Sunday, November 20, 2016

M: #4


[Prolog][#1][#2] [#3]

Dia tersedar di saat cahaya matahari terkena wajahnya. Tubuhnya dipaksa bangun sambil menahan rasa sakit di kepalanya. Keadaan sekeliling diperhatikannya sebelum dia sedar keadaan dirinya. Tubuhnya tanpa seurat benang. Nafas ditarik sebelum mindanya cuba mengingati kejadian semalam. Tapi tiada pula kelibat Maira di sisinya. 

Beberapa seketika ‘menstabilkan diri’, Mikael melangkah ke bilik air. Senyuman lebar diukir apabila membaca nota yang ditulis menggunakan lipstick pada cermin di bilik air. 

Thank you for the last night, Kael!

Dibawah ayat itu, terdapat satu kesan bibir berwarna gincu tadi. 

Tapi senyuman lebar Mikael hanya seketika. Dia cuba mengimbau kejadian semalam. Tidak pula dia ingat tentang dia ‘bersama’ seseorang semalam. Mungkin benar itu yang berlaku disebabkan dia tersedar dengan tubuhnya tanpa seurat benang. Tapi, mengapa dia langsung tidak ingat malam yang menarik itu?

Keluhan dilepaskan sebelum dia mengambil keputusan untuk membersihkan diri. Dia sebenarnya sudah terlambat untuk ke pejabat. Tapi dia tidak pula kelihatan tergesa-gesa. Lagipun, dia adalah anak pemilik syarikat. Maka dia boleh lakukan sesuka hatinya. 

20 minit kemudian, dia melangkah keluar dari bilik dengan hanya tuala di pinggangnya. Baru saja dia tiba di ruang tamu, dia dikejutkan dengan wajah ‘hodoh’ pembantu rumahnya itu. Kenapalah dia lupa akan kelibat gadis hodoh itu di waktu ini.

“Tu… tu… tuan Muda!” Jasmine juga terkejut melihat Mikael. Andaiannya lelaki itu tiada di rumah memandangkan dia tidak mendengar sebarang bunyi tatkala dia dihantar ke sini. “Apa yang Tuan Muda buat di sini?”

Mikael pandang sinis Jasmine. “Ini rumah I. You tu cuma orang gaji kat sini je. Remember?”

Jasmine telan air liur sambil hatinya memarahi diri sendiri. Tak patut dia keluarkan soalan itu tadi. Pandangan pada Mikael dialihkan. Tidak selesa berhadapan dengan majikannya yang separuh bogel itu. Kenapa dia perlu bertemu lelaki ini dalam keadaan sebegini?

“Buatkan I breakfast,” arah Mikael.

“Ya?” Jasmine meminta diulang sekali lagi arahan padanya. 

Mikael hela nafas. “Sarapan pagi. I dah lambat.” 

“Tapi sekarang, bukan lagi pagi,” balas Jasmine naif. 

Langkah Mikael untuk kembali ke biliknya dimatikan. Dia pandang gadis ‘hodoh’ di hadapannya. Jam dinding kemudian dikerling. Betullah, sekarang bukan lagi waktu pagi. Sekarang adalah waktu tengahari. Jam sekarang ini menunjukkan pukul 12.30 tengahari.

“Jadi, buatkan I lunch. Takkanlah itu pun I nak beritahu,” ucap Mikael bengang sebelum melangkah kembali ke biliknya. Pintu dihempas kasar. 

Jasmine telan air liur. Dia melangkah ke arah dapur dan melakukan arahan sepeti yang diminta. 

45 minit kemudian, Mikael sudah berada di meja makan. Manakala Jasmine pula berdiri di sebelah lelaki, kononnya ‘menemani’ lelaki itu makan. 

“Macam mana you boleh jadi pembantu rumah kalau you sedikit pun tak pandai memasak,” Sudu dan garpu di tangan Mikael dihempas ke meja. Seleranya mati apabila terpaksa ‘menelan’ makanan yang langsung tidak sedap baginya. 

Jasmine telan air liur. Rasanya dia telah memasak mengikut resepi yang telah diberikan Phoebe. 

“You ada pengalaman bekerja sebagai pelayan,” Tambah Mikael. 

“Well… pelayan bukan berada di dapur,” balas Jasmine tanpa sedar. 

Mikael mendengus. Berani betul gadis ‘hodoh’ ini menjawab ayatnya. Dia memandang Jasmine di sebelahnya. “Phoebe tak ajar you semua tu?”

Kali ini Jasmine memilih untuk mendiamkan diri. Risau jikalau dia bersuara, makin mengamuk lelaki di hadapannya. 

Mikael mengeluh. Dia kemudian bangun. 

“Tuan Muda mahu saya masak sesuatu yang lain?” Jasmine keluarkan soalan. Dia sedar lelaki kacak ini sudah marah padanya tapi dia juga risau jikalau lelaki itu akan mengadu pada Phoebe dan mungkin selepas itu dia akan dibuang kerja sekali lagi. 

Tak perlu!”

“Baik.” Jasmine tarik nafas. Dia kemudian mengemas meja sebelum tiba-tiba saja dia teringatkan sesuatu. Terus dia berlari ke arah Mikael yang bersiap sedia untuk keluar. 

“Apa?” Soal Mikael dingin.

“Seorang wanita minta saya berikan ini pada Tuan Muda,” Jasmine keluarkan satu sampul dari poket seluarnya. 

Mikael kerut dahi. “Dari siapa?”

Jasmine jungkit bahu. “Waktu saya tiba di sini, dia baru saja keluar dari bilik Tuan Muda.”

Mikael telan air liur. Sah itu Maira! Tanpa mengucapkan terima kasih, dia mengambil lipatan kertas di tangan Jasmine. Dia kemudian beredar. 

Dan Jasmine tarik nafas. Harap sangat lelaki kacak tadi tidak tahu perihal sebenar. Senyuman sinis diukir sebelum kembali melakukan kerjanya. 

!!!!!!!!!!!!!!!!


Dia membenarkan seseorang masuk sebelum kembali melabuhkan punggungnya ke sofa, tempat dia berada tadi. 

“Your pizza, M,” Samuel bersuara sebelum meletakkan sekotak pizza di atas meja berdekatan gadis berambut panjang. Dia kemudian mengambil tempat di sofa. 

Maira hela nafas. Dia berpura-pura menonton TV. 

“So, how is it going?” Samuel bersuara lagi. 

Maira kerling Samuel. “Good,” balasnya malas.

As in good, or good untuk sedapkan hati I?” soal lagi Sam dengan senyuman. 

Maira diam seketika. “Dia seorang yang sangat membosankan, Sam.” Dia kembali mengimbau perbualannya dengan lelaki bernama Mikael itu, ketika mereka dalam perjalanan ke apartmen mewah lelaki itu. Apa yang mereka bualkan hanyalah tentang bola, kereta mewah atau apa-apa sebarang topic yang membosankannya. 

Samuel ketawa kecil. “Mula-mula you akan cakap begitu, but I percaya mungkin satu hari nanti you akan cakap you sudah suka dia.”

Maira senyum senget. Itu tak akan pernah terjadi. Mikael Andrew hanyalah satu subjek tugasan baginya. Mikael itu mungkin saja adalah lelaki idaman wanita tapi bukan citarasanya.

Usaha you untuk dekati dia adalah sesuatu yang I tak pernah sangsi, M,” sambung Samuel lagi. 

Sekali lagi Maira senyum senget. Mikael itu seorang lelaki yang bodoh. Langsung tidak pernah sedar akan hal sebenarnya. Kalaulah Mikael tahu bahawasanya dia telah lakukan lebih daripada sebagai seorang Maira. 

Masih dia ingat situasi malam itu, malam yang dia masukkan ubat tidur dalam minuman Mikael. Sejurus lelaki itu tidak sedarkan diri, dia membuat panggilan kepada Alex supaya datang membantunya. Bantuan Alex lebih kepada menanggalkan pakaian lelaki itu. Dia mahu membuatkan Mikael percaya yang mereka berdua telah mengadakan hubungan malam itu. Itu adalah rancangan pertamanya terhadap subjek tugasannya itu. 

“Dia masih belum sedar apa-apa?” Soal Samuel lagi. 

Maira senyum jahat. “Dia mungkin adalah lelaki yang punya pelajaran tinggi. Tapi dia sangat bodoh apabila melibatkan hal perempuan, Sam. That is his weakness.”

Samuel angguk, bersetuju dengan ayat Maira. “Tapi mana-mana lelaki akan lemah bila mereka lihat you.”

Maira hela nafas, tidak gemar dengan ‘pujian’ yang dilemparkan oleh Samuel tadi. “You jumpa I hanya untuk bertanyakan tentang ini saja?” Dia ubah topic perbualan. 

I cuma mahu bertanyakan khabar you saja.”

“Well, I sihat seperti yang you lihat.” 

Samuel senyum. “I bawakan sesuatu untuk you.” Satu fail dikeluarkan dari beg galasnya.

“Apa ni?” Soal Maira aneh apabila Samuel menghulurkan fail itu kepadanya. 

“Sesuatu yang you mahu tahu.” Samuel kemudian melontarkan pandangan kearah sekeliling apartmen mewah Maira. Sangat berbeza dengan rumah flat buruk yang diduduki gadis itu ketika menjalankan ‘misinya’.

Maira belek fail di tangannya. Air liur di telan apabila terdapat gambar seseorang yang sudah lama dia tidak bertemu. Seseorang yang kadangkala dirinduinya. “How you…” Dia pandang Samuel yang kelihatan tenang. 

“Anggap saja ia adalah hadiah dari I, M.” Samuel kenyit mata. Dia tahu sudah lama Maira mahu siasat tentang lelaki itu. Dia tahu dan sedar, walaupun Maira kadangkala kelihatan dingin dan tenang, tapi hati gadis itu masih lagi punya lelaki itu. 

Maira diam. Tangannya menyentuh gambar lelaki itu. “Thanks, Sam.”

“Your welcome, M.” Samuel bangun. “I have to go.”

“Okay.” Maira pandang saja Samuel melangkah ke arah pintu. 

“Oh…” belum sempat Samuel memulas tombol pintu, dia kembali memandang Maira yang berada di ruang tamu. “You tak nak jumpa Mikael malam ni?” Dia kerling jam dinding. Hampir pukul 11 malam. 

Maira geleng kepala dengan senyuman. “Not tonight. I bercuti esok. I cuma mahu relaks malam ini. Lagipun tadi, banyak sangat kerja yang I perlu lakukan.” Dia membetulkan urat tengkuknya. Banyak betul kerja yang perempuan tua itu suruh dia lakukan tadi. Selepas satu kerja, kemudian satu kerja lain pula sehingga habis waktu bekerjanya. 

“Okay. Have a rest, M.” Samuel kemudian beredar. 

Dan Maira kembali membelek fail di tangannya. Membaca satu persatu maklumat yang baru diperolehinya itu.

Reenapple: Ada sesiapa syak tentang Jasmine tak?


8 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.