Friday, April 28, 2017

Biasa #5


Setelah hampir 1 jam berada dalam majlis yang sangat membosankannya, Aleena mengambil keputusan untuk berada di luar dewan, menghadap pemandangan taman yang sangat cantik pada pandanganya. Lelaki kerek yang bernama Irham itu ditinggalkan dengan siapa entah. Dia bosan dan dia sangat mahu pulang. Dia dapat mendengar katil hotel yang empuk memanggilnya pulang dalam mindanya. 

Jam tangan dikerling. Hampir mencecah pukul 12 malam. Kasut tumit tinggi yang tersarung di kakinya ditanggalkan dengan rimas. Dari tadi dia mahu lakukan itu, namun disebabkan terpaksa menjaga perilakunya, dia terpaksa menahan diri dari lakukan itu. 

“Sini pun you.” Kedengaran suara Irham. 

“Kita dah nak balik ke?” Aleena perhati Irham yang sudah berdiri di sebelahnya. Lelaki itu diperhati dari atas hingga bawah. Dia sangat tidak mahu mengakui yang Irham ini kelihatan segak dengan tuksedo hitam yang disarungkan lelaki itu. 

Tiba-tiba saja Aleena teringatkan pandangan nakal dari wanita-wanita yang turut berada dalam dewan tadi. Semuanya seakan-akan kaku melihat lelaki kerek ini. Baginya, Irham bukanlah lelaki yang boleh dikategorikan sebagai lelaki kacak jikalau punya perangai biadap. Heh. 

Another 10 minutes. I dah suruh Alex ambil kereta.”

“So, itu bermakna apa yang I terpaksa buat dengan you ni dah habis la kan?”

Irham geleng. “Selagi I tak cakap tak habis, you tak boleh fikir macam tu.”

“Hey!” Nada suara Aleena sedikit tinggi. Kaki putar belit betul lelaki kerek ni. 

“Rules are still rules, lady.” Irham tersenyum kemenangan. 

“You sengaja nak susahkan I, kan?” Aleena ketap gigi geram. 

“Selagi you biadap dengan I, don’t ever think you will get back your cheap bracelet.”

Dua kali Aleena ketap gigi geram. Ikutkan hati geramnya tadi, mahu saja dia ketuk kepala lelaki kerek itu dengan kasut tumit tinggi ni. Nafas ditarik sedalam yang mungkin sebelum memaksa dirinya mengukirkan senyuman palsu pada Irham. 

“By the way, boleh I tanya soalan?” Aleena ubah topic perbualan. Berpura-pura untuk punya perbualan mesra dengan harapan dia akan memperoleh kembali rantai tangan kesayangannya itu. 

Irham angguk kepala sambil matanya menghadap skrin telefon pintarnya. 

“Kenapa semua orang seakan bagi hormat kat you tadi?” Minda Aleena memutar kembali hal-hal yang berlaku dalam dewan mewah tadi. Dia sangat hairan apabila setiap orang yang menemui Irham, akan memberi tanda hormat, seolah-olah lelaki itu layak diperlakukan sedemikian. Untuk itu, Aleena tertanya-tanya siapa sebenarnya lelaki kerek bernama Irham ini. 

Soalan Aleena itu tidak dijawab oleh Irham. 

“You ni keturunan kerabat diraja atau orang yang punya pangkat tinggi?” Aleena keluarkan soalan lagi sambil matanya memerhatikan Irham dari atas hingga bawah. “Tapi you tak nampak macam kerabat diraja pun. Perangai pun tak sama. Royals normally budiman and gentleman, bukannya biadap macam you.”

Irham pandang Aleena dengan riak tidak puas hati. Sesuka hati nak kutuk dia. “Jaga bahasa you bila bercakap dengan I.”

Ayat Irham itu hanya dibalas cebikan oleh Aleena. “KEnapa I perlu jadi date you? You dah tak ada perempuan lain ke sampai perempuan tepi jalan yang you jumpa juga perlu jadi date palsu you ni.”

Sebagai ganti untuk insiden kopi hari itu. I tahu you tak akan mampu bayar ganti rugi pada I, sebab tu you kena buat benda ni.”

“Hey! Setakat kopi yang berharga beberapa dollar tu, I boleh bayar la!” Aleena mula berang. Lelaki ini kalau bercakap tidak merendahkan orang tak boleh ke? Ingat diri tu hebat sangat ke?

Baju I yang I mahal tu, you tak akan mampu nak bayar.”

“Mahal? Baju you tu berlambak kat pasar malam.” 

“Just shut up, okay!” Makin bertambah sakit hati Irham dengan gadis ini. Sudahlah tadi, nyaris-yaris memalukan dia. 

“Kalau I tak nak diam, you nak buat apa?” Aleena cuba tunjuk berani. Sikit pun dia tidak takut dengan jeritan lelaki kerek ini. 

“I might kiss your lips.” Sengaja Irham tuturkan ayat sedemikian. Dia mahu takutkan Aleena dan juga supaya gadis itu berhenti cari pasal dengannya. 

Aleena ketap bibir, sedikit gerun dengan apa yang didengarnya. Keadaan menjadi sepi sehinggalah kemunculan Alex. Ketika dalam perjalanan pulang pun, Aleena mendiamkan diri sehingga tiba di hotel.

“Gelang I.” Tangan ditadah pada Irham tatkala Alex membuka pintu kereta untuknya. 

Irham keluarkan seutas rantai dari poketnya sebelum diserahkan pada Aleena. “You boleh simpan heels dan dress tu. I cuma nak rantai I balik.” Pandangan dilontarkan pada rantai di leher Aleena. 

Aleena mencebik sebelum menanggalkan rantai di lehernya. Diserahkan rantai itu pada Irham dengan kasar. “Tapi I tak nak heels ni.” Kasut tumit tinggi ditanggalkan. 

“I dah bagi you heels tu. Just take it.”

Aleena geleng kepala. “I akan simpan dress ni je since I tak nak berbogel depan you. Dan heels ni bukan milik I walaupun ia adalah saiz I. You bagi je lah dekat girlfriend you nanti.”

Irham geleng kepala. “You nak berkaki ayam ke bilik hotel you?”

“Yes.” Aleena melangkah keluar dari kereta. “Bye. I harap kita tak akan jumpa lagi.” Senyum palsu dihulurkan sebelum melangkah masuk ke dalam hotel. 

Sekali lagi Irham geleng kepala dengan gelagat gadis gila yang bernama Nabila ini. Manakal Alex hanya tersenyum melihat situasi itu. Dia dapat rasakan kedua-dua manusia ini akan bertemu lagi.

Reenapple: Mereka akan bertemu lagi tak?


2 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.