Sunday, May 21, 2017

Biasa #8

Setelah sesi makan tengahari bersama dua keluarga selesai, Aleena terpaksa ditinggalkan dengan Irham. Kononnya mereka berdua harus berbincang tentang perkahwinan mereka yang bakal tiba nanti. 

Jujur, Aleena sangat tidak mahu menghabiskan masa dengan lelaki kerek tersebut. Dia yakin dan pasti, walau satu saat masa dihabiskan bersama lelaki itu, akan mengheret dia ke dalam masalah yang besar. 

“Kalau you rasa situasi ni tak menyenangkan, kita boleh balik.” Dia memulakan perbualan, memecahkan sunyi yang melanda tika ini. “Perjumpaan kita…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Irham telah mencelah. 

You rasa situasi ni tak menyenangkan?” 

Aleena diam, walhal hatinya mengiyakan soalan Irham. 

"Kalau you rasa tak selesa dengan tempat ni, kita boleh pergi ke tempat lain." Irham bersuara lagi. 

"Nak pergi mana?" Soal Aleena polos. 

"Bilik hotel." 

Aleena ketap gigi. Pervert betul lelaki kacak di hadapannya. Hish! 

“Tak kelakar.” 

“I tak cakap pun I sedang buat lawak.” 

“Kalau macam tu, I pergi dulu.” Aleena bangun. Belum sempat dia memulakan langkah, Irham kembali bersuara. 

“I belum habis lagi.” 

“I dah tak nak cakap dengan you.” 

“Okay. Tapi apa yang I nak bagitahu family kita yang perbincangan kita hari ni tak menjadi seperti yang mereka nak.” 

Aleena telan air liur laju. Dia kembali melabuhkan punggung di tempatnya tadi, berhadapan Amzar Irham yang kerek ini. Nahas dia kalau Ayah tahu ini.

“So, I patut panggil you Aleena atau Nabila?” Irham kembali bersuara setelah Aleena duduk. Dia sangat tahu Cik Tunang di hadapannya tidak mahu berada dengannya. Dia juga seperti gadis itu, tapi dia harus berbincang sesuatu dengan Cik Tunangnya ini. 

Aleena diam lagi, tiada keinginan untuk menjawab soalan Irham yang kedengaran seperti sindiran itu. 

Bila you diam macam ni, I fikir you mesti dah buat salah,” Irham bersuara lagi. Dia mahu lihat sampai bila Aleena mahu mendiamkan diri. Dari tadi lagi gadis itu hanya mendiamkan diri. 

I tak ada buat salah.” 

“Oh, really? Jadi kenapa you senyap je dari tadi?” 

Sebab I tak ada apa-apa nak cakap dengan you.” Aleena alihkan pandangan ke arah lain. Sangat janggal pula berduaan dengan lelaki kerek ini. Dia sebenarnya masih belum mampu dapat lupakan insiden yang memalukan tadi. 

Irham tarik senyum senget. “You ingat you seorang je yang tak suka kita berdua habiskan masa bersama-sama. I pun macam you juga.” 

“Then, buat apa bazirkan masa you kat sini, dengan I?” Aleena pamer riak tidak puas hati. Kalau tak suka, tak perlulah ‘heret’ dia bersemuka, berduaan. Heh! 

“Sebab I nak bincang sesuatu dengan you.” 

Aleena kerut dahi. “Nak bincang apa?” Tubuh dipeluk, cuba menyembunyikan rasa berdebarnya. 

“Hal yang parents kita mahu kita bincangkan.” 

Aleena telan air liur. Makin bertambah pula debarannya. “Kalau you cuma nak buat sesi suai kenal, tak perlulah. I dah dapat senarai yang you hantar dulu. I akan baca itu. Dan kemudian I akan tahu apa yang you suka dan tak suka.” 

Dia teringatkan satu fail yang pernah dihantar kepadanya sejurus dia bergelar tunang kepada lelaki kerek ini. Tanpa membaca fail tentang Amzar Irham, dia buang fail itu. Segala perihal Encik Tunang yang disampaikan oleh Nabila mahupun keluarganya, dia buat tidak endah. Sakit hati tahu apabila dipaksa bertunang dengan lelaki yang sedikit pun tidak mahu ambil tahu tentang dirinya. 

“So, you dah baca?” Soal Irham polos. “Tapi kenapa you tak kenal I masa kat Quebec hari tu?” 

“You pun tak kenal I juga.” 

“Actually I cam you. Not much. Sebab gambar you yang Ibu bagi kat I adalah sangat berbeza dengan apa yang I lihat sekarang.” 

“Maksud you?” 

“Dalam gambar you nampak kurus. Kat luar you nampak gemuk.” 

Aleena ketap gigi. Amzar Irham ni tersangat lah biadap. Dia tak tahu ke mana boleh sesuka hati cakap perempuan gemuk. Lagipun, kalau diikutkan dia bukannya dikategorikan sebagai obesity lagi. 

“You jumpa I ni nak sakitkan hati I je ke?” Soal Aleena geram. 

Irham tarik senyum senget. “No. I nak bercakap tentang kita.” 

Aleena telan air liur. 

You bersetuju dengan perkahwinan ni?” Tanpa mendengar ayat balasan dari Aleena, Irham terus bersuara. 

“Cara you tanya soalan tu macam you tak setuju dengan perkahwinan ni je.” 

“I tak suka perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga.” 

“Sebab you dah ada calon pilihan you ke?” Tiba-tiba saja Aleena teringatkan kisah-kisah skandal Irham yang pernah diceritakan oleh Nabila. Dia yakin dan pasti diantara wanita-wanita yang pernah digosipkan dengan Irham, tentu ada salah seorang yang betul-betul punya hubungan dengan lelaki itu. 

“Yup.” 

“Siapa?” 

“None of your business.” 

Aleena pandang sebal Irham. Berganda-ganda sakit hatinya disebabkan lelaki kerek ini. Tapi di balik rasa sakit hati, terselit juga rasa kecewa. Hurmm, kenapa dia mahu rasa kecewa pula? 

“Kalau you dah ada calon pilihan you, kenapa you tak bangkang je cadangan parents you? Kenapa you masih nak kahwin dengan I?” 

Because it’s an order, Aleena.” Senyuman sinis diukir. “Instead nak tahu kenapa I tetap nak kahwin dengan you, mungkin you pun patut tanya soalan tu pada diri you juga. Kenapa you setuju dengan perkahwinan ini?” 

Aleena terkesima dengan soalan Irham. Jika diikutkan hal sebenar, dia tiada pilihan lain. Dia bersetuju atau tidak, keputusan di tangan Ayah. Ayah yang menentukan segala yang berlaku padanya. Dan dia sedikit pun tidak boleh bangkang. Jika dia bangkang, dia akan dibuang keluarga. Itu adalah ugutan Ayah padanya. 

You tak ada calon pilihan you ke bila you setuju nak kahwin dengan I?” Irham keluarkan soalan lagi. 

Aleena mendengus kecil. “Actually I ada. Dan dia sejuta kali ganda lebih baik dari you.” 

Irham pandang Aleena dengan rasa ingin tahu. 

“Apa yang mereka panggil you? Prince Charming?” Nada suara Aleena ini kedengaran sangat sinis. “I rasa you layak dipanggil Prince of Disaster. You tak layak pegang title Prince Charming.” 

“And why is that?” Nada Irham kedengaran tenang. Dia sebenarnya sedang menahan dirinya dari ketawa mendengar ayat gadis di hadapannya. 

“Sebab Prince Charming tak wujud. There is no such thing like a fairy tale.” 

Irham diam seketika sebelum kembali bersuara, “I rasa setakat ini saja perjumpaan kita.” 

“Well, okay then. Bye.” Aleena kemudian bangun. 

“I hantar you.” Irham turut bangun. 

“Tak perlu. I balik sendiri.” 

Belum sempat Irham bersuara lagi, Aleena terus memulakan langkah, beredar, meninggalkan Irham yang kelihatan terkebil-kebil. Namun, Irham tidak tahu Aleena sebenarnya sedang memarahi dirinya kerana bertindak ‘celaka’ hari ini. Harap sangat lelaki itu tak akan mengadu pada Ayahnya. 



2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.