Saturday, November 19, 2016

M :#3



Beg sandang lusuh diletakkan ke atas sofa lusuh itu dengan lemah. Dia kemudian menghempaskan punggungnya dengan kasar. Keluhan kasar kemudian dilepaskannya. Malang betul nasibnya sejak kebelakangan ini. Mula-mula dia terlanggar lelaki kaya yang berlagak. Kemudian gajinya dipotong. Kemudian dia terpaksa mencari kerja lain. Dan kemudian dia kembali bertemu lelaki kaya yang berlagak itu. Dan yang tidak disangka-sangkanya, lelaki baru itu adalah majikan barunya. Ah, mengapa dunia ini tersangat kejam padanya? 

Jasmine kemudian bangun, melangkah ke arah dapur kecil yang terletak beberapa meter dari ruang tamu kecilnya. Pintu ais dibuka, mencapai satu kotak susu yang hampir kosong sebelum menuang ke dalam gelas. Satu balang biskut diatas cabinet dicapai sebelum membawanya ke ruang tamu. Jasmine kembali melabuhkan punggung ke sofa lusuh. 

Tangannya kemudian mencapai alat kawalan jauh televisyen. Satu persatu siaran ditukar sebelum kembali mematikan televisyen. 

Tengok! Televisyen pun berlaku kejam padanya. Langsung tiada rancangan yang menarik untuk ditonton malam ini. 

Dia kemudian membaringkan diri. Matanya memerhatikan siling di hadapannya, walhal mindanya bukan pada siling itu. Dia melepaskan keluhan kasar sekali lagi apabila mindanya kembali memikirkan tentang kehidupannya yang tidak pernah bahagia itu. 

Jam di tangan kemudian dikerling. 10 minit lagi pukul 11.00 malam. Sekejap lagi dia akan mendengar bunyi ‘bising’ dari jiran sebelah. Ia sebenarnya lebih kepada pasangan suami isteri bergaduh berbanding bunyi manusia sedang ‘berkasihan’. 

Selalunya jirannya itu akan bergaduh disebabkan si isteri percaya suaminya punya hubungan sulit disebabkan selalu pulang lambat. Kalau dia menjadi sang suami itu, dah lama dia ceraikan isterinya yang kaki cemburu itu. Sudahlah menghabiskan duit suaminya dengan barangan mahal, ini pula tidak mahu memahami kerjaya suaminya. Bukan dia mahu mempertahankan si suami itu, tapi lelaki itu punya bukti kukuh sebab mengapa dia selalu pulang lewat malam. Sebab utama adalah kerja sahaja. Tapi mana mungkin sang isteri akan sedar itu. 

Jasmine tarik nafas. Ah, malas dia untuk peduli hal orang lain. Dia harapkan satu hari nanti dia punya wang cukup untuk berpindah ke tempat yang lebih baik. Berpindah ke apartmen yang mana dindingnya adalah kalis bunyi. 

Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan satu mesej masuk. Dia tarik nafas. Harapnya penghantar mesej punya berita yang baik untuk sampaikan padanya. Seusai membaca kiriman mesej itu, Jasmine bangun dari pembaringannya. 

Jam di dinding kemudian kerling. Hampir pukul 11 malam. Dia harus bersiap sedia. Ada satu tempat yang harus dia tuju malam ini. 


!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Mikael memerhatikan keadaan sekeliling kelab malam itu. Tertanya-tanya di mana gadis jelita dan seksi bernama Maira ini. Semuanya salah Ayah yang meminta dia ke luar Negara atas urusan perniagaan. Dan untuk itu, dia terlepas tujuh hari untuk bertemu Maira. Salahnya juga tidak meminta butiran gadis itu pada kali terakhir mereka bertemu. 

“Looking for your girl, Kael?” Kedengaran suara Jason. 

Mikael kerling sekilas pada Jason matanya kembali mencari kelibat Maira. 

Dah lama tak nampak dia. Dia seolah-olah tahu je kau tak ada kat sini.” 

Mikael diam lagi. 

“Hello boys,” Tiba- tiba kedengaran suara wanita. Kedua-dua Jason dan Mikael menoleh. Maira sedang tersenyum lebar pada mereka berdua. 

“Hey, we just talked about you,” Jason bersuara. Dia kerling ke arah Mikael yang bersikap biasa. Ah, Mikael ini tak habis habia dengan egonya. 

Owh, really?” Maira senyum lagi. 

“Yes,” balas Jason. “And, Kael is the most missing you.” 

Mikael menyiku dada Jason dengan kasar. 

“I see.” Mata Maira ke arah Mikael. 

“Then, I will leave both of you,” ucap Jason lagi sebelum berlalu pergi, meninggalkan Maira dan Mikael. 

“So,” Maira mendekati Mikael, senyuman menggoda diukir, “… you betul-betul rindukan I?” 

Mikael membalas senyuman Maira. Soalan Maira itu tidak dinafikan mahupun diiyakan. 

“You diam macam tu, I akan anggap jawapannya ya,” Maira bersuara lagi. 

Mikael senyum lagi. “You pasti dengan jawapan you?” 

Maira senyum lebar. Kepala diangguk. “You tahu apa yang I mahu sekarang ini?” 

Mikael jungkit bahu, berpura-pura tidak tahu. 

“I want you,” bisik Maira pada Mikael. “I want to get know you better.” 

“You will regret if you know me better than tonight.” 

Then tell me. Oh no, show me then,” sekali lagi Maira ukirkan senyuman. 

Mikael senyum lebar lagi. “You pasti dengan keputusan yang you buat ni?” 

Maira angguk dengan senyuman. Dia harap sangat malam ini jeratnya mengena. Dia tak mahu 7 harinya disia-siakan dengan begitu sahaja. 

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 


Maira perhatikan keadaan sekeliling apartment mewah di hadapannya. “So, ini satu satunya apartmen you?” 

“Yup. One and only,” balas Mikael. Dia mendekati Maira. 

“I like the decoration.” Jujur, tiada apa pun yang menarik perhatian di apartmen mewah milik Mikael ini selain dekorasi moden dan mewah. 

Mikael senyum. “Wanna drink anything?” Mikael berura-ura untuk melangkah ke arah dapur sebelum Maira tiba-tiba saja menahannya. 

Biar I ambilkan minuman untuk kita.” 

“You tahu di mana dapur?” 

Maira angguk dengan senyuman. “Apa kata you tunggu I di bilik you?” 

Mikael senyum lebar. “You tak tahu di mana bilik I.” 

Maira senyum kelat. Dia lupa itu. “I pergi ambilkan minuman untuk you.” Dia kemudian beredar ke dapur. 

Dan Mikael membuat keputusan berada di ruang tamu sementara menanti Maira. Dia membaca mesej yang dihantar Jason sebentar tadi. 

ENJOY THE NIGHT, KAEL! 


-Jason- 

Mikael geleng kepala. Telefon bimbitnya kemudian dimatikan sebelum diletakkan diatas meja. Beberapa seketika kemudian, Maira muncul semula di ruang tamu sambil membawa dua gelas berisikan Jus Oren. Satu gelas dihulurkan pada Mikael. Maira kemudian mengambil tempat di sebelah Mikael. 

“So, dah berapa banyak perempuan yang you bawa ke sini?” 

Mikael yang baru mahu meneguk minumannya memandang Maira. “It’s confidential.” 

Maira senyum senget. “Jadi, you bagitahu I, yang I adalah wanita yang keberapa.” 

Mikael ketawa kecil. Dia mendekatkan dirinya pada Maira. “I’m afraid it will hurt you if you know the truth.” Dia berbisik ke telinga Maira. 

Giliran Maira pula ketawa. “Why it would hurt me if I didn’t love you yet.” 

Mikael senyum. “So you didn’t love me?” 

“I could love you if you ask me.” 

Mikael angguk. Dia kemudian meneguk minumannya. 

“So, mana bilik you?” Sekali lagi Maira mengeluarkan soalan sambil bangun. 

Mikael pandang Maira. Dia mahu berdiri tapi entah mengapa tiba-tiba saja dia rasakan keadaan sekelilingnya berpusing. Maira di hadapannya juga kelihatan kabur. Dan lama kelamaan pandangannnya menjadi gelap. 

Dan Maira mengukirkan senyuman kemenangan. Tidak susah untuk ‘menawan’ lelaki ini. Mikael dengan mudahnya tewas padanya malam ini. Dia kemudian meneruskan rancangannya terhadap Mikael.


Reenapple: Jerat dah masuk perangkap ya?

2 comments:

  1. Cerita ni mesti complicated kan. Sbb dah ada 2 watak perempuan.

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.