Wednesday, June 29, 2016

Mimpi



Sedikit pun tak pernah percaya yang jikalau kita mimpikan seseorang, itu bermakna seseorang itu sedang merindui kita. I was like.. nonsense!

Let's say lah ayat kat atas tu betul.  Tapi bagaimana pula kita yang pernah mimpikan someone yang kita tak kenal? Yang kita tak pernah nampak dalam dunia ni? 

Lorh. 

Bak kata someone, mimpi tu adalah mainan tidur. Hurmm maybe. 

Tuesday, June 28, 2016

Fall in Love




Everytime you fall in love, you will lose two friends. 

Waktu aku memula dengar ni, aku macam confuse, apa kaitan kawan dengan cinta? Lain lah kalau kita jatuh cinta dengan kawan sendiri, kan?

Dan sampai sekarang, aku memang tak faham apa kaitannya. Haha. 

Tapi jatuh cinta tu tak salah kan?

Hati kita bukannya boleh pilih dengan siapa kita jatuh cinta, bukan?



Reenapple: I wish I could fall in love again. Hurmm



Monday, June 27, 2016

3 Tahun #14


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11[#12] [#13]

Hazwan Haris mengeluh. Telefon di meja di tenung sebelum dia kembali mengeluh. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan saat ini. Mindanya cuba menghadam kembali apa yang dia dengar tadi. Dia diantara mahu percaya atau tidak dengar apa yang didengarnya tadi. 

iPhone 6 miliknya berbunyi lagi. Nama Sarah tertera sekali lagi di skrin. Hazwan tidak endahkan panggilan itu. Dia sebenarnya menanti panggilan seseorang. Pangggilan dari Ain Umaira. Dia harap Ain akan menjelaskannya hal sebenar. Tapi mahukah Ain menghubunginya lagi setelah dia mengeluarkan ayat itu? Itulah terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata sesal sampai mati pun tak ada gunanya.

Tapi salah Ain juga tidak jelaskan padanya dari awal. Tapi Adam tahu tentang identity Ain Umaira sebagai Miss Dark. Dia pasti Adam tahu lebih darinya. Tentulah, sahabatnya itu sukakan Ain sejak mereka belajar lagi. Cuma Ain langsung tidak sedar itu. Ain hanya tahu itu setelah Adam luahkan hal sebenar, ketika mereka selesai bergambar untuk majlis graduasi mereka 3 tahun yang lalu. 

“Wan…” kedengaran suara Kamal. Hazwan menoleh. Entah bila sahabatnya pulang, dia tidak sedar. 

“Kau kenapa? Termenung je…” 

Hazwan mengeluh lagi. Dia geleng kepala. 

“Kau jumpa Ain tak?” Soal Kamal.

Hazwan telan air liur mendengar nama Ain. Mindanya kembali mengimbau kejadian tadi. Jika benar apa yang didengarnya tadi, maka Sarah selama ini menipunya. 

“Wan?” Kedengaran lagi suara Kamal. 

Hazwan cepat cepat tersedar. 

“Is everything okay?” Soal Kamal. Masih lagi cuba untuk membuatkan Hazwan menceritakan apa yang berlaku sebenarnya. Kenapa sahabatnya ini kelihatan murung.

Hazwan mengeluh kasar. “Yes.”

Kamal senyum. “Really?”

Hazwan kerut dahi. “Kenapa kau cakap macam tu?”

“Sebab situasi kau sekarang ni macam orang hilang bini tau tak. Kau pernah tengok muka kau bila kau murung? Masa kau gaduh dengan Ain sebab Miss Dark?”

Hazwan mengeluh lagi. Kamal ni sengaja mahu tambah dukanya. “Ain…tipu aku.”

“Maksud kau?”

Aku tak tahu macam mana nak mulakan. It’s very complicated. Ain… Sarah…”

“Wan….” 

“Ain adalah Miss Dark…”

Kamal telan air liur. Nampaknya Hazwan telah tahu hal sebenar.“Aku tahu itu…”ucapnya dengan tenang. 

Hazwan pandang Kamal. Sedikit terkejut dengan apa yang didengarnya. “Kau tahu?”

Kamal angguk. Dan dia mulakan penceritaan tentang perjumpaan Sarah dan Ain hari itu. 

Hazwan mengeluh seusai Kamal tamatkan penceritaannya. 

“Ain tak bersalah, Wan,” ucap Kamal.

“Tapi kenapa dia rahsiakan dari aku, dari kita?”

“Everyone has a secret that nobody has to know, Wan,” 

“Tapi Adam tahu itu.”

“Adam tahu?” Kamal kerut dahi. Adam tidak pula jelaskan padanya. 

Hazwan angguk lemah. “Dia tahu waktu kita belajar di UUM lagi.”

“Ain bagitahu dia?”

Hawan geleng. “He found out by himself.”

Kamal senyum hambar. “Dia suka Ain. Apa jua tentang Ain, dia akan ambil tahu even Ain tak pernah bagitahu.”

“He really like her that much?” Soal Hazwan lemah.

Kamal senyum kelat. “Kau suka Ain?”

Hazwan ketawa yang dibuat-buat. “Aku cuma anggap dia sebagai kawan je lah.”

“Tapi dia Miss Dark.” Sengaja Kamal keluarkan ayat itu. Semenjak mengetahui Ain itu adalah Miss Dark, dia tertanya-tanya apa yang akan berlaku sekiranya Hazwan tahu. 

Hazwan telan air liur. Bahu dijungkit. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini. “Mungkin aku suka Miss Dark tapi bukan Ain. Plus she used to say blogger normally has two personalities, right?”

Kamal angguk kepala walau dia sangsi dengan ayat Hazwan. “Dan apa kau nak buat sekarang ini?”

Hazwan mengeluh. Kalaulah dia tahu apa yang harus dia lakukan sekarang ini. Adakah dia harus bertemu Ain, meminta penjelasan? Mahukah Ain bertemu dengannya selepas dia menuturkan ayat yang paling menikam jiwa sahabatnya itu?

$$$$$$$$$$$$$$$4


Ain Umaira mengeluh. Telefon di meja di tenung sebelum dia kembali mengeluh. Dia sendiri tidak tahu apa yang harus dia lakukan saat ini. Mindanya masih diselubungi apa yang terjadi pagi tadi. Wajah Hazwan ketika itu sukar ditafsir. Dan Adam… argh, dia tidak mahu bercakap dengan lelaki itu. Bagaimana lelaki itu tahu perihalnya sebagai Miss Dark, bagaimana Adam tahu mengenai Sarah yang menyamar sebagai Miss Dark, dia langsung tidak mahu tanyakan pada Adam. Dia masih terganggu dengan apa yang berlaku. Semuanya salah Sarah!

Samsung Galaxy S6 miliknya kembali memutarkan lagu. Ain telan air liur saat nama Adam tertera di skrin. Dia sedikit kecewa. Harapnya Hazwan yang akan menghubunginya namun lelaki itu langsung tidak menghubunginya. Bahkan waktu dia mahu jelaskan hal sebenar pada Hazwan tadi, lelaki itu langsung tidak mahu mendengar penjelasannya. Lihat mukanya pun tidak mahu. 

Salahkah dia hanya kerana dia mahu rahsiakan identity Miss Dark? Salahkah dia cuba menjadi manusia yang pentingkan diri hanya untuk kebahagiannya saja?

Tiba-tiba pintu terbuka. Mira melangkah masuk. Terus dia memeluk Ain yang masih berteleku di sofa. Wajah sahabatnya itu kelihatan resah. Dia tahu apa yang menganggu fikiran Ain. Kamal telah ceritakan semua padanya. 

Ain mengeluh. 

Sekali lagi telefonnya berbunyi. Ain mengerling. Masih lagi nama Adam Hakimi yang tertera di skrin telefonnya. 

“Kau tak nak jawab panggilan tu?” Soal Nadia.

Ain geleng. Nadia dan Mira saling berpandangan. Masing-masing tahu apa yang telah terjadi. Ain telah ceritakan apa yang berlaku tengahari tadi. Kedatangan Sarah dan ayat Hazwan yang telah melukakannya. 

“It might important,” pujuk Mira. Dia pasti Adam, sahabat Kamal punya hal untuk dibincangkan.

“Aku tak nak jawab panggilan dari sesiapa pun kecuali Umi aku.”

Mira dan Nadia menghela nafas panjang. “If you said so.” 

Ain senyum kelat. “Aku penat. Aku masuk bilik.” Ucap Ain lemah sebelum bangun dan melangkah ke biliknya.

Mira pandang Nadia sebelum keluarkan telefon bimbitnya. Dia harus menghubungi seseorang.


Reenapple: Agaknya apa yang akan berlaku nanti? 



Sunday, June 26, 2016

Memori Lama.


Pernah tak, bila korang imbau memori lama and then you was like, "I wish that..... I wish this..." sambil mengeluh. 

Actually, masalah utama bila kita imbau memori memori lama, akan tiba-tiba kita rasa menyesal atau harap tiba-tiba ada keajaiban berlaku dan tiba-tiba memori lama kita menjadi sesuatu yang manis untuk kita. 

And I don't know why I'm doing this eventhough I already found the answer. 

Dear Hati,
please stop hoping.
Regards, 
Reen. 

Saturday, June 25, 2016

Stress



Aku kan, bila stress dengan someone, aku akan pilih untuk avoid that someone no matter what. I will do anything as long as aku tak berada dalam tekanan . Walaupun cara yang aku pilih untuk elak stress adalah including 'melukakan' that someone.

But then, tentulah aku tak sampai hati nak 'avoid' someone tu seumur hidup. Aku realize, aku still ada sifat yang baik terhadap someone itu. Or, maybe ia adalah sebab aku risaukan that someone. 

For the truth is, aku memang dah penat nak jaga hati orang. Sebab setiap kali aku jaga hati orang, at the end, hati aku yang terluka. Like the things that happened a few years ago. But I guess, aku masih ada sifat keperi-manusiaan lagi. 

Said a friend of mine three years ago, "Stress is bad for your health." Lels

Hurmm.

Okay. Itu je yang nak ditulis. 


Wednesday, June 22, 2016

3 Tahun #13:



[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11] [#12]

Hazwan Haris memandang ketiga-tiga manusia yang berada di hadapannya. Pandangan Sarah langsung dia tidak hiraukan. Matanya kini tertumpu pada Ain Umaira. Berselang seli dengan Adam Hakimi. Tidak dia tahu perasaannya ketika ini. Marahkah dia? Kecewakah dia? 

Harapnya apa yang didengarnya itu adalah mimpi saja. Tapi mana mungkin, itu adalah yang didengarnya. Itu adalah kenyataan yang baru sahaja dia dengar. 

“Hazwan…” Sarah bersuara. 

“Adakah apa yang aku dengar adalah satu fakta?” Hazwan memandang Ain. Sarah langsung tidak diendahkannya. Rupanya inilah sebabnya mengapa hatinya meminta untuk bertemu Ain Umaira hari ini.

Ain telan air liur. Adam Hakimi disebelahnya dipandang sebelum dia mengeluh. 

“Tell me the truth!” kali ini nada Hazwan ditinggikan. 

Wan… please. This is all misunderstanding,” Adam bersuara. Dia risau jika Hazwan mengapakan Ain. Dia pasti Hazwan teramat berang dengan apa yang berlaku. 

Hazwan tidak pendulikan kata-kata Adam. Dia mendekati Ain, memandang tepat ke anak mata coklat milik Ain Umaira. 

“Apa yang you dengar, itu bukan hal sebenarnya…” Sarah tiba-tiba bersuara. Dia sebenarnya cuak dengan apa yang berlaku. Hazwan dari tadi memandang Ain. Dia pasti amarah Hazwan adalah pada Ain, bukan dirinya. 

“Just shut up, Sarah!” balas Hazwan berang. Matanya masih pada Ain Umaira.

Sarah mengeluh. Dia pandang Ain sebelum pandang Hazwan. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk beredar dari situ. Tiada guna dia berada di situ. Mungkin dia hanya mahu selamatkan diri saja. Bila Hazwan sudah reda kemarahan, dia akan jelaskan semuanya. 

Keadaan menjadi sunyi seketika. Adam memandang Hazwan yang masih dengan pandangannya pada Ain dan gadis itu, masih menundukkan wajahnya. Dia tahu Ain dihimpit rasa bersalah. 

Ain mengeluh. Tidak tahu bagaimana dia mahu jelaskan hal sebenar. Tidak tahu bagaimana dia harus pandang Hazwan dan menuturkan kata-kata penjelasan. Di saat ini, dia tak boleh mengatakan apa yang Hazwan dengar tadi adalah gurauan semata-mata. 

Kau dah bisu? Kenapa kau tak jawab soalan aku?” ucap Hazwan dengan tidak bersabar. 

“Hazwan!” tegur Adam. Sedikit bengang dengan cara sahabatnya bercakap dengan Ain. 

Hazwan senyum sinis. Matanya beralih pada Adam. “JAdinya, kau dah tahu hal sebenar? Sebab itu kau nak sangat menyebelahi kekasih kau?”

Adam mengeluh. “Dia bukan kekasih aku.”

Ain telan air liur. Entah kenapa ayat Adam itu seperti mencucuk hatinya. Sakit!

“Kalau kau tak tahu apa-apa Adam, just shut up,” marah Hazwan. 

Adam tarik nafas. Ain dipandang sebelum matanya memandang Hazwan. “Aku dah tahu hal itu lama sebelum kau. Aku dah tahu Miss Dark itu adalah Ain.”

Ain telan air liur lagi. Apa yang Adam katakan ini? 

Hazwan senyum sinis. “Maksud kau?

Adam telan air liur. “It’s since zaman belajar lagi.” Adam jujur. 

Ain pandang Adam. Meminta penjelasan. 

Ain tak tahu yang aku dah tahu. Aku found out sendiri.” Tambah Adam lagi.

Hazwan senyum sinis lagi. “You are a very good liar, Ain.”

Ain tarik nafas. Hatinya bagai dicucuk dengan benda tajam untuk kali kedua. Ayat Hazwan benar benar melukakannya. 

“Watch your words, Wan.” Tegur Adam. Dia tahu Hazwan dalam keadaan marah. Dan segala jenis ayat sinis mampu dikeluarkan oleh lelaki itu tanpa dia sedar. 

“Kau masih nak defend dia?” Hazwan pandang Adam.

“It’s not her fault.”

Then, siapa yang bersalah? Aku? Atau Sarah?” Nada Hazwan ditinggikan. 

“I’m sorry…” tutur Ain lemah. 

Hazwan senyum sinis. “If by saying sorry would settle everything, then why would there be police and law in this world?”

Ain mengeluh. Ayat Hazwan itu sekali lagi melukakannya. Ayat itulah yang akan keluar dari mulutnya setiap kali kata maaf dilontarkan dari Hazwan sekadar mahu menjengkelkan lelaki itu. Tapi kali ini dia pula yang alami. 

“Kau bukan kawan aku lagi,” ucap Hazwan sebelum melangkah keluar. Jeritan Adam langsung tidak dihiraukannya. 

Adam memandang Ain yang kelihatan resah. Dia mendekati Ain. “Ain…”

Ain mengeluh sebelum kepala digeleng. “Leave me alone, Adam.”

Adam tidak memberi respon. Dia tahu Ain perlukan seseorang di saat ini. Tapi dia juga tidak boleh berada lama di rumah gadis ini. Risau dengan mulut orang. “I will leave, but if anything, just tell me.”

Ain mengeluh lagi. Dia sedikit pun tidak memandang Adam yang telah beredar. Pintu ditutup dan dikunci. Fikirannya serabut saat ini. Bagaimana itu, bagaimana ini, semuanya buat dia keliru. Dan apa yang didengar tadi, adakah benar? Adam tahu tentang Miss Dark dari dulu lagi? Dan tentang apa yang diucapkan Hazwan tadi, adakah ia benar? Dia telah kehilangan seorang kawan lagi?


Reenapple: Kesian pula kat Ain. 





Sunday, June 19, 2016

Angan-Angan



Sebenarnya aku ada satu angan-angan. Which is duduk berbual dengan someone (a guy) over a cup of coffee. Dan kitaorang akan berborak itu dan ini macam dah lama kenal. 

Dan sekarang tertanya-tanya adakah angan-angan itu akan menjadi kenyataan memandangkan aku tiada sesiapa untuk jatuh cinta. Hurmm 


Saturday, June 18, 2016

Lumrah Hidup


It's been 3 years actually.

Ada yang masih kekal menjadi kawan. Dan ada yang telah menjadi manusia asing-asing dalam hidup masing-masing.

Hidup tidak kejam. 

Ia cuma lumrah hidup mungkin. Setiap manusia yang singgah dalam hidup kita, punya maksud tertentu yang DIA cuba sampaikan.


Seperti kata quotes dari anonymous

"Some people came into our lives and quickly go. Some stay for a while, leave footprints on our hearts and we are never ever the same."

Walau apa jua yang berlaku, kita harus teruskan hidup. :)




Thursday, June 16, 2016

3 Tahun #12


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11]

Ain Umaira memandang Sarah Amalina dengan rasa malas. Mindanya cuba mencari tujuan mengapa Sarah muncul di rumahnya. Sudahlah hari ini hari Sabtu. Mengacau waktu rehatnya saja. 

Jam baru saja menunjukkan pukul 11.00 pagi. Ain baru saja bersiap sedia untuk keluar saat loceng pintu rumahnya ditekan berkali-kali. Tertanya siapa yang begitu tidak sabar dan Ain hanya mampu tarik senyum senget melihat wajah Sarah. Sudahlah memaksanya membuka pagar besi, ini pula masuk tanpa dipelawa. Sarah sememangnya perempuan yang tiada rasa malu. 

“Kau seorang je?” Soal Sarah dengan angkuh. Dipandang wajah Ain dengan rasa bengang. 3 hari dia cuba tenangkan diri, tapi tidak mampu. Hazwan langsung tidak mahu membalas panggilannya. Sarah tahu, Hazwan mahu mengelak darinya. 

Kau nak apa?” Soal Ain sinis. Dia dapat mengagak tujuan Sarah mahu berjumpanya. Itu mungkin disebabkan apa yang ditulisnya hari itu. Bukanlah niat Ain untuk menyusahkan Sarah tapi itu blognya. Dan dia sendiri tidak meminta Sarah menyamar sebagai Miss Dark.

“Aku datang nak jumpa kau,” balas Sarah dengan nada angkuh. 

Ain tarik senyum senget. “Kau datang jumpa aku? Funny. Bukan ke kau yang cakap tak nak jumpa aku lagi?”

Sarah mendengus. “Boleh tak kau jangan nak tambah bara dalam hati aku?”

Ain diam. Tidak memberi reaksi pada ayat Sarah. 

Kenapa kau tulis macam tu?” Soal Sarah lagi.

“Tulis apa?” Sengaja Ain buat-buat tidak mengerti.

Sarah memandang Ain dengan rasa bengang. “Tolonglah Ain. Berhenti berlakon. Kau tahu bukan apa yang aku cakapkan ni. Blog kau!”

“Kenapa dengan blog aku?” Ain sebenarnya malas mahu layan drama Sarah, sebab itu dia buat-buat tidak mengerti akan setiap ayat Sarah. 

Sarah mendengus. “Stop it, Ain!” 

Ain tarik senyum senget lagi. 

“Kenapa kau tulis macam tu? Kau dah rumitkan keadaan!” tambah Sarah lagi. 

“Aku yang rumitkan keadaan atau kau yang rumitkan keadaan?”

Sarah telan air liur. Sentap dengan ayat Ain. 

“And by the way, aku tak tahu kau nak mengamuk sebab entri aku yang mana satu. Ada banyak yang aku tulis.” Tambah Ain.

“Entri 3 tahun tu!” 

“Oh…” Ain berlagak tenang. “Jadi? Kenapa entri tu buat kau berada dalam keadaan rumit?”

Sarah kepal tangan. Sakit hatinya dengan lagak Ain. “Siapa yang kau tunggu?”

“Itu bukan hal kau.”

“Adakah Hazwan?”Sarah,cuba menduga. Dia tertanya-tanya sebab mengapa Hazwan tidak membalas panggilannya adakah disebabkan Ain? Adakah Ain menunggu Hazwan untuk 3 tahun ini? Adakah sesuatu yang dia tidak tahu sedang berlaku diantara Hazwan Haris dan Ain Umaira?

Ain geleng. Sarah ni tak habis-habis dengan Hazwan. Risau sangat dia akan rampas Hazwan. “FYI, Cik Sarah Amalina, aku tak ada niat untuk rampas Hazwan dari kau.”

“Bagaimana kalau Hazwan pilih kau?”

“Dia dah tahu hal sebenar? Yang aku adalah Miss Dark?”

Sarah geleng. 

“Jadi? Apa yang kau risau tak tentu pasal ni?”

Sarah mengeluh. Dia risau. Risau yang teramat. Sudah hampir seminggu Hazwan tidak menjawab panggilannya. Dan jikalau lelaki itu teramat sibuk, sudah tentu lewat macam mana sekalipun, Hazwan akan tinggalkan pesanan. “Hazwan dah lama tak berhubung dengan aku sejak kau tulis entri 3 tahun itu.”

Ain diam. Terbit rasa simpati pada Sarah. Tentu ada sebab Hazwan bertindak sedemikian. Dia pasti alasan sibuk bukan alasan utama Hazwan Haris. “So? Aku pun dah lama tak jumpa dia.” Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan pada Sarah.

“Kau tipu bukan?” Sarah tidak mahu percaya. Dia pasti antara Ain dan Hazwan ada sesuatu.

Ain jungkit bahu. “It’s up to you. Aku cakap betul, kau cakap aku tipu. Aku tipu kau, lagilah kau tak percaya.”

Sarah mendengus. 

“Dahlah Sarah. Bazir masa kau dan aku je. Lagi baik kau keluar dari rumah aku ni, selagi aku dalam mood baik,” ucap Ain malas. 

“Macam mana kau boleh tenang macam ni, selepas apa yang kau dah buat kat aku?” jerit Sarah. Dia tidak penduli kalau jiran jiran mendengar jeritannya. 

Ain tarik nafas sedalam-dalamnya. Kesabarannya hampir saja tiba ke hadnya. “Kau nak apa sebenarnya, Sarah? Hazwan diam dengan kau, bukan urusan aku!”

“Sebab entri 3 tahun kau tu, dia ignore setiap call dari aku.”

“Itu tak ada kaitan dengan aku.”

Sarah mendengus. Benci dengan sikap tidak bertanggungjawab Ain. “Kalau Hazwan tinggalkan aku, sampai mati aku takkan maafkan kau.”

Ain senyum sinis. “Kau nak salahkan aku?”

Sarah angguk. “Semua ni salah kau. Kalau kau bagi aku blog tu, ini takkan terjadi.”

“Tapi tak ada sesiapa pun minta kau menyamar,’ sindir Ain.

Sarah telan air liur. Sentap untuk kali kedua!

“Kalau kau tak menyamar, semua masalah ni takkan terjadi. Kau yang tiba tiba mengaku kau Miss Dark. Dan aku tak pernah cakap apa-apa pun pada Hazwan. And plus, that’s my blog, Sarah. Aku ada hak untuk tulis apa yang aku nak.” Tambah Ain dalam nada sinis. Kesabarannya sudah kosong. Kali ini dia tak mahu lagi bersabar dengan perangai Sarah. Selama ini dia hanya mendiamkan diri saat mengetahui pengkhianatan Sarah. 

Sarah gigit bibir. Geram! “Kau memang tak akan mengaku salah kan?”

Ain geleng.

“Habis, salah aku?” jerit Sarah.

Ain angguk. “Kalau kau tak mengaku sebagai Miss Dark, semua ni takkan terjadi.”

Sarah sudah hilang sabar. Tangannya dinaikkan, berniat mahu menampar Ain. Tapi belum sempat dia berbuat sedemikian, kedengaran suara lelaki di pintu masuk. 

“Hey!”

Ain telan air liur. Sejak bila Adam tiba? Kenapa dia tidak sedar itu? Manalah dia sedar kalau dia sedang sibuk bertekak dengan Sarah yang tak habis mahu mencari salahnya. 

Kau Sarah bukan?” Soal Adam sebelum merapati Ain dan Sarah. Matanya memandang Sarah dengan tajam. 

Sarah diam. Tangannya yang mahu menampar Ain tadi, dijatuhkan segera. Air liur ditelan saat membalas balik pandangan tajam lelaki yang tidak dikenalinya itu. Siapa lelaki itu?

Kau Sarah yang menyamar sebagai Miss Dark, bukan?” Soal Adam lagi. Cuak juga dia tadi saat terdengarkan jeritan perempuan dari dalam rumah Ain. Dia tiba di rumah Ain 30 minit awal dari waktu yang dijanjikan mereka. Seingatnya mahu memberi kejutan pada gadis itu namun dia pula yang terkejut mendengar suara perempuan menjerit, dan ya, dia mendengar segala perbualan yang berlaku diantara Sarah dan Ain. 

AIn kerut dahi. Hairan dengan soalan yang keluar dari mulut Adam. Bagaimana Adam tahu tentang Miss Dark? Atau bagaimana Adam tahu mengenai Sarah yang menyamar Miss Dark? Adakah Kamal yang beritahu? Atau dia salah dengar saja?

“Who are you?” Soal Sarah dengan lagak angkuh. 

Adam senyum sinis. “Awak ni mesti jenis perempuan yang tak tahu malu. Ambil hak orang lain, lepas tu nak cari salah orang lain. Awak ni ada otak atau tidak?”

Sarah mendengus. Bengang pula dengan lelaki kacak di hadapannya. Sudahlah tak perkenalkan diri, alih-alih nak sindir dia pulak. Nasib baik kau handsome. Dia kembali memandang Ain yang dari tadi mendiamkan diri. Ain kenalkah lelaki itu?

Ain telan air liur. “Baik kau balik je lah, Sarah. Aku tak ada apa-apa nak cakap dengan kau.” Ain harap Sarah cepat-cepat balik. Tidak mahu rahsianya terbongkar. Walau dia pasti Adam sudah mengetahui hal sebenar. Tidak dia pasti kalau Adam tahu tentang Miss Dark dari Kamal, atau Adam sememangnya dah tahu Miss Dark itu adalah dirinya sejak awal lagi?

Sarah mendengus. Dia tidak pendulikan permintaan Ain. Ain harus terima balasan sebab buat hidup dia menjadi kucar kacir macam ni. Ini semua salah Ain!

“Apa lagi yang awak nak dari Ain?” Soal Adam lagi. Sakit hati pulak melihat lagak angkuh Sarah di hadapannya. Nasib baik Ain ada, kalau tak dah lama dia heret perempuan tak sedar diri ini keluar dari rumah Ain. 

Sarah mendengus lagi. Menyampah pula dengan lelaki kacak di hadapannya ini. “Kalau tak ada kaitan dengan kau, jangan masuk campur.” Ucap Sarah dalam nada bengang. 

Apa yang berkaitan dengan Ain, semuanya berkaitan dengan saya. Kalau awak nak menyamar Miss Dark sekalipun, teruskan saja. But… stay away from Ain.”

Sarah senyum sinis. “Kau ugut aku? Funny! Ain pun tak cakap apa-apa pun pasal kau, yang kau nak menyibuk kenapa?”

Adam ketap gigi. Perempuan ini memang tak tahu malu langsung! “Awak menyamar sebagai Miss Dark yang kita berdua tahu itu adalah Ain, semata-mata untuk dapatkan Hazwan.”

“Ain adalah Miss Dark?” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki lain. Kali ini Sarah telan air liur. Begitu juga Ain dan Adam.

“Hazwan…” ucap Sara lemah. Dengan rasa takut. Entah bila Hazwan tiba, dia tidak sedar. Lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Mata Hazwan asyik ke arah Ain.

Ain telan air liur. Dia sedikit cuak. Hazwan dan Adam dipandangnya bergilir-gilir. Ah, apa yang dia harus lakukan sekarang ini.

Reenapple: Okay. Adam tahu so does with Hazwan. Agak-agaknya apa yang Hazwan akan buat nanti? Hurmm 



Sunday, June 12, 2016

Unspoken



Sedang menulis sesuatu dan tiba-tiba saja teringatkan sesuatu. Dan terfikir sama ada perlu atau tidak menceritakan hal sebenar pada seseorang atau tidak. And then, I received one comment where he wrote 

"Sometimes the truth should be remain unspoken."

Dan aku angguk setuju dengan ayat itu. Tak semua kebenaran harus diceritakan. Kadang-kadang kita harus simpan sebahagian kebenaran yang kita tahu untuk diri sendiri. Maybe untuk kemanan sejagat? Lels 

Anyway, terima kasih pada yang bagi komen itu. 

Friday, June 10, 2016

Honesty




I always thougt being honest is the main important in life. But then, aku realizes, ada certain time, kita kena berlaku tidak jujur. Most af all, berlaku tidak jujur pada diri sendiri. 

Susah kan nak jaga hati sendiri?

Thursday, June 2, 2016

3 Tahun : #11


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10]

Dulu, pernah dia menanti seorang lelaki. Katanya lelaki itu, 
"Saya akan kembali." 
Dan dia pegang janji lelaki itu. Satu tahun menginjak kepada tiga tahun. Dan lelaki itu masih belum kembali seperti yang pernah dijanjikan. 
Dia mengeluh. Mengeluh pada kebodohan sendiri. Kebodohan mempercayai janji itu.
Tiga tahun yang lalu. 
"Awak tipu kan?" 
"Tak. Saya pasti akan kembali. Saya janji." 
"Bila awak akan kembali?" 
"Tiga tahun?" 
"Kenapa tiga tahun?" 
Lelaki itu jungkit bahu sambil tersenyum.  
Tiga tahun hampir tiba. Mahu terus menanti atau move on saja?

-Miss Dark-

$$$$$$$$$$$$

Adam Hakimi mengukirkan senyuman saat membaca entri terkini dari Miss Dark. Dalam hatinya ada satu perasaan yang berlegar-legar dalam hatinya. Perasaan yang bikin dirinya tersenyum. Akhirnya Ain Umaira mengakui apa yang hatinya mahukan. Mungkin bukan melalui ayat yang jujur, hanya menggunakan kiasan seperti mana tertulis di blog Miss Dark tapi Adam tahu, Ain sedang menulis apa yang hatinya mahu, apa yang hatinya rasakan saat ini.

iPhone 6 miliknya dicapai, niat di hati mahu menghubungi Ain Umaira tapi dibatalkan saat akhir tatkala setiausahanya memunculkan diri di balik daun pintu. 

“Encik Adam, wakil dari Tix Holding dah sampai.” 

Adam angguk sebelum melangkah keluar, dan Zarina, setiausaha Adam hanya menuruti langkah majikannya ke bilik mesyuarat. Saat Adam tiba di bilik mesyuarat, dia telan air liur. Tertanya-tanya adakah wanita berambut panjang ini yang dia bakal berurusan nanti?

“Adam Hakimi… it’s a very suprising seeing you here,” ucap wanita itu dengan senyuman.

Adam mengeluh. Tiba-tiba saja dia teringatkan Ain. Baru saja dia terima berita gembira dan sekarang dia bakal menghadap berita buruk pula. 

$$$$$$$$$$$$

Di satu tempat lain, di pejabat Hazwan Haris… 

Hazwan berkali-kali membaca entri Miss Dark itu. Satu perasaan yang sukar ditafsir edang berlegar-legar dalam hatinya. Diantara keliru dan bengang, Hazwan mengeluh lemah. 

“Who are you, exactly?” ucap Hazwan lemah. Adakah selama ini dia tersalah membuat andaian? Adakah dia telah disumbat penipuan selama ini?

Nombor Kamal dihubungi. Dia harus beritahu Kamal tentang ini. Tapi tidak sampai 5 saat bunyi dering, Hazwan menekan butang merah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini.

Tangannya dikepal. Tertanya-tanya siapa Miss Dark yang sebenarnya?

$$$$$$$$$$$

Dan di kediaman Sarah….

Sarah baru saja selesai membaca entri terbaru yang ditulis oleh Miss Dark. Dia mengeluh risau. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini. Dikerling telefon bimbit di sebelahnya. Harapnya Hazwan tidak menghubunginya. Dia tidak tahu apa jawapan yang harus dia berikan pada lelaki itu. Lelaki itu tentunya akan mengamuk padanya. Mengamuk padanya sepertimana Hazwan mengamuk pada Ain atau lebih dari Ain. Sebab apa yang dia lakukan ini adalah kesalahan besar. 

Ain, kau rumitkan lagi keadaan. Kenapa kau perlu tulis macam ni?” Sarah bercakap sendirian. Dia mahu menghubungi Ain tapi dia sudah padam nombor telefon gadis itu dari telefonnya. 

Argh… bagaimana dia mahu hadap ini? Apa yang harus dia jelaskan pada Hazwan? Dia tak mahu kehilangan Hazwan tapi dia juga takut untuk berterus terang pada lelaki itu.



Reenapple: Agak-agak apa yang akan terjadi since Hazwan tahu hal sebenar? 



Wednesday, June 1, 2016

Gaya Smart Casual untuk Wanita



Hari ini nak post something yang tak ada kena mengena dengan tuan blog;

Gaya smart kasual bagi seorang Reen adalah gaya yang ringkas tapi kemas. Kalau kat Negara barat-barat, etika kod berpakaian smart casual adalah sesuatu yang normal untuk ke pejabat.

Tapi sebelum itu, gaya smart casual ni bukanlah bermaksud korang boleh pakai singlet, short pants dan selipar ‘jepun’ ke tempat kerja. Ahaa.

Fesyen smart casual dari sumber internet mengatakan adalah gabungan gaya formal dan gaya kasual di mana si pemakai akan kelihatan lebih santai tetapi kemas. Atau dalam erti kata lain, Smart casual means outfit yang agak chic for woman..not too much but still look good and stylish for both gender. Not too simple and bukan terlalu santai.

Berikut, merupakan antara gaya-gaya smart casual untuk wanita sebagai panduan:


1. Blouse


Untuk gaya smart casual yang paling ringkas tetapi menyerlah adalah dengan memakai koleksi blouse seperti berikut. Pilih blouse yang tidak berwarna terlalu terang atau tidak direka dengan potongan yang terlalu seksi. Ekhem



2. Basic tees


Untuk korang yang gemar memakai t-shirt, pilihan yang terbaik adalah dengan memakai t-shirt berwarna putih atau hitam. Gayakan bersama jeans kegemaran korang dan jangn lupa sarungkan blazer untuk kelihatan lebih berkeyakinan.



3. Kemeja Bercorak


Untuk pemilihan jenis kemeja yang bersesuaian pula, the best part is korang boleh sarungkan apa jua jenis kemeja bercorak yang korang fikir matching dengan personality and karakter korang.




4. Outerwear


The key is by wearing an outerwear. Tak kiralah apa jua jenis outerwear yang korang suka. It could be blazer, cardigan atau jaket.


Okay. Itu je yang nak ditulis. 



Nota Reenapple: Selalunya pergi kerja pakai t shirt and jeans only. Jenis yang malas nak menyusahkan diri.