Friday, March 10, 2017

Memori #6



[Chapter #1] [Chapter #2] [Chapter #3] [Chapter #4] [Chapter #5]


“Truth is, she’s the reason he doesn’t believe in love anymore.”

Pernah dia terdengar, akan ada satu ketika dimana salah seorang dari mereka, tidak akan percaya pada cinta lagi. Untuk itu, dia rasa situasi itu dialami oleh dirinya. Dia yang paling tidak percaya lagi pada cinta diantara mereka. Sebab itu, dia menjadi dirinya yang sekarang ini. Dia berdamping dengan perempuan hanya disebabkan nafsu sahaja. 

Dia termenung sendirian di balkoni malam itu. Tidak pasti sekarang ini pukul berapa, tapi yang pasti suasana ketika ini sangat sunyi. Seolah-olah penghuni dunia langsung tidak wujud. Keadaan di bawah juga tidaklah ‘meriah’ sebelum jam 12 malam tadi. Kopi yang disediakan beberapa minit yang lalu dihirup dengan perasaan kosong. 

Mindanya masih berjaga walaupun tubuhnya mungkin penat dengan apa yang berlaku beberapa jam yang lalu. Teman katilnya pun sudah lena diulik mimpi. Alangkah bagusnya jika dia menjadi seperti wanita itu, mampu tidur lena regardless of how bad current situation right now.

Rancangan pertama telah berjaya.

Rancangan kedua… juga telah berjaya. 

Rancangan ketiga, dia tidak pasti dengan itu. Hasil dari rancangan kedua sedikit sebanyak membuatkan dia terkejut. Dia teruja. Dia gembira. Namun perasaan bersalah turut muncul disebabkan rancangan keduanya itu. 

Mindanya kembali memutarkan insiden yang berlaku beberapa tahun lalu. Waktu dia lihat kelibat Irdina bersama lelaki yang dikenali sebagai Jason. Waktu dia mendapat berita dari Isabelle tentang Irdina bermalam di rumah Jason. Waktu dia sedar Irdina lebih bahagia bersama Jason berbanding dirinya. Waktu dia sedar Irdina telah curang padanya. 

Ya, dia telah membuat tuduhan melulu. 

Ya, dia sedikit tidak mahu beri peluang pada Irdina untuk memberi penjelasan. Baginya, apa yang dilihatnya waktu itu sudah memadai baginya. Bukti yang dilihatnya tidak perlu lagi penjelasan daripada seorang Kayla Irdina. 

“Let’s say satu hari nanti kita berpisah, you dan I akan mahu bertegur sapa setiap kali terserempak tak?”

Dia masih ingat soalan ini yang tiba-tiba keluar dari mulut Irdina beberapa tahun yang lalu. Soalan yang langsung tiada maksud tersirat. 

“Kalau I, I akan buat itu.” Itu adalah jawapannya. 

“Kenapa you nak buat macam tu? Ex selalunya akan benci satu sama lain.”

Ayat Irdina itu mengundang ketawa padanya. “I adalah lelaki, sayang. Lelaki selalunya cepat move on.”

Irdina mencebik. “Kalau you buat I menangis sewaktu kita berpisah, I janji akan benci you sampai mati.”

Sekali lagi ayat Irdina mengundang ketawanya. “Kita nak berpisah ke bila you tanya soalan mengarut macam ni?”

Kali ini giliran Irdina pula ketawa. “No, silly!” Pipi Zachary dicubit lembut. “I’m just asking.”

“Jangan berani tinggalkan I, Dina. Or else…” belum sempat dia menghabiskan ayatnya, satu kucupan singgah di bibirnya, membuatkan dia sedikit terkesima. 

“I takkan tinggalkan you, Zack. I promise. I wanna grow old with you. Having cute kids.”

Namun, dia yang mengingkari janji mereka. Dia yang ciptakan memori pahit dalam hidup mereka berdua. Dia yang membuatkan Irdina mahu membenci dirinya. Tapi, benarkah wanita itu membencinya?

Beberapa seketika termenung pada langit malam yang gelap itu, dia mengambil keputusan untuk menyambung tidurnya. Senyuman diukir sebelum membaringkan tubuh di sebelah Irdina yang sangat nyenyak tidur. Tangannya kemudian mengusap lembut pipi wanita itu yang sedang menghadapnya. 

Sungguh, untuk beberapa tahun ini Kayla Irdina kekal menjadi wanita yang dia paling rindui. Walaupun dia punya ramai perempuan, tapi hatinya tidak pernah gantikan Kayla Irdina. Sepertinya kata-kata seseorang, Irdina adalah ‘hantu’ yang tidak pernah dia mampu melupakan. Memori bersama Irdina kekal terpahat dalam hatinya. 

Dan sekarang, dia tertanya-tanya bagaimana dia mahu teruskan hidup memori baru ini? Bagaimana harus dia lakukan supaya dia diberi peluang sekali lagi oleh Kayla Irdina?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Keesokan paginya, Irdina rasakan suasana yang tersangat aneh. Suasana yang baginya sangat menimbulkan tanda tanya pada dirinya.

Have a happy breakfast, love.

Secebis nota diatas meja makan dibaca dengan dahi berkerut. Hantu apa yang telah merasuk Zachary ini sehinggakan tiba-tiba saja mahu sediakan sarapan pagi untuknya? 

Sewaktu dia sedar pagi tadi, seperti biasa Zachary sudah tiada di katil. Dan mungkin juga lelaki itu telah keluar bekerja. Perkara sama yang akan berlaku setiap pagi. Baik dia mahupun Zchary selalunya akan memilih untuk bersarapan di luar, secara berasingan. 

Mereka selalunya akan berkomunikasi apabila ada hal-hal penting sahaja. Seperti hal ‘perjanjian hubungan’ mereka. 

Mungkin kedengaran aneh dan pelik tentang perkahwinan mereka, tapi itu adalah perihal sebenarnya. Zachary cuma perlukannya untuk itu saja. Manakala dia… sesuatu yang tak mungkin Zachary mahu berikan padanya. 

Pancake diatas meja diperhatikan tanpa punya niat untuk menikmatinya. Masih dia ingat, itu adalah sarapan kegemarannya setiap kali dia dan Zachary bersarapan bersama-sama. Mereka selalunya akan punya banyak topic setiap kali waktu sarapan. Bercakap perihal kelas, tugasan dan mungkin juga perihal beberapa rakan kelas mereka. 

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Irdina. Tertera nama Zachary di skrin. 

“Good morning, love.” 

Sekali lagi Irdina kerut dahi mendengar ayat Zachay di hujung talian. 

“You dah pergi kerja ke?”

Irdina diam. Mindanya masih lagi berfikir tentang niat Adam Zachary ketika ini. Aneh betul dengan perangai Zachary ketika ini. Tiba-tiba saja mahu bersikap mesra dengannya?

“Mesti you tak bangun lagi.” Kedengaran lagi suara Zachary di hujung talian. 

“I dah bangun. You nak apa?”

“Macam ni ke cara you cakap dengan suami you?”

Irdina pamer riak jengkel. Sangat mahu muntah mendengar perkataan suami yang keluar dari mulut Zachary. 

“I lupa pula I ada suami. I ingatkan I ni cuma hamba abdi seseorang sewaktu atas katil je.”

Kedengaran hilaian ketawa di hujung talian. “Mesti you marah I tentang hal semalam. I kasar dengan you, kan?”

Tiba-tiba saja Irdina teringatkan gigitan di bahu Zachary semalam. Suara dibetulkan sebelum bersuara. “Kenapa you call?”

“Saja. I miss you.”

Sungguh, Irdina sangat keliru dengan perangai Zachary ketika ini. Untuk tiga bulan mereka bergelar suami isteri, tidak pernah sekalipun Zachary mahu ucapkan kata-kata ‘manis’ padanya. 

“You nak lunch dengan I tak hari ini?” Kedengaran lagi suara Zachary. 

I ada temu janji dengan klien nanti.”

“Okay. Kalau macam tu, kita jumpa waktu dinner?”

Teragak-teragak Irdina untuk memberi kata persetujuan. 

You diam, I akan anggap you setuju. Kita jumpa malam nanti.” 

Belum sempat Irdina memberikan ayat balasan, talian dimatikan. Keluhan dilepaskan tanpa sedar. Sungguh, saat ini di dihimpit perasaan hairan yang teramat dengan perubahan Adam Zachary yang secara tiba-tiba ini. Apa motif lelaki itu?


Reenapple: Agak=- agak apa motif Zack ya?


6 comments:

  1. Best..waiting for the next chapter..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedang usahakan menulis bab sambungan :)

      Delete
  2. Hi! best la banyak inspirasi dari blog awak.. Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.