Saturday, May 27, 2017

Biasa #9




Nabila pandang Aleena dengan perasaan hairan. Bukankah sahabatnya ini sepatutnya berada di satu majlis yang melibatkan keluarga bakal mentuanya? 

“Kenapa kau ada kat sini? Aku ingat kau supposedly perlu berada kat majlis family in laws kau.”

Aleena hela nafas kecil. Dahi dipicit walaupun dia bukanlah mengalami pening. Dia cuma sedang menyusun ayat bagi soalan Nabila. Tak ada sesiapa pun yang tahu rancangannya yang ini kecuali Abangnya. 

Dia terimbau kejadian tengahari tadi. 

“Mama… Leena rasa Leena tak sihat.” Dia berpura-pura bersuara lemah untuk memastikan rancangannya berjaya. 

“Tak sihat?” Datin Najwa mengambil tempat di sebelah anak bongsunya di katil. Aleena masih lagi berselubung di bawah selimut. 

“Leena tak rasa Leena boleh pergi event tu hari ini.” Untuk memastikan lakonannya menjadi, dia juga berpura-pura batuk.

Tangan Datin Najwa menyentuh dahi Aleena. 

“Naira Aleena! Tak panas pun. Jangan nak mengada. Cepat bersiap.”

“Leena tak nak pergi majlis tu, Mama.” Aleena bangkit dari pembaringannya. Wajah simpati dihulurkan pada wanita kesayangannya ini. 

“Jangan nak mengada, Leena. Nanti Ayah marah.”

Aleena mengeluh. Dia tahu amarah Ayah. Tapi dia juga tahu dia tiada hati untuk bersemuka sekali lagi dengan Amzar Irham. Dia masih dihimpit perasaan malu dan menyesal atas tindakannya hari itu. Haih!

“Mama bagi tahu lah Ayah yang Leena tak sihat.” Sekali lagi wajah simpati dihulurkan pada Datin Najwa. Dia sangat pasti Ayah sah-sah akan percaya akan berita dia sakit. Tentang kesihatannya, Ayah tidak pernah soal banyak berbanding Mama. 

“Tapi, kenapa Leena tak nak pergi?” Datin Najwa keluarkan soalan. Sejak anak bongsunya pulang dari pertemuan dengan bakal menantunya, Aleena lebih banyak mendiamkan diri. Setiap kali perihal Irham dibangkitkan, Aleena akan mengelak. 

“Leena cuma malas je.”

“Alasan Leena tu tak boleh diterima. Pergi bersiap. Mama bagi masa 30 minit.”

“Mama, please… Kali ni je. Leena mesti bosan bila kat majlis tu. Mama sendiri tahu betapa bosan majlis formal. Mama pernah rasa apa yang Leena rasa kan,” pujuk Aleena disertakan wajah yang meraih simpati Datin Najwa. 

Datin Najwa geleng kepala sambil tersenyum. Macam-macam alasan Naira Aleena ini. Dia diam seketika sebelum melepaskan keluhan. 

“Okay. Mama akan beritahu Ayah yang Leena tak sihat. Tapi janji dengan Mama yang Leena akan behave bila ada kat rumah.”

Ayat Datin Najwa itu dibalas dengan anggukan yang disertakan senyuman lebar. 

“Leena…” suara Nabila mematikan imbauan Aleena. 

Aleena mengeluh sebelum bersuara. “Aku malas. Aku tak nak jumpa dia.”

Nabila kerut dahi. “Kau gaduh dengan dia ke? Tapi macam mana pula kau nak bergaduh dengan dia if kau dan dia tak pernah jumpa?”

Aleena diam. Lupa pula dia maklumkan pada Nabila tentang pertemuannya dengan lelaki kerek hari itu. 

“Atau dia dah tahu kau keluar dengan lelaki mana entah masa kat Quebec hari itu.” Nabila mula menciptakan andaiannya.

Sekali lagi Aleena melepaskan keluhan. Kalaulah Nabila tahu hal sebenar, sahabatnya akan tertawakannya. 

“Babe, aku tanya ni…” Kedengaran lagi suara Nabila. Sangat hairan melihat wajah resah Aleena ini. Wajah resah yang sama ditunjukkan tatkala sahabatnya memaklumkan akan perihal pertunangannya dengan pilihan keluarga. 

“Aku tak nak cakap hal tu. Aku cuma nak tanya kau nak ikut aku pergi shopping tak?”

Soalan Aleena itu dibalas dengan senyuman lebar oleh Nabila. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tiga hari kemudian…

Beberapa keping gambar dilempar di hadapannya. Aleena telan air liur. Wajah Mama dipandang dengan rasa bersalah. 

Mana Ayah dapat gambar-gambar ni?” Aleena keluarkan soalan, cuba menutupi rasa cuak yang sedang dialaminya ketika ini. 

“Tengku Azura bagi Ayah gambar-gambar tu. Dia cakap ada orang hantar pada dia.” Nada suara Datuk Faisal kedengaran kasar dan menakutkan pada pendengaran Aleena. 

Aleena tarik nafas, cuba berfikir siapa pula yang mahu awasi gerak-gerinya? Dia tiada musuh. Mungkin ada seseorang yang berdendam dengannya, tapi siapa?

“Leena sebenarnya sakit atau tak hari itu?” Soal Datuk Faisal lagi. Wajah isterinya disebelah anak bongsunya dikerling tajam. 

Aleena geleng kepala lemah. Berbohong pada Ayah pada saat ini tak akan mampu mengubah apa-apa. Bukti sudah terangan berada di depan mata.

“Kenapa Leena tipu?” Datuk Faisal bersuara lagi. “Dan kalau betul Leena tak nak hadir majlis tu, you should stay at home,” ucap Datuk Faisal geram.

“Leena cuma keluar shopping je. Bukannya berperangai tak senonoh. Leena keluar dengan Bell, bukan dengan lelaki sembarangan.” Aleena cuba membela diri. 

“Leena…” Datin Najwa geleng kepala, memberi isyarat supaya Aleena diam saja. Risau pula berlaku sesuatu yang buruk. 

“Leena dah malukan Ayah!”

Aleena mengeluh. Dia tahu itu. Tapi dia tetap rasakan dia bukannya melakukan kesalahan yang besar sehingga perlu Ayah marah padanya. 

“Kali ini Ayah lepaskan. Kalau sekali lagi Leena buat hal, you do know what I’m going to do to you, right?”

Aleena ketap gigi, tidak puas hati. Dia faham ugutan Ayah itu. Itu adalah ugutan yang sama setiap kali dia mencipta masalah. Ayah akan menyekat segala kebebasannya. Termasuk wang ringgit. 

‘Argh… kenapa Ayah tak ugut saja nak batalkan perkahwinan tu?’

“Do you hear me?” Kedengaran lagi suara Datuk Faisal. Berang pula dengan diam anak bongsunya ini.

Aleena mengeluh kasar. Kepala dianggukkan. Dia tiada pilihan. Sekali lagi. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Beberapa puluh kilometer dari kediaman Datuk Faisal…

Senyuman kemenangan diukir melihat kepingan gambar-gambar yang berada di atas meja di hadapannya. Itulah, siapa suruh cuba ‘rampas’ impian darinya!

Reenapple: Agak-agak siapa yang ada niat jahat kat Aleena?


2 comments:

  1. No one did. Mungkin aleena buat sendiri.. atau tunang die..

    Selamat berpuasa..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.