Sunday, January 29, 2017

Memori #2



“He likes a song that she can’t get out of her head.”

Ada satu pepatah yang dia pernah baca, makin kita paksa diri kita lupakan seseorang, makin seseorang itu muncul dalam hidup kita. Atau makin seseorang itu mengacau-bilaukan hidup kita. Dan situasi saat ini adalah satu contoh kebenaran pada pepatah yang dibacanya itu.. 

“Ini Adam, jiran baru kita yang aku cerita hari itu.”

Irdina antara dua mahu percaya dengan apa yang keluar dari mulut Amy, si teman serumahnya ini. Tersangat kecilkah dunia ini sehingga perlu menjadi jiran? 

Permulaannya, dia mahu andaikan ‘jiran baru’ dia ini sengaja mahu memilih tempat tinggal yang sama dengannya. Tapi melihatkan riak terkejut Zachary ini, Irdina memilih untuk percaya situasi ini adalah situasi yang tidak dijangka. 

You tentu Dina yang Amy selalu cerita.” Riak terkejut Zachary tadi digantikan dengan riak mesra yang dibuat. “I’m Adam.”

Sungguh, situasi tidak mengenali satu sama lain ini sangat membuatkan Irdina berkecil hati. Tapi dia sepatutnya tidak punya perasaan sebegitu, sebab dia yang meminta Zachary dan dia menjadi manusia asing pada satu sama lain. 

Setiap kali terserempak dengan Zachary di lif, mulalah hati Irdina menjadi tidak keruan. Jikalau kelibat Amy berada diantara mereka, akan ada perbualan yang berlaku. Itupun diantara Amy dan Zachary saja. Dia tiada keinginan untuk menyertai perbualan mereka.

Jikalau hanya Irdina dan Zachary saja, mereka masing-masing lebih memilih untuk menjadi pendiam dan berlagak tidak menyedari kewujudan satu sama lain. 

Tapi, kadang kala mata Irdina nakal juga. Mata Irdina tidak mahu mendengar kata akal supaya jangan perhatikan Zachary. Dan diakhirnya, yang akan kecewa adalah dirinya. Lebih-lebih lagi apabila melihat senyuman Zachary sedang berbalas pesanan dengan seseorang di telefon. Mulalah hati Irdina mahu tahu siapa yang Zachary sedang berbalas pesanan itu. Adakah teman wanita lelaki itu?

“I tahulah I handsome. Tapi tak perlulah tengok I sampai macam tu sekali.”

Satu hari, kelakuan tidak ‘senonoh’ Irdina itu berjaya ‘ditangkap’ oleh Zachary. Tapi Irdina seperti selalu, akan membela dirinya. Berlagak tidak bersalah. 

“I bukan tengok you.” Irdina tunduk pandang kasut tumit tingginya. Cantik pula kasut itu di kakinya hari ini. 

“Dalam lif ni, cuma ada you dan I je, Cik Kayla,” nada Zachary sedikit bengang. Ini bukan kali pertama dia sedar Irdina sedang ‘stalk’ dia setiap kali mereka berduaan dalam lif. Banyak kali tapi dia abaikan itu. Jika dia ambil peduli, risau pula dia yang ‘tewas’.

Irdina tarik nafas. “I know I shouldn’t say this but you’re still good looking like before. You look more manly. And I like that.” Entah apa yang telah merasuk Irdina supaya mengeluarkan pujian pada Zachary ini. 

Zchary angkat kening. Dia salah dengarkah? Namun, belum sempat dia bersuara, pintu lif telah terbuka. Dan Irdina keluar tergesa-gesa tanpa mahu memandang wajahnya. 

Hari itu juga, menjadi hari terburuk bagi Irdina apabila dia sekali lagi dipaksa bertemu dengan Adam Zachary. Disebabkan Alex medical leave hari ini, maka dia perlu mengantikan tempat lelaki itu dengan paksa rela. 

“You nampak macam terpaksa jumpa I.” Dari tadi lagi, Zachary sedar perangai Irdina ini. Segala cadangannya tentang penambah baikan rekaan Irdina, hanya diiyakan saja. Sepuluh ayat yang dia keluarkan dibalas sepatah oleh Irdina. “I akan anggap I tak pernah dengar ayat you pagi tadi.” 

Wajah Irdina mula terasa panas walau dia berada dalam pejabat berhawa dingin ketika ini. “I tak faham apa yang Encik Adam merepek ni.” 

Senyuman sinis terukir. Cik bekas kekasihnya ini sangat pandai bermain tarik tali. “Are we really going to be stranger towards each other?”

Irdina memilih untuk berpura tidak mendengar soalan Zachary. 

“Tell me, do you really getting married?”

“I tak bercakap hal peribadi waktu kerja, Encik Adam.”

Kali ini Zachary mengeluh. Kepala digeleng. “Waktu bekerja, you panggil I Encik Adam. Bukan waktu bekerja, you panggil Zack. Perlu tak I tunggu waktu kerja habis so that both of us can talk about personal matter, Cik Kayla?”

“I wish I know what you’re talking about, Encik Adam.” Irdina sebenarnya sudah mula gelisah. Dia tak mahu bercakap perkara peribadi atau tentang kisah silamnya dengan lelaki kacak di hadapannya. 

Okay. Keep pretending, Cik Kayla.” Nada Zachary sudah mula kedengaran bengang. “I tak setuju dengan rekaan ni. I nak yang lain.” Fail merah di tanganya sengaja di hempas kasar ke meja. 

“Tapi tadi…”

“Tu tadi. Ini sekarang. I harap dapat lihat something yang better dari ini. See you again, Cik Kayla.” Sejurus ucapkan itu, Zachary bangun, meninggalkan Irdina. 

Dan Irdina melepaskan keluhan kasar. Hari ini, dia isytiharkan perang dengan klien bernama Adam Zachary ini. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Wajah Zachary dihadapannya dipandang aneh. Entah apa muslihat lelaki ini muncul di hadapan rumahnya saat ini. Di tangan Zachary ada dua plastic berisikan barang-barang dapur. Belum sempat Irdina keluarkan soalan, Zachary terlebih dahulu bersuara.

“Bagi I masuk dulu dan I akan bagitahu kenapa I ada kat sini.” Seolah-olah Zachary tahu Irdina akan bertanya soalan ‘You buat apa kat sini’ padanya.

“No!” Tidak semudah itu Irdina mahu turutkan arahan Zachary. Ini rumah dia, bukan rumah Zachary. Maka yang lebih punya hak memberi arahan adalah dirinya. “I tak bagi stranger masuk ke dalam rumah I.”

I’m your neighbor, Cik Kayla.”

“Neighbor pun masih stranger juga.”

Zachary mengeluh. Kepala digeleng. Irdina ni masih tidak ubah perangai kebudakannya yang ini. “I nampak Amy kat bawah. Dia minta I bawakan barang-barang ni.” Kedua-dua plastic di tangannya diangkat. 

Irdina angkat kening. Sukar mahu percaya penjelasan Zachary ini. Telefon pintar di atas meja kemudian dicapai, mendail nombor Amy. Beberapa minit kemudian, Irdina kembali kea rah pintu. Jeriji besi dibuka. 

Bagi I barang Amy. You tak payah masuk.”

Niat Zachary yang mahu melangkah masuk terbantut. Dia pandang Irdina dengan riak tidak puas hati. “I dah tolong bawakan barang kawan you. At least, berbudi lah sikit.”

Irdina ketap gigi. Banyak songeh pula lelaki ni. “Rumah ni ada I je. And plus, lelaki sebarangan tak dibenarkan masuk.” Pandailah Irdina mencari alasan. 

“You tak bagi lelaki sebarangan masuk ke rumah you, tapi you boleh pula masuk ke rumah lelaki sebarangan.” Tanpa mempedulikan riak geram Irdina, Zachary melangkah masuk. Plastik ditangannya diletak ke atas meja sebelum dia mengambil tempat di sofa. 

Bertambah geram Irdina dengan Zachary. Berlagak ini rumah dia pula. Hey, itu biadap namanya!

“Buatkan I air.” Arah Zachary tanpa rasa segan. 

“Ini rumah I, Zack. Bukan rumah you. Kalau you nak minum air, pergi balik rumah you.”

“I ni tetamu you, Dina.”

Sebab you tetamu I lah, you seharusnya jaga etika you sebagai tetamu. Sesuka hati nak mengarahkan tuan rumah buat air.”

“Sebab I tetamu juga, you patut layan I dengan baik, Dina. Don’t you think so?”

Irdina mati kata untuk berbahas dengan Zachary. “Now, get out from my house!” Tangannya dihalakan ke arah pintu sambil matanya pada Zachary. 

Kedengaran ketawa kecil keluar dari mulut Zachary. “You really hate me that much, huh?” Zachary bangun, mendekati Irdina. 

“I hate you and I will always hate you.” Irdina tunduk tatkala mengeluarkan ayat ini. Dia sebenarnya berdebar tatkala Zachary mendekatinya. Wajah lelaki itu sangat rapat dengannya, sehinggakan dia mampu mendengar setiap hembusan nafas lelaki itu. 

Untuk beberapa seketika, keadaan menjadi sepi seketika. Mata kedua-dua Irdina dan Zachary pada satu sama lain. Irdina mula gugup apabila tangan Zachary menyentuh wajahnya. Matanya cepat-cepat ditutup apabila dia rasakan Zachary mahu menciumnya. Tapi, kurang dari 5 saat, suara Zachary membuatkan Irdina kembali membuka matanya. 

“I should be leaving.” Wajah Zachary kelihatan sedikit cemas. Tanpa mengucapkan kata selamat tinggal, lelaki itu melangkah keluar. 

Dan Irdina tarik nafas. Tangannya diletakkan pada dada. Jantungnya berdegup laju. Tapi dalam masa yang sama dia kecewa apabila andaiannya tidak berlaku seperti yang dia mahukan. 

Oh my god! What is this feeling?


Reenapple: Oh mai. Dah jadi cerpen bersiri pula. I hope ia tak menjadi novel.  Erm.. okay, Reen isytiharkan ini adalah mini novel. :)




No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.