Thursday, May 4, 2017

Biasa #6


Dahinya berkerut tatkala iPad diletakkan di hadapannya. Dia pandang Zachary dengan aneh. “What’s this?”

“What’s this, bro?” Nada suara Zachary kedengaran seakan mengajuk ayat sahabatnya. “Kau lagi tahu kot hal ni berbanding aku, Am.” Skrin iPad di hadapan Irham dipandang. Satu artikel dari laman web gossip memaparkan gambar Irham bersama seorang gadis yang telah dikaburkan wajahnya. 

“Kau sendiri tahu benda macam tu mana boleh percaya. It’s just rumours,” balas Irham selamba. 

“Rumours or not, macam mana aku nak bersoal jawab dengan parents kau.” Nada Zachary kedengaran risau. Ini bukan kali pertama dia terpaksa berhadapan dengan gossip Amzar Irham. Berulang kali. Dan yang terpaksa uruskannya adalah dia dan Alex. Dan Irham sedikit pun tidak pernah mahu ambil peduli. 

Katanya Irham, lama-kelamaan gossip murahan macam tu akan berhenti dengan sendirinya. Itu adalah fakta. Tapi, dia pula yang jenuh mahu bersoal jawab dengan keluarganya dan juga dengan keluarga Irham.

“Kenapa pula parents aku nak soal kau? Kau bukan PA aku pun. Kalau diorang nak tanya sekalipun, diorang akan tanya Alex. Alex ada di tempat kejadian.” Irham langsung tiada rasa bersalah. 

Tentulah, dia bukannya melakukan kesalahan pun. Yang bersalah adalah manusia-manusia yang sibuk mahu ambil tahu tentang kehidupannya. Dan dia sudah lali dengan gossip-gossip tentang dirinya. Yang tahu kebenaran tentang dirinya adalah manusia-manusia terdekat dengannya. Manusia-manusia yang dia percaya termasuk Zachary di hadapannya. 

Zachary mendengus kecil. Kalau bukan dia yang menjumpai artikel yang entah apa-apa tentang Amzar Irham ini, tak adanya dia mahu kelam kabut. Jika terdapat apa-apa berita yang mampu menjatuhkan nama Irham, yang akan terpalit sama adalah dia, walaupun katanya Irham, dia tiada di tempat kejadian. 

“Siapa perempuan tu? Mana kau jumpa dia? Kau tak bagi tahu pun yang kau akan bawa date ke majlis tu.”

Irham diam. Matanya memerhatikan gambar perempuan yang telah dikaburkan wajahnya. Senyuman senget diukir apabila mengimbau kejadian tiga bulan yang lalu.

“Am, aku tanya kau ni.” Suara Zachary mematikan lamunan Irham. “Kau patut bagi tahu aku kalau kau nak date ke majlis.”

For what? Supaya kau boleh carikan aku perempuan yang entah apa-apa sebagai date aku? Dan kemudian ada gossip buruk tentang aku? Lepas tu kau akan complain dekat aku yang aku ni tak pandai jaga diri?”

Zachary sengih. “Sekurangnya, aku boleh handle masalah yang kau timbulkan, Am.” Dia sengih kambing pada Irham. 

Irham geleng kepala. “You know what Zack. You are selfish.” Irham kembali menghadap laporan mesyuarat yang dihantar oleh setiausahanya tadi. 

Zachary sengih lagi. “Aku bukan apa, just risaukan kau. Sebab bila nama kau buruk, akan menyusahkan kau juga. People know you as a ‘Prince Charming’. Kau mana boleh keluar dengan perempuan yang entah pape, Am.”

“I’m not a prince, Zack.”

“Tapi, kau adalah idaman para wanita di dunia ni.” Zachary gelak kecil.

Irham geleng kepala mendengar ayat over Zachary ini. 

So, kau nak bagi tahu aku siapa perempuan tu?” Zachary kembali mengeluarkan soalan sama.

“Tak penting untuk kau tahu.”

Zachary renung tajam Irham. “I smell something fishy here. Jangan bagi tahu aku yang perempuan tu betul-betul apa yang artikel ni tulis?” Jari telunjuk dihalakan pada skrin iPad yang berada di hadapan Irham. 

Sekali lagi Irham geleng kepala. “Aku cuma gunakan dia untuk dapatkan projek kat Canada tu. Dari berita yang aku dapat, Mrs Weasley adalah seorang wanita yang menilai seseorang berdasarkan hubungan cinta yang seseorang tu ada.”

Zachary kerut dahi. Separa memahami penjelasan Irham. “Maksud kau, dia lebih percaya pada seseorang yang punya hubungan cinta yang setia?”

Irham angguk lemah. 

“Pelik.”

Irham senyum sinis. “She believe in eternal love, Zack.”

“She’s absolutely weird. So, kau introduce perempuan yang tidak diketahui nama ni sebagai girlfriend kau?”

“Actually, sebagai tunang aku.”

“You did what?” Zachary separa menjerit. “Kau dah gila ke apa?”

“Tak. AKu sedar apa yang aku buat.”

“What if Mrs. Weasley tahu hal sebenar?”

Irham tidak menjawab soalan Zachary. Dia tiba-tiba teringatkan ayat Mrs.Weasley apabila dia memberitahu hal sebenar tentang hubungannya dengan gadis yang dibawanya itu. Wanita tua itu langsung tidak mahu percaya bahawasanya gadis bernama Nabila itu bukan tunangnya yang sebenar. Katanya Puan Weasley, dia dan gadis itu sangat sepadan, seolah-olah mereka berdua sememangnya dilamun cinta. 

Mahu saja dia ketawa mendengar ayat Puan Weasley itu. Kalaulah dia bertemu kembali dengan Nabila itu, mahu saja dia hadiakan anugerah pelakon terbaik pada gadis itu. 

“Kau patut bawa tunang kau yang sebenar, tahu.” suara Zachary mematikan lamunan Irham. 

Irham telan air liur. Sedikit terkesima mendengar ayat Zachary yang ini. Secara lisannya, dia sudah punya seorang tunang yang langsung tidak diketahui siapa gadis itu. Apa yang dia tahu hanyalah nama gadis itu. Tapi tidak pula dia mahu ambil tahu lebih dari itu.

“Kau dah jumpa dia?” Zachary bersuara lagi. “Tunang kau?”

Irham jongket bahu. Sebenarnya, dia malas untuk menjawab soalan remeh Zachary ini. 

Zachary mengeluh. “Dia bakal isteri kau. Kau perlu ambil tahu. Fail tentang dia aku ada, incase kau nak ambil tahu.”

Ayat Zachary itu dibiarkan tanpa balasan sekali lagi. Entah mengapa dari saat dimaklumkan tentang pertunangannya yang langsung dia tidak rela itu, dia langsung tiada keinginan untuk mengetahui ‘gadis bertuah’ yang telah dipilih oleh keluarga nya. 

Zachary hela nafas sambil geleng kepala. Irham dan sikap degilnya tidak berubah. Hitam katanya, maka hitamlah keputusan lelaki itu sehingga ke saat akhir.

Kalau kau dah tak ada apa-apa nak bincang dengan aku, kau boleh keluar. AKu ada banyak kerja nak di siapkan ni.” Irham jujur. Matanya memandang timbunan laporan yang harus dibaca hari ini. 

Zachary mencebik. Sedikit berkecil hati dengan ‘ayat halau’ sahabatnya ini. “Sebelum aku lupa, Ibu kau suruh aku pesan tentang dinner this weekend. Dia suruh aku make sure, kau join dinner hari tu.”

Irham berpura-pura tidak mendengar pesanan Ibunya yang disampaikan oleh Zachary itu. 

Dia cakap dia nak bincang tentang pertunangan kau, tentang perkahwinan dia.” Sambung Zachary lagi. 

Irham hela nafas. Topik itulah yang dia paling tidak gemar menjadi topic perbualan Mama.

Beberapa seketika ayatnya tiada balasan dari Irham, Zachary mengambil keputusan untuk beredar. Sebelum dia beredar, dia sempat menyebut nama tunang sahabatnya pada lelaki itu. 

Irham kerut dahi tatkala mendengar nama yang disebut oleh Zachary tadi. Nama itu seakan-akan mengingatkannya pada sesuatu. 


Reenapple: Agak-agak siapa tunang Irham?






3 comments:

  1. Exgirlfriend dia? Ke nabilla tu, xkan lah kan kebetulan sgt tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak dapat dikenal pasti lagi. Tunggu bab seterusnya.

      Delete
  2. cerita beneren nih atau dari buku gtu? waw bangnet

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.