Tuesday, June 6, 2017

Biasa #11




Zachary telan air liur melihat kelibat Linda yang turut berada dalam pejabat Irham. Tapi nasib baik wanita itu mahu melangkah keluar maka tidak perlulah dia punya rasa tidak selesa dengan Linda Melissa itu. 

“Apa yang dia buat kat sini?” Terus Zachary keluarkan soalan pada Irham yang seperti selalu berlagak tenang.

“Dia datang hantar dokumen.” Mata Irham pada skrin computer. 

Zachary diam seketika. Lupa pula dia akan fakta bahawasanya Linda itu sebahagian pekerja di TGI Holdings. Tapi dia jarang benar melihat kelibat Linda di pejabat Irham sejak lelaki itu bergelar tunang orang. Andaiannya gadis itu sudah mengalah dan tak akan lagi menghuru-harakan hidup Amzar Irham. 

“Kau tak teringin nak pecat dia, Am?”

Irham angkat wajah, memandang Zachary yang telah mengambil tempat di kerusi berhadapannya. “Aku tak campur hal peribadi dengan hal kerja, Zack.”

Zachary hela nafas. Dia tahu sikap Irham yang itu. Tapi dia rasakan, makin lama Linda berada di TGI Holdings, Irham tak akan pernah dapat selesaikan masalahnya. 

“Lagipun, dia tak ada buat salah apa-apa pun kecuali kadang kala dia sangat menjengkelkan aku,” Irham berkata jujur. “She is a good worker, Zack.”

Zachary pamer riak tidak senang hati dengan ayat Irham ini. Linda tidak sepatutnya peroleh pujian dari mulut lelaki itu. “Kalau kau lupa…” belum sempat Zachary sudahkan ayatnya, Irham bersuara. 

“Aku tak lupa Zack. Tapi nak pecat Linda sebab hal peribadi, itu bukan aku.” Irham hela nafas. Bukan dia tidak pernah terlintas untuk pecat Linda, tapi dia rasakan jikalau dia lakukan itu, keadaan akan menjadi keruh.

Ya, Linda adalah penyebab mengapa hubungannya dengan adiknya menjadi keruh. Linda sukakannya tapi dia tidak sukakan gadis itu sebab dia tahu Irsyad menaruh hati pada wanita itu. Dan entah bagaimana, Irsyad menuduh dia sengaja permainkan perasaan Linda. Dia rapat dengan Linda hanyalah disebabkan kerja sahaja selain gadis itu adalah anak kepada kawan Ayahnya. Tentulah dia harus melayan Linda dengan sebaik yang mungkin, kan?

Disebabkan hubungan yang keruh itu juga, dia membuat keputusan untuk pindah keluar dari rumah. 

“Irsyad masih tak bercakap dengan kau?” Suara Zachary mematikan lamunan Irham. 

Irham jungkit bahu sebelum kembali menghadap skrin computer. Itu adalah isyarat sebagai dia tidak mahu diasak dengan pertanyaan remeh. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan apa yang berlaku dua tahun yang lepas. 

“By the way, macam mana dengan perjumpaan kau dengan Cik Tunang kau?” Zachary ubah topic perbualan.

Seperti tadi, Irham jawab soalan Zachary dengan bahasa tubuh. 

“Oh, man! Come on la Am. Still ada beberapa bulan sebelum kau kahwin. Tolong lah jangan tunjuk perangai kau yang coldheartless ni.”

“Aku dah jumpa dia la.” Dingin saja nada suara Irham. 

“Then?” 

“Macam tu jela.”

“Mesti kau terpegun dengan kecantikan dia kan?” Zachary senyum nakal. 

Irham senyum sinis. Cantik untuk Aleena? Perkataan cantik itu langsung tak sesuai dengan wanita itu. Biadap adalah perkataan tepat untuk Naira Aleena itu. 

“Kalau kau berkenan dengan dia, just straight to the point. Cuba lah usha dia,” sinis saja nada Irham itu. 

“Huish! Aku tak sailang girlfriend kawan, bro!”

Irham diam sambil geleng kepala. “Kau masuk opis aku ni untuk apa ni? Setakat nak borak kosong, aku banyak kerja nak disiapkan. ”

“Saja. Aku bosan.”

“ Laporan yang aku nak tu harus ada atas meja aku pagi Isnin ni.”

Zachary sengih. Lupa pula dia akan arahan Irham yang ini. “Aku akan siapkan nanti. Alex minta aku bagitahu yang kau ada lunch date dengan Ibu kau.”

Jam tangan dikerling. Cepat betul masa berlalu. Langsung Irham tak sedar yang waktu makan tengahari sudah tiba. Cepat-cepat dia mengemas meja sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Andaian Irham untuk makan tengaharinya hari ini hanya ditemani oleh ibunya dan juga Aleena sahaja. Tidak pula dia sangka Linda akan menyertai mereka. 

Katanya Tengku Azura, Linda ditemui sewaktu mereka tiba di restoran tadi. Maka dengan spontan, Linda dipelawa menyertai mereka. 

Hurm… kalaulah Tengku Azura tahu apa yang telah Linda lakukan, Irham pasti wanita itu tak akan pernah mahu pelawa Linda. 

Aleena disebelahnya dikerling. Dari tadi tunangnya itu hanya mendiamkan diri. Yang lebih banyak bersuara adalah Linda dan Tengku Azura. Berbual tentang hal-hal yang dia langsung tidak faham. Women’s talk!

“You okay ke?” Irham pandang Aleena yang kelihatan tidak selesa. Takkanlah masih marahkannya sebab hal hari itu? 

Serentak itu, keadaan menjadi sunyi seketika. Kedua-dua Tengku Azura dan Linda memandang Irham.

Aleena angkat muka. Irham sedang bercakap dengannya?

“Makanan you tak sedap ke?” Sekali lagi Irham bersuara. Da sebenarnya cuba menghilangkan rasa tidak selesa dan janggal yang dihadapinya. 

“Taklah.” Aleena masih tunduk. Dia sebenarnya tidak selesa dengan Irham. Dan rasa tidak selesa itu makin bertambah apabila melihat kelibat Linda di sini. Kenapa dunia ini perlu kecil sangat? Kenapa musuhnya sejak sekolah menengah adalah kenalan keluarga mentuanya?

“Kalau you tak suka makanan tu, kita boleh tukar makanan.” Tanpa menunggu jawapan balas dari Aleena, terus saja Irham menukar pinggan berisikan makanannya dengan pinggan Aleena. 

Aleena terkesima. Manakala Tengku Azura hanya tersenyum melihat situasi itu. Linda pula menjeling tajam Aleena dengan rasa tidak puas hati.

“Leena… dari dulu sampai sekarang kau masih tak berubah perangai cerewet kau,” sengaja Linda tuturkan ayat itu. Dia mahu jatuhkan maruah Aleena di hadapan Irham dan bakal ibu mertua gadis itu.

Aleena diam walhal dalam hati sudah memaki hamun Linda. 

“Kalau Abang Am nak tahu, Leena ni cerewet bab makanan. Dia jarang pergi kantin sekolah. Selalunya dia akan bawa bekal dari rumah,” tambah Linda lagi. “Dia cakap makanan kantin sekolah not her taste.”

“And how you know that?” Dingin saja suara Irham. Kenalkah Linda dengan Aleena?

“Well, we used to be best friends in school.” Linda senyum sinis pada Aleena. 

Aleena tahan rasa marahnya. Berani betul Linda mengunkit hal lama mereka. 

“Linda bagi tahu Ibu yang dia dan Leena dulu satu sekolah,” celah Tengku Azura. 

Irham angguk kepala tanda faham. Dia tahan senyum melihat wajah bengang Aleena yang cuba disembunyikan. Comel, dalam masa yang sama kelakar. “Even so, dia cerewet atau tak, tak ada kaitan dengan you, Linda.”

Linda telan air liur, terkesima dengan jawapan balas Irham. “I cuma nak bagi tahu je. At least, Abang Am patut tahu yang Linda dengan tunang abang Am ni know each other.”

“Fakta tu tak menarik pun,” balas Irham sebelum kembali mengunyah makanan di hadapannya. 

Linda ketap bibir sambil merenung tajam Aleena di hadapannya. “Linda pergi lah dulu Aunty. Linda lupa pula ada appointment petang nanti.” Dia angkat punggung. “Terima kasih sebab belanja lunch hari ini.” Dia kemudian beredar. 

Tengku Azura keluh kecil sebelum melontarkan pandangan pada Irham yang kelihatan tenang. “Am tak patut layan Linda macam tu.”

Irham buat-buat tidak dengar ayat Tengku Azura. “Ibu tak patut ajak dia join kita.”

“Ibu kenal dia. Am pun kenal dia. Lagipun Leena pun kenal dia. Kan, Leena?” Pandangan Tengku Azura dialihkan kepada bakal menantunya. 

Soalan Tengku Azura hanya dibalas anggukan yang disertakan dengan senyuman palsu. Sebenarnya, untuk saat ini, dia lebih berpihak pada Irham. Linda selayaknya terima layanan sebegitu dari Irham. 

Irham hela nafas, Tengku Azura sepatutnya dimaklumkan perihal sebenar apa yang Linda telah lakukan dua tahun yang lalu. Maka, tak perlulah Tengku Azura akan melayan Linda Melissa itu. 

Am dengan Linda dulu sangat rapat. Waktu Linda kecil dulu, dia selalu datang rumah Ibu main dengan Am dan Syad. Sekarang ni, entah apa yang dah berlaku pun, Ibu tak tahu. Betullah kata orang, manusia ni cepat berubah,” adu Tengku Azura dengan nada kecewa. 

Irham pamer riak tidak selesa. Kenapalah Ibu nak ungkit kisah lama pada saat ini pula. 

Manakala Aleena tiba-tiba saja teringatkan sesuatu apabila Tengku Azura bercerita tentang zaman kanak-kanak Irham dan Linda. Adakah apa yang disangkanya ini adalah benar?


Reenapple: Sorry, I was busy lately sampai lupa ada post cerita baru kat blog. Oh agak-agak apa yang Aleena ingat tu ya?


6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.