Wednesday, August 31, 2016

Kistot: With You



"Are you gay?" Soalan entah apa-apa dilontarkan pada lelaki di hadapannya. Sekadar mahu memulakan perbualan. Kecil hati pula melihat lelaki itu asyik menghadap telefon pintarnya. Huh!

"No." Telefon di tangan diletakkan sebelum menghadap gadis di hadapannya dengan rasa aneh. 

"Then, what are you?" Sekali lagi dia ajukan soalan nonsense. 

Lelaki itu senyum. "I'm a man. A normal man."

"I see." Kepala diangguk. Dia kembali menghirup Latte di hadapannya.

"Don't wanna ask who I'm in love with?" Giliran lelaki itu pula mengeluarkan soalan. 

"Who?" Dalam fikiran si gadis, sudah tentu lelaki itu akan menjawab beberapa nama selebriti wanita Hollywood yang sexy. Atau pun beberapa model Victoria Secret yang pernah dia lihat lelaki itu likes post di IG.

Okaylah. Lelaki itu normal memandangkan lelaki itu likes gambar perempuan berbikini di IG, bukannya gambar-gambar lelaki kacak yang sado. Ehh 

"With you." Lelaki itu senyum.

Dia diam seketika sebelum mencebik. "But I'm in love with Chace Crawford." Sengaja dia keluarkan ayat itu. 

Lelaki itu mengeluh tanda tidak puas hati. Dia pandang gadis di hadapannya dengan wajah sedih, merajuk!

Dia kembali hirup Latte di hadapannya sambil berpura-pura menghadap telefon pintar miliknya. Wajah lelaki di hadapannya yang minta dipujuk tidak dihiraukan. Giliran dia pula membalas dendam. Yeay!

Agak-agak gadis itu akan pujuk lelaki itu tak?


The End!


Sunday, August 28, 2016

Izin DIA



Ada waktu dia rasakan dia sebenarnya 'gila' apabila dia memilih untuk percaya pada sesuatu cerita yang kebanyakan bagi manusia adalah sesuatu yang tidak masuk akal. Seperti cerita dia dan dia. Seperti cerita dia dan lelaki palsu itu. Seperti itu dan ini. 

Tapi katanya seseorang pada dia satu ketika dulu. "Segalanya tidak mustahil dengan izin DIA. Cuma hati hati saja."



Friday, August 26, 2016

Kistot: Lunch




" Bagaimana rasanya baca komen komen kat IG yang puji awak handsome?"

"Bangga," jawab si jejaka dengan senyuman kemenangan.

Si gadis hanya mencebik. "Riak."

Jejaka ketawa. "Jealous?"

"Nahh," jawab si gadis dengan jengkel.

"Are you sure?" Soal lagi jejaka dengan senyuman nakal. Matanya pada si gadia yang sedang mengunyah makanan.

Sekali lagi si gadis mencebik. Kepala kemudian diangguk.

"Okay then."

Beberapa jam kemudian, si gadis stalk IG si jejaka. Ada satu post baru dari si jejaka. Satu senyuman diukir membaca caption post itu

"Lunch with the loved one. *Emoji bentuk hati berwarna pink*

TAMAT!



Pengalaman



Said someone that I know:

"Belajar itu adalah keperluan hidup. Kalau kau belajar just only untuk satisfied kehendak orang lain, kau tak akan rasa nikmat belajar. 

Kehidupan yang kau alami ini pun adalah salah satu proses pembelajaran. 

Kau jatuh, kau bangkit semula dan kemudian kau jatuh lagi. Tapi apa yang membezakan jatuh untuk kali pertama dan jatuh kali kedua,adalah pengalaman. 

Pernah dengar experience is the greatest teacher in life?




Tuesday, August 23, 2016

Memoir Kopi



1 hari aku terbayangkan perbualan kita yang ditemani secawan kopi di hadapan masing-masing. Aku dengan Latte kegemaran aku dan kau dengan Cappucino panas kesukaan kau. 

Dan kita berbual tentang segala perihal yang berlaku dalam masa 3 tahun ini. Mungkin aku terbayangkan kau akan bercerita perihal keluarga kau. Dan aku akan bercerita tentang jejaka yang telah mencuri hati aku. Tentang jejaka yang benarkan aku berada dalam hatinya. Tentang jejaka yang telah mengantikan tempat kau.

3 tahun. Ya, 3 tahun. Tapi apa ada dengan 3 tahun?

Tiga tahun yang lalu, kita menghilangkan diri dari hidup masing-masing. Katanya hati ego aku waktu itu, “Ini adalah untuk kebaikan kita berdua.” 

Maka berlalu pergi aku dengan tangisan dalam hati yang mungkin kau telah tahu. Tapi sungguh, aku tak pernah menyesal tentang itu. Aku… sudah cukup bahagia dengan kehidupan aku tika ini. Tanpa sedikitpun memori tentang kamu. 

Jadi, berbahagialah kamu sebelum kamu dikecewakan sekali lagi.

Maaf. 

Thursday, August 18, 2016

Tips untuk move on dari crush




1. Ignore segala social media milik crush. 
I think this is the most important thing. Ahaaa. Sebab di situ lah sesi meng-stalk akan bermula. Sama ada nak siasat kehidupan si crush sehinggalah nak tahu siapa kekasih si crush itu.

Main reason untuk lakukan ini adalah untuk jaga hati kita dari ‘sakit’. Haha. Percayalah, walaupun kita rasakan kekasih si crush tak cantik/ tak handsome, but still stalking si crush ni akan jadi satu beban kat diri kita.

Kalau korang mampu block diorang, then do it. If don’t try tu mute notification or unfollow their post.
2. Delete nombor telefon si crush
Jangan pernah simpan nombor telefon si crush. Kalau si crush tu adalah kawan kita yang agak rapat, then simpan nombor dia dengan nama lain. Seperti pihak Insurance, delivery Tong Gas ke, atau apa-apa je lah, yang korang rasakan korang akan hubungi nombor tu hanya sekali saja. Haaa

3. Ignore whatever mesej dari si crush.
Ada crush yang jenis suka bertanya khabar even dia tahu korang actually ada feeling kat dia. Itu adalah satu bahaya. Cuba sekali tak reply diorang punya mesej. Kalau first trial menjadi, then do it again and again. Except dia mesej korang benda benda penting. Contoh, bila dia nak bayar hutang korang ke atau bila dia tanya korang nak tak kahwin dengan dia . 

4. Kepentingan
Actually, ia tak susah dan ia tak senang nak lupakan crush. Ia bergantung pada diri dan minda korang. It's just cuba untuk tidak letakkan crush tu dalam list manusia penting dalam hidup korang. Crush itu hanyalah mainan perasaan sahaja. 

5. Doa
Aku rasa ini adalah yang paling paling penting if kita cuba nak lupakan someone. Aku pernah buat dan ia berjaya even it takes a while. Said someone to me a few years ago, doa itu adalah senjata yang hebat. 


Okay. Setakat itu saja nak ditulis. Kalau ada lagi, nanti aku tulis part 2. Sekian .


Reenapple: Dah lama tak ada crush. Tertanya-tanya apa yang buatkan aku sibuk sangat sampai lupa tentang perasaan sendiri. Ehhh .


Saturday, August 13, 2016

Bahagia




Aku rasa bukan satu kesalahan pun jikalau kita berpura-pura bahagia.  

Dan aku tak rasa kahwin itu adalah satu permulaan pada kebahagiaan. Bagi aku, kahwin itu adalah satu contoh bahagia. (Entah apa aku merepek ni) 

Definis bahagia bagi aku adalah subjektif. 

Contoh bagi aku, dapat makan makanan kegemaran pun aku rasa satu kebahagiaan. Dapat duduk dan berborak dengan manusia-manusia kesayangan pun aku rasa satu kebahagiaan.Dapat baca buku yang dah lama aku mahu baca pun satu kebahagiaan. Dapat menulis pun satu kebahagiaan. 

Mungkin betullah kata someone, yang aku bukanlah bahagia 100%. Aku tak bahagia seperti yang dia harapkan. Tapi aku tahu aku masih bahagia dengan life aku sekarang ni. Pengalaman lalu banyak ajar tentang hidup, tentang cinta, tentang itu dan tentang ini. 

Everybody wants happiness, nobody wants pain, but you can’t have a rainbow without a little rain.


Thursday, August 4, 2016

Sketsa Sesat




Sewaktu naik bas kat Terminal Jalan Tun Razak hari tu, seorang budak lelaki dari Thailand ambil tempat di sebelah aku .

He was asking directions to go to Concorde Hotel ( sambil tunjuk route map kat tangan dia). I said, yup this is the right bus. We did have a little conversation even the truth is, I'm not that friendly person to stranger lagi lagi lelaki even lelaki tu handsome. Haha.

Nak dijadikan cerita, tiba di destinasi Concorde Hotel, aku bagitahu dia yang dia dah arrive dia punya destination. But then dia cakap dia actually nak pergi Pavilion. And the truth is, it was my first time naik bas dari Terminal Jln Tun Razak. Okay, aku sesat sebenarnya. 

Seriously, aku memang tak tahu yang bus tu lalu Pavilion. Aku suruh dia turun kat Concorde Hotel and take another bus. Hurmm

Sekarang dihimpit rasa bersalah. . I wish I could meet him again and say I'm sorry for giving wrong direction. 

Reenapple: Everytime nampak Pavillion, automatiknya aku akan ingat cerita ni and feeling guilty again.