Saturday, December 10, 2016

Sweet


Dulu kan, waktu manuskrip kena reject Publisher sebab kononnya tak sweet or whatsoever, so aku cuba belajar menulis scene scene yang sweet. Aku cuba baca novel-novel yang katanya hero adalah sweet mengikut pandangan kawan baik saya.

But at the end, aku tetap tak boleh nak menulis scene scene yang sweet. Oh tak, yang sebetulnya dah tak boleh nak menulis scene scene yang macam tu. Bila aku baca babak yang menunjukkan hero bagi bunga dan coklat kat heroin, mulalah diri aku yang satu lagi bersuara

"Ada ke lelaki macam ni dalam real life? Mana ada lelaki yang 24 jam nak mesej GF dia. Bagi bunga pun bila minta, bukan hari-hari."

Haha. Nampak tak diri aku ada 2 jenis. Kadang-kadang aku rasa aku ada masalah split personality. Bila nak menulis sesuatu yang sweet, diri aku yang 1 lagi akan cakap...

"No, Reen. Jangan tulis macam tu. Mana ada benda macam tu. You must think logical even it's just imagination."

Hurmm....

Kenapa tak boleh menulis hal hal yang sweet?

1. Mungkin dah terbiasa baca buku-buku yang bukan genre cinta. Contoh Fixi. Masa nak move on hari tu, aku avoid segala buku yang berkaitan cinta. Haha.

2. Sebab ada someone ajarkan aku yang real life ain't a fairy tale. There is no Prince Charming in real life. (Ini complicated nak cerita)

Tapi one of my best friend cakap, "Just jadi diri sendiri. It's okay kalau kau tak boleh tulis sesuatu yang sweet, sekurangnya kau tahu mana kekuatan dan kelemahan kau. Tak perlu terikut-ikut gaya orang lain just only sebab kau nak diri kau diterima."

Okay. Tu je bebelan hari ini. Bye.


Reenapple:  Nanti ada masa cuba up M. I was busy lately. 



4 comments:

  1. Cik reen sweet on your way kot. Cumanya readers skrg ni suka sgt sweet yg melebih. Pd sy x in lah hero yg leleh sgt ni. Ahahaha.. mungkin sbb sy pun byk baca fixi kot. But dont get me wrong, im happy with my life 😄

    ReplyDelete
  2. real life ain't a fairy tale... setuju sangat :D, n just be yourself

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.