Monday, November 14, 2016

M : Prolog





Dia tarik nafas. Kopi di hadapannya dibiarkan sejuk. Hampir 30 minit telah berlalu dari saat cawan kopi yang dipesannya tiba. Bunyi hujan kedengaran di luar. Sesuatu yang dia rasakan satu nikmat mendengar irama semulajadi ciptaan Tuhan ini. 

Buku karya Cecillia Ahern di atas meja dipandang kosong sebelum matanya memerhatikan keadaan sekeliling kafe. Rata-rata pengunjung kafe itu adalah sepertinya, berseorangan. Hanya dua tiga meja sahaja yang punya teman. Dia tersenyum sinis melihat situasi itu.

Tiba-tiba satu cawan mug kopi diletakkan di hadapannya. Dia pandang kosong lelaki yang berdiri, memandangnya. Sedikit pun dia tidak bersuara tatkala lelaki itu mengambil tempat berhadapannya. Senyuman lelaki itu juga tidak dibalas. 

“Hai…” Lelaki itu bersuara. 

Dia diam. 

Lelaki itu senyum. “Have any guy told you that you look more beautiful when you are angry?”

Dia tarik nafas. “Apa yang you nak, Sam?” Dia memeluk tubuh sambil matanya pada lelaki kacak di hadapannya. 

Samuel senyum. “You always know what I want, M.”

“I owe you nothing.” Nadanya kedengaran dingin. 

Samuel senyum lagi. “You do owe me something. Don’t you think so?”

“We are done, aren’t we?” 

Samuel geleng kepala. “Not as long as you finish this task.” 

Sekali lagi dia telan air liur. Wajah Samuel dihadapannya dipandang dengan kelat. 

“Do you see the guy behind me?” Samuel bersuara lagi. 

Dia menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Samuel tadi. Terdapat dua orang lelaki di dua buah meja. Seorang lelaki kacak yang sedang berbual mesra dengan teman wanitanya. Dan di meja sebelah lelaki itu, seorang lelaki bertubuh gempal keseorangan, sedang menikmati makanannya dengan bahagia sekali. “Which one? There are two guys over there.”

The one with black shirt, not the fat one.”

Dia senyum senget. Tentulah. Takkanlah Samuel sasarkan lelaki bertubuh gempal pula. Lelaki bertubuh gempal itu kelihatan bukanlah seseorang yang punya profil tinggi. “Apa yang you nak suruh I buat?”

Samuel senyum jahat. “Seduce him.”

“After that?”

“Do it as usual, M.”

“Apa yang akan I dapat?”

“Apa saja yang you mahu. Kalau you mahu sebuah gunung emas pun, you akan dapat itu.”

Dia diam. Matanya pada Samuel. Mindanya berfikir. Tawaran Samuel kelihatan menarik, tapi adakah itu akan membuat hatinya puas?

“I tak berminat, Sam. Cari je orang lain.”

Samuel telan air. Gadis berambut panjang di hadapannya terkenal dengan sikap tegas. Hitam kata M, maka hitam lah sehingga ke akhirnya. Anak buahnya yang lain tidak pernah berani untuk mencari pasal dengan M. “You adalah orang yang paling layak untuk lakukan kerja ini.”

“Why me?”

Samuel senyum sinis. “Do your job first, and you will find the reason.” Dia kemudian bangun. “Everything you want to know about him, is in here.” Satu fail diletakkan di hadapan M. 

Dia mencapai fail di hadapannya. Dibelek tanpa tujuan sebelum kembali memandang Samuel. “Berapa lama you nak I selesaikan ini?”

Samuel senyum lagi. “Take as many time you want. Kali ini, I bagi kebebasan pada you.”

Dia angkat kening. Entah mengapa dia rasakan tugasan kali ini menyenangkan. Tiada dateline. Dan itu adalah sesuatu yang cool! 

“Good luck, M,” ucap Samuel sebelum berlalu pergi. 

Dia tarik nafas. Fail di tangan dipandang kosong sebelum dia memerhatikan sasaran terbarunya. Dia sasarkan tempoh 2 bulan diperlukan untuk menyelesaikan tugasannya ini. 


Reenapple: Actually, aku ada banyak pending Manuskrip and M is one of them. M dah pernah publish kat Wattpad tapi rasanya aku nak publish kat sini pula. Ahaa. Oh, and Bayangan Hati, I guess kena stop dulu, sebab otak aku macam banyak sangat nak fikir tentang pending manuskrip. Ekhemm 



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.