Thursday, September 29, 2016

29 September



Happy Birthday to ME, MYSELF & I.

Dah tak tahu nak wish apa untuk usia yang meningkat ni. Tapi doakan yang baik-baik je lah. Ahaa..

Nak request birthday gift, tapi tak tahu nak request pada siapa. Muahaha.

Anyway, happy birthday, Reen. Ehh



Tuesday, September 27, 2016

Lebih Baik


"Dia lukakan hati saya lagi."

"Then you know he's not the one for you. You deserve someone else better than him."

Friday, September 9, 2016

Kistot: Hadiah Hari Jadi




"You tahu tak I sayang you?" Dia senyum pada lelaki di hadapannya, dengan harapan lelaki itu tak akan 'memarahinya'.

"Tahu." Telefon di tangan diletakkan di atas meja. Senyuman manja yang diukirkan padanya sedikit pun tidak akan membatalkan hasratnya untuk 'memarahi' perempuan kesayangannya ini. 

"Ermmm..." Dia tunduk bawah. "I minta maaf sebab lupa semalam adalah hari jadi you." 

Lelaki itu diam. Sengaja dia lakukan itu. Berpura-pura marah dan merajuk!

"Nanti I belikan hadiah untuk you." Dia bersuara lagi. Tidak selesa dengan diam dan rajuk lelaki di hadapannya. Ya, dia tahu salahnya kerana terlampau sibuk sehingga lupa akan tarikh lahir lelaki kesayangannya ini.

"Okay. I nak hadiah yang paling mahal."

Air liur ditelan. Hadiah paling mahal? Nak mahal kena tunggu hujung bulan lah. Waktu gaji masuk. Pertengahan bulan mana dia mampu belikan hadiah mahal. Setakat belanja makan dengan bajet RM100 boleh lah. Heh!

"Kalau I belanja you makan je,boleh?" Cuba untuk mulakan sesi tawar-menawar.

"Aiskrim?"

Lelaki itu mengeluh kasar sebelum geleng kepala. Kebudakan betul! Walhal, dia sedang tahan ketawa. Kenapalah 'pujukan' wanita di hadapannya ini 'comel' sangat?

"Setakat aiskrim, baik tak payah. I boleh beli kat kedai 7e depan ofis I."

Dia mencebik. "At least I ikhlas."

"Ikhlas? By buying me cheap things?"

Sekali lagi dia mencebik. Kecil hati dengan ayat yang didengarnya sebentar tadi. Tahulah lelaki kesayangannya ini anak orang kaya. Gaji 5 kali ganda darinya. Heh!

"Ikhlas tak merujuk pada mahal atau murah sesebuah hadiah itu."

"Oh, really?" Lelaki itu mencebik. Kopi hitam dihadapanny dihirup sambil matanya pada wanita kesayangannya. 

Dia angguk lemah. 

"Okay lah. You tak perlu belikan I hadiah. You perlu 'bagi' I hadiah." Lelaki itu senyum nakal. 

"Bagi?" Dia telan air liur. Harapnya apa yang difikirkan ini salah. "Tapi you dah nak pergi kerja."

"So? It's not a problem." 

"But... it takes time to do that." Mukanya sudah merah, menahan malu. Okay, tak perlu malu. Hanya dia dan lelaki kesayangannya saja di rumah. Errr. 

"Sebenarnya apa yang bermain dalam kepala otak you ni?" Lelaki itu berpura-pura tidak faham. Dan seperti tadi, dia masih menahan ketawa.

"Bukan ke you cakap nak..." belum sempat dia habiskan ayat, lelaki kesayangannya telah mencelah. 

"Did I say I want that? I tak perlu tunggu permission you. I terus heret you ke bilik tidur."

Dia mencebik. Okay. Andaiannya salah. Malu!

"Sini..." arah lelaki itu, meminta wanita kesayangannya mendekatkan diri padanya. 

Dia menurut sahaja. Dan tiba-tiba... satu ciuman diberikan di bibirnya. Seketika dia speechless. 

"Itu hadiah yang you kena bagi I pagi ni." Lelaki itu bangun dengan senyuman. 

Dia mencebik lagi. Ingat kan apa la. Ceh!

"I pergi dulu." Sekali lagi ciuman diberikan di bibir isterinya. "Untuk yang lebih dari tu, I rasa I kena tunggu sehingga period you habis." Lelaki itu kenyit mata dengan senyuman nakal.

"Hate you." Dia pandang suaminya dengan rasa sedikit bengang.

"Love you too honey." Lelaki itu kemudian beredar.

Dan dia hanya tersenyum lebar sambil menahan malu. 

Habis!


Monday, September 5, 2016

Jatuh Cinta



I guess I'm too busy with my work, my latest manuscript that had made me forget how to fall in love. Ha ha (baca dengan nada malas) 

Ada satu waktu, someone tanya aku bila kali terakhir aku jatuh cinta. 

Dan aku dengan spontan terus jawab "Tahun 2013."

Haah. Sort of speechless bila otak aku tiba-tiba saja mahu flasback the things that happened in 2013. Itu tahun disaster aku okeh. Haha

Actually, ada je a few guys err tak a few sangat trying untuk kenal lebih dari seorang kawan. So, aku cuba untuk follow the flow but then aku rasa ia seperti sesuatu yang susah. Hati aku tak terbuka langsung untuk ada hubungan lebih dari seorang kawan. Heh. 

Aku cerita ini pada best friend aku. Dan dia cakap, "Aku rasa hati kau akan terbuka untuk someone pada waktu yang kau rasa kau tak jangka akan berlaku."

Dan aku balas, "Kau ingat dunia ni macam fairy tale ke apa? Kau ingat kita hidup dalam dunia novel ke apa?"

"Well, semuanya tak mustahil dengan izin DIA kan?"

So, aku speechless kat situ. Kah kah kah. 

Tapi, lepas tahun 2013, aku pernah ada perasaan crush tak sangat kat best friend lelaki. But then ia tak tahan lama sebab perasaan tu hanya appear sebab aku rasa sunyi. Hati aku rasa sunyi so ia pilih someone yang dekat dengan aku. Lagi-lagi bila ada orang asyik tanya aku kenapa aku tak jatuh cinta dengan kawan sendiri. Kah. 

Ermmm... actually aku nak tulis something else tapi dah melalut ke topik entah apa-apa. So, aku decide nak tidur memandangkan esok aku kerja. 

K Bye,

Saturday, September 3, 2016

Kistot: Idea




"Apa yang kita buat kat sini?" Dia pandang pemandangan tasik di hadapannya.

"Untuk tenangkan fikiran adik." Lelaki di sebelahnya bersuara.

Dia alihkan pandangan pada lelaki disebelahnya. Entah apa yang lelaki itu sedang lukis. Tapi dia tahu ia sesuatu yang indah melihatkan senyuman lelaki itu. "Fikiran adik?"

Lelaki di sebelahnya angguk kepala dengan senyuman. "Untuk adik lakukan apa yang adik suka."

"Seperti?"

"Menulis. Dah jumpa idea untuk novel adik yang seterusnya?" 

"Sengaja!" Dia kerling lelaki di sebelahnya dengan tajam. 

Lelaki itu ketawa kecil sebelum kembali menghadap kertas lukisan di hadapannya. Dan dia, kembali memerhatikan keadaan sekeliling di taman itu. Matanya tiba-tiba menangkap satu gelagat pasangan lelaki dan perempuan,

Dari jauh, wajah lelaki asing itu kelihatan kecewa. Lelaki itu pandang jambangan bunga di kaki dengan perasaan kecewa. Tertanya-tanya apa yang telah lelaki itu lakukan sehingga teman wanitanya memperlakukan bunga sedemikian rupa?

Terbit rasa simpati pada lelaki asing itu. Tapi, dalam masa yang sama, dia mendapat ilham untuk novel seterusnya. Senyuman kemenangan diukir!

Agak-agak apa yang dia mahu tulis ya?