Tuesday, August 8, 2017

Cerpen: Ogos



Waktu itu hujan lebat di saat hati aku kecewa untuk pertama kalinya. Waktu itu juga adalah kali pertama aku merayu padanya supaya kekal di sisi aku. Waktu itu… adalah kali pertama aku merayu sebegitu pada seorang lelaki yang aku benar-benar sayang selain arwah ayah. Namun, seperti selalu dia kekal dengan keputusannya untuk keluar dari hidup aku dan meminta aku lupakan dia untuk selamanya. 

Oh, tak lupa juga, situasi itu berlaku di bulan Ogos. Ogos, 2013 yang telah mencipta memori paling pahit dalam hidup aku. Dan sehingga ke hari ini aku tak pernah lupa saat itu, hujan lebat di bulan Ogos. Waktu yang sama akan membuatkan aku teringatkannya. 

Walaupun aku masih belum melupakan peristiwa yang melukakan hati itu, aku masih mahu melawat tempat itu, tempat terakhir aku bertemu dengannya. Seperti hari ini.

Keadaan sekeliling lapangan terbang di hadapan aku diperhatikan dengan perasaan kosong. Benar, tempat ini telah banyak berubah dari kali terakhir aku bertemu dia di sini. Cuma, yang kekal tidak berubah adalah memori aku terhadap dia. 

Entah berapa lama aku habiskan masa di lapangan terbang kali ini sebelum aku ambil keputusan untuk beredar. Dan waktu itulah mata aku terpandang wajah seiras dia. Tanpa aku sedar, aku ‘dibawa’ untuk mencari susuk tubuh yang punya wajah seiras dia. Sungguh, waktu itu jantung aku berdegup laju. Aku berdebar. Dalam masa yang sama hati aku tertanya-tanya sama ada apa yang dilihat aku itu adalah satu kenyataan atau ia hanyalah ilusi semata-mata sahaja. 

Sehinggalah…

“Kyra…”

Aku menoleh. Jantung aku hampir saja mahu berhenti tatkala melihat gerangan yang memanggil nama aku.

Dia!

Aku lihat dia sedang berdiri, memandangku dengan senyuman, sesuatu yang selalu dia akan selalu lakukan setiap kali melihat aku, kecuali malam itu. Malam terakhir aku melihat dia. 

“Kyra, bukan?”

Aku lihat dia melangkah ke arah aku. Dan aku tiada reaksi pada soalan dan gerak gerinya. Aku kekal kaku di situ, sambil mata padanya. Ingatan tentang dirinya yang aku masih simpan tersangat berbeza dengan apa yang aku lihat ketika ini. Akal aku mahu mengatakan itu bukan dia namun, sepasang mata coklat yang jernih yang pernah memukau hati aku satu ketika dulu mengesahkan siapa lelaki ini. 

Kurang dari tiga saat, jaraknya dan aku hanya beberapa inci saja. Seperti tadi, bibirnya kekal menguntum senyuman. 

“Kyra…”

Tanpa aku sedar, tangan aku menghulurkan satu tamparan pada pipinya. Mata aku padanya untuk beberapa seketika sebelum aku memilih untuk meninggalkan tempat itu. Aku tinggalkan dia tanpa memberi penjelasan pada perlakuan aku terhadapnya tadi. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tiga hari kemudian, aku didatangi seorang tetamu yang tidak asing paras rupanya.

“Aku ingat kamu tak lagi tinggal di sini. Tapi, kamu masih di sini.”

Aku diam, tidak memberi reaksi. Bahkan aku tiada keinginan untuk menjemputnya masuk. Kedatangannya tidak aku alu-alukan lagi. 

Tidak mahu benarkan aku masuk?”Soalnya dengan senyuman. 

Aku geleng kepala, masih tidak mahu bersuara. Aku lihat senyuman ikhlasnya bertukar menjadi senyuman kelat. Tapi aku tidak pedulikan itu. Apa yang aku mahu sekarang ini adalah dia cepat-cepat beredar dari sini. 

“Kamu tentu sangat bencikan aku, bukan?” Soalnya lagi. 

Aku masih seperti tadi, kekal tidak bersuara. Jawapan pada soalannya itu mungkin aku mahu iyakan saja. Dan mungkin juga aku mahu nafikan. Ah, kenapa aku tiba-tiba berada dalam keliru sebegini?

Aku lihat dia mengeluh kecil. “Kyra, tolong…” Matanya pada aku. Tapi aku tak lagi akan mengalah pada pandangannya yang itu. 

Aku geleng kepala lagi sebelum menghempas pintu tepat di hadapannya. Sedikit pun aku tidak peduli jikalau dia berkecil hati atau kecewa dengan layanan aku itu. Dia layak menerima layanan kejam sebegitu. 

Aku andaikan dia akan terus beredar setelah aku menghempas pintu tadi, namun dia masih berada di hadapan pagar rumah aku. Aku lihat dia memandang ke arah aku, seolah-olah mengetahui aku sedang mengintainya di balik jendela. Riak wajahnya kelihatan sayu, seolah-olah ada sesuatu menganggunya. Seolah-olah layanan kejam aku tadi telah berjaya melukakan perasaannya. Dia mengeluh lagi sebelum melangkah keluar dari kawasan rumah aku. 

Keesokan harinya, aku dapati satu jambangan bunga yang mengandungi tiga kuntum bunga matahari berada di hadapan pintu rumah aku. Walaupun tiada kad diletakkan bersama jambangan bunga tersebut, aku tahu siapa gerangan yang ‘menghadiahkan’ bunga kesukaan aku itu. 

Dia!

Siapa lagi jikalau bukan dia. Hanya dia saja yang tahu bunga matahari adalah bunga yang paling aku suka diantara bunga-bunga yang terdapat dalam dunia ini. 

Begitulah hari-hari aku yang seterusnya. Setiap kali aku keluar bekerja, aku akan menyedari kewujudan jambangan bunga itu dihadapan pintu rumah aku.

Sehinggalah ada satu pagi itu, aku sedari dia sedang menanti aku dengan jambangan bunga matahari di tangan di saat aku baru saja melangkah keluar untuk bekerja. 

“Selamat pagi, Kyra!” sapanya dengan senyuman mesra. 

Seperti selalu, aku akan abaikan kewujudannya.

“Mahu aku hantarkan kamu ke tempat kerja?” Dia bersuara lagi sambil menuruti langkah aku ke perhentian bas.

Aku berhenti melangkah, menoleh ke arahnya dengan riak tegang. “Berhenti ganggu aku, Kyle!”

Sepertinya amarah aku adalah sesuatu yang kelakar baginya. Aku lihat dia ketawa kecil. Tanpa menghiraukannya, aku meneruskan langkah ke perhentian bas. Dan dia seperti tadi, masih menuruti langkah aku. 

“Ogos adalah bulan kegemaran kita berdua, bukan?” Dia memulakan perbualan tatkala aku sedang menanti bas. Aku seperti tadi, berpura-pura tidak mendengar setiap ayat yang keluar dari mulutnya. 

“Aku tidak pasti jikalau kamu sudah lupa ini. Tapi, hari ini, adalah hari lahir kita berdua, Kyra.”

Terus aku menoleh ke arahnya. Jika beberapa hari yang lalu, hati aku penuh kebencian padanya tapi entah mengapa hari ini, hati aku tiba-tiba berasa sayu mendengar ayatnya yang itu.

“Bagi aku, kamu sudah mati, Kyle.” Tanpa aku sedar, mulut aku mengeluarkan ayat sedemikian. Dan ayat itu telah membuatkan riaknya terus berubah “Kamu mungkir janji, Kyle.””

“Aku boleh jelaskan semuanya, Kyra.”

Aku geleng kepala. Walau apa jua penjelasan yang Kyle bakal lontarkan tidak lagi bermakna bagi aku. Aku bangun apabila bas yang dinanti telah tiba. Tanpa mengucapkan selamat tinggal, aku menaiki bas tersebut. Aku sempat lihat wajah Kyle yang muram sebelum bas berlalu pergi. 

20 tahun yang lalu…

“Kita akan selalu sambut hari lahir bersama-sama. Janji?”

Dua jari kelingking berpaut tanda janji dimeterai.

“Janji dengan aku, yang kamu tak akan pernah tinggalkan aku, Kyle.”

“Aku janji!”

Sekali lagi dua jari kelingking berpaut.

“Dan aku janji, jika aku terpaksa tinggalkan kamu satu hari nanti, aku akan cari kamu kembali.”

Namun, Kyra lupa janji Kyle yang ini. 

Habis!


Reenapple: Maaf, aku busy lately sampai Takde mood nak sambung tulis Biasa. Adehh. Kena cari mood menulis manuskrip tu balik. Nanti akan di update as soon as possible. 



Saturday, July 22, 2017

Bertahan


Ada waktu kau akan rasa dunia ini tersangatlah tidak adil. 
Kau akan tertanya-tanya kenapa kau, kenapa mereka
Dan kenapa kau tidak diberi layanan yang Sama? 
Kenapa kau yang perlu tanggung derita dan kekecewaan ini?
Tapi, ketahuilah sayang, Tuhan tak akan uji jika Kau tak mampu.
DIA tahu kau mampu, DIA uji. DIA sayang, DIA uji.
Jadi, bertahan dan terus kuat. 
DIA selalu ada. 
Aku selalu ada.



Thursday, July 13, 2017

Biasa #14


“Betul ke Abang Am tetap nak kahwin dengan Leena tu?”

Irham diam, tidak menjawab soalan Linda. Soalan yang berulang kali diajukan oleh Linda kepadanya. Dan berulang kali juga lah dia menerangkan hal sebenar pada Linda. 

“Abang Am sendiri tahu perasaan Linda, kan?” Sambung Linda apabila tiada jawapan dari Irham. Dia sangat kecewa mendengar berita perkahwinan lelaki yang diminatinya sejak kecil lagi. Kalau bakal isteri Irham adalah gadis lain, mungkin dia boleh terima tapi tidak Aleena yang sejak dari dulu menjadi pesaingnya. Walau apa jua sekali pun, Aleena tetap akan ‘menewaskannya’ dalam apa jua hal. 

“You already know my answer, Linda.” Irham mengeluh.

Sebab tu Abang Am piih nak lukakan perasaan Linda?”

Sekali lagi Irham mengeluh. “Dia adalah pilihan Ayah dan Ibu I, Linda.” Dia tiada niat untuk lukakan perasaan Linda. Tapi dia juga tidak mahu mahu melukakan perasaan ahli keluarganya.

Jadi, you nak cakap you tak kisah siapa yang akan jadi isteri you selagi ia adalah pilihan Ayah dan Ibu you, macam tu?” Nada Linda kedengaran tidak puas hati. 

“Yes.” Balas Irham sepatah.

“You sanggup habiskan hidup you dengan perempuan yang sedikit pun you tak cinta?”

Kedengaran sekali lagi keluhan Irham. “Kita dah bercakap hal ni banyak kali, Linda. Lupakan I, okay? Ada banyak lagi lelaki baik kat luar sana untuk you.” Minda Irham teringatkan adiknya. Tidak sedarkah Linda akan perasaan Irsyad padanya selama ini? Apa yang dia telah lakukan pada Linda sehingga gadis itu buta untuk sedar cinta Irsyad?

Kalau ia adalah perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga you dan you sedikit pun tak peduli dengan siapa yang jadi isteri you, tak rasa yang I lagi layak untuk tu? I lagi layak daripada Aleena untuk jadi isteri you?”

“Linda, I cuma anggap you sebagai adik I saja. Not more than that, okay!” Mata Irham pandang Linda yang sudah basah matanya. “Ada hal yang tak ditakdirkan untuk you. You kena terima itu.””

“I tak nak terima itu. Leena tak layak dengan you. Dia sikit pun tak cintakan you. Dia cuma nak apa yang you ada.”

Irham sedar akan kebenaran ayat Linda yang itu. Baik dia mahupun Aleena tidak cintakan satu sama lain. Kedua-dua mereka bersetuju dengan perkahwinan ini disebabkan kepentingan yang kedua-dua belah keluarga akan perolehi. 

“Just forget me, Linda.” Irham bangun. Langkahnya terhenti saat tubuhnya tiba-tiba saja dipeluk dari belakang. Dia terkesima dengan tindakan Linda itu.

“Tolong jangan kahwin dengan dia,” rayu Linda dengan tangisan.

Irham kaku. Sediit pun dia tidak menepis pelukan Linda itu. Dibiarkan saja tangisan gadis itu di bahunya. Keadaan sekeliling diperhatikan sebelum matanya terpaku pada susuk tubuh yang berdiri di belakang pokok, tidak jauh dari tempat dia dan Linda berada. 

Air liur ditelan apabila menyedari susuk tubuh itu adalah milik Aleena. Lantas, dia meleraikan pelukan Linda di pinggangnya. Dia dan Aleena saling berpandangan seketika sebelum Aleena memusingkan tubuh, membelakanginya. Dia perhatikan saja kelibat tunangnya itu beredar. Tiba-tiba saja rasa bersalah terbit dalam dirinya. 

Perlu ke you tunjuk riak macam tu?” Kedengaran suara Linda. “You cakap you tak ada perasaan kat dia. But now…”

“Just shut up, Linda!” Nada Irham hampir saja tinggi. Linda dibiarkan keseorangan di laman. Mindanya ketika ini hanya berfikir tentang Aleena. Dia berharap sangat gadis itu tidak memaklumkan apa yang dilihatnya tadi pada kedua-dua ibu bapa mereka, lagi-lagi ibu bapanya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Aleena mengeluh tanpa dia mahu. Langkahnya terhenti dan dalam masa yang sama mindanya mengimbau kembali apa yang dilihatnya tadi. Satu perasaan aneh yang tidak selesa dalam dirinya muncul melihat Linda dan Irham ‘berpelukan’ tadi. 

Walaupun butiran perbualan dua orang manusia itu tidak sangat didengarinya, dia dapat rasakan dua manusia itu sedang bercakap tentang soal hati dan perasaan di saat Maya mula mengalirkan air mata dan kadangkala akan terdengar namanya diungkit oleh bekas sahabat baiknya. Reaksi Irham seperti selalu, dingin dan tidak berperasaan. 

Mungkin betullah apa yang dia fikirkan tadi, yang bahawasanya Irham sebenarnya turut punya perasaan pada Linda. Dan disebabkan dia yang dipilih oleh keluarga Irham sebagai bakal isteri lelaki kerek itu, maka Irham terpaksa lupakan perasaannya pada Linda itu. 

Bukankah kisah percintaan keluarga berpangkat tinggi selalunya begitu?

Si hero jatuh cinta pada perempuan lain. Dan disebabkan menuruti arahan keluarga, si hero terpaksa lupakan cinta. Dan dalam kisah itu dia adalah pihak ketiga, atau dalam erti kata lain, dia adalah wanita jahat, si perampas. 

Melihatkan tangisan Linda tadi juga, membuatkan rasa simpati pada bekas sahabat baiknya muncul. Kalau dia tak muncul, mungkin saja Linda akan menemui kebahagiaannya dengan Irham. Dia sepatutnya bangkang habis-habisan apabila Ayah memaklumkan perihal pertunangannya dulu. 

“Sini pun you!” Tiba-tiba kedengaran suara Irham.

Aleena telan air liur. Tanpa menoleh ke arah Irham, Aleena kembali meneruskan langkahnya. Baru beberapa langkah, lengannya tiba-tiba direntap kasar oleh Irham. 

“We need to talk.”

Sekali lagi Aleena telan air liur. Dia pandang Irham yang kini berdiri di sebelahnya tanpa berkelip mata. Dia cuba merungkaikan pegangan Irham pada lengannya. Namun, tidak berjaya. 

“Lepaskan I.”

“We need to talk, Leena.” Irham tidak pedulikan arahan Aleena.

“Lepaskan I. Kalau tak I akan jerit.”

Irham melepaskan pegangannya pada Aleena. Mereka berpandangan seketika sebelum Aleena kembali menghayunkan langkahnya.

Irham mengejar langkah Aleena. Belum sempat bersuara, muncul Izzat, adik bongsunya dari mana entah. 

Kat sini pun Along dengan Kak Leena.”

“Ada orang cari Along ke?” Soal Irham sambil matanya dikerling ke arah Aleena yang mendiamkan diri. Marahkah gadis itu? Tapi untuk sebab apa?

“Tadi Kak Leena cari Along. Zat bagi tahu la yang Along dengan Kak Linda tadi. Zat ingat Kak Leena tersesat. Tu yang datang sini.”

Aleena kekal diam. Tanpa membalas ayat Izzat, dia terus menghayunkan langkahnya ke dalam rumah. Izzat dibiarkan dengan Irham. 

“Along gaduh dengan Kak Leena ke?” Soal Izzat apabila melihat riak diam bakal kakak iparnya tadi. 

Irham diam. 

“Tadi pun Izzat nampak Kak Linda balik. Muka dia macam orang baru lepas nangis,” sambung Izzat.

Irham mengeluh.

“Ada something berlaku ke diantara Along, Kak Leena dan Kak Linda?” Izzat mengeluarkan soalan lagi. Makin abang sulungnya tidak mahu menjawab soalannya, makin dia mahu bertanya. Situasi yang dilihatnya tadi sangat mengundang rasa curiga padanya. 

Kau tak perlu ambil tahu hal orang dewasa, Zat.” Seusai ucapkan itu, Irham melangkah masuk. Dia harus berterus terang dengan Aleena tentang apa yang berlaku tadi. 

Izzat mencebik sebelum menuruti langkah abangnya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Irham memberhentikan keretanya secara mengejut. Dia sengaja lakukan itu untuk kejutkan Aleena yang berpura-pura tidur. Dia juga tahu, Aleena sengaja berpura-pura tidur bagi mengelak mendengar penjelasannya. Tadi pun, sewaktu dia mahu hantar pulang wanita itu, Aleena menolak. Katanya, dia boleh meminta abangnya mengambilnya. 

“Dah sampai ke?” Aleena bersuara dalam keadaan mamai. Matanya digosok berkali-kali. Entah mengapa dia sangat penat hari ini. Entah bila dia terlelap dia sendiri tidak sedar. 

“You memang pandai berlakon.” Mata Irham pada Aleena yang masih tidak mahu memandangnya. 

Aleena diam. 

“You berlagak tak dengar, you berlagak tak nampak. You are a very good actress, Aleena.”

“Apa yang you merepek ni?” Aleena berpura-pura tidak memahami walhal dia tahu sangat apa yang lelaki kerek di sebelahnya sedang katakan ini. 

“Apa yang berlaku tadi… I dengan Linda…” belum sempat Irham menyudahkan ayatnya, Aleena mencelah. 

“I tak nak dengar.”

Irham terkesima. 

“You ada masa untuk ubah semua ni,” sambung Aleena sambil memandang Irham. 

“Ubah apa?” Irham kerut dahi. 

“Batalkan perkahwinan kita.”

“Kenapa I perlu buat macam tu?”

“Sebab you tak cintakan I. Dan I tak cintakan you. Lagipun, betullah apa yang Linda cakap tu. Yang I setuju nak kahwin dengan you sebab harta you je. It’s your money that all I want, Irham.”

“Kalau I batalkan perkahwinan kita, bukan ke orang yang paling rugi dalam hal ni, adalah you? You takkan dapat duit I kalau I batalkan perkahwinan kita. Oh tak, you yang batalkan perkahwinan kita.”

Giliran Aleena pula terkesima. Dia sudah dapat bayangkan amukan Ayah terhadapnya nanti. Dan mungkin selepas itu dia akan dibuang keluarga.

“You sanggup ke biarkan Linda terluka?”

Soalan Aleena itu dibalas dengan ketawa kecil oleh Irham. Aleena kerut dahi. Dia tersalah keluarkan soalan ke?

“Linda tu bukan siapa-siapa untuk I perlu peduli dia terluka atau tak. Dia tiada kepentingan dalam hidup I, Leena.”

“But I thought…” belum sempat Aleena menyudahkan ayatnya, Irham kembali bersuara. 

“I ingatkan you adalah perempuan biadap yang tak pernah peduli perasaan orang lain.”

Aleena ketap gigi. Sakit hati. 

“But then, you nak I batalkan perkahwinan kita ni is it disebabkan you cemburu?” Irham pandang Aleena sinis. 

“Cemburu? No!” Aleena jerit kecil. “You tu bukan siapa-siapa untuk I cemburu.”

Irham ketawa sinis. “Tapi you ada hak untuk cemburu.”

“And why is that?”

“Because you are my fiancĂ©e.”

Aleena terkedu untuk seketika. “But we don’t love each other.”

Irham tarik nafas. “Perlu ke cinta sebelum berkahwin ni? There is phrase like love after marriage, isn’t it?” Dia kembali memandang Aleena. 

“I don’t believe that.”

“So, you percaya dan perlunya cinta sebelum kahwin, macam tu?”

“I..” Aleena telan air liur. Belum sempat dia menyudahkan ayatnya, Irham kembali bersuara.

Kalau you rasa perlunya cinta sebelum kahwin, then, cubalah buat I jatuh cinta dengan I.”

Aleena pandang jelik Irham. Dia salah dengarkah. “Kenapa pula I nak buat macam tu?”

“Sebab I bakal suami you?” Irham pandang sinis Aleena. 

“Bullshit!” Aleena geram. Tanpa mengucapkan terima kasih, dia melangkah keluar dari kereta Irham. Makin bertambah sakit hatinya setiap kali berhadapan Irham. 

Irham ketawa kecil dengan lagak Aleena. Itulah, siapa suruh keluarkan ayat merepek padanya.


Reenapple: Masih tak faham Irham. 

Friday, July 7, 2017

Biasa #13



Senyuman sinis diukir melihat perilaku gadis di hadapannya. Langsung tidak menyedari diri gadis itu sedang diperhatikan. Satu kejutan sebenarnya melihat Naira Aleena yang ini. Naira Aleena yang berlagak angkuh dan sombong ini sedang melakukan kerja-kerja rumah. Salah satu bukti adalah plastic hitam berisikan sampah yang berada di tangan bekas sahabatnya itu. 

“What a really coincidence seeing you with that.” Dengan sengaja Linda berdiri di hadapan Aleena. 

Aleena pamer riak tidak puas hati pada bekas sahabatnya. Tubuhnya diperhatikan dengan rasa segan. Dengan apron hitam yang tersarung di badannya, dia tidak ubah seperti seorang pembantu rumah. Sebenarnya Tengku Azura telah melarangnya melakukan kerja-kerja yang sepatutnya dilakukan oleh pembantu rumah. Namun, disebabkan dia tidak mahu bersendirian di ruang tamu, menghadap siapa entah yang dia sendiri tidak kenal, maka dia memilih untuk melakukan hal ini. 

“Kau mesti berusaha sehabis yang kau mampu, kan?” Perlahan-lahan Linda mendekati Linda. “This is so not you, Aleena.” Sengaja Maya menyentuh bahu Aleena. Pandangannya pada bekas sahabatnya itu masih sinis seperti tadi. 

“That’s good. Just throw yourself at him and see what will happen. Aku jamin kau bukan yang cepat mengalah, kan? Sebab… kalau kau putus asa, permainan kita tak menarik.”

Aleena mengeluh kasar. Rasanya mahu saja dia cepuk kepala Linda dengan plastic sampah yang sedang dia pegang sekarang. Namun, belum sempat dia lakukan itu, kedengaran suara wanita memanggil nama Linda. 

Kedua-dua Linda dan Aleena menoleh. 

“Auntie Ida! Lama tak jumpa,” Linda kemudian melangkah ke arah wanita pertengahan 40 an itu. 

Bila Linda sampai?” Soal Puan Zuraida tanpa mempedulikan Aleena yang sedang memerhatikan mereka. 

Sejujurnya, dia langsung tidak bersetuju dengan pemilihan Aleena sebagai isteri Irham. Dia lebih menyukai Linda. Namun, dia hanyalah orang asing dalam keluarga Tengku Ibrahim. Lagi-lagi kakak iparnya itu lebih menyukai Aleena. 

“Baru je sampai. Linda datang dengan Abang Am.” Linda menjeling sinis Aleena tatkala menyebut nama Irham. “Linda ingat nak tolong apa yang patut.”

“Tak perlu tolong. Linda tu tetamu je. Biar bakal menantu keluarga ni buat apa yang patut, kan Aleena?” Puan Zuraida senyum sinis pada Aleena. 

Aleena balas ayat wanita siapa entah yang dia tidak kenal dengan senyuman palsu. Walhal, dalam hatinya sudah mengutuk wanita tua yang tak tahu malu ini. Dari tadi lagi dia sedar sikap berlagak wanita itu yang asyik bangga diri bercuti ke luar Negara. Itu belum lagi dengan barang-barang berjenama yang dibeli oleh wanita. Eleh, orang lain pun pergi bercuti ke luar Negara tapi tak ada lah riak macam tu. 

Beberapa seketika, Linda dan Puan Zuraida menghilangkan diri ke dalam rumah, meninggalkan Aleena sendirian.

Sekali lagi kedengaran keluhan keluar dari mulut Aleena. 

“Macam manalah aku boleh kawan dengan dia dulu.” Aleena membebel seorang diri. Plastik sampah di hadapannya ditendang dengan rasa geram. Satu kesilapan besar memunculkan diri ke majlis makan malam keluarga Tengku Ibrahim ini. 

“You buat apa kat sini?” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki. 

Aleena telan air liur melihat wajah lelaki di hadapannya. Masalah lain pula yang timbul. Hish!

“Dah bisu ke apa?” Irham bersuara lagi. 

“Sibuk je lah nak tahu.” Plastik hitam yang disepaknya dicapai semula. 

“You tahu ke buat kerja rumah?” Plastik di tangan Aleena dipandang. “Apa lagi yang you boleh buat dengan tangan you selain makan, pakai mekap dan shopping?”

Aleena ketap gigi, tahan geram. Tadi Linda, sekarang Irham pula. Hah, baguslah! Dua manusia yang paling menjengkelkannya ini layak bersama sepatutnya. 

“Siapa yang suruh you buat kerja ni?” Kali ketiga Irham keluarkan soalan. 

Belum sempat Aleena menjawab soalan Irham, lelaki itu telah memanggil kelibat pembantu rumah yang kelihatan di situ. 

“Siapa yang suruh dia buat kerja ni, Mak Mah?” 

“I nak buang sampah ni atas kerelaan I sendiri. Tak ada kaitan dengan Mak Mah atau sesiapa pun,” Aleena bersuara. Kasihan pula melihat wajah cuak pembantu rumah di hadapannya. 

“Just shut up, okay!” Irham kerling tajam Aleena sebelum kembali memandang wajah pembantu rumah di hadapannya. 

“Mak Mah minta maaf, Tengku. Mak Mah tak perasan dia…”

“Jangan lah marah Mak Mah. Dia tak bersalah,” celah Aleena.

“I suruh you diam, Leena!”

Kali ini Aleena terdiam. Rasa gerun tiba-tiba muncul mendengar nada suara Irham. 

“Dia tetamu. Jangan bagi dia buat kerja walaupun dia nak. Saya cuma risau kalau dia pecahkan barang dalam rumah ni nanti.”

“Excuse me!” Aleena jelling tajam Irham. 

“I’m just telling the truth.” Plastik hitam di tangan Aleena diambil sebelum menyerahkan pada Mak Mah. 

Plastik hitam bertukar tangan. 

“Mak Mah minta maaf, Tengku, Cik Aleena.” Mak Mah ukirkan senyuman kelat pada dua manusia dihadapannya. Anak sulung majikannya sangat dikenali dengan sikap tegas dan garang. Pembantu-pembantu rumah yang lain jarang sangat berani untuk bersemuka dengan lelaki ini, kecuali diperlukan. Hanya dia saja yang akan dipanggil setiap kali lelaki itu memerlukan pertolongan pembantu rumah. Katanya Tengku Azura, anak sulungnya lebih percayakannya daripada pembantu rumah yang lain. 

“Kami masuk dulu,” Irham kemudian mengheret Aleena supaya menuruti langkahnya. 

Tak sampai seminit, Irham melepaskan pegangannya pada tangan Aleena. Keadaan sekeliling diperhatikan memastikan tiada sesiapa berdekatan dengan mereka. Matanya kemudian memandang Aleena dengan tajam. 

“Dalam rumah ni, you tak boleh buat sesuka hati you.”

“Kenapa pula?” Soal Aleena tanpa rasa bersalah. Dia cuma mahu menolong, bukannya ‘memecahkan barang’ seperti yang dikatakan oleh Irham tadi. 

“Sebab tu you tu orang luar. Selagi you tak jadi ahli keluarga ni secara rasmi, jangan harap nak tunjuk kebaikan you yang palsu tu kat sini. I je yang tahu perangai sebenar you macam mana.” Nada suara Irham diperlahankan.

“Perangai sebenar I? You don’t even know me, Irham.” Ayat balas Aleena juga dalam nada bisikan. Ayat balas yang penuh dengan rasa yang tak puas hati. 

“Apa yang berlaku kat Canada tu dah cukup untuk I kenal perangai you, Leena.”

Aleena mengeluh kasar. Oh my! Kenapa Prince Charming konon idaman dunia ni langsung tak punya perangai yang charming sejajar dengan wajahnya? Why? Apa dosa yang telah dia lakukan sehingga terpaksa bergelar tunang kepada lelaki kerek ini?

“Such a bastard!” Aleena ketap gigi sebelum berlalu pergi. Sakit hatinya berkali ganda hari ini. 

Irham pandang Aleena yang hampir hilang dari pandangannya. Macam manalah Tengku Azura boleh berkenan pada wanita biadap ini sebagai menantunya.

Reenapple: Sorry sebab lambat update. Ada hal yang perlu diselesaikan before this. 

Friday, June 23, 2017

Biasa #12


Jelingan tajam gadis berambut panjang di hadapannya diabaikan. Ingat dia mahu sangat hadirkan diri ke reunion yang entah apa-apa ni. Kalau bukan disebabkan pujukan Nina yang beria-ia memintanya untuk hadirkan diri ke reunion, memang tak lah dia nak tunjuk muka dan bersemuka dengan Linda, sekali lagi.

Dia dan Linda bukan lagi sahabat baik sejak tiga tahun yang lalu. Perkataan BFF yang pernah muncul diantara mereka berdua telah tamat disaat Linda merampas lelaki yang pernah dia sukai dalam diam. Sudahlah ‘rampas’ ini pula mahu cari gaduh dengan melontarkan kata-kata fitnah yang menjatuhkan maruahnya di hadapan lelaki yang pernah dia sukai itu. 

Linda bukannya tidak tahu bahawasanya dia menyimpan perasaan pada senior mereka di sekolah menengah. Tapi itulah, perangai Linda yang suka test market itu tidak pernah berubah. Linda dengan sengaja mendekati crushnya. Namun, nasib baik crushnya itu tidak ditakdirkan berkahwin dengan Linda. Kali terakhir dia mendengar perihal crushnya itu, lelaki itu telah berkahwin beberapa bulan yang lalu, dengan seseorang yang jauh lebih baik dari Linda. 

“Aku dengar kau dah bertunang. Bila majlisnya?” Kedengaran suara Nina mengeluarkan soalan. 

“Kau dah bertunang? Aku tak tahu pun.” Kedengaran pula suara Julia. 

Aleena mahu menjawab soalan sahabat-sahabatnya tu, tapi Linda terlebih dahulu bersuara. 

“Macam lah you all tak tahu perangai Leena. Suka simpan rahsia.” Pandangan sinis kekal dilontarkan pada Aleena. 

Aleena diam walhal hatinya sudah memaki hamun Linda Melissa ni. Perangai sebiji sama dengan Irham, suka bercakap nada sinis. Patut pun Linda ada hati dengan Irham. 

“Seriously, Leena, who’s the lucky guy?” Julia keluarkan soalan lagi. 

“Aku tak rasa lelaki tu bertuah dapat Leena, kan?” celah Linda lagi. “It’s Leena yang bertuah dapat lelaki tu.”

Aleena tahan rasa geram. Ya, dia tahu sebab utama Linda asyik mengeluarkan ayat berbaur sindiran padanya sejak tadi lagi. Itu disebabkan dia telah ‘merampas’ lelaki idaman Linda sejak kecil. Karma kini kembali kepada Linda. 

Kalau bukan disebabkan cerita Tengku Azura beberapa minggu yang lalu, dia tak akan pernah tahu lelaki idaman Linda sebenarnya adalah Tengku Amzar Irham. Aleena pernah ingat cerita Linda tentang lelaki yang diminatinya sejak kecil. Cumanya, Linda tidak pernah memberitahu secara spesifik siapa lelaki itu. 

Well, what you give, you get back, Linda!

Dulu Linda mencantas lelaki kesukaannya. Sekarang dia pula yang mencantas lelaki kesukaan gadis itu. 

This world is full of surprise!

Tanpa membalas ayat Linda yang menyakitkan hati itu, Aleena meminta diri untuk ke tandas sementara menanti pesanan mereka tiba. Beberapa minit kemudian, kelibat Linda muncul di tandas, memandangnya dengan sinis.

“Macam mana rasanya rampas sesuatu yang bukan hak kau?” Linda tuturkan ayat itu dengan sinis. 

“Don’t you know how to give up, Linda?” Wajah Linda tidak dipandang. Aleena terus melangkah ke arah sinki, mencuci tangan. Dalam hatinya sudah mengutuk Linda, ingat dia hingin sangat Amzar Irham yang kerek tu ke?

Linda jelling tajam Aleena. 

“Abang Am sepatutnya jadi milik aku, Leena, bukan milik kau.”

“Tu maksudnya kau dan dia tak ditakdirkan bersama,” sengaja Aleena tuturkan ayat sinis. 

Linda ketap gigi. “Abang Am dan aku membesar bersama-sama, Leena. Kitaorang dah macam adik beradik. Aku pasti bakal ibu mertua kau dah cerita siapa aku dalam keluarga mereka.”

Aleena pamer riak jelik dengan ayat berlagak Linda. 

“And Abang Am is such a special person in my life, Leena. You do know that story.”

Aleena mengeluh bosan. 

“Kalau betul dia tu sangat special dalam hidup kau, kenapa kau tak jadi tunang dia? Kenapa Tengku Azura tak pilih kau?”

Senyuman sinis Linda mati. “Kau memang perempuan tak sedar diri. Dah rampas hak orang tapi masih nak berlagak tak bersalah.”

“Aku memang tak buat salah pun, Linda.” Aleena pertahankan dirinya. Kalaulah Linda tahu hal sebenar yang dia dipaksa dengan pertunangan ini. Dia dipaksa bertunang jikalau dia tidak mahu dibuang keluarga. 

“Kau dah tahu lama yang aku suka dia. But kau masih nak terima pinangan Tengku Azura tu.”

“Unfortunately, I don’t know, Linda. Kau sendiri tak pernah bagitahu aku siapa lelaki yang kau suka. Dan kau ingat dengan keadaan kita sekarang ni, aku masih mahu ingat cerita kau? We are no longer friends, Linda after you had betrayed me.”

“Oh, jadi sebab aku dah khianati kau, kau nak balas dendam?”

Aleena mengeluh lagi. Susah betul nak buat Linda faham. “Whatever Linda, aku malas nak bergaduh dengan kau sebab isu remeh macam ni.”

“Aku akan rampas balik hak yang sepatutnya menjadi milik aku,” ugut Linda berang.

“Well, good luck then.” Aleena kemudian beredar dari tandas, meninggalkan Linda dengan rasa berangnya. 

Kalau Linda betul lakukan apa yang diucapkannya, maka kehidupannya akan terselamat. Dia tidak perlu lagi terikat dengan pertunangan yang dia sangat benci itu. 

Tuhan, tolonglah biarkan harapan Linda tercapai.

Reenapple: Tapi Reen harap Linda tak berjaya. 



Friday, June 16, 2017

Kistot : Kedai Bunga


Tadi, masa keluar shopping, sedang asyik aku perhatikan bunga di satu kedai, tetiba seorang lelaki muncul kat sebelah.

"Awak suka orkid tak?"

Aku pandang aneh lelaki itu dengan hairan. Siapa pula ni? Bagi salam pun tak. 

"Awak ni siapa?"

Lelaki itu hanya tersenyum. "Do you like orchid?" Sekali lagi soalan yang sama dikeluarkan pada aku. Cumanya kali ini soalan dialih bahasa. 

Aku diam. Dalam hati, aku sebenarnya sedang mencipta satu tuduhan negatif pada lelaki ini. Nasib baik agak good looking even compare dengan Mateen, Mateen menang. Ehh

"Selalunya kalau perempuan tu diam, tu tandanya Ya. Kan?"

Aku kerut dahi. Sesuka hati je nak fikir aku macam tu. 

"Kalau awak suka orkid, saya belikan satu untuk awak. Nak?"

Kehairanan aku bertambah menjadi kuasa dua. Kenal pun tak. Ini tetiba nak belanja bunga. Dari dia belanja bunga, baik dia belanja emas. Ada juga keuntungan untuk aku.

"So?" Soal lagi lelaki itu sambil senyum pada aku. Okay. Hati aku dah start melting dengan senyuman dia. Ehh.

"Saya tak suka bunga. And bye." Baru saja nak beredar, lelaki tu halang laluan aku. 

"Can I get your number?"

"For what?"

Lelaki itu jungkit bahu dengan senyuman. "In case awak ubah fikiran dan start suka orkid, awak boleh call saya untuk minta hadiahkan orkid."

Aku mengeluh kasar. Sah lelaki ni dah gila. "I don't give my number to stranger."

"Okay. Kalau macam tu, awak ambik nombor saya." Terus lelaki tu 'rampas' telefon di tangan aku. Menyesal pula tak simpan handphone dalam beg tadi. Tapi aku lagi lagi menyesal bila aku tak buat setting lock screen. Aku perhati je lelaki tu mendail nombor dia. 

Beberapa seketika, dia hulurkan kembali telefon aku. 

"Saya dah save nombor saya. See you again. And my name is Daniel." Ucapnya sebelum berlalu pergi.

Dan aku kelihatan terpinga-pinga. 

Reenapple: Nanti update Biasa as soon as possible. 



Tuesday, June 6, 2017

Biasa #11




Zachary telan air liur melihat kelibat Linda yang turut berada dalam pejabat Irham. Tapi nasib baik wanita itu mahu melangkah keluar maka tidak perlulah dia punya rasa tidak selesa dengan Linda Melissa itu. 

“Apa yang dia buat kat sini?” Terus Zachary keluarkan soalan pada Irham yang seperti selalu berlagak tenang.

“Dia datang hantar dokumen.” Mata Irham pada skrin computer. 

Zachary diam seketika. Lupa pula dia akan fakta bahawasanya Linda itu sebahagian pekerja di TGI Holdings. Tapi dia jarang benar melihat kelibat Linda di pejabat Irham sejak lelaki itu bergelar tunang orang. Andaiannya gadis itu sudah mengalah dan tak akan lagi menghuru-harakan hidup Amzar Irham. 

“Kau tak teringin nak pecat dia, Am?”

Irham angkat wajah, memandang Zachary yang telah mengambil tempat di kerusi berhadapannya. “Aku tak campur hal peribadi dengan hal kerja, Zack.”

Zachary hela nafas. Dia tahu sikap Irham yang itu. Tapi dia rasakan, makin lama Linda berada di TGI Holdings, Irham tak akan pernah dapat selesaikan masalahnya. 

“Lagipun, dia tak ada buat salah apa-apa pun kecuali kadang kala dia sangat menjengkelkan aku,” Irham berkata jujur. “She is a good worker, Zack.”

Zachary pamer riak tidak senang hati dengan ayat Irham ini. Linda tidak sepatutnya peroleh pujian dari mulut lelaki itu. “Kalau kau lupa…” belum sempat Zachary sudahkan ayatnya, Irham bersuara. 

“Aku tak lupa Zack. Tapi nak pecat Linda sebab hal peribadi, itu bukan aku.” Irham hela nafas. Bukan dia tidak pernah terlintas untuk pecat Linda, tapi dia rasakan jikalau dia lakukan itu, keadaan akan menjadi keruh.

Ya, Linda adalah penyebab mengapa hubungannya dengan adiknya menjadi keruh. Linda sukakannya tapi dia tidak sukakan gadis itu sebab dia tahu Irsyad menaruh hati pada wanita itu. Dan entah bagaimana, Irsyad menuduh dia sengaja permainkan perasaan Linda. Dia rapat dengan Linda hanyalah disebabkan kerja sahaja selain gadis itu adalah anak kepada kawan Ayahnya. Tentulah dia harus melayan Linda dengan sebaik yang mungkin, kan?

Disebabkan hubungan yang keruh itu juga, dia membuat keputusan untuk pindah keluar dari rumah. 

“Irsyad masih tak bercakap dengan kau?” Suara Zachary mematikan lamunan Irham. 

Irham jungkit bahu sebelum kembali menghadap skrin computer. Itu adalah isyarat sebagai dia tidak mahu diasak dengan pertanyaan remeh. Lebih-lebih lagi yang berkait dengan apa yang berlaku dua tahun yang lepas. 

“By the way, macam mana dengan perjumpaan kau dengan Cik Tunang kau?” Zachary ubah topic perbualan.

Seperti tadi, Irham jawab soalan Zachary dengan bahasa tubuh. 

“Oh, man! Come on la Am. Still ada beberapa bulan sebelum kau kahwin. Tolong lah jangan tunjuk perangai kau yang coldheartless ni.”

“Aku dah jumpa dia la.” Dingin saja nada suara Irham. 

“Then?” 

“Macam tu jela.”

“Mesti kau terpegun dengan kecantikan dia kan?” Zachary senyum nakal. 

Irham senyum sinis. Cantik untuk Aleena? Perkataan cantik itu langsung tak sesuai dengan wanita itu. Biadap adalah perkataan tepat untuk Naira Aleena itu. 

“Kalau kau berkenan dengan dia, just straight to the point. Cuba lah usha dia,” sinis saja nada Irham itu. 

“Huish! Aku tak sailang girlfriend kawan, bro!”

Irham diam sambil geleng kepala. “Kau masuk opis aku ni untuk apa ni? Setakat nak borak kosong, aku banyak kerja nak disiapkan. ”

“Saja. Aku bosan.”

“ Laporan yang aku nak tu harus ada atas meja aku pagi Isnin ni.”

Zachary sengih. Lupa pula dia akan arahan Irham yang ini. “Aku akan siapkan nanti. Alex minta aku bagitahu yang kau ada lunch date dengan Ibu kau.”

Jam tangan dikerling. Cepat betul masa berlalu. Langsung Irham tak sedar yang waktu makan tengahari sudah tiba. Cepat-cepat dia mengemas meja sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Andaian Irham untuk makan tengaharinya hari ini hanya ditemani oleh ibunya dan juga Aleena sahaja. Tidak pula dia sangka Linda akan menyertai mereka. 

Katanya Tengku Azura, Linda ditemui sewaktu mereka tiba di restoran tadi. Maka dengan spontan, Linda dipelawa menyertai mereka. 

Hurm… kalaulah Tengku Azura tahu apa yang telah Linda lakukan, Irham pasti wanita itu tak akan pernah mahu pelawa Linda. 

Aleena disebelahnya dikerling. Dari tadi tunangnya itu hanya mendiamkan diri. Yang lebih banyak bersuara adalah Linda dan Tengku Azura. Berbual tentang hal-hal yang dia langsung tidak faham. Women’s talk!

“You okay ke?” Irham pandang Aleena yang kelihatan tidak selesa. Takkanlah masih marahkannya sebab hal hari itu? 

Serentak itu, keadaan menjadi sunyi seketika. Kedua-dua Tengku Azura dan Linda memandang Irham.

Aleena angkat muka. Irham sedang bercakap dengannya?

“Makanan you tak sedap ke?” Sekali lagi Irham bersuara. Da sebenarnya cuba menghilangkan rasa tidak selesa dan janggal yang dihadapinya. 

“Taklah.” Aleena masih tunduk. Dia sebenarnya tidak selesa dengan Irham. Dan rasa tidak selesa itu makin bertambah apabila melihat kelibat Linda di sini. Kenapa dunia ini perlu kecil sangat? Kenapa musuhnya sejak sekolah menengah adalah kenalan keluarga mentuanya?

“Kalau you tak suka makanan tu, kita boleh tukar makanan.” Tanpa menunggu jawapan balas dari Aleena, terus saja Irham menukar pinggan berisikan makanannya dengan pinggan Aleena. 

Aleena terkesima. Manakala Tengku Azura hanya tersenyum melihat situasi itu. Linda pula menjeling tajam Aleena dengan rasa tidak puas hati.

“Leena… dari dulu sampai sekarang kau masih tak berubah perangai cerewet kau,” sengaja Linda tuturkan ayat itu. Dia mahu jatuhkan maruah Aleena di hadapan Irham dan bakal ibu mertua gadis itu.

Aleena diam walhal dalam hati sudah memaki hamun Linda. 

“Kalau Abang Am nak tahu, Leena ni cerewet bab makanan. Dia jarang pergi kantin sekolah. Selalunya dia akan bawa bekal dari rumah,” tambah Linda lagi. “Dia cakap makanan kantin sekolah not her taste.”

“And how you know that?” Dingin saja suara Irham. Kenalkah Linda dengan Aleena?

“Well, we used to be best friends in school.” Linda senyum sinis pada Aleena. 

Aleena tahan rasa marahnya. Berani betul Linda mengunkit hal lama mereka. 

“Linda bagi tahu Ibu yang dia dan Leena dulu satu sekolah,” celah Tengku Azura. 

Irham angguk kepala tanda faham. Dia tahan senyum melihat wajah bengang Aleena yang cuba disembunyikan. Comel, dalam masa yang sama kelakar. “Even so, dia cerewet atau tak, tak ada kaitan dengan you, Linda.”

Linda telan air liur, terkesima dengan jawapan balas Irham. “I cuma nak bagi tahu je. At least, Abang Am patut tahu yang Linda dengan tunang abang Am ni know each other.”

“Fakta tu tak menarik pun,” balas Irham sebelum kembali mengunyah makanan di hadapannya. 

Linda ketap bibir sambil merenung tajam Aleena di hadapannya. “Linda pergi lah dulu Aunty. Linda lupa pula ada appointment petang nanti.” Dia angkat punggung. “Terima kasih sebab belanja lunch hari ini.” Dia kemudian beredar. 

Tengku Azura keluh kecil sebelum melontarkan pandangan pada Irham yang kelihatan tenang. “Am tak patut layan Linda macam tu.”

Irham buat-buat tidak dengar ayat Tengku Azura. “Ibu tak patut ajak dia join kita.”

“Ibu kenal dia. Am pun kenal dia. Lagipun Leena pun kenal dia. Kan, Leena?” Pandangan Tengku Azura dialihkan kepada bakal menantunya. 

Soalan Tengku Azura hanya dibalas anggukan yang disertakan dengan senyuman palsu. Sebenarnya, untuk saat ini, dia lebih berpihak pada Irham. Linda selayaknya terima layanan sebegitu dari Irham. 

Irham hela nafas, Tengku Azura sepatutnya dimaklumkan perihal sebenar apa yang Linda telah lakukan dua tahun yang lalu. Maka, tak perlulah Tengku Azura akan melayan Linda Melissa itu. 

Am dengan Linda dulu sangat rapat. Waktu Linda kecil dulu, dia selalu datang rumah Ibu main dengan Am dan Syad. Sekarang ni, entah apa yang dah berlaku pun, Ibu tak tahu. Betullah kata orang, manusia ni cepat berubah,” adu Tengku Azura dengan nada kecewa. 

Irham pamer riak tidak selesa. Kenapalah Ibu nak ungkit kisah lama pada saat ini pula. 

Manakala Aleena tiba-tiba saja teringatkan sesuatu apabila Tengku Azura bercerita tentang zaman kanak-kanak Irham dan Linda. Adakah apa yang disangkanya ini adalah benar?


Reenapple: Sorry, I was busy lately sampai lupa ada post cerita baru kat blog. Oh agak-agak apa yang Aleena ingat tu ya?


Wednesday, May 31, 2017

Biasa #10



Majalah perkahwinan dihadapannya diperhatikan dengan perasaan kosong. Langsung tiada perasaan teruja untuk memilih pakaian pengantin yang akan disarungkannya beberapa bulan lagi. 

Wajah bakal ibu mertuanya dipandang dengan senyuman palsu. “Leena tak tahu nak pilih yang mana.” Aleena separa berbohong. Memanglah rekaan gaun-gaun pengantin di hadapannya sangat cantik. Tapi sebab utama dia tidak tahu membuat pilihan adalah disebabkan rasa malas berbanding rambang mata. 

“Pilih je mana-mana yang Leena rasa sangat berkenan.”

“Kalau Leena pilih, lepas tu Irham tak berkenan macam mana?”

“Yang tu Leena jangan risau. Ibu akan pastikan Am setuju dengan setiap pilihan Leena.” Tengku Azura senyum lebar. Anak sulungnya itu mana pernah tolak pada setiap permintaannya. 

Aleena hela nafas kecil. Sepatutnya dia beri pelbagai alasan untuk tidak memunculkan diri di rumah bakal mertuanya hari ini. Namun, terkenangkan ugutan Ayah hari itu, dia paksa diri muncul di hadapan keluarga bakal mertuanya. 

Dia andaikan Tengku Azura membebel kepadanya atau apa-apa sajalah sepertimana yang dilakukan oleh Ayah disebabkan isu gambarnya pada hari itu. Tapi, wanita itu kelihatan berlagak seolah-olah isu gambarnya itu tidak pernah wujud. Seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan. 

Dia patut risau atau follow the flow je?

“Leena okay ke tak ni?” Kedengaran lagi suara Tengku Azura. Dari tadi dia sedar akan perilaku bakal menantunya ini. Sebab itu dia berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kesalahan yang Aleena lakukan hari itu bukanlah isu yang patut dibangkitkan. 

“Leena okay. Cuma penat sikit.” Aleena sengih palsu. 

“Kalau macam tu Leena pergi rehat kat bilik Am dulu. Bila makanan dah siap, nanti Ibu kejutkan.”

Aleena telan air liur. Bilik Irham? Dia salah dengarkah?

“Jangan risau. Am jarang tidur sini. Dia ada rumah dia sendiri.” Nada Tengku Azura ini kedengaran sedikit kecewa. 

Irham pindah keluar selepas berlaku pergaduhan besar dengan Irsyad, anak keduanya. Begitu juga dengan Irsyad, memilih untuk menyambung pelajaran di luar Negara. 

Setiap kali diminta pulang ke rumah, masing masing akan memberi pelbagai alasan. Irsyad tak akan berada di rumah jikalau Irham turut berada di rumah. Masing-masing seolah-olah cuba mengelak satu sama lain. Dan dia pun tidak tahu punca pergaduhan mereka hingga membuatkan masing-masing membawa haluan sendiri. 

Tak apalah. Leena tolong Ibu kat dapur.” Aleena sebenarnya segan. Tak kuasa dia mahu berada di bilik bakal suaminya. Bagaimana lelaki itu tiba-tiba muncul waktu dia sedang lena tidur. Dia sudah dapat bayangkan wajah bengis lelaki mahu memarahinya kerana menceroboh masuk biliknya tanpa kebenaran. 

Tak apa. Leena pergilah rehat. Nak tolong Ibu kat dapur lambat lagi,” pujuk Tengku Azura. Simpati pula melihat wajah keletihan gadis itu.

Beberapa seketika berfikir, Aleena terima cadangan Tengku Azura. 5 minit kemudian, dia sudah tiba di bilik tidur Amzar Irham itu. 

Keadaan bilik Irham diperhatikan. Sangat elegan dan kemas walaupun katanya Tengku Azura, Irham sangat jarang bermalam di bilik ini. Jaket biru dan beg tangan di tangannya kemudian dilemparkan ke atas katil sebelum kakinya memilih untuk ‘menjelajah’ bilik Irham. 

Tiada apa-apa yang menarik dalam bilik Irham bagi seorang Aleena. Barangan milik lelaki itu sudah dapat dijangka memandangkan taraf hidup lelaki itu. 

Punggungnya kemudian dilabuhkan di sofa. Tiba-tiba saja matanya terasa berat. Dengan udara yang sejuk dan bau yang nyaman, membuatkan kepala Aleena dilentukan di bahu sofa itu. Matanya bagai digam. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Wajah lena gadis di hadapannya dipandang dengan perasaan sedikit bengang. Kesalahan pertama gadis itu adalah masuk ke biliknya tanpa kebenarannya. Kesalahan kedua, menyepahkan katilnya. Dia sangat pantang akan manusia yang suka tinggalkan barang pada tempat yang tidak sepatutnya. Lagi-lagi di atas katil. 

‘I don’t know what will happen if we really get marry someday’ tanpa sedar Irham ucapkan ayat itu dalam hati.

Dia sangat tertanya-tanya jika keputusan yang dia lakukan ini adalah perkara yang betul? Adakah keadaan akan kembali seperti biasa jika dia memilih untuk berkahwin dengan gadis pilihan keluarganya?

Telefon pintar yang berada dalam poketnya tiba-tiba saja berbunyi. Nafas ditarik sebelum jari ditekapkan ke skrin. 

Yes, Zack?” Mata Irham masih pada Aleena yang kekal lena. Tidur mati betul perempuan ni. “Kenapa dengan Linda?”

Tiba-tiba saja Aleena terjaga. Air liur ditelan apabila menyedari Irham berada di hadapannya. Terus dia bangun dari pembaringannya sebelum rambutnya yang sedikit kusut itu dibetulkan menggunakan jari. 

“Not my problem, Zack. Aku tak nak ambil tahu hal yang remeh macam tu, okay. Linda boleh jaga diri dia.” Talian kemudian ditamatkan. Mata Irham kekal pada Aleena. 

Tiba-tiba saja satu perasaan tidak selesa muncul dalam diri Aleena mendengar nama Linda dari mulut Irham. Cemburukah dia?

‘Eh cemburu? Sejak bila?’

“Seronok tidur?” Suara Irham membuatkan Aleena kembali pada reality. 

Sekali lagi Aleena telan air liur. Gerun dan dalam masa yang sama janggal. “Bila you sampai?”

“Bukan hal you. Ini bilik I. I yang patut tanya soalan kat you. Apa yang you buat kat sini?” Irham peluk tubuh. 

“Ibu suruh I berehat kat bilik ni.”

Irham jongket kening. Sukar untuk dia percaya jawapan yang keluar dari mulut tunangnya. Tengku Azura tersangat tahu dia pantang orang asing menyentuh barangnya tanpa kebenarannya. 

“Bilik tamu kan ada.”

Aleena jungkit bahu. 

“Never mind. Just leave.” Irham bangun.

Aleena terus bangun sebelum dia melangkah ke arah katil yang menempatkan jaket dan beg tangannya. Tatkala dia berpaling semula ke arah Irham, lelaki itu sedang membuka butang bajunya. Aleena terkesima. 

“You nak salin baju ke?” Dengan naifnya Aleena keluarkan soalan. Matanya tiba-tiba terpaku pada dada Irham yang sasa itu. Air liur ditelan sekali lagi. 

“Yes. Why?”

“Depan I?”

Irham mengeluh kasar. “Sebab tu I suruh you keluar.”

Oh. Kalau macam tu, I turun dulu.” Belum sempat Aleena tiba di pintu, Irham tiba-tiba memanggilnya. 

“Wait!” Irham melangkah ke arah Aleena. Tiba-tiba saja dia mendapat satu idea untuk kenakan Naira Aleena ini. 

Sekali Aleena telan air liur apabila Irham berdiri di hadapannya. 

Irham ukirkan senyuman jahat sambil mendekatkan dirinya pada Aleena. Setapak dia melangkah, setapak jugalah langkah Aleena ke belakang. Setapak demi setapak sehingga tiada jalan untuk Aleena undurkan diri lagi. 

Bertambah gerun Aleena apabila Irham dengan sengaja mendekatkan wajah padanya. Dia harap dia dapat lakukan sesuatu untuk keluar dari situasi yang tidak selesa ini. Tolonglah jangan berlaku benda tak baik padanya. 

“You cakap you nak kenal I dengan lebih baik,” Irham bersuara. “Don’t you want to know about my body?”

Tiba-tiba saja Aleena peroleh kekuatan yang luar biasa apabila dia dengan spontan menolak kasar tubuh Irham sehingga lelaki itu jauh darinya. 

“Auch!” Irham pandang Aleena dengan tidak puas hati. “I was joking, okay!” Dadanya digosok kasar. Sakit juga tolakan Naira Aleena ini. 

“If you dare to lay a finger on me, I will tell your family. I will hurt you.” Sengaja Aleena pamerkan buku lima pada wajah Irham. Dia sekadar mahu mengertak sahaja. Bengang tahu dengan gurauan bodoh Amzar Irham. Tak tahu halal haram ke? Hish!

“I was joking, okay! You patut terus keluar masa you bangun tadi.” Irham mengeluh kasar. 

Aleena diam seketika. Betul juga dengan apa yang Irham katakan itu. Dia patut terus keluar apabila mengetahui kewujudan Irham di bilik ini. Oh tak, dia tak patut berada di bilik ini. 

Lawak you tak kelakar.” 

Irham mendengus. “Keluar!”

Aleena ketap gigi. Sepatutnya dia yang mengamuk, bukan lelaki itu. Tanpa memandang wajah Irham, Aleena terus melangkah keluar. Pintu sempat dihempas kasar sebagai tanda protes. Argh, apa entah kebaikan yang Ayah lihat dalam diri Tengku Amzar Irham ini. Heh!




Saturday, May 27, 2017

Biasa #9




Nabila pandang Aleena dengan perasaan hairan. Bukankah sahabatnya ini sepatutnya berada di satu majlis yang melibatkan keluarga bakal mentuanya? 

“Kenapa kau ada kat sini? Aku ingat kau supposedly perlu berada kat majlis family in laws kau.”

Aleena hela nafas kecil. Dahi dipicit walaupun dia bukanlah mengalami pening. Dia cuma sedang menyusun ayat bagi soalan Nabila. Tak ada sesiapa pun yang tahu rancangannya yang ini kecuali Abangnya. 

Dia terimbau kejadian tengahari tadi. 

“Mama… Leena rasa Leena tak sihat.” Dia berpura-pura bersuara lemah untuk memastikan rancangannya berjaya. 

“Tak sihat?” Datin Najwa mengambil tempat di sebelah anak bongsunya di katil. Aleena masih lagi berselubung di bawah selimut. 

“Leena tak rasa Leena boleh pergi event tu hari ini.” Untuk memastikan lakonannya menjadi, dia juga berpura-pura batuk.

Tangan Datin Najwa menyentuh dahi Aleena. 

“Naira Aleena! Tak panas pun. Jangan nak mengada. Cepat bersiap.”

“Leena tak nak pergi majlis tu, Mama.” Aleena bangkit dari pembaringannya. Wajah simpati dihulurkan pada wanita kesayangannya ini. 

“Jangan nak mengada, Leena. Nanti Ayah marah.”

Aleena mengeluh. Dia tahu amarah Ayah. Tapi dia juga tahu dia tiada hati untuk bersemuka sekali lagi dengan Amzar Irham. Dia masih dihimpit perasaan malu dan menyesal atas tindakannya hari itu. Haih!

“Mama bagi tahu lah Ayah yang Leena tak sihat.” Sekali lagi wajah simpati dihulurkan pada Datin Najwa. Dia sangat pasti Ayah sah-sah akan percaya akan berita dia sakit. Tentang kesihatannya, Ayah tidak pernah soal banyak berbanding Mama. 

“Tapi, kenapa Leena tak nak pergi?” Datin Najwa keluarkan soalan. Sejak anak bongsunya pulang dari pertemuan dengan bakal menantunya, Aleena lebih banyak mendiamkan diri. Setiap kali perihal Irham dibangkitkan, Aleena akan mengelak. 

“Leena cuma malas je.”

“Alasan Leena tu tak boleh diterima. Pergi bersiap. Mama bagi masa 30 minit.”

“Mama, please… Kali ni je. Leena mesti bosan bila kat majlis tu. Mama sendiri tahu betapa bosan majlis formal. Mama pernah rasa apa yang Leena rasa kan,” pujuk Aleena disertakan wajah yang meraih simpati Datin Najwa. 

Datin Najwa geleng kepala sambil tersenyum. Macam-macam alasan Naira Aleena ini. Dia diam seketika sebelum melepaskan keluhan. 

“Okay. Mama akan beritahu Ayah yang Leena tak sihat. Tapi janji dengan Mama yang Leena akan behave bila ada kat rumah.”

Ayat Datin Najwa itu dibalas dengan anggukan yang disertakan senyuman lebar. 

“Leena…” suara Nabila mematikan imbauan Aleena. 

Aleena mengeluh sebelum bersuara. “Aku malas. Aku tak nak jumpa dia.”

Nabila kerut dahi. “Kau gaduh dengan dia ke? Tapi macam mana pula kau nak bergaduh dengan dia if kau dan dia tak pernah jumpa?”

Aleena diam. Lupa pula dia maklumkan pada Nabila tentang pertemuannya dengan lelaki kerek hari itu. 

“Atau dia dah tahu kau keluar dengan lelaki mana entah masa kat Quebec hari itu.” Nabila mula menciptakan andaiannya.

Sekali lagi Aleena melepaskan keluhan. Kalaulah Nabila tahu hal sebenar, sahabatnya akan tertawakannya. 

“Babe, aku tanya ni…” Kedengaran lagi suara Nabila. Sangat hairan melihat wajah resah Aleena ini. Wajah resah yang sama ditunjukkan tatkala sahabatnya memaklumkan akan perihal pertunangannya dengan pilihan keluarga. 

“Aku tak nak cakap hal tu. Aku cuma nak tanya kau nak ikut aku pergi shopping tak?”

Soalan Aleena itu dibalas dengan senyuman lebar oleh Nabila. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Tiga hari kemudian…

Beberapa keping gambar dilempar di hadapannya. Aleena telan air liur. Wajah Mama dipandang dengan rasa bersalah. 

Mana Ayah dapat gambar-gambar ni?” Aleena keluarkan soalan, cuba menutupi rasa cuak yang sedang dialaminya ketika ini. 

“Tengku Azura bagi Ayah gambar-gambar tu. Dia cakap ada orang hantar pada dia.” Nada suara Datuk Faisal kedengaran kasar dan menakutkan pada pendengaran Aleena. 

Aleena tarik nafas, cuba berfikir siapa pula yang mahu awasi gerak-gerinya? Dia tiada musuh. Mungkin ada seseorang yang berdendam dengannya, tapi siapa?

“Leena sebenarnya sakit atau tak hari itu?” Soal Datuk Faisal lagi. Wajah isterinya disebelah anak bongsunya dikerling tajam. 

Aleena geleng kepala lemah. Berbohong pada Ayah pada saat ini tak akan mampu mengubah apa-apa. Bukti sudah terangan berada di depan mata.

“Kenapa Leena tipu?” Datuk Faisal bersuara lagi. “Dan kalau betul Leena tak nak hadir majlis tu, you should stay at home,” ucap Datuk Faisal geram.

“Leena cuma keluar shopping je. Bukannya berperangai tak senonoh. Leena keluar dengan Bell, bukan dengan lelaki sembarangan.” Aleena cuba membela diri. 

“Leena…” Datin Najwa geleng kepala, memberi isyarat supaya Aleena diam saja. Risau pula berlaku sesuatu yang buruk. 

“Leena dah malukan Ayah!”

Aleena mengeluh. Dia tahu itu. Tapi dia tetap rasakan dia bukannya melakukan kesalahan yang besar sehingga perlu Ayah marah padanya. 

“Kali ini Ayah lepaskan. Kalau sekali lagi Leena buat hal, you do know what I’m going to do to you, right?”

Aleena ketap gigi, tidak puas hati. Dia faham ugutan Ayah itu. Itu adalah ugutan yang sama setiap kali dia mencipta masalah. Ayah akan menyekat segala kebebasannya. Termasuk wang ringgit. 

‘Argh… kenapa Ayah tak ugut saja nak batalkan perkahwinan tu?’

“Do you hear me?” Kedengaran lagi suara Datuk Faisal. Berang pula dengan diam anak bongsunya ini.

Aleena mengeluh kasar. Kepala dianggukkan. Dia tiada pilihan. Sekali lagi. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Beberapa puluh kilometer dari kediaman Datuk Faisal…

Senyuman kemenangan diukir melihat kepingan gambar-gambar yang berada di atas meja di hadapannya. Itulah, siapa suruh cuba ‘rampas’ impian darinya!

Reenapple: Agak-agak siapa yang ada niat jahat kat Aleena?