Wednesday, May 31, 2017

Biasa #10



Majalah perkahwinan dihadapannya diperhatikan dengan perasaan kosong. Langsung tiada perasaan teruja untuk memilih pakaian pengantin yang akan disarungkannya beberapa bulan lagi. 

Wajah bakal ibu mertuanya dipandang dengan senyuman palsu. “Leena tak tahu nak pilih yang mana.” Aleena separa berbohong. Memanglah rekaan gaun-gaun pengantin di hadapannya sangat cantik. Tapi sebab utama dia tidak tahu membuat pilihan adalah disebabkan rasa malas berbanding rambang mata. 

“Pilih je mana-mana yang Leena rasa sangat berkenan.”

“Kalau Leena pilih, lepas tu Irham tak berkenan macam mana?”

“Yang tu Leena jangan risau. Ibu akan pastikan Am setuju dengan setiap pilihan Leena.” Tengku Azura senyum lebar. Anak sulungnya itu mana pernah tolak pada setiap permintaannya. 

Aleena hela nafas kecil. Sepatutnya dia beri pelbagai alasan untuk tidak memunculkan diri di rumah bakal mertuanya hari ini. Namun, terkenangkan ugutan Ayah hari itu, dia paksa diri muncul di hadapan keluarga bakal mertuanya. 

Dia andaikan Tengku Azura membebel kepadanya atau apa-apa sajalah sepertimana yang dilakukan oleh Ayah disebabkan isu gambarnya pada hari itu. Tapi, wanita itu kelihatan berlagak seolah-olah isu gambarnya itu tidak pernah wujud. Seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan. 

Dia patut risau atau follow the flow je?

“Leena okay ke tak ni?” Kedengaran lagi suara Tengku Azura. Dari tadi dia sedar akan perilaku bakal menantunya ini. Sebab itu dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kesalahan yang Aleena lakukan hari itu bukanlah isu yang patut dibangkitkan. 

“Leena okay. Cuma penat sikit.” Aleena sengih palsu. 

“Kalau macam tu Leena pergi rehat kat bilik Am dulu. Bila makanan dah siap, nanti Ibu kejutkan.”

Aleena telan air liur. Bilik Irham? Dia salah dengarkah?

“Jangan risau. Am jarang tidur sini. Dia ada rumah dia sendiri.” Nada Tengku Azura ini kedengaran sedikit kecewa. 

Irham pindah keluar selepas berlaku pergaduhan besar dengan Irsyad, anak keduanya. Begitu juga dengan Irsyad, memilih untuk menyambung pelajaran di luar Negara. 

Setiap kali diminta pulang ke rumah, masing masing akan memberi pelbagai alasan. Irsyad tak akan berada di rumah jikalau Irham turut berada di rumah. Masing-masing seolah-olah cuba mengelak satu sama lain. Dan dia pun tidak tahu punca pergaduhan mereka hingga membuatkan masing-masing membawa haluan sendiri. 

Tak apalah. Leena tolong Ibu kat dapur.” Aleena sebenarnya segan. Tak kuasa dia mahu berada di bilik bakal suaminya. Bagaimana lelaki itu tiba-tiba muncul waktu dia sedang lena tidur. Dia sudah dapat bayangkan wajah bengis lelaki mahu memarahinya kerana menceroboh masuk biliknya tanpa kebenaran. 

Tak apa. Leena pergilah rehat. Nak tolong Ibu kat dapur lambat lagi,” pujuk Tengku Azura. Simpati pula melihat wajah keletihan gadis itu.

Beberapa seketika berfikir, Aleena terima cadangan Tengku Azura. 5 minit kemudian, dia sudah tiba di bilik tidur Amzar Irham itu. 

Keadaan bilik Irham diperhatikan. Sangat elegan dan kemas walaupun katanya Tengku Azura, Irham sangat jarang bermalam di bilik ini. Jaket biru dan beg tangan di tangannya kemudian dilemparkan ke atas katil sebelum kakinya memilih untuk ‘menjelajah’ bilik Irham. 

Tiada apa-apa yang menarik dalam bilik Irham bagi seorang Aleena. Barangan milik lelaki itu sudah dapat dijangka memandangkan taraf hidup lelaki itu. 

Punggungnya kemudian dilabuhkan di sofa. Tiba-tiba saja matanya terasa berat. Dengan udara yang sejuk dan bau yang nyaman, membuatkan kepala Aleena dilentukan di bahu sofa itu. Matanya bagai digam. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Wajah lena gadis di hadapannya dipandang dengan perasaan sedikit bengang. Kesalahan pertama gadis itu adalah masuk ke biliknya tanpa kebenarannya. Kesalahan kedua, menyepahkan katilnya. Dia sangat pantang akan manusia yang suka tinggalkan barang pada tempat yang tidak sepatutnya. Lagi-lagi di atas katil. 

‘I don’t know what will happen if we really get marry someday’ tanpa sedar Irham ucapkan ayat itu dalam hati.

Dia sangat tertanya-tanya jika keputusan yang dia lakukan ini adalah perkara yang betul? Adakah keadaan akan kembali seperti biasa jika dia memilih untuk berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya?

Telefon pintar yang berada dalam poketnya tiba-tiba saja berbunyi. Nafas ditarik sebelum jari ditekapkan ke skrin. 

Yes, Zack?” Mata Irham masih pada Aleena yang kekal lena. Tidur mati betul perempuan ni. “Kenapa dengan Linda?”

Tiba-tiba saja Aleena terjaga. Air liur ditelan apabila menyedari Irham berada di hadapannya. Terus dia bangun dari pembaringannya sebelum rambutnya yang sedikit kusut itu dibetulkan menggunakan jari. 

“Not my problem, Zack. Aku tak nak ambil tahu hal yang remeh macam tu, okay. Linda boleh jaga diri dia.” Talian kemudian ditamatkan. Mata Irham kekal pada Aleena. 

Tiba-tiba saja satu perasaan tidak selesa muncul dalam diri Aleena mendengar nama Linda dari mulut Irham. Cemburukah dia?

‘Eh cemburu? Sejak bila?’

“Seronok tidur?” Suara Irham membuatkan Aleena kembali pada reality. 

Sekali lagi Aleena telan air liur. Gerun dan dalam masa yang sama janggal. “Bila you sampai?”

“Bukan hal you. Ini bilik I. I yang patut tanya soalan kat you. Apa yang you buat kat sini?” Irham peluk tubuh. 

“Ibu suruh I berehat kat bilik ni.”

Irham jongket kening. Sukar untuk dia percaya jawapan yang keluar dari mulut tunangnya. Tengku Azura tersangat tahu dia pantang orang asing menyentuh barangnya tanpa kebenarannya. 

“Bilik tamu kan ada.”

Aleena jungkit bahu. 

“Never mind. Just leave.” Irham bangun.

Aleena terus bangun sebelum dia melangkah ke arah katil yang menempatkan jaket dan beg tangannya. Tatkala dia berpaling semula ke arah Irham, lelaki itu sedang membuka butang bajunya. Aleena terkesima. 

“You nak salin baju ke?” Dengan naifnya Aleena keluarkan soalan. Matanya tiba-tiba terpaku pada dada Irham yang sasa itu. Air liur ditelan sekali lagi. 

“Yes. Why?”

“Depan I?”

Irham mengeluh kasar. “Sebab tu I suruh you keluar.”

Oh. Kalau macam tu, I turun dulu.” Belum sempat Aleena tiba di pintu, Irham tiba-tiba memanggilnya. 

“Wait!” Irham melangkah ke arah Aleena. Tiba-tiba saja dia mendapat satu idea untuk kenakan Naira Aleena ini. 

Sekali Aleena telan air liur apabila Irham berdiri di hadapannya. 

Irham ukirkan senyuman jahat sambil mendekatkan dirinya pada Aleena. Setapak dia melangkah, setapak jugalah langkah Aleena ke belakang. Setapak demi setapak sehingga tiada jalan untuk Aleena undurkan diri lagi. 

Bertambah gerun Aleena apabila Irham dengan sengaja mendekatkan wajah padanya. Dia harap dia dapat lakukan sesuatu untuk keluar dari situasi yang tidak selesa ini. Tolonglah jangan berlaku benda tak baik padanya. 

“You cakap you nak kenal I dengan lebih baik,” Irham bersuara. “Don’t you want to know about my body?”

Tiba-tiba saja Aleena peroleh kekuatan yang luar biasa apabila dia dengan spontan menolak kasar tubuh Irham sehingga lelaki itu jauh darinya. 

“Auch!” Irham pandang Aleena dengan tidak puas hati. “I was joking, okay!” Dadanya digosok kasar. Sakit juga tolakan Naira Aleena ini. 

“If you dare to lay a finger on me, I will tell your family. I will hurt you.” Sengaja Aleena pamerkan buku lima pada wajah Irham. Dia sekadar mahu mengertak sahaja. Bengang tahu dengan gurauan bodoh Amzar Irham. Tak tahu halal haram ke? Hish!

“I was joking, okay! You patut terus keluar masa you bangun tadi.” Irham mengeluh kasar. 

Aleena diam seketika. Betul juga dengan apa yang Irham katakan itu. Dia patut terus keluar apabila mengetahui kewujudan Irham di bilik ini. Oh tak, dia tak patut berada di bilik ini. 

Lawak you tak kelakar.” 

Irham mendengus. “Keluar!”

Aleena ketap gigi. Sepatutnya dia yang mengamuk, bukan lelaki itu. Tanpa memandang wajah Irham, Aleena terus melangkah keluar. Pintu sempat dihempas kasar sebagai tanda protes. Argh, apa entah kebaikan yang Ayah lihat dalam diri Tengku Amzar Irham ini. Heh!




2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.