Saturday, May 28, 2016

Reason


Aku rasa ayat dalam gambar ini tersangat betul. I am 100% agree with it. Sebab dari dulu sampai sekarang, aku tetap percaya everything happens for reason. Dan tak ada kebetulan dalam dunia ni. 
Dan kalau ada, ia cuma ada dua jenis sahaja kebetulan. Anda tahu apakah jenis jenis kebetulan itu?

1. Kebetulan yang diatur oleh Tuhan
2. Kebetulan yang diatur oleh manusia. 

Bila aku reminiscing lots of thing that happen dalam hidup aku untuk beberapa tahun ini, I guess I starting to understand it. Sama ada manusia yang muncul dalam hidup kita walaupun sekejap, actually teach us lots of thing. Or maybe one thing that will change our perception about life. 

2013, banyak mengajar aku tentang pengalaman hidup. And I was lucky Allah tak biarkan aku keseorangan. DIA hadirkan beberapa orang manusia dalam hidup aku, ajar aku erti sabar and lots of thing. Mungkin manusia-manusia yang DIA hadirkan itu tak lagi berada dalam kehidupan aku, but aku appreciate kehadiran mereka yang sekejap. 

Till then and now, aku masih tak percaya pada perkataan Fairy Tale or Prince Charming. 

Sebenarnya nak tulis tentang ayat dalam gamabr tu but tertulis tentang diri sendiri pula. Ehhh.

Okay. Itu je yang nak diupdate. 



Wednesday, May 25, 2016

Subjektif


So, there is one day, aku follow satu IG seorang lelaki. Everytime this guy post his picture on IG, aku lebih tertarik untuk baca komen komen yang ditinggalkan oleh follower dia. Call me weird, but that's what I like to do. Reading comments instead like the picture. Ahaa

Aku rasa 50% perempuan dalam dunia ni kategorikan dia sebagai Prince Charming. Oh well, maybe because he is a 'Prince' and kind of good looking.

So, bila aku baca all those comments and I was like "Hey, he's not that handsome." For me. yes he is a good looking tapi tak adalah sampai aku boleh kategorikan dia sebagai tersangat handsome. Ahaaa..

Pernah jugak aku leave komen asking whether he is really handsome in real person. And one of his followers replied my comment saying that "Yes, he is really handsome in person."

And aku pun "Okay lah. Pandangan masing-masing." Setiap orang taste tak sama. Cantik dan kacak itu subjektif. Bergantung pada pendapat masing-masing.

Oh, itu je nak ditulis.

Reenapple: Keliru nak siapkan manuskrip yang mana 1. :(




Monday, May 23, 2016

3 Tahun #10

[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9]

Sarah Amalina memandang gadis di hadapannya dengan wajah yang harapnya mampu meraih simpati. Namun usahanya sia-sia saja, Ain langsung tidak mahu bertolak ansur dengannya. Susah sangatkah untuk tunaikan permintaannya yang ini?

“Tolonglah aku, Ain. Please…” sekali lagi Sarah memujuk Ain ini. Hanya Ain saja yang dapat menolongnya. Menolongnya mengukuhkan lagi pembohongannya. 

Demi meneruskan pembohongannya, Sarah sanggup menebalkan muka, bertemu Ain di Kuala Lumpur. Sarah tidak tahu apa lagi alasan yang harus dia ciptakan pada Hazwan Haris itu. Teman lelakinya itu asyik bertanya itu dan ini tentang blog Miss Dark. Mengapa tiada entri terbaru, mengapa itu, mengapa ini. Dan semuanya Sarah tidak mampu menjawab dengan penuh keyakinan.

Ain Umaira hanya tersenyum sinis pada gadis di hadapannya ini. Sedarkah Sarah dengan siapa dia sedang bercakap sekarang ini? “Kenapa aku perlu tolong kau?”

Sarah mengeluh. Dia tahu Ain tentunya tidak akan mahu tolongnya lagi selepas apa yang dilakukan pada gadis itu dulu. 

Aku tak mahu hilang Hazwan…” dengan lemah Sarah ucapkan ayat itu. Dia tidak mahu kehilangan Hazwan. Berbulan-bulan dipujuk Hazwan agar menerima cintanya tapi lelaki itu tetap juga mahu menerimanya tidak lebih dari seorang kawan. Dan dengan itu dia tidak sewenangnya mahu membiarkan lelaki itu pergi dari hidupnya.

Sarah sendiri tidak tahu mengapa dia tertarik pada Hazwan saat pertama kali mereka dipertemukan. Dan Ain menjadi penyebab perkenalan dia dan Hazwan. Bekas teman serumahnya itu, membawanya bertemu sahabat-sahabat Ain dari UUM di satu hari itu. 

Dan pertemuan pertama kali dengan Hazwan membuatkan Sarah tertarik pada lelaki itu. Rupa yang menarik ditambah pandai berjenaka, membuatkan Sarah menyenangi lelaki itu. 

Dan kau sanggup biarkan aku hilang benda yang aku sayang?” soal Ain sinis. Sarah tak pernah berubah. Masih pentingkan diri seperti dahulu. Ain tahu tentang perasaan Sarah pada Hazwan. Dia juga tahu tentang rejection Hazwan pada cinta Sarah. 

Sarah telan air liur. Dia sedar apa yang dia lakukan ini. Dan dia sedikitpun tidak kisah jika Ain kehilangan sesuatu, yang penting niatnya harus dicapai. 

“Bukan salah aku kalau dia sukakan Miss Dark.”tambah Ain sekali lagi, dengan nada sinis.

Sarah ketap gigi. Sedikit berang dengan Ain Umaira ini. Sarah tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu. Bahkan dia pernah melihat sendiri Miss Dark menaip entry di blog pada waktu malam. Mungkin dia tidak membaca keseluruhan blog itu, tapi dia tahu siapa sebenarnya Miss Dark itu. Gadis di hadapannya ini sebenarnya adalah Miss Dark itu. 

Dan bukan salah aku juga bila Hazwan sendiri ceritakan pada aku tentang perasaannya pada Miss Dark,” balas Sarah, sedikit bengang. 

Tapi itu tak membuatkan kau ada hak untuk mengaku kau tu Miss Dark.”

“Kau yang tak nak ambil tindakan dulu, Ain.”

Ain senyum sinis lagi. “Why would I? Bukan aku yang suka Hazwan, Sarah.”

Sarah mendengus. “Whatever it is, Ain. Hazwan believes me. He believes that I’m Miss Dark.

“Jadi, kalau Hazwan sudah percaya yang kau adalah Miss Dark, buat apa kau nak blog aku lagi?”

Sarah mengeluh. Disaat dia mengaku pada Hazwan tentang dirinya sebagai Miss Dark, pelbagai soalan yang dilemparkan Hazwan. Lelaki itu pada mulanya tidak mempercayainya langsung dan mujur, dia pernah membaca blog Miss Dark, walau tidak semua entri yang pernah di post.

Dan di saat Hazwan mula yakin dengan identitinya sebagai Miss Dark, lelaki itu sekali lagi bertanya tentang Ain Umaira. Mengapa Ain langsung tidak mahu jelaskan hal sebenar. Dan disebabkan risau penipuannya akan terbongkar, dicipta sekali lagi pembohongan, mengatakan Ain punya perasaan pada Hazwan, sebab utama Ain rahsiakan identity Miss Dark.

He keeps asking about that blog, kenapa tiada entri terbaru,” ucap Sarah jujur. “Sebab itu aku minta kau berikan saja blog kau pada aku.” Sarah terpaksa berbuat sebegitu, demi meneruskan penipuannya dan menutup lubang-lubang pembohongannya. 

Jadi, kau rasa kau mampu jadi Miss Dark?” 

“Yes. Aku cuma perlu tulis apa yang aku rasa, bukan?”

Ain geleng kepala dengan senyuman sinis di bibirnya. “Semua orang boleh menulis, tapi tak semua mampu menulis dengan jiwa.”

Sarah telan air liur. dia tahu itu. Dia terfikirkan juga apa yang harus dia tulis di blog Miss Dark nanti sekiranya Ain bersetuju untuk menyerahkan blog itu padanya. Risau jika penulisannya nanti akan disoal oleh Hazwan. Dan dia pasti entrinya itu nanti tidak sama dengan apa yang Ain Umaira pernah tulis. 

“Ain, please. Ini kali terakhir aku mintak tolong kau. Lepas ini, aku tak akan ganggu hidup kau lagi.” 

Ain mengeluh. “Beritahu Hazwan hal yang sebenar, Sarah. Dia akan faham.”

Sarah geleng kepala. Mana mungkin dia akan jelaskan hal yang sebenar pada lelaki itu. Hazwan Haris pantang orang menipunya. Tengoklah bagaimana reaksi lelaki itu saat Ain menipu tentang Miss Dark, mujur Hazwan masih mahu berkawan dengan Ain. Dan kalau dia yang menipu Hazwan, Sarah yakin Hazwan sah-sah akan tinggalkannya. Mungkin saja lelaki itu akan membencinya seumur hidup.

Dia akan tinggalkan aku, Ain. Kau mahu lihat kawan kau sengsara?”

Ain kerut dahi. “Pernah kau terfikir perasaan aku, saat kau buat semua tu?”

Sarah telan air liur. “Aku… minta maaf, Ain” Kedengaran tidak ikhlas kata maaf Sarah pada pendengaran Ain.

Dan aku minta maaf juga, Sarah. Aku tak boleh tolong kau lagi. Blog tu ibarat nyawa aku.”

Sarah hanya mampu tunduk, mendengar ayat Ain. Dia tahu jawapan Ain tapi dia juga tak mahu kehilangan Hazwan. Susah payah dia meraih cinta Hazwan dan dia sanggup korbankan apa saja asalkan Hazwan di sisinya. Hatta persahabatannya dengan Ain.

“Please Ain, please…” Sarah merayu lagi. 

Ain geleng. “Sarah, just tell him the truth. Itu saja jalannya.”

Sarah mendengus. Benci mendengar penyelesaian yang tak masuk akal dari Ain. “Dan biarkan Hazwan tinggalkan aku supaya dia boleh pergi pada kau? Dan lepas tu korang berdua boleh gelakkan aku, begitu?”

Ain mengeluh kasar. Kesabarannya pun tiada had lagi. Silap hari bulan boleh dia maki Sarah Amalina ini di hadapan orang ramai. 

“Kalau aku nak, dah lama aku buat macam tu, Sarah. Dah lama aku bagitahu Hazwan hal sebenar, tapi aku tak. Dan sekarang kau tuduh aku nak rampas Hazwan dari kau? Funny!” 

Sarah telan air liur. Dia tahu Ain hanya anggap Hazwan tidak lebih dari seorang kawan. Begitu juga Hazwan. 

“Maaf, aku bukan nak mengunkit. Kau kenal Hazwan dari aku. Dan aku kenal Hazwan lagi lama dari kau. I know him better than you,” tambah Ain geram.

Sarah mengeluh. Dia tahu fakta itu. “Aku tahu, Ain. Tapi aku rasa tercabar setiap kali dia asyik bercakap tentang Miss Dark je. Selalu tanya aku kenapa aku tak update entri baru, kenapa itu, kenapa ini. Aku dah penat nak menipu dia.”

Ain diam. Tiada reaksi pada ayat Sarah. Dalam hatinya saat itu sedang mentertawakan Sarah disebabkan penipuannya. Itulah, siapa suruh menipu. Bagitahu Hazwan hal sebenar tak salah.

Tapi aku nak kau tahu, aku takkan sama sekali jelaskan hal sebenar pada Hazwan. Aku takkan lakukan itu walaupun itu saja pilihan yang aku ada.”

Ain tarik senyum senget. “Kau dengan keputusan kau, dan aku dengan keputusan aku.”

Sarah mendengus. Dipandang Ain dengan rasa tidak puas hati. “Berapa yang kau nak? Aku sanggup bayar asalkan kau sanggup bagi aku blog picisan kau tu. Kalau kau tak mahu beri sekalipun, sila bersara. Just quit from blogging!”

Ain ketap gigi. Merasa terhina diperlakukan sebegitu. “Kau ingat aku perempuan materialistic? Just only aku bukan anak orang berada macam kau, kau tak patut hina aku.”

“Kau yang degil, Ain. Blog kau cuma blog picisan je, tak menarik pun bagi aku. Aku sendiri tak tahu kenapa Hazwan boleh jatuh suka.” Sarah sebenarnya tidak sedar apa yang dia katakan ini. Dia dalam keadaan marah. Marah dengan kedegilan Ain Umaira. 

Ain diam. Sedikit berkecil hati dengan ayat Sarah tapi dia tidak memberi respons.

Aku dah tak sanggup nak teruskan penipuan ni. Kau faham tak?” tambah Sarah lagi. Kali ini nada tinggi digunakan, membuatkan mata-mata memandangnya.

Ain mengeluh. Dia simpati pada Sarah. Tapi dia juga tak mahu serahkan benda yang dia sayang pada Sarah. 

“Kau tak nak bagi aku blog tu, it’s okay. Tapi sila bersara. Dan aku boleh hidup tenang. And then aku tak akan kacau hidup kau lagi. Kita masih boleh jadi kawan macam biasa,” ucap Sarah lagi. Kali ini dia menggunakan nada seperti biasa. 

“I’m stick with my decision, Sarah,” balas Ain lemah.

Sarah tarik nafas sedalamnya. Bengang! “Kau selfish Ain! Sampai bila-bila aku takkan beritahu Hazwan yang Miss Dark yang sebenar adalah kau!”

Ain senyum hambar. “That’s good. Aku pun tak harap dia tahu Miss Dark itu aku. Just stick with the lies that you had created.”ucap Ain sinis. “ Dan aku tak nak terlibat dalam penipuan kau. If anything, kau tanggung sendiri. Jangan salahkan aku kalau aku tulis sesuatu yang menimbulkan syak wasangka pada Hazwan.” 

“Kau bukan lagi kawan aku, Ain.” Ucap Sarah tegas sebelum bangun danmeninggalkan Ain sendirian di restoran itu. Dia sedikit pun tidak menyesal memutuskan persahabatannya. Ain yang degil, bukan dia. 

Ain melepaskan keluhan. Hatinya sedikit sebak dengan ayat Sarah. Sedikit terkilan dengan keputusan Sarah yang mahu memutuskan persahabatan mereka hanya disebabkan Hazwan. Tapi kalau itu yang terbaik untuk mereka, Ain hanya mampu menerimanya dengan redha saja. Neslo Ais di hadapannya dihirup dengan lagak tenang yang dibuat-buat sehinggalah ada satu suara menyapanya. 

“Ain?”

Ain menoleh. Dia telan air liur melihat Kamal sedang memandangnya. Ain hanya mampu senyum kelat. “Kau buat apa kat sini?”

Kamal pandang Ain. Dia senyum kelat. “Aku lepak dengan sepupu aku tadi. Aku nampak kau dengan Sarah dan…” Ayat Kamal tergantung di situ.

Ain telan air liur lagi. Tentu Kamal sudah mendengar segala-galanya.

“Kau Miss Dark?” Soal Kamal. Dari tadi lagi dia mencuri dengar perbualan Ain dan Sarah. Terkejut saat mengetahui rahsia sebenar siapa Miss Dark. Dan waktu itu, barulah dia faham mengapa Ain merahsiakan identity Miss Dark. 

Ain mengeluh sebelum tersenyum hambar. “Tell nobody, please.”

Kamal diam, tidak memberi reaksi pada ayat Ain. Terbit simpati pada Ain. Dan dia tidak tahu sama ada mahu menuruti permintaan Ain atau tidak. 

“Kamal?” Ain bersuara lagi, memandang Kamal yang tidak beriak. 

Kamal mengeluh sebelum angguk kepala. Dia lihat Ain tersenyum kelat. Mata gadis itu sudah mula berkaca. 



Friday, May 20, 2016

3 Tahun #9


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8]


Adam Hakimi hanya mengukirkan senyuman melihat wajah masam seperti cuka milik gadis di hadapannya. Dibiarkan saja Ain Umaira berkeadaan seperti itu untuk sementara waktu. Jika mahu diikutkan hatinya, mahu saja Adam memarahi Ain tapi disebabkan akal Adam yang logic itu membuat andaian yang Ain tentunya tidak mampu berfikir dengan tenang sekarang ni.

“Dah okay?” Soal Adam setelah 30 minit sesi berdiam diri mereka tamat. Pesanan minuman tadi pun hanya dia saja yang bersuara. 

Ain mendengus. Bengang. Kecewa. Terkejut. Semuanya bercampur aduk dalam dirinya saat ini. Mahu mengamuk pada Fikri Haziqqulah berselang dengan mahu mengamuk pada lelaki di hadapannya. 

“How on earth you know I was there?” Ain mula mengeluarkan soalan.

Adam senyum lagi dan itu membuatkan Ain makin sakit hati dengan Adam Hakimi ini. 

“Kamal.” Pendek dan ringkas jawapan Adam.

Ain kerut dahi.

Mira call Kamal. Dan Kamal bagitahu Adam, got it?”

Ain mengeluh. Tentulah, hanya Mira saja yang tahu tentang pertemuannya dengan Fikri petang ini. 

Dan apa yang saya buat kat situ… I just want to save you. From him,” tambah Adam lagi. Seolah-olah mengetahui soalan kedua gadis di hadapannya.

Ain kerut dahi. Aneh dan janggal dengan perbualan bersama lelaki ini. Kenapa Adam guna ‘saya’ dan ‘awak’? Mana pergi ‘aku’ dan ‘kau’ yang mereka gunakan waktu dulu?

“Mana pergi ‘aku’ ‘ kau’? Kenapa perlu guna ‘saya’ ‘awak’?” soal Ain selamba. 

Adam tahan ketawa. “I just think that’s appropriate. You are not a girl anymore. You are a lady right now. So, saya patut cakap lemah lembut dengan awak. ‘Aku’ ‘Kau’ bunyi kasar untuk seorang wanita.”

Ain kerut dahi lagi. Apa yang Adam merepek ni?

So, mari kita bercakap tentang hal tadi,” cadang Adam.

Ain geleng. Kalau boleh dia tak mahu bercakap tentang Fikri. Dengan Adam. Lagi baik bercakap dengan Mira berkenaan lelaki tak guna itu.

Adam mengeluh. “Luahkan apa yang awak nak cakap.”

“I don’t talk to stranger to about my problem,” laju saja mulut Ain keluarkan ayat itu tanpa dia sedar.

Adam telan air liur. Dia salah dengar? “Am I a stranger to you?”

Ain telan air liur. Kepala digeleng lemah. Entah. Dia juga tidak tahu mengapa dia lontarkan ayat itu pada Adam. 

“Then?” Soal Adam, tidak puas hati dengan reaksi Ain. 

Ain diam. Dia tiada jawapan untuk soalan Adam. Bukan dia mahu menidakkan kewujudan Adam Hakimi dalam hidupnya tapi untuk saat ini, dia rasa janggal dengan lelaki itu. Hatinya tiba-tiba saja berdegup kencang. Dia berdebar sebenarnya. 

“Kenapa perlu jumpa lelaki tu lagi?” Terus saja Adam keluarkan soalan apabila Ain tidak mahu menjawab soalannya tadi. Lagi baik terus ke topic utama dari menanti jawapan Ain siapa dia dalam hidup gadis itu. Dia mungkin sedikit risau jika ayat Ain bakal mengecewakannya. Sepertimana hatinya kecewa dengan insiden di lapangan terbang itu.

Ain mengeluh. “I just think that I have to finish it. Bagitahu Fikri yang… yang… yang…” Ayat Ain terhenti di situ. Dia sendiri tidak tahu kenapa tiba-tiba saja lidahnya kelu.

At least, you should ask someone accompany you. It’s still dangerous,” tegur Adam.

“Fikri tak akan buat apa-apa.”

Adam telan air liur. “Awak masih nak defend dia, selepas apa yang dia dah buat pada awak?”

“It’s the old story.”

“Jadi, awak terima dia semula dalam hidup awak?”

Ain mendengus. Entah kenapa dia tiba-tiba saja mahu mengamuk dengan soalan yang bertubi-tubi keluar dari mulut Adam. 

“If I said yes, apa yang awak nak buat?” 

“Kalau awak cakap macam tu, Jadi, di mana ruang untuk Adam Hakimi dalam hidup Ain Umaira?”

Ain telan air liur. “You are missing for three years, Adam.”

Adam senyum hambar. 

“3 tahun tu bermacam-macam hal boleh berlaku,” tambah Ain.

“Awak menyesal berpegang pada janji itu?”

Ain diam. Tidak tahu sama ada mahu mengiyakan atau tidak. 

“Whatever happen, Ain,”Adam pandang tepat ke anak mata coklat milik Ain. “My feelings are still same…”

Ain mengeluh. “Tapi awak dah kahwin.”

Adam kerut dahi. “Apa yang awak merepek ni? Apa yang saya tahu, saya akan berkahwin satu hari nanti, bukan dah berkahwin.” 

Ain senyum hambar. “Tak payah nak tipu, Am. I saw with my own eyes. Di airport hari tu… awak dukung seorang budak dan ada seorang perempuan berjalan di sebelah awak.” 

Di saat itu, Adam mengeluarkan tawanya. 

“Kenapa awak ketawa?” Ain kerut dahi. Entah apa yang lucu sangat sampaikan Adam ketawa. Bukannya dia sedang berjenaka saat ini. 

Adam berhenti ketawa. “So, you admit that you saw me at airport that day?”

Ain telan air liur. “Saya ingat saya salah orang je. If it’s true anyway, saya tak nak kacau daun.”

Adam senyum. “For your information cik Ain Umaira, saya masih single. Single but not available.”

Ain mahu mencelah tapi Adam menghalang niatnya. 

“Biar saya habiskan ayat saya dahulu…”

Ain angguk terpaksa bersetuju.

“Perempuan yang awak nampak dengan saya kat airport hari tu, dan juga budak perempuan, both are my sister and my niece.”

Ain telan air liur lagi. Malu sebab salah sangka. 

“That’s the truth,” tambah Adam lagi. “Jadi, awak dah boleh buat kesimpulan yang saya dah kahwin atau saya tak berpegang pada janji saya pada 3 tahun yang lepas.”

“3 tahun… ada banyak hal yang terjadi.,” balas Ain pendek. Saat ini, hatinya diganggu satu perasaan yang sukar ditafsir. 

Adam senyum hambar. “Awak menyesal?”

Ain jungkit bahu. “Awak tak pernah mintak jawapan saya.”

“Sebab tu saya bagi awak masa 3 tahun.”

Ain mengeluh lagi. Ingatkan dia tahu apa yang dia mahu dari lelaki Adam Hakimi ini. Penantian 3 tahun sudah berakhir, jadi apa lagi yang dia mahu? Apa lagi yang dia mahu dari Adam? Bukankah lelaki itu sudah nyatakan hal yang dikatakan 3 tahun yang lalu masih lagi valid? Bukankah Adam telah katakan sesuatu yang sudah lama dia tanyakan?

“Ain?” Adam bersuara. Risau dengan diam gadis ini.

“Let’s drop this conversation. I can’t think properly,” Ain berkata jujur. Sudahlah dengan hal Fikri tadi. Ini pula dengan hal yang berlaku 3 tahun lepas. Semuanya membuatkan Ain bingung dan keliru.

Adam angguk. Dia faham situasi Ain sekarang ini. Gadis itu tidak boleh berfikir dengan tenang. Mungkin dia terburu-buru. “Take your time. When you’re ready, tell me.”

Ain angguk lemah.

Selesai membayar harga minuman, disaat mereka mahu melangkah keluar dari restoran, kedengaran satu suara lelaki menyapa mereka. 

Ain telan air liur, melihat Hazwan dan Sarah. Wajah Sarah kelihatan angkuh memandangnya. Dan Hazwan memandangnya dengan satu wajah yang sukar ditafsir. Apa maksud pandangan itu?



Reenapple: Actually ia adalah satu cabaran nak tulis cerita ni dengan writer blocknya, dengan mood yang sedang swing lately. Tersangat mencabar. Lagi lagi bila perlu tulis sesuatu yang different dari Amir & Zara. Wish me good luck. :)




Wednesday, May 11, 2016

3 Tahun #8


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7]


Beberapa minggu kemudian,

Ain Umaira mendengus tatkala mendengar permintaan yang tidak masuk akal yang keluar dari mulut lelaki di hadapannya. Angin sepoo-sepoi bahasa di Tasik Titiwangsa petang ini pun tak mampu menghilangkan amarah Ain pada Fikri Haziqullah di hadapannya ini. 

“Come on la, Ain. Benda yang dah lepas biarkan je. Buat apa you nak ungkit lagi hal itu. I tahu apa yang I dah buat dulu memang tak patut tapi bagi la I peluang lagi. Ini last. I janji takkan buat you macam tu lagi,” janji Fikri pada Ain.

Dan Ain hanya tersenyum jengkel mendengar janji-janji palsu Fikri. Janji-janji itu jugak yang pernah diucapkan 7 tahun yang lepas. Janji-janji itu juga yang dimungkiri 7 tahun yang lalu. 

Kau tak faham bahasa ke? Aku tak akan bagi peluang pada kau. Never!” Ain peluk tubuh. Entah kenapa dia bersetuju mahu bertemu dengan lelaki tak guna. Katanya Fikri, ada hal penting yang harus dibincangkan. Ain terpaksa bersetuju saja lebih-lebih lagi bila Fikri menghantar SMS berbaur ugutan, mahu menghebohkan kisah silam mereka di pejabat. Dajal betul lelaki bernama Fikri itu. Fikri tahu mendesak saja. Pernahkah lelaki itu terfikir akan hati dan perasaan perempuan perempuan yang pernah dilukainya itu?

“Everybody deserve second chance, Ain,” Pujuk Fikri lagi.

“Of course everybody deserved second chance, but my everybody exclude you!”

“I dah minta maaf. Kenapa kita tak boleh jadi macam dulu?”

Ain senyum sinis. “Kalau dengan minta maaf semua perkara akan selesai, jadi kenapa polis dan undang-undang dicipta?

Fikir telan air liur. Dia tidak tahu jawapan pada soalan Ain itu. Ain di hadapanya ini bukan lagi Ain yang pernah dia kenali. Gadis itu sudah banyak berubah. 

“I dah minta maaf. You nak suruh I buat apa, I sanggup buat apa-apa selagi you setuju untuk kembali dalam hidup I,” pujuk Fikri lagi. 

Ain geleng kepala. Tubuhnya dipeluk. Dia tak akan terpedaya dengan kata-kata yang keluar dari mulut seorang sweet talker macam Fikri ni.

“Kau memang gila kan,” Ain bersuara. “Kau minta aku maafkan kau, aku maafkan kau. Tapi nak jadi macam dulu, that’s impossible. Nak kawan dengan kau pun aku rasa macam annoying gila. Apatah lagi nak hadap muka kau.”

Fikri telan air liur. 

“Kau… cakap sayang aku. Tapi kenapa kau buat aku macam tu dulu? Kenapa kau baru cari aku? Kenapa tak cari aku 7 tahun yang lepas? You had ruined our friendship, did you know that? Penyesalan aku yang paling terbesar adalah terima kau lebih dari seorang kawan. We should stick as friends kalaulah aku tahu niat kau yang sebenarnya.” Tambah Ain lagi. Meluahkan apa yang terbuku di hati.

Fikri terdiam. Dia tiada jawapan untuk soalan-soalan Ain.

“Kau tak boleh jawab soalan-soalan aku?” Soal Ain lagi. Sekadar mahu menguji kesabaran lelaki itu. 

Fikri mengeluh. Kenapa susah sangat untuk menawan semula hati bekas teman wanitanya yang ini? Pertemuan semula dengan Ain Umaira membuatkan dia terkejut dengan perubahan bekas teman wanitanya itu. Tiada lagi Ain Umaira yang selekeh. Gadis itu berubah menjadi cantik. Ditambah lagi dengan jawatan yang bergaji lumayan yang dipegang oleh Ain. Itu adalah sebab-sebab mengapa dia mahu mendampingi semula Ain Umaira itu.

Tapi walau fizikalnya Ain berubah tapi tidak perangainya. Gadis itu masih lagi degil dan ego. Tetap tidak mahu berganjak dari keputusannya. Sudah berkali-kali dipujuk Ain tapi gadis itu masih dengan keputusannya. 

Apa-apa pun Fikri tidak kisah dengan kedegilan atau keegoan Ain. Baginya hati perempuan seperti kerak nasi saja. Lama-lama akan jadi lembut. Lama kelamaan Ain akan cair dengan pujuk rayunya. Tak ada perempuan yang tak akan cair dengan ayat-ayat manisnya, dengan pujuk rayu dari seorang lelaki yang punya rupa sepertinya. Tapi, Ain kadang-kadang menguji kesabaran Fikri, namun disebabkan ingin menawan hati Ain, Fikri tidak kisah. Sudah berapa kali dia abaikan panggilan dari Diana, kekasihnya yang keberapa entah. Semuanya disebabkan Ain.

“I minta maaf…” sekali lagi Fikri tuturkan kata maaf yang tidak ikhlas itu. 

Ain senyum sinis. “Kau nak letakkan aku mangsa penipuan kau yang keberapa ni? Kau ingat aku tak tahu tujuan kau buat semua ni? Bilamasa aku layan kau elok-elok, kau tipu aku hidup-hidup. Dan bukan setakat aku je yang kau tipu. Aku tak tahu berapa ribu perempuan yang dah kau tipu, permainkan perasaan. Tapi aku takkan masuk dalam perangkap kau lagi.”

“You nak cakap apa, cakap but I takkan mengalah. I akan pastikan you jadi milik I semula.”ucap Fikri dalam keadaan cuba mengawal marah. Sentap juga dengan ayat yang keluar dari mulut Ain. Berbisa betul.

“Kau ingat kau handsome sangat ke? Muka macam kau tu berlambak je kat pasar malam. Mungkinlah berlambak perempuan yang akan cair dengan sweet talk kau. tapi bukan aku. Aku bukan jenis yang akan jilat balik ludahnya. 

Fikri mengeluh. Panas juga telinganya mendengar ayat berbisa Ain Umaira ini. Ain masih rumit seperti dulu. Kebanyakan perempuan yang dikenalinya, mudah dia handle ibarat makan kacang je tapi Ain, memang sukar. Itu sebab utama kenapa dia mencari perempuan lain dulu. Nasib baik dia tak sama university dengan Ain, jadi bolehlah dia pasang lebih.

Dan disebabkan kerumitan Ain jugak lah, dia abaikan gadis itu. Jarang berhubung. Dan sampai ke hari ini dia tidak tahu bagaimana Ain Umaira mengetahui kisah hubungannya dengan perempuan-perempuan yang lain. Masih dia ingat malam Ain menghantar SMS meminta perpisahan, dia tidak memberi respon. Baginya ketika itu, bunga bukan sekuntum. Ada berlambak lagi perempuan cantik di luar sana. 

“I tak tahu nak cakap apa,” ucap Fikri lemah. Tapi dia masih belum menyerah kalah. 

That’s good,” ucap Ain jengkel. Ain akhirnya berniat untuk beredar tapi baru saja satu langkah, Fikri menghalang laluannya. Lelaki itu kembali menghadapanya. Ain mendengus.

Perbualan kita belum habis lagi, sayang,”

Ain menoleh ke arah lain. Geli dan dalam masa sama menyampah mendengar ayat Fikri. 

“Apa lagi kau nak?”

“You cakap you dah tak suka I. Tapi kenapa you sanggup jumpa I hari ini?”

Ain senyum jengkel. “You really want to know this?”

Fikri angguk.

“Aku nak selesaikan semuanya. Nak kau faham yang aku dah tak berminat dengan kau.Dan harap sangat ini adalah kali terakhir aku jumpa kau. Oh.. kalau nak diikutkan hati aku, memang aku tak nak jumpa kau. Tapi sebab fikir kau jenis manusia yang tak faham bahasa, so here I am.”

“Atau you masih ada perasaan pada I lagi?” soal Fikri tanpa ambil penduli ayat kasar Ain. “Kalau betul you dah tak ada perasaan kat I, why you still single? You harap I kembali pada you?” tambah Fikri lagi. 

Ain geleng kepala. Bebal betul lelaki tak guna depan dia ni. Mahu saja dia beri Fikri satu tumbukan ke muka. “Just stop dreaming, please,” ucap Ain dalam nada jengkel.

Fikri ukirkan senyuman saja. Dia perhatikan keadaan sekeliling. Kelihatan seorang lelaki dalam perjalanan ke tempat dia berdiri sekarang ini. Dia kerut dahi saat lelaki itu berhenti di sebelah Ain. Siapa lelaki ini?

Ain hanya mampu telan air liur. Terkejut. Apa yang lelaki ini buat kat sini?

“Assalamualaikum, maaf menganggu,” ucap lelaki itu dengan sopan. 

Fikri masih kerut dahi. Tertanya-tanya siapa lelaki ini. Mahu saja dia marah lelaki tidak dikenali itu sebab kacau daun. “Kau siapa? Apa kau nak?”

Lelaki itu mengukirkan senyuman. “Kau tak kenal aku. Tapi aku tahu tentang kau.”

Ain hanya mendiamkan diri. Padahal hatinya dah cuak. Mintak-mintak tak ada apa-apa yang buruk berlaku. 

“Kalau kau tak kenal aku, sila berambus,” marah Fikri. 

“Maaf, aku tak berniat nak kacau daun,” balas lelaki itu sambil matanya ke arah Ain yang masih kaku. “Tapi Ain dah tak ada apa-apa hubungan dengan kau. So, kau boleh stop kacau hidup dia.” 

Fikri mendengus. Mahu saja dia mengamuk. Tapi dia sabar. “Kau sebenarnya siapa? Macam mana kau kenal Ain?” Nada suara Fikri Haziqqulah semakin tinggi. Matanya dikerling ke arah Ain yang masih mendiamkan diri. Haih, teman lelaki Ain ke?

“Someone in Ain’s life,” dengan selamba lelaki itu tuturkan ayat itu. 

Ain memandang lelaki itu dengan riak terkejut. Begitu juga dengan Fikri. 

“Gila!” Fikri meradang.

Lelaki itu senyum sinis. “Aku tak gila. Yang gila adalah kau. Tinggalkan Ain macam tu lepas tu ada hati nak suruh Ain kembali ke sisi kau.”

Fikri mendengus berang. Dia mahu bersuara tapi ayatnya itu dipotong oleh lelaki biadap di hadapannya ini. 

“Dahlah, aku tak nak bazirkan masa kau.” tambah lelaki itu sebelum menarik tangan Ain.

Ain meronta minta dilepaskan tapi apabila melihat pandangan tegas Adam itu, dia menurut saja. Fikri ditinggalkan sendirian dalam keadaan termangu-mangu. 


Reenapple:  Adam ada pesaing baru kah?




Saturday, May 7, 2016

3 Tahun : #7


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6]


Sedang asyik Ain berbual dengan Kartini, pembantu rumah di ruang tamu, kedengaran bunyi hon kereta. 

“Siapa tu? Umi dah balik ke?” Soal Ain pada Kartini.

Kartini mengerling jam dinding. “Ibu belum bisa pulang waktu gini,” ucap Kartini dalam loghat Indonesianya. 

Ain jenguk ke luar tingkap. Dia telan air liur melihat kelibat yang hadir. Terus dia berlari ke pintu. Dia perhatikan saja pemilik kereta berwarna hitam itu keluar dari kereta. 

“Hazwan?” Soal Ain, masih lagi tidak percaya.

Hazwan ukirkan senyuman sebelum menanggalkan cermin mata hitamnya. “Hi!” Tangan diangkat, persis seorang selebriti. 

“How on earth kau kat sini?” Soal Ain masih hairan. 

“Aku ada hal kat Baling. Kebetulan kau cakap kau ada kat Sungai Petani, so, aku datang melawat kau. Susah tahu nak cari rumah kau. Berpusing-pusing aku cari.”

“Patut kau suruh aku send location je,” bidas Ain. 

“Kalau aku buat macam tu,tak surprise lah weh.”

Ain mencebik. 

“Kau tak nak pelawa aku naik ke? Aku haus ni.” Ucap Hazwan dalam nada meraih simpati yang dibuat-buat.

Ain ketawa. Dia lupa itu. “Naiklah.”

Hazwan angguk sebelum menuruti langkah Ain ke ruang tamu. Diperhati kiri dan kanannya. “Kau seorang je?”

Ain geleng. “Taklah. Aku dengan Kak Nini. Dia kat dapur, buatkan air untuk kau.”

Hazwan angguk. “Umi kau?”

“Umi aku kat sekolah lagi. Kejap lagi dia balik lah.”

Hazwan kerut dahi. “Umi kau mengajar jugak hari Ahad? Kelas tambahan ke?”

“Sini Kedah, babe. Bukan macam kat KL.”

Hazwan tampar dahi sebelum tersengih macam kerang busuk. Lupa pula dia Ahad di Kuala Lumpur tidak sama dengan Ahad di Kedah. “Aku lupa.”

Ain mencebik. “Nak buat macam mana, orang KL macam kau apa pun tak tahu. Entah entah Kambing pun tak pernah jumpa.” tempelak Ain. 

Giliran Hazwan pula mencebik. Selang beberapa saat kemudian, kelibat Kartini muncul dengan dulang berisikan minuman dan sedikit kuih muih. Seusai menghidangkan minuman pada tetamu, terus Kartini kembali ke dapur, menyudahkan kerjanya yang tertangguh dek berbual dengan anak majikannya itu. 

“Berapa lama kau bercuti?” soal Hazwan seusai menghirup jus oren. Sedikit lega tekaknya yang kering tadi. 

Seminggu. Kau? Berapa lama kat Baling?”

“Ikut perkiraan, seminggu. Tapi disebabkan kerja aku siap awal. So, aku available untuk 3 hari. Nak pergi jenjalan tak?”

Ain kerut dahi. “Nak pergi mana?”

“Sintok? Reminscing the memories?” 

Ain ketawa kecil. “Nak buat apa? Kita dah tak ada pas pelajar dah weh.”

Hazwan tersenyum. “Aku ada sepupu belajar kat UUM. Kita buat-buat lah melawat dia.”

Ain ketawa lagi. “Tak nak aku. Baik aku pergi tempat lain.”

Hazwan senyum. Dia kembali menghirup jus oren di hadapannya. 

“So…” Ain kembali bersuara. “How’s Sarah?” niat hati memang Ain tak nak bertanya tentang Sarah. Tapi sebab dia tidak selesa dengan rasa janggal dengan suasana sepi bersama Hazwan, Ain buat-buat ambil berat tentang hubungan Hazwan dan Sarah.

Hazwan telan air liur. Hampir-hampir saja dia lupa pada teman wanitanya saat hatinya mahu dia bertemu Ain. “She’s fine.. Tak semua, aku boleh cerita, Ain.”

“Okay. Keep your secret then.” Ucap Ain dalam nada sedikit kecewa.

“Kau dah jumpa Adam?” Soal Hazwan tiba-tiba.

Ain telan air liur. Perit pula mendengar nama Adam dari mulut Hazwan. “Dah.”

“How it’s going?” 

Ain mengeluh. Dia sebenarnya malas untuk ingat apa yang berlaku hari itu. Jika diberi peluang sekali lagi, dia mahu banyak bicara dengan Adam, bukan mendiamkan diri seperti hari itu. Di saat Ain mahu buka mulut, kedengaran sekali lagi bunyi hon kereta. Ain bangun dan jenguk ke luar. Dia ukirkan senyuman.

“Umi aku…” ujar Ain was-was. Kereta siapa pula di belakang Honda Civic Hitam milik Puan Khalilah?

“Umi kau ada bawa balik siapa tu?” soal Hazwan saat terpandangkan seorang lelaki keluar dari kereta yang tak dikenali itu. 

Ain jungkit bahu. Dia terus menuju ke arah pintu. Kelihatan Puan Khalilah mengukirkan senyuman.

“Siapa tu Umi?” Soal Ain dengan rasa curiga. Lelaki asing yang kelihatan muda itu mengukirkan senyuman padanya tapi Ain tidak membalas. 

Lelaki yang Umi ceritakan hari itu.” Balas Puan Khalilah.

Ain mengeluh. Dia memandang Hazwan yang masih berada di sofa. 

“Ada orang datang ke?” Soal Puan Khalilah sambil memandang Toyota Vios Hitam.

Ain angguk. “Hazwan. Dia baru je sampai. Umi tak bagitahu pun dia nak datang hari ini.”

“Umi bagitahu Ain kan sebelum ni? Ain lupa tu,” balas Puan Khalilah sebelum mempelawa tetamu yang baru tiba itu ke ruang tamu.

Hazwan pandang Ain, meminta penjelasan tentang tetamu yang muncul di ruang tamu bersamanya ini. Tapi gadis itu hanya gelengkan kepala saja. Entah apa isyarat Ain itu, Hazwan langsung tak faham. Walau dihimpit rasa hairan dan janggal, Hazwan tetap juga bersalam dengan lelaki yang baru saja mengambil tempat berhadapannya. 

Ain, pergi minta Nini buatkan air.” Arah Puan Khalilah.

Ain angguk sebelum menghilangkan diri ke dapur. Selang beberapa minit kemudian, dia kembali ke ruang tamu, menghidangkan minuman kepada tetamu sebelum mengambil tempat di sebelah Puan Khalilah. Nasib baik dia pakai baju sopan hari ini. T-shirt dan skirt labuh. Dia sebenarnya baru saja pulang dari shopping di AmanJaya Mall pagi tadi bersama Kak Nini. Dia mengerling ke arah Hazwan yang tentunya sedang dilanda kebingungan. Tak apalah. Nanti Ain jelaskan pada Hazwan nanti. 

“Inilah anak mak cik, Ain.” Puan Khalilah tersenyum meleret memandang anak gadisnya.

Hazwan kerut dahi. Nampaknya dia tahu situasi yang sedang berlaku ini. Dia tahan ketawa melihat wajah tidak selesa Ain. 

“Ain… ini Luqman. Anak cikgu sekolah Umi yang baru balik dari Mesir.”

Ain tersenyum mengangguk. Sempat juga dia mengerling ke arah Hazwan yang sedang menahan ketawa. Haih, Hazwan ni.

“Dan ini siapa?” Soal Luqman pada lelaki di hadapannya. 

“Ini Hazwan.” Ain toleh ke arah Hazwan, mengharapkan lelaki itu akan berkata sesuatu.

“Kitaorang kenal masa UUM dulu.” Jawab Hazwan dalam nada ramah yang dibuat-buat.

Luqman kerut dahi. “UUM? Awak dari university tempatan?” Kali ini soalan ditujukan pada Ain.

Ain tunjuk muka tidak puas hati dengan soalan yang dilontarkan padanya. 

Ya, Ain belajar di UUM dulu. Mak Cik tak nak dia belajar jauh-jauh. Itu yang ke UUM tu,” balas Puan Khalilah, menjawab bagi pihak anak gadisnya.

Luqman angguk tanda faham. “Kiranya anak Mak la ni? Kalau dapat sambung belajar ke luar Negara, cerah masa depan.”

Ain senyum palsu. Entah kenapa dia tidak selesa dengan Luqman ini. Memanglah, kalau sekali pandang sejuk hati tengok wajah jernih Luqman. Tapi bila dua kali pandang, Ain dah boleh lihat riak tidak enak pada wajah Luqman. Mesti Luqman pun tak berkenan dengan dia. Bagus! Ain pun tak berkenan dengan dia. 

Kalau diukur dari segi alim, cara bercakap Luqman, sah-sah Puan Khalilah akan bagi markah lulus tapi tidak Ain. Entah kenapa hatinya langsung tidak berdebar-debar bila pandang Luqman. Ain teringatkan saat dia berhadapan dengan Adam hari itu. Debarnya mengalahkan tsunami. Lagipun, lirikan mata Luqman tu seperti ada maksud tersirat. 

“Bro…” Hazwan tiba-tiba mencelah. Dia memandang Ain dan Puan Khalilah bergilir-gilir, meminta kebenaran sebelum memandang lelaki di hadapannya. “Tak kisah la graduate dari local university atau tak, sekuranganya ada academic qualification. Zaman sekarang ni, tak kisahlah graduate dari local atau overseas universities, if you had the qualification for that position, you will be hired.”

Ain kerling ke arah Hazwan. Tadi Ain nak marah Hazwan. Tapi tak jadi nak marah setelah mendengar ayat Hazwan yang masuk akal. Saat ini Ain bersyukur Hazwan ada di sisinya saat ini, Kalau tidak, tak tahulah dia macam mana mahu menjawab soalan angkuh Luqman itu.

Luqman mendengus. Sedikit tidak puas hati dengan apa yang didengarnya tadi. Hatinya mengutuk Hazwan. Menyibuk je!

“Ain kerja kat mana?” Soal Luqman lagi tanpa menghiraukan ayat Hazwan. 

“Kuala Lumpur.” Balas Ain acuh tak acuh.

“Jauh.” Ucap Luqman pendek. “Saya kerja kat Alor Setar ni je.”

“So? Saya tak ada tanya pun Encik Luqman kerja kat mana. Kalau saya kerja jauh dari Encik Luqman, dah kenapa?” Sengaja Ain keluarkan soalan sedemikian. 

Puan Khalilah menjegilkan matanya. Hazwan hanya menahan senyum. “Ain…” tegur Puan Khalilah.

Luqman telan air liur. “So, kat UUM dulu, Ain ambik jurusan apa?”

Ain ambik Accounting. Suka sangat dengan Accounting dia tu. Masa tingkatan 4 dulu, suruh dia ambik jurusan Sains Tulen tak nak. Nak juga ambik Perdagangan.” Tiba-tiba saja Puan Khalilah mencelah. Risau kalau Ain menjawab dengan nada sinis macam tadi.

Sama macam dengan saudara ni?” Mata Luqman ke arah Hazwan.

Hazwan angguk. 

Kenapa form 4 dulu, tak ambil Sains Tulen? Lagi cerah masa depan.”

“Saya tak suka subject Sains. I don’t like biology, physic subject.” Ucap Ain jengkel.

Puan Khalilah telan air liur. Ini bila Ain Umaira dah mula speaking, itu tandanya anak gadisnya itu dah bengang.

So Accounting gave bright future?” Alang-alang gadis di hadapannya dah mula berbahasa Inggeris, dia apa lagi. 

“Did Medical gave bright future too?” Ain tidak menjawab soalan Luqman.

“Yes.” Jawab Luqman dengan yakin.

Ain senyum sinis. “Pandangan masing-masing. Siapa saya nak pertikaikan kerjaya yang Encik Luqman pilih.”

Luqman telan air liur lagi. Dia sudah kehabisan kata-kata. Otaknya ligat mencari soalan lagi. Dia terpandangkan Hazwan. “So, Ain dengan kawan Ain ni dah berapa lama kenal?”

Ain dan Hazwan kerut dahi. Masing-masing memandang satu sama lain. Ain kemudian senyum, dia dapat idea baru. “Ada saya cakap yang dia ni kawan saya?”

Puan Khalilah kelihatan cuak. Harapnya Ain Umaira tidak bercakap yang bukan-bukan. Hazwan di sebelahnya kelihatan tidak tenang. 

“Jadi?” Soal Luqman, mahu tahu hal sebenar. “Awak dan dia bukan kawan?”

Ain angguk. “Kitaorang more than a friend.” Balas Ain bersahaja. 

Hazwan membesarkan matanya. Dia salah dengarkah? Dilihat Puan Khalilah, wanita berusia 55 tahun itu juga menunjukkan reaksi yang sama. 

Luqman mengeluh. “I don’t know that.”

“Ain Umaira…” kali ini Puan Khalilah bersuara. “Tak baik menipu.” Puan Khalilah tahu Ain sengaja mempergunakan Hazwan. 

Ain mencebik. “Hazwan datang nak jumpa Umi.” Ain tak berani pandang Hazwan. Nantilah dia ceritakan pada Hazwan.

Luqman bangun. “Kalau macam tu, saya balik dululah, Mak Cik.” Ucap Luqman pada Puan Khalilah. “Dah lewat ni. Saya shift malam hari ini.” Sengaja Luqman mencari alasan.

Puan Khalilah angguk sebelum menemani Luqman ke luar. Seusai kereta Luqman hilang dari halaman rumah, terus saja dia kembali ke ruang tamu. Dilihatnya Ain sedang berbual dengan Hazwan. Gembira betul Ain.

“Ain dah kenapa?” Puan Khalilah buat-buat marah. Dia mengambil tempat di sebelah Ain.

“Ain tak suka lelaki tu. Berlagak bukan kemahen. Mentang-mentang lah jurusan dari oversea university.”

Puan Khalilah tersenyum hambar. Dia setuju jugak dengan ayat Ain. “Apa-apa pun tak baik menipu. Kasihan dengan Hazwan. “

Hazwan hanya mampu tersengih. “Saya tak ada apa-apa masalah pun mak cik.”

“Hazwan okay je. Umi je yang risau entah pape.”

Puan Khalilah geleng kepala. Dipandang Hazwan. “Hazwan makan sini, nanti?”

Ain kerut dahi. “Umi ni, dia dah nak balik dah pun.”

“Kau halau aku ke Ain?” Hazwan buat-buat bengang.

Ain mencebik. Jujur, dia pula tidak selesa dengan kehadiran Hazwan. Risau jika mulut lelaki itu keluar cerita yang bukan-bukan lebih lebih lagi tentang Adam.

“Ain Umaira…” Puan Khalilah geleng kepala. “Tak baik layan tetamu macam tu.”

Ain mecebik. “Makan la kat sini, Wan. Aku masak nanti,” pelawa Ain dengan tidak ikhlas. 

Hazwan ketawa. “Kau masak? Like seriously?”

Ain mencebik lagi.

Umi nak solat dulu. Borak lah dulu dengan Hazwan ni.” Ucap Puan Khalilah sebelum bangun, beredar ke biliknya. Sempat dia mengerling ke arah dua anak muda yang sedang bergurau senda itu. Puan Khalilah ukirkan senyuman. Seperti ada sesuatu yang Ain sorokkan darinya. Sesuatu yang bikin dirinya tersenyum.


Reenapple: Ain ni ada hati kat Hazwan ke ? 



Wednesday, May 4, 2016

3 Tahun : #6


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5]

Ain menghempaskan tubuhnya ke katil. Beg di tangannya dilempar entah ke mana. Siling putih di atasnya dipandang dengan rasa kosong. Perjumpaan yang tidak dijangka petang tadi membuatkannya resah. 

Dia banyak mendiamkan diri tadi. Hanya menjawab soalan yang ditanya saja. Entah mengapa lidahnya kelu untuk bersuara di hadapan Adam. Dia hanya membiarkan Kamal saja yang berbual dengan Adam. Dan bila Kamal mengusiknya, Adam akan menyebelahinya. 

Wajah Adam dia tidak berani untuk pandang lama-lama walaupun sebenarnya wajah itu yang ditunggunya selama ini. Wajah itulah yang dia rindu selama ini. Walaupun, hal sebenarnya, banyak soalan untuk ditanyakan pada lelaki itu. 

Tapi Ain berlagak biasa. Berlagak tiada apa-apa berlaku walhal dalam hatinya waktu itu, hanya Tuhan saja yang tahu. Mungkin saja dia yang bodoh, menanti Adam selama 3 tahun ini. Mungkin saja dia bertepuk sebelah tangan. Tapi bertepuk sebelah tangan kah, jika selama ini sebelum Adam luahkan padanya, dia langsung tidak pernah punya perasaan pada Adam Hakimi itu. Lelaki itu yang mula mula meluahkan perasaan padanya dan kini, semuanya kelihatan kabur baginya.

Minda Ain kembali memutarkan insiden di lapangan terbang itu, seminggu sebelum Kamal memaklumkan padanya tentang kepulangan Adam. Fikirannya melayangkan bayangan Adam mendukung budak perempuan kecil sekitar umur 1 tahun, dan di sisi lelaki itu ada wanita cantik berjalan seiring dengan Adam dan masing-masing kelihatan gembira. Adam tersenyum, begitu juga wanita itu.

Adam telah berkahwin? Mahu saja dia soalkan itu pada lelaki itu tadi tapi lidahnya kelu untuk bersuara. 

Ain mengeluh. Sedikit menyesal kerana berpegang pada janji lelaki itu. Ah, lelaki! Mana pernah berpegang pada kata-katanya.

Kedengaran bunyi ketukan di pintu. Ain menoleh, wajah Mira muncul di balik daun pintu. Teman serumahnya itu mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di hujung katil. Ain bangun, memandang Mira.

“Kau okay?” Soal Mira.

Ain angguk. “Of course I am. Kenapa kau tiba-tiba tanya macam tu?”

“Kamal call, dia a little bit risau dengan kau. Dia cakap kau diam je tadi.”

“Aku penat je.” Ain bohong.

Kau ada masalah ke? If anything, bagitahu aku. Mana yang aku boleh tolong, aku tolong.”

Ain geleng lagi. “Mira, aku okay je la. Jangan risau sangat.”

“Aku risau. Dan berminggu-minggu kau macam ni. Balik kerja terus terperap dalam bilik. Ajak keluar, kau tak nak.”

“Aku penat. Nak tidur awal.” Sekali lagi Ain berbohong

Mira pandang Ain. Dia tahu Ain sedang menyembunyikan sesuatu. Ain Umaira yang dikenalinya seorang perahsia. Terlalu banyak rahsia yang Ain simpan. 

“By the way, aku balik kampung this weekend. Aku cuti seminggu.” Ain bersuara lagi. Nampaknya semuanya masuk akal kenapa hatinya tiba-tiba saja mahu balik kampung. Mungkin itu adalah petanda dari DIA tentang apa yang berlaku sekarang ini. DIA tahu dia akan berada dalam keliru. 

“Kedah?”

Ain angguk. “Yelah, kampung aku kat Kedah, kat mana lagi.”

Mira tersengih. Tidak patut dia tanyakan soalan itu. “Tiba-tiba je kau nak balik kampung. Something happened?”

Ain geleng. “Aku rindu Umi aku je, itu yang nak balik.”

Mira angguk. “Nanti kau bawa balik apa-apa yang patut.”

Ain ketawa. “Baik, bos!”

Mira ketawa. “Nanti kirim salam kat Umi kau.” sejurus ucap itu, Mira keluar dari bilik Ain.

Dan Ain kembali melepaskan keluhan. Harapnya di kampung nanti, dia boleh hilangkan segala keresahan yang melandanya ini.

$$$$$$$$$$$$$$$


Puan Khalilah tersenyum saat Honda Jazz Merah tiba di halaman rumahnya. Senyuman makin melebar saat anak gadis kesayanganya keluar dari kereta. 

“Assalamualaikum Umi,” kedengaran suara Ain di muka pintu.

“Waalaikumusallam,” jawab Puan Khalilah sebelum melangkah ke arah Ain yang baru tiba di ruang tamu itu. Tubuhnya dipeluk seerat yang mungkin.

“Ya Allah, rindunya Umi,” ucap Ain setelah pelukan dileraikan.

Umi pun rindu Ain juga,” balas Puan Khalilah dengan senyuman. “Balik seorang je?”

Ain angguk. “Umi nak suruh siapa balik dengan Ain?”

“Biasa Ain balik dengan Nadia ataupun Mira.” Puan Khalilah tersenyum. “Harapnya kali ini Ain balik dengan bakal menantu Umi ke?”

Ain ketawa. Puan Khalilah ni ada-ada saja. “Next time Ain balik, Ain bawak calon menantu Umi.”

Puan Khalilah ketawa. “Hari ni Umi masak favorite Ain,” balas Puan Khalilah lembut. 

“Tom Yam? Ini yang buat Ain sayang Umi lebih ni.” Sekali lagi dipeluk erat Puan Khalilah.

“Hai, bila Umi masak Tom Yam, baru nak sayang Umi?” ucap Puan Khalilah dengan nada bergurau.

Ain ketawa lagi. “Ain dah sayang kat Umi sejak Ain dalam perut Umi.”

Puan Khalilah mengukirkan senyuman. Ain Umaira satu-satunya permata hatinya dengan bekas suami pertamanya. Sejak suami keduanya, meninggal dunia, dia tidak berkahwin lagi. Baginya, biarlah dia menyendiri dari menghabiskan sisa hidupnya dengan lelaki yang salah. Pengalaman yang lalu banyak mengajarnya. 

“Opah mana, Umi?” Soalan Ain mematikan lamunan Puan Khalilah. 

“Opah mana?” Soal Ain sekali lagi. Tertanya-tanya mana nenek saudaranya itu. Kebiasaannya wanita berusia 70 an itu akan berada di anjung rumah. 

Dia dah tinggal kat rumah Pak Busu kamu.”

“Jadi, Umi tinggal seorang je la, skang ni?” soal Ain risau.

“Apa pula risau. Kak Nini kamu tu ada.” Balas Puan Khalilah sambil menunjukkan ke arah dapur. Pembantu rumahnya itu sedang mengemas di dapur. “Sekali-sekala Mak Ngah kamu datang.”

Ain kerut dahi. “Mak cik?”

Puan Khalilah senyum kelat. “Apa yang Ain merepek ni? Buat apa Mak Cik nak datang?” Puan Khalilah cuba menyembunyikan resahnya.

“Bulan lepas Mak Ngah bagitahu yang perempuan tu datang rumah. Dia nak apa lagi? Nak cari bala?”

“Ain, tak baik cakap macam tu. Walau apa pun, dia ibu Ain juga,” tegur Puan Khalilah. Tak mahu Ain menyimpan dendam pada bekas madunya itu. 

“Dia bukan ibu Ain. Suami dia dah lama mati. Umi dah tak ada apa-apa kaitan lagi dengan dia. Lagipun Umi dan arwah Ayah dah lama bercerai. Dah tak ada kaitan lagi. Buat apa dia nak muncul lagi?” marah Ain. 

Bengang juga bila diingatkan pada bekas ibu tirinya itu. Tak habis-habis mahu menuntut harta Puan Khalilah yang katanya adalah harta arwah suaminya. Ayah mana pernah hulurkan apa-apa sumber kewangan pada mereka. Mungkin dia rasakan tidak rapat dengan arwah Ayahnya adalah sesuatu yang baik. 

Arwah Encik Rahim dan Puan Khalilah bercerai ketika dia berusia 15 bulan. Punca utama penceraian adalah disebabkan status Puan Khalilah sebagai isteri kedua. Ketika rahsia Puan Khalilah sebagai isteri kedua Encik Rahim tersebar, saban hari isteri pertama Encik Rahim datang menemui wanita itu, menghulurkan kata-kata kesat. 15 bulan selepas melahirkan Ain Umaira, Puan Khalilah meminta cerai. 4 tahun menjanda, Puan Khalilah berkahwin sekali lagi, namun di saat usia perkahwinan menginjak kepada 20 tahun, suami kedua wanita itu meninggal dunia akibat kemalangan. 

Ain, walau apa sekali pun, anak-anak dia tetap adik beradik Ain juga.”

Ain mendengus. Benci bila Puan Khalilah ingatkan dia pada fakta itu. “Kalau diaorang tak mengaku Ain ni adik beradik diorang, buat apa Ain nak mengaku diorang tu adik beradik Ain,” 

Puan Khalilah geleng. Tak ada apa-apa yang boleh ubah pendirian anak gadisnya ini. 

Dah lah Umi. Ain lapar. Jom makan?” 

Puan Khalilah angguk. Dituruti langkah anaknya ke dapur. 

$$$$$$$$$$$$

Selesai makan malam….

“Ain…” tegur Puan Khalilah. Hairan dengan anak gadisnya yang kadang-kadang akan tersenyum menghadap telefon. Televisyen dipasang tapi mata Ain bukan ke arah TV, tapi menghadap telefon. 

“Kenapa Umi?”

“Ain mesej dengan siapa? Senyum bukan kemain lagi.”

Ain ketawa. “Dengan Hazwan. Dia buat kelakar.”

Puan Khalilah tersenyum sebelum mengambil tempat di sebelah anak kesayangan itu. “Hazwan tu kawan Ain masa belajar kat UUM dulu?”

Ain angguk.

“Dia single lagi?” Soal Puan Khalilah. Rambut panjang Ain diusap dengan penuh kasih sayang.

Ain senyum kambing. “Dia dah ada girlfriend la Umi.”

“Sebelum dia ada girlfriend, tak pula Ain usha dia,” usik Puan Khalilah.

Ain ketawa. “Apalah Umi ni. Kitaorang kawan je. Umi jangan fikir lebih-lebih.”

Puan Khalilah senyum. “Habis, bila Ain nak carikan Umi menantu?”

Ain telan air liur. Dia mengeluh. Tak ada isu lain yang akan diungkitkan Puan Khalilah setiap kali dia pulang ke kampung.

“Umi… kalau Umi carikan je lah?”

Puan Khalilah senyum lebar. Itu jawapan yang dinantikan oleh anak tunggalnya ini. 

“Ini yang Umi tunggu dari mulut Ain ni.”

Ain kerut dahi. Apa Puan Khalilah cakapkan ni? “Umi dah ada calon ke?”

Puan Khalilah angguk dengan senyuman. 

Ain telan air liur. Ini yang dia tidak mahu dengar. Lelaki mana entah yang Puan Khalilah carikan. Harapnya bukan cadangan Mak Nab jiran sebelah. “Siapa? Harap dia perangai macam Papa.”

Puan Khalilah senyum. Dia tahu Ain mahu mencari suami seperti arwah suami keduanya. Arwah Encik Firdaus menjaga Ain ibarat anaknya sendiri. 

“Anak cikgu kat sekolah Umi. Umi dah jumpa budak tu. Ada rupa. Peribadi pun baik. Dia baru balik dari Mesir.”

“Ustaz?” Ain jegilkan mata. “Umi ni. Anak Umi tak adalah ustazah sangat. Tak payah nak cari yang persis ustaz sangat.”

Puan Khalilah gelak. “Budak tu baik, Ain. Sejuk mata Umi tengok dia. Bertuah siapa yang dapat dia. ”

Ain buat muka tidak puas hati. Mahu kata TIDAK, nanti berkecil hati pula Puan Khalilah ni. 

Lagipun, balik dari Mesir tak semestinya dia ustaz, Ain. Dia doktor. Baru habis pengajian.”

Ain mengeluh. “Umi…”

“Cuba kenal dia dulu. Kalau tak kawan je, boleh?

Ain gigit bibir. 

Lusa dia nak datang. “

“What? Umi…” Ain besarkan matanya.

“Alah, baru sesi kenal je dulu,” pujuk Puan Khalilah. 

“Okay.” Nak tak nak Ain terpaksa bersetuju.

Jawapan Ain itu disambut dengan senyuman Puan Khalilah. Ain mengeluh lagi setelah Puan Khalilah beredar ke dapur. 

Bunyi noti WhatssApp kedengaran lagi. Ain terlupa membalas WhatssApp Hazwan. 

Kau dah tidur ke?

Ain segera membalas pesanan itu.

Taklah. Borak dengan Umi aku. Lupa nak balas.

Kau memang. Entah-entah alasan tak nak reply WhatssApp aku. Jenis manusia macam kau yang tak suka menaip kat telefon ni bukan boleh dipercayai.

Ain ketap gigi. Berang pula dengan ayat Hazwan.

At least aku balas WhatssApp kau. Kalau kau tak nak percaya pergi layan awek kau tu.

30 minit menanti balasan Hazwan, Ain mencebik. Sah-sah lelaki itu sentap dengannya bila dah tak balas WhatssApp-nya yang itu. 

Baru saja Ain tutup televisyen, sekali lagi bunyi noti WhatssApp. Dari Hazwan.

Bagi aku alamat kau.

Ain kerut dahi. Buat apa Hazwan mahu alamat rumahnya. Takkanlah sahabatnya ini mahu datang?

Nak buat apa?

Bagi je.

Ain geleng kepala sebelum tangannya laju saja menaip alamat rumahnya. 

Thank you. Nanti kau hampar karpet merah sambut kedatangan aku.

Ain mencebik. WhatssApp Hazwan dibiarkan tanpa balasan. Dia mahu tidur. Otaknya hari ini penat memikirkan tentang Adam dan calon menantu Umi itu.


Reenapple: Sebenarnya Reen pun kompius nak jadikan Hazwan atau Adam hero. Haha