannya. 

“Hai!” sapa Adrian tanpa segan silu. Senyuman manis diukir seperti selalu. 

Kalau gadis lain, berkemungkinan akan tersenyum atau tersipu malu disapa lelaki kacak seperti Adrian, tapi tidak bagi seorang Airis Medina. Gadis itu memandang kosong Adrian tanpa suara. 

“Ingat I lagi tak?” Adrian bersuara lagi. 

Airis geleng kepala menjawab soalan Adrian. Seperti tadi, Airis masih tidak bersuara. Dia sebenarnya sangat janggal dengan lelaki asing ini. 

Come on!” Adrian pura-pura tidak puas hati. “You dengan I pernah jumpa dulu.”

Airis tidak memberi reaksi pada ayat Adrian. Dia masih dalam keadaan terpinga-pinga. 

“Adrian, lelaki yang terlanggar you kat kafe dulu, ingat tak?”

Airis geleng kepala. Dia bukan berbohong tapi dia memang tak ingat. Dan dia juga tidak faham apa sebenarnya remaja lelaki di hadapannya sedang merepek. 

Adrian mengeluh kecil. Sedikit kecewa. Tapi itu belum cukup untuk dia berputus asa. Dia kemudian mengeluarkan satu buku nota kecil berwarna biru dari begnya. 

“I rasa ini akan buat you ingat I.” Buku tersebut diletakkan di hadapan Airis. 

Airis telan air liur melihat buku di hadapannya. Belum sempat dia mencapai buku itu, Adrian terlebih dahulu melarikan buku darinya. Dia pandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

“Tengok reaksi you tu, I’m sure you had remembered me. Right?” Adrian senyum melihat wajah tidak puas hati Airis. Sangat comel!

“Bagi balik buku I.” Nada tidak puas hati digunakan oleh Airis. Matanya merenung tajam Adrian. Rupa-rupanya selama ini, buku kesayangannya berada di tangan lelaki itu. Dia ingatkan dia tersalah letak di mana-mana. 

“Cakap you ingat I dulu, baru I bagi buku you.”

“You nak apa sebenarnya?” Cermin mata dibetulkan sambil mata Airis kekal memandang Adrian dengan rasa tidak puas hati. 

An acknowledgement that you know and remember me.”

Airis mengeluh kecil. Memang la tadi dia tidak ingat dan kenal lelaki ini. Tapi, setelah melihat buku biru kesayangannya, serta-merta dia dibawa mengimbau memori yang berlaku beberapa hari yang lalu. 

Memori dimana seorang lelaki tiba-tiba saja melanggarnya. Sudahlah melanggarnya, lepas tu ajak nak buat sesi suai kenal pula. Ucap kata maaf tu dah cukup la, tak perlu nak bermulut manis bagai.

“So?” Kedengaran lagi suara Adrian. 

“I dah ingat you. Tapi I tak berminat nak kenal you.”

Wow! 

Tiba-tiba saja Adrian berasa teruja dengan ‘penolakan’ dari gadis bernama Airis ini. Dia sepatutnya berasa tercabar tapi entah mengapa melihat sisi Airis yang ini, membuatkan keinginannya untuk mengenali gadis ini semakin bertambah. Ia lebih dari saat hatinya terpaut suka pada kali pertama mereka bertentang mata. 

“You…” belum sempat Adrian menghabiskan ayatnya, tiba-tiba saja kedengaran suara perempuan. 

“Hai Ed!” 

Adrian mengeluh tidak puas hati mendengar suara Julia, si gadis paling perasan dan gedik dalam kolej ni. Dia lagi tidak puas hati apabila Julia mengambil tempat di sebelahnya. 

“Oh, am I interrupting you, Ed?” Julia pandang jengkel gadis bermata empat di hadapan Adrian. 

“Hai, Ju!” Adrian senyum palsu. “You nak apa?”

Julia senyum menggoda. “I dah lama tak nampak you. Dah la sem ni kita tak sama kelas. Do you know how I miss you, Ed?”

Airis menahan rasa jengkel melihat situasi di hadapannya. Dia kemudian bangun, meninggalkan pasangan ‘bahagia’ itu. 

Adrian mengeluh untuk kali ketiga. Sebab Julia, Airis pergi. 

“You had ruined everything, Ju!”

“Apa yang I dah buat?” Julia langsung tiada rasa bersalah. Dia lagi gembira melihat junior mereka yang bernama Airis tu beredar. “Oh, tolonglah jangan bagitahu I yang you nak usha our ugly junior tu, Ed?”

Adrian geleng kepala mendengar ayat Julia yang selalu merendahkan orang lain. 

“You need someone else better than our ugly junior. Macam I,” Julis senyum menggoda. 

Adrian geleng kepala lagi. 

“So, you nak pergi lunch dengan I tak?”

Belum sempat Adrian menjawab, kedengaran pula suara Tisha. Kali ini Adrian tersenyum lebar. Lagi-lagi melihat wajah Julia yang berubah. 

Oh, I tak tahu pun Julia ada kat sini. Hi, Ju!”

“Hai… Tisha…” tergagap-gagap Julia membalas sapaan Tisha. Dia sebenarnya gerun dengan Tisha Lydia ini.

Tisha senyum. “I ganggu ke?”

Adrian geleng. Begitu juga Julia. 

“I pergi dulu.” Terus Julia angkat punggung, berlalu pergi. 

Setelah kelibat Julia hilang, Tisha mengambil tempat berhadapan Adrian, kerusi yang sama Airis duduk tadi. 

“Kadang-kadang you buat I teringatkan Mama I.” usik Adrian. 

“Maksudnya, I cantik macam Mama you?”

“No. Tahap garang dia sama macam you.”

Tisha mencebik. “At least garang I dah tolong you tadi.”

“Well, thank you, Tisha. I appreciate it.”

“Your welcome, Ed.”

Kedua-dua mereka kemudian bergelak ketawa.

“You know what, Ed. Kalau you nak cari girlfriend, please find someone that is much better than Julia.” Tisha geleng kepala melihat gelagat Julia tadi. 

Tidak dinafikan, sahabat baiknya ini punya wajah yang mana-mana gadis akan jatuh hati pada kali pertama bertentang mata. Ditambah lagi dengan karakter peramah Adrian ini, mana-mana gadis akan terpikat. Kecuali dia yang sudah faham akan perangai sebenar Adrian. Dalam erti kata lain, Adrian bukan lelaki idamannya. 

Adrian gelak kecil. “Don’t worry about that. I dah jumpa someone that is better than Julia.”

“Who?” Terbuntang mata Tisha mendengar ayat Adrian. Sebelum ini, mana pernah Adrian bercerita tentang gadis yang telah menambat hatinya. Adrian mungkin peramah terhadap gadis-gadis yang sukakanya, tapi sahabatnya itu tidak pernah mahu jatuh hati. Adrian tidak berminat dengan perasaan gadis-gadis itu terhadapnya. 

“The owner of this book.” Tangannya diletakkan di atas buku di hadapannya. 

Tisha mahu mencapai buku tapi Adrian telah memasukkan ke dalam begnya. 

“I’m going to tell Mama Zara about this.” Tisha ugut Adrian. 

Adrian mencebik. Dia tidak kisah pun. Lagipun dia juga tidak sabar untuk bercerita tentang Airis pada Mama. 

Dan dari jauh, tanpa Adrian dan Tisha sedar, sepasang mata hitam milik Airis sedang memerhatikan mereka. Airis harus berfikir cara untuk dia mendapatkan kembali bukunya.

Reenapple: Agak-agak Airis ni siapa? 

3 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.