Friday, October 28, 2016

Dewasa



Bila usia dah meningkat dewasa ni, susah betul nak buat pilihan. 

Antara contoh pilihan yang ketara ketika ini, adalah pemilihan baju untuk ke tempat kerja. Even kau sebenarnya dah ada banyak baju dalam almari, but still kau tak tahu nak pilih baju mana untuk dipakai hari itu. 

Waktu belajar dulu, tak ada pun facing problem ni. Pakai je apa yang ada dalam almari. Selekeh ke tak, kau tak peduli. Reycle baju untuk 2 hari pun kau tak kisah. Tapi sekarang... *mencebik*


Tuesday, October 25, 2016

Crush



Bukan satu kesalahan pun kalau perempuan luahkan perasaannya pada lelaki yang dia minati. Ia mungkin ada kebaikan dan juga keburukan. Apa-apa pun, perempuan itu kena kuat apabila perasaan cintanya ditolak. Hiks. 

Sakit, terluka, kecewa but you will overcome those feeling soon. After all crush it's just something yang tak bertahan untuk jangka masa setahun. After that, anda akan bertemu lelaki lain dan jatuh cinta sekali lagi. Maybe this time is for real? Who knows. *jungkit bahu dengan senyuman*

Nak lupakan crush? Block / Remove anything about him from social media. (Aku pernah buat ini dan percayalah ia berjaya.) 

Good luck in forgetting him. :)


Friday, October 21, 2016

Blog



Perkara yang tidak menarik blog aku ini adalah disini juga tersimpan kemas kenangan pahit yang pernah aku alami beberapa tahun lalu. 

Ada pepatah atau siapa entah yang hulurkan aku ayat ini "Boleh menjengah masa silam tapi jangan lagi menetap di situ."

Dan itu yang aku lakukan setiap kali aku perlukan idea atau mood menulis ( baca menyiapkan manuskrip)

Tapi setiap kali tiba membaca part komen, terus aku klik butang pangkah. Walau aku yakin aku telah move on, nampaknya masih ada 10% tentang memori yang menyakitkan itu. Haih. 

Katanya seseorang, 'Pengalaman itu mengajar itu kita erti hidup. Kesilapan mengajar kita erti ketabahan."

Actually, aku pun tak faham maksud ayat dia waktu itu. Rasanya sekarang aku faham. Heh. 

Okay, Bye.

Reenapple: Oh, selamat hari jadi Blog. Entah sampai bila aku mahu kekal tua bersama kamu. Hiks. 



Wednesday, October 12, 2016

Misophonia




Sejak kebelakangan ini, aku cepat meradang pada satu isu yang aku rasakan adalah perihal kecil. 

Sebagai contoh, seseorang lambat satu jam dari waktu yang dijanjikan. Oh, tahap kesabaran menunggu aku hanya bertahan selama 30 minit saja. 30 minit ke atas, aku kira dia seorang manusia yang tidak reti tepati masa. Urmmm... itupun jikalau alasan kelewatannya adalah sesuatu yang tidak munasabah. Hah!

Untuk hal sebenarnya aku bukanlah seorang yang selalu tepati masa. Adakala terbabas juga 10 minit mahupun 30 minit dari waktu dijanjikan. Lagi-lagi jikalau kau tahu orang yang bakal kau jumpa itu seorang yang tidak sangat mahu muncul tepat pada masanya. Janji jumpa pukul 11, bayang muncul pukul 11.45. Begitulah.

Dan untuk contoh kedua, bilamasa aku bersoal jawab dengan staff tentang satu insiden. Dan jawapannya yang tidak acuh itu kadang kala bikin aku bengang. Makanya, terus aku cakap "Okay" dan berlalu pergi dengan rasa negatif dalam hati. 

Kadangkala aku rasa mungkin aku terlampau penat dengan kehidupan aku, membuatkan hati aku cepat sensitif (mengamuk) pada satu isu yang bukanlah satu kesalahan. 

Ah ya, aku pun rasakan aku ini berada dalam depression, bila masa aku memilih untuk mahu teruskan tidur tanpa ambil peduli akan sudah tibanya untuk aku bangun dan bersiap untuk kerja. 

Okay. Itu saja sesi merepek. 


Friday, October 7, 2016

Ketentuan


Dulu waktu aku kecewa sangat sangat aku pernah meminta pada Tuhan agar dimatikan hati aku. Aku minta DIA matikan segala perasaan aku waktu itu. Waktu itu, aku sangat sangat kecewa dengan hidup. Sangat kecewa dengan diri aku. Waktu itu aku sangat kecewa dengan apa yang berlaku waktu itu. 

Dan sehinggalah DIA hadirkan seseorang dalam hidup aku waktu itu. Seseorang itu banyak ajar aku tentang hidup. Tentang DIA. Tentang kasih sayang DIA. Even it takes time, aku kembali pulih dengan bantuan DIA melalui seseorang. 

Aku sedar setiap manusia yang hadir dan pergi dalam hidup kita punya maksud. Ia bukan satu gurauan saja bila kau tiba-tiba menjadi rapat dengan seseorang itu. Aku sedar, apa yang berlaku dalam hidup kita adalah ketentuan DIA. 

It’s like, bila kita tersalah pilih langkah, DIA akan tolong kita kembali pada laluan yang betul. Isn't it?

Okaylah. Itu je nak ditulis. Night.


Saturday, October 1, 2016

Ibu



Waktu aku kecil, bila orang cakap Ibu aku dah tak ada, aku fikir yang Ibu aku sebenarnya pergi melancong, merantau atau apa-apa sajalah. Dan aku fikir dia akan balik nanti. Aku fikir, waktu umur waktu itu, dia akan balik Malaysia dan ambil aku tinggal dengan dia. 

But when I was 8 or 9 years old, baru aku sedar yang Ibu aku sebenarnya dah mati. Aku baru sedar ayat yang “Ibu awak dah tak ada” bermaksud “Ibu awak dah meninggal.” How na├»ve I was at that time. Haha. 

Tapi, setakat itu saja yang aku tahu. Nama dia waktu tu pun, aku tak tahu. How she look like pun aku tak tahu. Sebab tak ada sesiapa yang mahu ceritakan tentang dia. 

Bila aku umur 16 tahun, aku dibawa melawat kubur dia. That was the first time I visit her grave. Sungguh, waktu tu, aku tak rasa apa-apa. Atau, aku dah lupa apa perasaan aku waktu itu. 

And when I was 20, aku tahu satu perihal berkaitan dia. Hal itu agak melukakan aku sehingga sekarang. 

Eventhough aku tak tahu macam mana rupa dia, tapi aku tahu dia sangat sangat sangat sayangkan aku. Hiks. Seseorang pernah beritahu aku tentang dia. 

Sehingga sekarang ini aku harap dapat berbual dengan dia, bercerita itu dan ini. Bercerita tentang few guys yang aku pernah taruk dalam senarai crush aku. Atau bercerita tentang lelaki yang mengurat aku dulu. Atau apa-apa saja cerita. Ekhem

I wish I could hear her voice. Or pegang, salam and cium dia. I wish I could see her smile. Hurmm… banyak sebenarnya impian aku tapi tentulah ia tak akan pernah jadi kenyataan.

Okaylah. Itu saja yang aku nak tulis tentang wanita kesayangan aku. Hiks. 


Bye.