Thursday, February 9, 2017

Memori #5




“You are my favorite distraction.”

Dia benci gangguan perasaan ini. Dia benci memori-memori ini. Dia benci dirinya yang ini. Diri yang sangat membuatkan dia berada dalam keadaan dilemma. Diantara benci dan cinta, dia tidak lagi mampu mengenalpasti yang mana lebih banyak wujud dalam dirinya. Adakah ini benci? Adakah ini cinta? Atau ia sebenarnya adalah keinginan semata-mata sahaja?

“Malam ini ke?” 

Suara Zachary mematikan lamunan Irdina. Tergesa-gesa Irdina masukkan gaun satin yang berada di tangannya ke laci baju. Langsung dia tidak sedar akan kelibat Zachary yang melangkah masuk ke ruang pakaian. 

“Malam apa?” Irdina berpura-pura naïf. 

“Malam untuk you goda I.” Zachary senyum nakal. 

Irdina telan air liur. Tiba-tiba saja Irdina teringatkan gaun satin yang baru disimpannya tadi. Gaun satin pemberian Amy untuk malam pertamanya masih belum digunakan. Melihat pada situasi sekarang, dia andaikan gaun satin itu tak akan pernah digunakan untuk apa jua yang Amy mahu dia lakukan. 

Rancangan telah bertukar. Rancangan yang mahu memikat hati Adam Zachry pada hari pertama mereka bergelar suami isteri dibiarkan terkubur. Dia, walau macam mana sekalipun tak akan pernah tunduk pada keinginannya yang satu itu. Lagi-lagi selepas kenyataan yang keluar dari Zachary beberapa hari yang lalu.

“I suka baju yang you pegang tadi.” Zachary keluarkan semula gaun satin dari laci baju. “You nak pakai baju ini sekarang? Depan I?” Ditayangkan gaun satin itu dihadapan Irdina. 

“I tak suka baju ni!” Irdina rampas kasar gaun pendek yang seksi itu di tangan Zachary dengan kasar. 

Kalau you tak suka yang ini, I ada pilihan yang lain untuk you.” Zachary tarik Irdina keluar dari bilik pakaian itu. 

Irdina tergaman apabila melihat tiga kotak yang tertera perkataan Victoria Secret disusun sebaris diatas sofa. Dia lagi tergaman melihat kandungan ketiga-tiga kotak itu. 

“I belikan you the most 3 sexiest lingerie. You boleh pilih salah satu. Tapi, I harap you akan pilih yang ini.” Zachary capai satu gaun berwarna merah sebelum dilayangkan dihadapan Irdina. 

Gaun itu sangat transparent pada pandangan mata Irdina. “You sangat gila!”

Ayat Irdina itu disambut dengan hilaian ketawa Zachary. “I jadi gila pun disebabkan you, Dina. You buat I tertunggu. Tiga malam I tidur tak lena sebab you. Apa yang you tak bersedia lagi?”

Irdina mendengus. Ayat Zachary itu buat dia bengang dan dalam masa sama gerun. 

“Come on, Dina. Takkan you tak rasa apa-apa setiap kali tidur sebelah I? You tak rasa nak sentuh badan I ke?” Sengaja Zachary keluarkan soalan ‘menarik perhatian’ itu.

Irdina kekal diam walhal dalam hatinya mengiyakan soalan-soalan yang keluar dari mulut Zachary itu. Itu belum lagi setiap kali dia terlihat tubuh Zachary yang sangat menggoda seksinya. Haih!

“Okay. Sebab you masih nak main tarik tali. Jadi, I nak buat keputusan.”

Dahi Irdina berkerut. Tapi dia tidak mahu keluarkan soalan untuk bertanya tentang apa yang keluar dari mulut Zachary di hadapannya ini.

“Kita buat malam ni.”

Air liur ditelan laju! Biar betul Zachary ni? Dia masih belum bersedia lagi. Irdina geleng kepala laju. Hatinya berkata NO! Tapi mulutnya pula tidak mahu zahirkan perkataan itu.

Tapi, gelengan Irdina hanya dipandang sebelah mata oleh Zachary. Zachary merentap kasar lengan Irdina sebelum menolak tubuh wanita itu ke katil. Juga dengan kasar.

“Zack, let me go!” Irdina meronta. Makin bertambah gerun dia apabila Zachary mengambil tempat diatasnya. “

Zachary geleng dengan senyuman sinis. “You sendiri tahu you jerit macam mana sekalipun, I takkan lepaskan you, sayang. I badly want you this time.” Leher Irdina dicium rakus. 

“We don’t love each other, Zack.”

Kedengaran keluhan kasar. Zachary menjarakkan sedikit tubuhnya dari Irdina. Dia pandang Irdina di bawahnya. “So, what? I buat dengan perempuan lain pun, I tak cintakan dia.”

“But I…”

“Gosh! You akan buat ni dengan orang yang you cintakan je ke?” Zachary tidak benarkan Irdina bersuara. “Then, let’s pretend you love me.” Dia kembali melakukan apa yang dilakukannya pada Irdina tadi. 

“Let me go, Zack,” rayu Irdina. Tangannya cuba menolak tubuh Zachary namun dia tidak mampu. 

Zachary geleng. “I know you want me too, Dina. You saja guna alasan cinta. After all, you do know there's never be love at the very beginning of our relationship.”

Irdina mengeluh. Diantara kata hati dan akal, yang mana dia mahu turuti? Diantara keinginan dan kebencian, yang mana harus dia turuti?

“Let’s pretend you love me,” Zachary bersuara lagi sambil tangannya membuka butang baju tidur Irdina. Wajahnya dibenamkan ke leher Irdina. 

“Kalau kita buat ini, I boleh pasti ke yang you akan jadi milik I seorang saja. I tak akan kongsi you dengan perempuan lain?”

Sekali lagi perilaku Zachary terbantut. Keluhan dilepaskan. Irdina ni suka sangat menganggu moodnya. Dia kembali memandang Irdina yang sedang memandangnya.

“I hate the fact that I’m not the first for you,” sambung Irdina. 

“I pun bukan lelaki yang pertama untuk you, Dina.”

Irdina gigit bibir. Diantara geram dan kecewa, dia tidak tahu yang mana mendominasi hatinya ketika ini. “Bagi I masa untuk bersedia. I tukar baju.” 

Zachary geleng. “Tak perlu. You dah cukup seksi bagi I sekarang ini.” Tubuh Irdina yang sedikit terdedah diperhatikan. Untuk saat ini, hatinya sangat mahu menyentuh tubuh Irdina di sebalik pakaian wanita itu. 

“Tapi…

“Tak ada tapi-tapi lagi, Dina. Jangan spoilkan mood I.”

“I..”

“I akan guna perlindungan. You don’t have to worry about that.”

Zachary andaikan itu yang akan terkeluar dari mulut Irdina. Tentulah, apa yang mereka lakukan ini, bukannya atas dasar cinta walaupun hubungan ini halal. Sah-sah Irdina tidak mahu hadapi apa jua kemungkinan yang akan berlaku. 

Namun, sebenarnya bukan itu yang Irdina mahu katakan. 

“You akan jadi milik I seorang je?”

Zachary terdiam seketika. Nafas ditarik sebelum memandang Irdina. “Well, yes. We make a deal. Whenever you want it, I give it to you. Whenever I want it, you have to give to me, okay?”

Irdina diam walaupun dia sangat tidak bersetuju dengan apa yang didengarnya itu. Bukan itu yang dia mahu dari seorang Adam Zachary. Belum sempat dia memberi jawapan, Zachary kembali melakukan apa yang terbantut tadi. Bibirnya kembali memainkan peranan seperti tadi. Begitu juga dengan tangannya. 

Dan Irdina hanya membiarkan saja kelakuan Zachary itu.

Malam itu, satu memori baru dicipta dalam hidup Kayla Irdina dan Adam Zachary.


Reenapple: Reen rasa Irdina still hope Zack will love her. Kan?

4 comments:

  1. I think both of them are love with each other.
    Cannot wait for next update.

    ReplyDelete
  2. X adilnye hidup ni....... kenapa konflik nampak mudah je dlm cerita. Tp realiti rasa mcm nak terbalik dunia ni. Haha..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.