Friday, June 23, 2017

Biasa #12


Jelingan tajam gadis berambut panjang di hadapannya diabaikan. Ingat dia mahu sangat hadirkan diri ke reunion yang entah apa-apa ni. Kalau bukan disebabkan pujukan Nina yang beria-ia memintanya untuk hadirkan diri ke reunion, memang tak lah dia nak tunjuk muka dan bersemuka dengan Linda, sekali lagi.

Dia dan Linda bukan lagi sahabat baik sejak tiga tahun yang lalu. Perkataan BFF yang pernah muncul diantara mereka berdua telah tamat disaat Linda merampas lelaki yang pernah dia sukai dalam diam. Sudahlah ‘rampas’ ini pula mahu cari gaduh dengan melontarkan kata-kata fitnah yang menjatuhkan maruahnya di hadapan lelaki yang pernah dia sukai itu. 

Linda bukannya tidak tahu bahawasanya dia menyimpan perasaan pada senior mereka di sekolah menengah. Tapi itulah, perangai Linda yang suka test market itu tidak pernah berubah. Linda dengan sengaja mendekati crushnya. Namun, nasib baik crushnya itu tidak ditakdirkan berkahwin dengan Linda. Kali terakhir dia mendengar perihal crushnya itu, lelaki itu telah berkahwin beberapa bulan yang lalu, dengan seseorang yang jauh lebih baik dari Linda. 

“Aku dengar kau dah bertunang. Bila majlisnya?” Kedengaran suara Nina mengeluarkan soalan. 

“Kau dah bertunang? Aku tak tahu pun.” Kedengaran pula suara Julia. 

Aleena mahu menjawab soalan sahabat-sahabatnya tu, tapi Linda terlebih dahulu bersuara. 

“Macam lah you all tak tahu perangai Leena. Suka simpan rahsia.” Pandangan sinis kekal dilontarkan pada Aleena. 

Aleena diam walhal hatinya sudah memaki hamun Linda Melissa ni. Perangai sebiji sama dengan Irham, suka bercakap nada sinis. Patut pun Linda ada hati dengan Irham. 

“Seriously, Leena, who’s the lucky guy?” Julia keluarkan soalan lagi. 

“Aku tak rasa lelaki tu bertuah dapat Leena, kan?” celah Linda lagi. “It’s Leena yang bertuah dapat lelaki tu.”

Aleena tahan rasa geram. Ya, dia tahu sebab utama Linda asyik mengeluarkan ayat berbaur sindiran padanya sejak tadi lagi. Itu disebabkan dia telah ‘merampas’ lelaki idaman Linda sejak kecil. Karma kini kembali kepada Linda. 

Kalau bukan disebabkan cerita Tengku Azura beberapa minggu yang lalu, dia tak akan pernah tahu lelaki idaman Linda sebenarnya adalah Tengku Amzar Irham. Aleena pernah ingat cerita Linda tentang lelaki yang diminatinya sejak kecil. Cumanya, Linda tidak pernah memberitahu secara spesifik siapa lelaki itu. 

Well, what you give, you get back, Linda!

Dulu Linda mencantas lelaki kesukaannya. Sekarang dia pula yang mencantas lelaki kesukaan gadis itu. 

This world is full of surprise!

Tanpa membalas ayat Linda yang menyakitkan hati itu, Aleena meminta diri untuk ke tandas sementara menanti pesanan mereka tiba. Beberapa minit kemudian, kelibat Linda muncul di tandas, memandangnya dengan sinis.

“Macam mana rasanya rampas sesuatu yang bukan hak kau?” Linda tuturkan ayat itu dengan sinis. 

“Don’t you know how to give up, Linda?” Wajah Linda tidak dipandang. Aleena terus melangkah ke arah sinki, mencuci tangan. Dalam hatinya sudah mengutuk Linda, ingat dia hingin sangat Amzar Irham yang kerek tu ke?

Linda jelling tajam Aleena. 

“Abang Am sepatutnya jadi milik aku, Leena, bukan milik kau.”

“Tu maksudnya kau dan dia tak ditakdirkan bersama,” sengaja Aleena tuturkan ayat sinis. 

Linda ketap gigi. “Abang Am dan aku membesar bersama-sama, Leena. Kitaorang dah macam adik beradik. Aku pasti bakal ibu mertua kau dah cerita siapa aku dalam keluarga mereka.”

Aleena pamer riak jelik dengan ayat berlagak Linda. 

“And Abang Am is such a special person in my life, Leena. You do know that story.”

Aleena mengeluh bosan. 

“Kalau betul dia tu sangat special dalam hidup kau, kenapa kau tak jadi tunang dia? Kenapa Tengku Azura tak pilih kau?”

Senyuman sinis Linda mati. “Kau memang perempuan tak sedar diri. Dah rampas hak orang tapi masih nak berlagak tak bersalah.”

“Aku memang tak buat salah pun, Linda.” Aleena pertahankan dirinya. Kalaulah Linda tahu hal sebenar yang dia dipaksa dengan pertunangan ini. Dia dipaksa bertunang jikalau dia tidak mahu dibuang keluarga. 

“Kau dah tahu lama yang aku suka dia. But kau masih nak terima pinangan Tengku Azura tu.”

“Unfortunately, I don’t know, Linda. Kau sendiri tak pernah bagitahu aku siapa lelaki yang kau suka. Dan kau ingat dengan keadaan kita sekarang ni, aku masih mahu ingat cerita kau? We are no longer friends, Linda after you had betrayed me.”

“Oh, jadi sebab aku dah khianati kau, kau nak balas dendam?”

Aleena mengeluh lagi. Susah betul nak buat Linda faham. “Whatever Linda, aku malas nak bergaduh dengan kau sebab isu remeh macam ni.”

“Aku akan rampas balik hak yang sepatutnya menjadi milik aku,” ugut Linda berang.

“Well, good luck then.” Aleena kemudian beredar dari tandas, meninggalkan Linda dengan rasa berangnya. 

Kalau Linda betul lakukan apa yang diucapkannya, maka kehidupannya akan terselamat. Dia tidak perlu lagi terikat dengan pertunangan yang dia sangat benci itu. 

Tuhan, tolonglah biarkan harapan Linda tercapai.

Reenapple: Tapi Reen harap Linda tak berjaya. 



2 comments:

  1. Funny aleena, kalau kahwin ntah pe jd kan.. reen, slamat hari raya 🌙

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.