Monday, April 17, 2017

Biasa #1



Buku novel di tangannya diletak dengan kasar sebelum geleng kepala. Cliché sangat jalan cerita novel sedemikian. Watak perempuan utama selalunya lemah dan selalu menjadi mangsa buli. Dan watak lelaki utama selalunya akan digambarkan sebagai lelaki yang sempurna. Kaya, kacak, berbudi bahasa dan menjadi idaman para wanita di seluruh dunia. Seperti gelaran yang selalu dia dengar, ‘Prince Charming’.

“Eh, dah habis baca novel tu?” Kedengaran suara perempuan. Aleena pandang Nabila yang baru saja mengambil tempat di hadapanya. 

Cerita favorite kau tu aku tak boleh hadam.” Dia berkata jujur sebelum melontarkan pandangan ke arah luar, di balik dinding kaca di sebelahnya. Daun-daun berguguran diperhatikan dengan rasa tenang. 

“Tapi aku suka cerita tu. Bagi aku ia sangat menarik. Cakap lah aku gila, but aku almost jatuh cinta dengan watak hero novel tu.”

Ayat Nabila itu dibalas dengan cebikan. “Believe me, there is no such thing like Prince Charming in this world, Bel!

Nabila ketawa kecil. Itu bukan kali pertama Aleena tuturkan ayat itu padanya. Berkali-kali dituturkan padanya setiap kali dia cuba memberi synopsis setiap novel yang dibacanya. 

“Come on, Leena. Kau perlukan sedikit imaginasi untuk ceriakan hari kau tu. Reality sometimes hurt.” Ucap Nabila dalam nada usikan. 

Sekali lagi Aleena mencebik. Dia kembali melontarkan pandangan ke arah luar. Pemandangan musim luruh diperhati dengan perasaan tenang. 

Dalam banyak musim di dunia ini, dia paling gemar akan musim luruh. Musim luruh sangat membuatkan hatinya tenang. Lagi-lagi apabila terpandangkan daun-daun yang berguguran. Maka sebab itu, setiap kali bulan September, dia akan berada di sini, di Quebec.

“Aku pernah dengar satu mitos, kalau kita berjalan di bawah daun-daun maple yang sedang gugur tu dan kita dapat tangkap satu daun yang gugur itu, kita akan jatuh cinta dengan orang pertama yang kita lihat selepas itu.”

Aleena geleng kepala. Nabila dan mitos tak masuk akal berpisah tiada. Dari saat mereka jejak kaki ke sini, akan ada bermacam-macam mitos yang keluar dari mulut Suraya Nabila ini. 

“Kalau orang pertama tu adalah sama jantina?” Sengaja Aleena keluarkan soalan sedemikian. 

Nabila sengih. Dia tiada jawapan untuk soalan Naira Aleena ini. Tidak pula dia fikirkan jikalau situasi akan berlaku seperti soalan Aleena itu. Apa yang dia bayangkan, orang pertama itu adalah yang berlawanan jantina dengan dia. 

“Kalau kau tak boleh jawab soalan aku tu, jangan cakap pasal mitos yang merepek tu lagi.”

“Alaaa… kau ni no fun la. Aku rindu Naira Aleena yang dulu.”

Aleena mencebik. Malas dia nak layan ayat kononnya merajuk Nabila ini. 

“Tapi kan babe, kau dah okay ke?” Nabila keluarkan soalan. Dia sedar, sejak mereka tiba di sini, Aleena selalu bersendirian. Sahabatnya ini jarang sangat keluar bersiar-siar bersamnya dan kawan-kawan mereka yang lain. 

“Aku okay la. Bila masa pula aku tak okay,” balas Aleena tanpa mengesyaki apa-apa. 

“Sebab hari tu…” Ayat Nabila dibiarkan tergantung. Tidak berani untuk tuturkan ayat seterusnya. Risau jikalau itu akan buatkan Aleena mengamuk atau sahabatnya itu mungkin kembali bersedih. 

Aleena telan air liur. Tiba-tiba saja mindanya dibawa mengimbau apa yang telah terjadi padanya tahun ni. Dia rasakan tahun ini adalah tahun malang baginya memandangkan dia terpaksa menghadapi berita buruk berbanding berita baik. 

Bermula dengan kisah bekas teman lelakinya berkahwin dengan sahabat baiknya, sehinggalah dengan perihal keluarganya yang sangat risaukan status bujangnya. 

Baiklah, perihal bekas teman lelakinya itu bukannya ada kesan pun kerana kisah mereka telah tamat tiga tahun yang lalu. Cuma, yang mengejutkannya, sebab utama hubungan mereka berakhir walaupun secara baik adalah disebabkan lelaki itu telah jatuh hati pada kawannya. Waktu dia tahu itu, dia tidak tahu sama ada mahu pasrah atau mengamuk pada kawannya. Mungkin saja dia rela jikalau dia tidak tahu fakta itu. Tidak perlu diceritakan itu padanya. 

Tentang keluarganya, dia malas mahu fikir tentang itu. 

Eh, mana telefon aku?” Suara Nabila mematikan lamunan Aleena. Nabila kemudian memandang Aleena. “Aku rasa aku tertinggal telefon aku kat bilik. Tunggu kejap eh. Aku nak pergi ambil telefon aku dulu. Lepas tu kita keluar.” Seucai ucapkan itu, Nabila angkat punggung, meninggalkan Aleena sendirian di kafe. 

Beberapa seketika sedang asyik Aleena memerhatikan keadaan sekeliling di kafe, matanya tertangkap kelibat seorang lelaki yang baru saja melangkah masuk ke dalam kafe. Senyuman sinis diukir mengetahui lelaki itu menjadi tumpuan pengunjung wanita di kafe. 

Oh my god! He’s so handsome!” 

Mahu termuntah Aleena tatkala mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis bangsa asing berdekatan mejanya. Baginya, lelaki itu bukanlah layak dikategorikan sebagai lelaki yang sangat kacak. Heh!


Reenapple: Jemput baca cerita baru. Tak janji update bab baru adalah dalam masa terdekat. But at least, I cuba nak cari semangat untuk menulis. Yeay. Do enjoy this. 


2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.