Tuesday, May 16, 2017

Biasa #7




Aleena melangkah masuk ke dalam lobi hotel sambil tangannya memegang satu gelas plastic yang mengandungi kopi kegemarannya. Matanya asyik menghadap skrin telefon sambil kakinya menghayunkan langkah menuju ke lif. Sehinggalah apabila dia tiba-tiba saja terlanggar tubuh seseorang. 

“You lagi?” 

Aleena pamer riak sedikit terkejut melihat lelaki dihadapannya. Kenapa perlu bertemu lelaki ini sekali lagi?

“Hobi you ni memang suka tumpahkan kopi kea pa?” Nada Irham masih seperti tadi, kasar. Sudahlah dia punya janji temu yang sangat penting dengan keluarganya. Dan gadis biadap ini sekali lagi ‘merosakkan’ moodnya. 

Aleena mencebik. Tumpahan kopi di baju kemeja yang dipakai lelaki kerek di hadapannya ini tidaklah seteruk yang dia lakukan di Canada hari itu. Lagipun, Irham menyarungkan kemeja berwarna hitam. Makanya tumpahan Iced Americano yang dihirupnya tadi tidak lah kelihatan. 

“Macam mana you nak tebus kesalahan you ni.” Kedengaran lagi suara Irham. 

“Tak adalah nampak sangat baju you kotor. You pakai baju warna hitam.” Kali ini Aleena tiada rasa bersalah. 

Irham ketap gigi.”Hey! Ini salah you, bukan salah I. You should do something about this.”

Sekali lagi Aleena mencebik. “Untuk lelaki yang biadap macam you ni, jangan harap yang I akan minta maaf. You don’t deserve my sorry.” Seusai ucapkan itu, Aleena beredar menuju ke lif yang baru terbuka pintunya. 

Manakala Irham mendengus. Kakinya kemudian dihayunkan ke tandas yang berdekatan. Alex kemudian dihubungi supaya membawakan baju baru untuknya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


30 minit kemudian, setelah menukar pakaian yang dibawa oleh Alex, Irham tiba di tempat yang telah ditempah oleh keluarganya untuk makan tengahari hari ini. 

Di saat dia tiba, dia menyedari kelibat seseorang yang sangat dikenalinya. Dia pandang gadis bernama Nabila yang juga kelihatan terkejut memandangnya. Tertanya-tanya mengapa gadis itu berada di sini.

“Lambatnya kamu, Am.” Kedengaran suara Tengku Azura. Senyuman dilontarkan pada anak lelaki sulungnya itu. 

“Terserempak dengan perempuan gila tadi.” Nada Irham kedengaran sinis. Matanya masih pada ‘Nabila’ yang kini duduk bertentangan dengannya. 

Aleena ketap gigi geram tapi dia tahan rasa marahnya. Namun, rasa hairan melebihi rasa marah yang dialaminya ketika ini. Tiada sesiapa pun termasuk Ayah, Mama dan abangnya tahu bahawasanya ketika ini dia sedang berdebar. Dia sangat tertanya-tanya adakah lelaki kerek ini adalah calon pilihan ibu bapanya

“Along terjumpa Kak Linda ke?” Kedengaran suara Izzad, adik bongsu Irham. 

Irham diam, tidak menjawab soalan Izzad. Matanya masih pada Aleena yang masih menunjukkan riak tidak tenang. 

“Am tentu ingat Aleena lagi kan? Your fiancee,” Tengku Azura memulakan ‘sesi perkenalan’. 

“Bakal kakak ipar Izzad cantik. Pandai Ibu pilih.” celah Izzad dengan senyuman pada Aleena di hadapannya. 

Aleena balas senyuman Izzad dengan terpaksa. Dia kemudian telan air liur dengan kasar. Dia alihkan wajahnya dari pandangan Irham. Risau pula jikalau Irham membuka cerita apa yang berlaku hari itu. 

“Nama dia memang Aleena ke?” Irham keluarkan soalan. Matanya masih seperti tadi, pada Aleena.

Haah. Nama penuh dia Naira Aleena.” Giliran Datin Najwa, ibu Aleena bersuara. 

Aleena hela nafas. Hatinya sudah mula berharap Irham tidak membuka cerita hari itu. 

“I see. Ingatkan nama dia Nabila.” Sengaja Irham tuturkan ayat itu.”She reminds me of her.”

“Siapa Nabila?” Izzad kerut dahi. Dia pandang Irham di sebelahnya. 

“Probably one of his scandal.” Sinis saja nada suara Aleena. Dia kembali teringatkan ‘laporan-laporan’ dari Nabila tentang Encik Tunangnya. Dia sepatutnya harus tahu bahawasanya Amzar Irham dan lelaki kerek yang ditemuinya beberapa bulan yang lalu adalah lelaki sama. Lelaki yang penuh dengan gossip dan skandal, bak kata Nabila. 

“Leena…” tegur Datin Najwa.

“I don’t have scandal named Nabila.” Balas Irham sinis.

“Am,” tegur pula Tengku Azura. 

“Excuse me, Leena nak pergi toilet kejap.” Aleena sengaja mencipta alasan supaya dapat melarikan diri dari ‘suasana yang sangat membuatkan dia sesak nafas.

20 minit kemudian, kelibat Aleena masih belum muncul di bilik makan VIP itu. Datin Najwa sudah mula risau. Risau jikalau Aleena hanya mencipta alasan untuk ‘melarikan diri.’ Bukannya dia tidak tahu perangai tidak dijangka anak bongsunya ini. 

Firash, pergi tengok adik kamu tu. Apa yang lama sangat dia buat dalam toilet tu,” arah Datin Najwa pada anak sulungnya. 

“Biar Am pergi tengok,” celah Irham tiba-tiba. Dia mahu bertemu secara peribadi dengan Aleena. Sebarang perbualan yang berlaku diantara Ayahnya dan Datuk Faizal tidak diambil peduli. 

Dia kemudian bangun, melangkah ke arah tandas. Hampir 5 minit juga dia menanti Aleena di luar tandas wanita.

“Kenapa you ada kat sini?” Aleena pandang Irham dengan riak terkejut. Jikalau mahu ke tandas sekalipun, tandas lelaki berada di tingkat atas, bukan di tingkat ini. 

“Tunggu you. Semua orang risaukan you. In case you kena culik ke.”

Aleena pamer riak jengkel. Lelaki kerek ni, kalau tidak menggunakan nada sinis apabila bercakap dengan dia, tak boleh ke?

Atau you sebenarnya sedang fikir nak cabut lari?” Irham terusan bersuara. 

“Apa yang I fikir bukan urusan you.” Jika diikutkan niat asal Aleena, dia sememangnya mahu lakukan itu. Tapi, disebabkan dia tidak mahu menerima hukuman dari Ayah, dia terpaksa batalkan niatnya yang itu. 

“I rasa itu urusan I since you dah jadi tunang I.”

“You betul-betul tunang I? The great Amzar Irham yang banyak skandal tu?”

Irham jungkit kening. Nampaknya impression buruk gadis ini terhadapnya sudah bertambah. Namun, dia tiada keinginan untuk menjawab soalan wanita itu. 

“Kenapa you tak bagitahu nama penuh you?” soal Aleena lagi. 

“Why should I? You pun tipu you tentang nama you.” Irham memulangkan buah paku keras. 

Aleena pandang sebal Amzar Irham dihadapannya. Makin bertambah sakit hatinya. Tanpa membalas ayat sinis Irham, dia kembali memulakan langkahnya sebelum dia tiba-tiba saja tersadung. Entah bagaimana dia dapat rasakan seseorang sedang memeluk pinggangnya dengan erat. Air liur ditelan melihat wajah Irham di hadapanya. Wajah lelaki itu dengannya sangat dekat seakan-akan mahu menciumnya. 

Satu jeritan kecil terhasil sebelum tubuh Irham ditolak kasar. “Apa yang you nak buat ni?” Nadanya kedengaran tidak puas hati. 

I cuma nak selamatkan you.” Irham sudah dapat agak ‘pertolongannya’ sebentar tadi disalah ertikan oleh Aleena.

“Perlu ke you nak buat macam tu?”

“I do nothing, wrong, Miss.” Irham pertahankan dirinya. Hairan! Bukannya dia mahu lakukan perkara yang tidak senonoh. 

“You ni bodoh betul! You boleh je kan elak tadi.”

“What!” Irham mula bengang. Dia pula yang dipersalahkan padahal dia cuma mahu lakukan kebaikan. Belum sempat dia bersuara, Aleena berlalu pergi. Sudahnya dia mengeluh, menahan rasa bengang.

Reenapple: Told you! Diorang akan bertemu lagi. And what? Seriously?




6 comments:

  1. wahh sambungan dari yang ke 6 ini ya bos?

    ReplyDelete
  2. Haha baru buku bertemu ruas..

    ReplyDelete
  3. Reen, heroin ni cuba nak elak something yg cliche kan. Cara die react opposite sgt dgn heroin lain.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin JUga. Reen belum kenal heroin tu dengan sebaiknya. Ehhh

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.