Saturday, April 22, 2017

Biasa #3



Dia sedang resah tatkala matanya terpandang kelibat seseorang yang dikenali. Baiklah, dia bukannya sangat mengenali gadis itu, cumanya insiden yang berlaku dua hari lepas itu masih dia tidak dapat lupa. Siapa yang mampu lupa akan gadis gila yang telah merosakkan moodnya pada hari itu. 

Irham bangun, melangkah ke arah gadis yang asyik sedang membaca buku di tangannya. Dia, dengan sengaja melabuhkan punggung di sebelah gadis itu. 

“Hai!” sapanya dengan senyuman sinis. 

Aleena pamer riak sedikit terkejut. Kecil sangat kah Bandar Quebec ini sehinggakan perlu bertemu manusia yang sama?

“Kita jumpa lagi,” nada Irham kedengaran sarkastik. 

Aleena mencebik. Dia berura-ura untuk beredar. Tapi, baru saja dia bangun, lelaki kerek di sebelahnya ini merentap lengannya, membuatkan dia kembali duduk di bangku itu. 

“I belum habis cakap lagi.”

“I tak ada apa-apa nak cakap dengan you. 

“I need your help.”

Aleena kerut dahi. “Kenapa pula I perlu tolong you?” Nada Aleena kedengaran tidak puas hati. Kenal pun tidak, tetiba pula nak suruh dia tolong pula. Memang tak la untuk lelaki biadap seperti mamat ni. 

“Sebab you berhutang dengan I.”

“Kalau you nak suruh I tolong you sebab apa yang berlaku hari itu, I tak berminat nak tolong. I dah bayar apa yang I perlu bayar.” Aleena bangun. Dia sudah tidak mahu pedulikan lelaki kerek itu lagi. 

“Kalau you tak nak tolong I, you takkan dapat barang you balik.”

Langkah Aleena mati. Dia kembali menghadap lelaki itu. “Barang apa yang you cakap ni?”

Irham senyum senget sebelum mengeluarkan satu utas rantai tangan dari poket jacketnya. 

Aleena telan air liur. Itu adalah rantai kesayangan miliknya. Itu adalah rantai tangan pemberian arwah nenek. Bagaimana rantai tangan itu boleh berada di tangan lelaki kerek itu?

“Bagi I balik gelang tu!” 

Aleena cuba merampas gelang itu dari tangan Irham namun, tidak berjaya. Irham kembali menyimpan gelang itu dalam poketnya dengan senyuman sinis dilontarkan ke arahnya. 

“I akan bagi balik gelang you ni if only you setuju tolong I.”

Aleena pandang sebal lelaki kerek di hadapannya. “Itu tak masuk akal langsung!”

“Well then, itu bermakna you tak nak balik gelang ini lah kan?”

Aleena ketap gigi. Sakit hati!

“You tolong I, dan I akan bagi balik gelang murah you ni.” Irham bersuara lagi. 

“Hey! Itu bukan gelang murah, tahu!” Aleena mula berang. Sesuka hati mahu tuduh gelang pemberian arwah nenek adalah gelang murah. Heh!

“I tengok macam gelang murah je.”

Sekali lagi Aleena ketap gigi. 

“So, macam mana?” Irham kembali bersuara. 

Aleena diam seketika. Mahu terima tawaran lelaki kerek ini dia rasakan akan menyusahkan hidupnya. Tidak mahu terima tawaran lelaki itu pula, akan membuatkan dia tak akan mendapat kembali gelang kesayangannya. 

“You nak suruh I tolong you apa? Kalau benda bukan-bukan, I takkan tolong you.”

Irham ukir senyuman lebar. “Don’t worry. Ia cuma benda senang je.”

Pandangan curiga dilontarkan pada lelaki kerek di hadapannya. Dia sangat berharap pertolongan yang lelaki itu mahukan darinya bukanlah pertolongan yang tidak masuk akal.


Reenapple: Agak-agak apa yang Irham mahu Aleena tolong dia?

6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.