Monday, April 24, 2017

Biasa #4



Gaun berwarna nude, kasut tumit tinggi berserta beg clutch berwarna silver yang masih berada dalam kotak diperhatikan dengan rasa aneh. Dan mungkin juga dengan rasa risau. Tertanya-tanya sama ada apa yang dia lakukan ini adalah perkara betul. 

“Bila masa kau keluar beli ni?” 

Soalan yang keluar dari mulut Nabila tidak dihiraukan. Apa yang kepalanya sedang berfikir adalah bagaimana lelaki kerek yang ditemuinya petang semalam tahu ukuran saiznya? Sangat suspicious di situ. 

Apa yang dia beritahu lelaki itu hanyalah nama hotel dia menginap dan juga namanya yang mana dia menipu dirinya bernama Nabila. Tidak pula dia jangka dia akan menerima ‘hadiah’ dari lelaki kerek itu.

“Babe, aku tanya ni. Bila masa kau beli ni? Kau ada event kat sini ke?” Sekali lagi suara Nabila kedengaran. Hairan betul melihat gaun cantik di hadapannya ketika ini. Tidak pula Aleena memberitahu tentang majlis formal yang sahabatnya akan hadiri. 

‘Wear this tonight. Somebody will pick you at 8 pm.’

Nota kecil yang terselit dalam kotak gaun itu dibaca sekilas lalu. 

“Babe, aku tanya ini.” Nabila bersuara lagi. 

“Bukan aku yang beli.” 

“Mesti ada orang bagi kat kau kan? Siapa lelaki tu?”Nabila senyum nakal seusai membaca nota kecil yang dilempar oleh Aleena tadi.

Aleena hanya jungkit bahu sebagai menjawab soalan sahabatnya itu. Punggung dilabuhkan di hujung katil dengan malas. Hanya kerana mahukan kembali rantai tangan miliknya, dia terpaksa melakukan kerja yang gila ini. 

“Aku nak dengar semuanya. Mana kau jumpa dia, and how he looks alike.” Nada suara Nabila kedengaran teruja. 

Aleena melepaskan keluhan sebelum dia membuka satu persatu cerita yang berlaku semalam pada sahabatnya itu. 

Dalam pukul 7.50 petang, Aleena turun ke lobi hotel. Tatkala dia tiba di lobi hotel, seorang lelaki sebayanya melangkah ke arahnya. “Miss Nabila?”

Aleena angguk kepala. 

Tuan sedang menunggu,” ucap lelaki itu sebelum meminta Aleena menurutinya. 

Aleena sebenarnya mahu mengeluarkan soalan siapa lelaki ini. Tapi, rasanya dia sudah punya jawapan pada soalannya. Sah-sah lelaki ini adalah orang suruhan lelaki kerek itu. 

Tatkala mereka tiba dihadapan sebuah kereta mewah, lelaki yang tidak diketahui namanya itu membukakan pintu kereta untuk Aleena.

“Tuan berada di dalam.”

Aleena tarik nafas sebelum masuk ke dalam kereta mewah itu. Seperti yang diberitahu oleh lelaki suruhan itu tadi, lelaki kerek yang ditemuinya semalam sedang berada dalam kereta, membaca sesuatu dari iPad miliknya. 

“Quite on time.” Lelaki kerek itu mengerling jam tangannya sebelum memandang Aleena yang berada di sebelahnya. 

“My bracelet.” Aleena tadah tangan. 

“Bila tugas ni dah selesai, I akan bagi balik gelang murah you tu.”

“Hey, itu bukan gelang murah lah!” Nada Aleena sedikit tinggi. Tidak dia peduli akan lelaki suruhan yang kini telah menjadi pemandu kereta yang dinaiki mereka sekarang ini.

Ayat Aleena itu hanya dibalas senyuman sinis sahaja. Untuk beberapa seketika, mereka diamkan diri sebelum Aleena mengeluarkan soalan. 

“By the way, kita nak pergi mana sebenarnya?”

“Cukup untuk you tahu yang you akan jadi date I malam ni. Jangan banyak tanya soalan. I tak suka.”

“Sekurangnya I patut tahu mana you nak bawa I.”

“I bukannya nak buat benda jahat kat you.”

Aleena mencebik. Ye lah sangat tak buat benda jahat. Lelaki, mana boleh dipercayai lagi lagi lelaki kerek di sebelah dia sekarang ini. 

“Kalau you bukan lelaki jahat, dah lama you pulangkan gelang I tanpa suruh I jadi date palsu you ni!”

Irham tidak memberi respon pada ayat sinis Aleena. Dia kerling ke arah Aleena yang berada di sebelahnya. Tahu juga gadis gila ini menghias diri. Jikalau tidak, gadis itu akan kelihatan selekeh dengan jaket dan rambutnya yang tidak diikat kemas. 

“You tahu bahasa Canada?” Sengaja Irham ubah topic perbualan. 

Aleena geleng kepala. 

“Bahasa apa lagi yang you tahu selain Inggeris dan Melayu?”

Soalan Irham dibalas dengan gelengan kepala sekali lagi. 

Irham angguk kepala. “Sangat memudahkan kerja I.”

Aleena kerut dahi. Tapi dia tiada keinginan untuk bertanya. Dia memilih untuk mendiamkan diri saja walaupun dia agak berkecil hati dengan ayat terakhir lelaki kerek itu. Hina sangatkah diri dia jikalau cuma tahu dua bahasa itu saja? Heh. 


10 minit kemudian, mereka telah tiba di tempat yang dituju. Aleena pandang bangunan mewah dihadapannya dengan tidak berkelip mata. Reka bentuk bangunan dihadapannya sangat memukau hatinya untuk memerhatikan lama bangunan ini. 

“Kat event ni, apa jua yang orang tanya kat you, jangan jawab. Let me do all the talk.”

Entah bila masa Irham muncul di sisi Aleena, berbisik di telinga wanita itu. 

“So, I kena jadi bisu malam ni?” 

“Yes. I tak nak you malukan I.”

Aleena pamer riak jengkel. “You akan bagi balik gelang I selepas semua ni habis, kan?”

“Yes. I keep my promise.”

Aleena diam seketika, berfikir. Sukar sebenarnya untuk dia percaya ayat lelaki kerek di hadapannya. Sehingga ke saat ini, dia sangat sangsi akan apa yang dia sedang lakukan ketika ini. 

“Oh, sebelum I lupa.” Irham bersuara lagi. Dia pandang pembantu peribadinya. Lelaki itu kemudian menyerahkan satu kotak berwarna hitam padanya. 

Aleena telan air liur apabila melihat seutas rantai yang sangat menawan dalam kotak itu.

“You perlu pakai rantai ni.” Tanpa meminta izin, Irham terus kalungkan rantai itu ke leher Aleena. 

Sekali lagi Aleena telan air liur apabila wajah Irham mendekatinya. Dalam masa yang sama, jantungnya berdegup laju. Dan dia sangat tidak faham mengapa dia perlu berdebar ketika ini. 

“Kenapa I perlu pakai rantai ni?” Aleena bersuara setelah dia rasakan degupan jantungnya kembali pada tahap normal. 

“You akan diperkenalkan sebagai tunang I. And I propose you with this necklace. And be careful, it’s expensive.”

Hati jahat Aleena sudah menyuruh supaya hilangkan rantai leher yang kononnya mahal itu sekejap lagi. 

“You tahu apa yang you perlu buat, kan?” Irham kembali bersuara. 

Aleena angguk kepala.

“What’s your name, again?”

“Nabila.”

“Okay. I’m Irham. Let’s go.” Irham rangkul pinggan Aleena sebelum mereka berdua melangkah masuk ke dewan hotel mewah itu.


Reenapple: Kenapa Irham nak suruh Aleena menyamar date dia? 




8 comments:

  1. Irham ni mst ank org kaya or usahawan muda yg hebat..then yg dia bwk nabila jumpa mybe client..utk dptkn projek yg berjuta2..syarat dia mst sudah ada tunang dan bakal berkahwin dlm msa terdekat..ni teka je..x taw betul ke tak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hAHA. Kita tunggu dan lihat siapa Irham sebenarnya ni.

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.