Wednesday, April 19, 2017

Biasa #2




Aleena baru saja hendak keluar dari kafe dengan tangannya memegang minuman Iced Caramel Latte sebelum tiba-tiba saja dia, tanpa sengaja terlanggar tubuh seseorang. 

“Damn it!” suara amarah lelaki dihadapan Aleena sedikit sebanyak telah mengerunkan dirinya. Macam mana lah dia tak sedar kelibat lelaki ni. 

“I’m sorry, sir. I didn’t see you.” Tergagap Aleena menuturkan ayat minta maaf. Wajah lelaki yang dilanggarnya pun tidak berani dia pandang. Matanya masih lagi pada tompokan kopi yang terlekat pada sweater yang sedang disarungkan lelaki itu. Mahu lap kotoran itu pun dia tidak berani. Risau jikalau ‘sentuhan’ dia mahu lakukan itu dikira sebagai sexual harassment. 

“Are you blind?” 

Ayat yang keluar dari mulut lelaki itu tiba-tiba saja membuatkan Aleena bengang. 

“I did say sorry.” Aleena masih cuba untuk bertolak ansur. Dia paksa dirinya memandang muka lelaki yang ‘biadap’ ini. 

Eh, kejap! 

Lelaki ‘biadap’ di hadapannya ni macam pernah dia lihat. Eh, bukan kah lelaki ini lelaki sama yang dia lihat di kafe hotel hari itu? Lelaki yang mendapat perhatian ramai gadis di saat lelaki itu melangkah masuk ke situ.

“Sorry, isn’t enough, lady!”

Aleena sudah mula pandang lelaki kacak di hadapannya dengan perasaan sebal. Wajah yang kacak itu tidak sejajar dengan perangainya. Hatinya sudah mula mengutuk lelaki di hadapannya ini. 

‘Setan betul mamat ni! Muka dah macam rakyat Malaysia, tapi budi bahasa langsung tak ada!’ 

Eh, Aleena, yakin ke lelaki kerek ni rakyat Malaysia?

“Then, I will pay for your clothes.” Aleena masih cuba bernada tenang. Kalau dia jadi api sama seperti lelaki biadap ini, keadaan akan bertambah keruh.

“You sounds have lots of money.” Nada lelaki itu masih kedengaran sinis. 

Aleena abaikan ayat berlagak lelaki itu. Dia keluarkan beberapa keping wang kertas dari dompetnya. “Is this enough?” Sengaja Aleena lontarkan 3 keping not 10 tepat ke muka lelaki itu. Nadanya sewaktu lakukan itu juga masih seperti tadi. Dia tiada keinginan untuk tinggikan suara. Lagipun, action are louder than words. Kan?

Lelaki itu ketap gigi menahan rasa berang. Manakala Aleena sudah mula mengukirkan senyuman kemenangan dalam hati. 

“You are a very crazy girl!”

Aleena tercengang. Kali ini dia tidak mampu bersikap tenang seperti tadi. “Dan you tu lelaki kerek!” marahnya dalam Bahasa Melayu. Peduli apa dia jikalau lelaki ini adalah rakyat Malaysia ataupun tidak. Yang pasti dia sangat bengang. Hanya disebabkan satu kesilapan yang bukan kesalahannya, dia terpaksa hadapi situasi yang sadis ini. Heh. 

“Oh, you’re a Malaysian?” Lelaki itu pandang Aleena dengan senyuman sinis. 

Tanpa menjawab soalan lelaki itu, Aleena beredar. Hatinya sempat berkata, ‘Kan dah kata, lelaki kerek ni rakyat Malaysia. Lelaki kerek cuma berasal dari Malaysia je.’

Manakala lelaki itu hanya menghela nafas panjang sebelum mengutip not-not yang betaburan di lantai. Sekuranya dia langkah kanan hari ini.


No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.