Sunday, March 27, 2016

Stay Strong.




Ada satu saat bila dia tak tahu apa yang dia mahu dalam hidup. Bila dia mahu something, that something already belong to someone. Maka, dia pun pujuk diri "Tak apalah. Allah tahu apa yang terbaik untuk aku."

Dari satu tahun ke satu tahun, dia sedar, dia tiada lagi kuasa untuk bertelingkah pendapat dengan manusia-manusia yang selalu saja 'memperendahkan' dirinya. Di akhir pertelingkahan, dia akan memilih untuk berdiam diri. Baginya, diam itu adalah jawapan terbaik untuk segala masalah yang dihadapi. 

Hidup bukan kejam. Dan hidup bukan terlalu bosan.  It's just, she need something, someone to help her look through all the happines. Kebahagian yang dia tidak sedar itu. 

Untuk kamu, aku harap kamu baik-baik saja. 

Sunday, March 20, 2016

Kistot: Sumpahan




Ada satu malam, dia menangis. 

"Kenapa you buat I macam ini, sayang? Apa salah I pada you?" Sambil menangis teresak-esak, dia menghadap iPhone 6s nya. Satu akaun Instagram di-scroll ke post terkakhir. 

Dan tahulah aku, malam itu, adalah malam pernikahan bekas kekasihnya. Malam itu adalah malam dimana jiwanya 'mati' disebabkan lelaki curang itu. 

Dan malam itu juga, aku menjadi orang terakhir yang lihat dia hidup. Malam itu adalah malam terakhir dia hidup. 

Sebab bila aku bangun pagi keesokannya, aku lihat badannya tergantung di siling. Dan ada satu keping nota ditulis dengan marker merah ditinggalkan.

"Untuk AM yang telah lukakan hati aku,  
Saat kau baca ini, ketahuilah, aku akan pastikan keturunan kau tak akan pernah selamat.


Dan beberapa tahun telah berlalu, aku dengar bekas teman lelaki nya itu tak pernah hidup bahagia. Tak pernah peroleh zuriat. Dan jikalau sang isteri mengandung, akan mengalami keguguran.

Ah, ada aku beritahu siapa dia yang telah dikecewakan hatinya? Seorang ahli sihir.


Reenapple: Lama gila tak menulis cerita merepek. Terima kasih baca. Muahahaha

Friday, March 11, 2016

Penantian




Banyak hal yang telah berubah.
Hal aku
Hal kamu
Hal kita.

Ada kalanya aku perhati kegembiraan dan kebahagian kamu.
Dan aku senyum melihat senyuman kamu.
Kamu bahagia, walaupun bukan dengan aku.


Dan aku masih di sini.
Mencari erti sebenar kehidupan.

Agak-agak kamu,
Mampukah aku bertemu si dia yang telah lama aku menanti?

Tuesday, March 8, 2016

Kuat



Ada satu saat, kau akan rasa hidup kau sia-sia saja. 
Ada satu saat dimana kau rasa segala perasaan kau telah tiada. 
Ada satu saat bilamasa kau rasa sendirian itu lebih baik dari berdampingan. 
Ada satu saat, kau rasa kau perlukan masa untuk kau saja.

Pernah patah hati?
Aku pernah. 
Dia pernah. 
Dan juga mereka. 

Dan kami masih lagi teruskan hidup dengan sisa-sisa hati yang kekal retak walaupun berjuta kali diubati. 

Teruskan hidup, sayang. 
Tuhan sayangkan kamu. 

Tak akan pernah DIA uji seseorang itu diluar kemampuannya. 



Sunday, March 6, 2016

Move On.




Kalau kau pernah suka pada seorang lelaki dan lelaki itu tahu kau ada perasaan pada dia but then dia still anggap kau as a friend, then move on la. Because he's not for you. He's not the one. 

Sebab apa yang aku tahu, kalau betullah dia itu jodoh kita, Tuhan akan buka hati kedua-duanya, bukan salah seorang. Allah itu Maha Adil tahu. 

Jadi, jalan terbaik adalah move on dan teruskan hidup dengan tenang. 

K. Itu je yang nak diupdate je.