Thursday, November 17, 2016

M: #2

[Prolog][#1]

Nafasnya ditarik sedalam yang mungkin sebelum menuruti langkah wanita berusia 50-an di hadapannya melangkah masuk ke apartmen mewah. Hari ini adalah hari kedua dia bekerja sebagai pembantu rumah separuh masa. Siang hari dia bekerja sebagai pembantu rumah, manakala di waktu malam, dia menjadi pelayan di restoran mewah. 

Keadaan kewangannya yang tidak pernah stabil, memaksanya melakukan dua kerja dalam satu masa. Atau ia sebenarnya adalah disebabkan gajinya yang dipotong separuh akibat kesalahan yang dia rasakan bukan salahnya pun. Semuanya salah lelaki angkuh itu! Kemeja yang dipakai lelaki itu hari itu, boleh saja dicari di ‘night market’. Harga mahal hanya disebabkan pakaian itu punya tag jenama terkenal saja. Heh!

Ruang tamu apartmen mewah di hadapannya diperhatikan. Keadaan sedikit berselerak berbanding semalam. Apabila dia beredar dari apartmen mewah ini semalam, keadan ruang tamu masih lagi kelihatan kemas. Sah-sah pemilik apartmen ini yang menjadikan ruang tamu ini berselerak. 

Mengikut apa yang diberitahu oleh wanita berusia 50-an ini, pemilik apartmen mewah ini adalah lelaki bujang. Berasal dari keluarga kaya raya dan wanita yang dianggap ketuanya ini adalah pembantu rumah di rumah keluarga lelaki itu. 

Hari pertama dia memasuki apartmen mewah ini, sedikitpun dia tidak menjumpai sebarang gambar pemilik apartmen ini. Katanya Phoebe, ketuanya, setiap kali mereka mengupah pembantu rumah baru yang terdiri dari wanita wanita muda, sah-sah gambar itu akan dicuri mereka untuk dijadikan koleksi simpanan. Andaian Phoebe terhadap gadis gadis itu, mereka telah jatuh hati pada majikannya. 

Dia yang mendengar itu hanya mampu mencebik dalam hati. Tersangat kacakkah pemilik apartmen ini? Kalau kacak tapi tiada adab seperti lelaki yang dia ‘bertembung’ di restoran hari itu, tiada gunanya. Betullah kata Reen, there’s no Prince Charming in this world. 

“Awak boleh mulakan tugas awak, Jasmine,” suara Phoebe mematikan lamunannya. Dia angguk kepala sebelum memulakan kerja-kerjanya. Dia melangkah ke arah meja kerja yang tidak jauh dari balkoni. Kepala digeleng melihat kertas-kertas yang bertaburan di lantai. Beginikan cara seorang manusia kaya melakukan kerja? Bersepah betul!

Baru saja dia selesai mengutip gumpalan kertas di lantai, tiba-tiba kedengaran bunyi bising dari bilik tidur utama. Siapa pula yang berada di bilik tidur itu? Bukankah waktu ini, pemilik apartmen telah keluar bekerja? Mungkinkah pencuri?

Daun pintu bilik utama terkuak. Jasmine telan air liur melihat lelaki separuh bogel keluar dari bilik tidur itu. Nasib baik saja lelaki yang kelihatan mamai itu masih memakai seluar tidur yang panjang. Hampir saja dia ‘kalah’ melihat tubuh sasa lelaki itu. Tapi kejap, mengapa lelaki ini looks familiar?

Air liur ditelan lagi apabila menyedari siapa lelaki itu sebenarnya. Ia adalah lelaki yang sama membuatkan hidupnya makin susah. Ia adalah lelaki berlagak di restoran itu. 

Ah, tuan muda. Selamat pagi,” kedengaran suara Phoebe. “Saya tidak tahu tuan muda tidak bekerja hari ini.”

Jasmine telan air liur lagi. Tuan muda? Takkanlah dia berkerja untuk lelaki biadap ini?

“Oh, pagi,” balas Mikael mamai. Rasa mengantuknya masih lagi bersisa. Entah pukul berapa dia pulang ke rumah. Nasib baik hari ini dia tiada temu janji yang penting. “Datang untuk kemaskan rumah?” Dia mengambil tempat di sofa. Sedikit pun dia tidak menyedari kelibat Jasmine. 

“Ya, tuan muda,” balas Phoebe dengan senyuman. Sedikit pun Phoebe tidak sedar tentang wajah Jasmine yang telah berubah. 

“Masih lakukan kerja seorang diri? Awak patut carikan seorang pembantu untuk tolong awak. Saya pasti awak bukannya larat untuk berulang alik dari rumah ke sini.” Mikael bersuara lagi tanpa sedikit pun tidak menyedari kehadiran seorang lagi manusia dalam apartmen mewahnya. 

“Saya bawakan pembantu baru untuk tuan muda. Dia akan uruskan hal-hal pembersihan di sini nanti.”

“Pembantu rumah baru?” Mikael kerut dahi. Dia paksa matanya terbuka. 

Phoebe angguk. “Di sana.” Phoebe pandang Jasmine yang berdiri di meja kerja. Dan seperti tadi, dia tidak sedar akan perubahan air muka Jasmine itu. 

Mikael menoleh ke arah yang ditunjukkan Phoebe. Dan dalam masa yang sama, Jasmine memusingkan tubuhnya, supaya wajahnya tidak dilihat oleh Mikael. 

“What is wrong with her?” Mikael pandang Phoebe, meminta penjelasan. 

Phoebe hanya jungkit bahu. Masih lagi tidak mengesyaki yang bukan-bukan terhadap Jasmine. 

“Hey you, come here!” arah Mikael. 

Jasime telan air liur lagi dan lagi. Apa yang harus dia lakukan saat ini?

“Are you deaf?” Mikael bersuara lagi. 

Phoebe melangkah ke arah Jasmine. Kepala diangguk pada gadis itu supaya menuruti arahan Mikael. Dan Jasmine terpaksa lakukan itu dengan separuh rela. Dia melangkah ke arah sofa, tempat lelaki berlagak itu berada. 

Mikael pandang gadis bertubuh kecil di hadapannya dengan riak terkejut. Apa gadis pelayan ‘buta’ ini buat di apartmennya? Takkanlah pelayan tidak bertamadun ini adalah pembantu rumahnya yang baru?

“Dia yang akan uruskan hal-hal pembersihan rumah ini mulai hari ini,” terang Phoebe tanpa sedikitpun menyedari riak Mikael dan Jasmine telah berubah. 

“What are you doing here?” Nada suara Mikael kedengaran terkejut. 

“Tuan muda kenal dia?” Kali ini rasa hairan muncul dalam diri Phoebe. 

“No.” Mata Mikael masih pada gadis bermata kaca besar dhadapannya. Gadis ini masih kekal hodoh. “What’s your name?”

Jasmine pandang lelaki di hadapannya dengan rasa hairan. Berpura-pura tidak memahami apa yang diucapkan oleh lelaki separuh bogel ini. Hal sebenarnya dia memahami soalan yang dikeluarkan padanya cuma dia tidak begitu fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Lagipun, matanya benar-benar bukan pada lelaki berlagak ini tapi lebih kepada tubuh sasa lelaki itu. Ah, mengapa perlu dia hadap bala hari ini.

“I’m asking you…” Nada suara Mikael lebih kepada nada arahan. 

Jasmine telan air liur. Dia menoleh ke arah Phoebe. Kepala digeleng pada wanita tua itu tanda sedikit pun tidak memahami soalan yang diajukan oleh majikan barunya. Hal sebenarnya dia berbohong saja. 

Tuan muda bertanyakan nama awak,” terang Phoebe. 

“She doesn’t know English?” Kali ini mata Mikael pada Phoebe. “She’s not from here?”

Phoebe angguk kepala. “Dia berasal dari sini, tuan muda. Tapi kurang mahir berbahasa Inggeris.”

“Oh well, apa yang I harapkan dari seorang pembantu rumah. You tentunya bukan seperti Phoebe yang tahu 3 bahasa. You aren’t high educated after all,” Mikael senyum sinis. 

Jasmine diam. Malu tapi dalam hatinya, dia sudah mengutuk lelaki berlagak di hadapannya. Ingat dia bodoh English sangat ke? Dia cuma tidak fasih bertutur sahaja. Heh!

“So,” Mikael bersuara lagi. Dia pandang sinis gadis dihadapanya. “…biar saya ulang semula soalan saya dalam bahasa yang awak faham. Apa nama awak?”

“Jasmine,” balas Jasmine dengan malas. Meluat pula dengan sikap berlagak lelaki ini. Nasib baik saja Phoebe berada bersama mereka saat ini. Kalau tidak dah lama dia hempuk kepala lelaki ini dengan penyapu. 

Mikael senyum senget. Dia pandang Phoebe. “Mungkin awak sudah boleh pulang, Phoebe. Biar saja Jasmine yang uruskan semua hal di sini. Lagipun, awak kata dia akan ambil alih tugas pembersihan di sini, bukan?”

Jasmine telan air liur. Dia pandang Phoebe, mengharapkan Phoebe akan ‘ingkar’ arahan tuan muda ini. Tapi anggukan Phoebe mengecewakannya. 

Kalau begitu, saya pulang dahulu, tuan muda.” Phoebe melangkah ke arah pintu. Dia pandang Jasmine. “Awak selesaikan tugas awak. Dalam masa 3 jam lagi, saya akan datang semula.” Phoebe kemudian berlalu pergi. 

Dan sekali lagi Jasmine telan air liur. Tiba-tiba saja rasa seram muncul dalam dirinya. 

“Apa yang buatkan awak mahu bekerja sebagai pembantu rumah pula?” Mikael kembali melabuhkan punggunya ke sofa. “Gaji sebagai pelayan restoran tidak cukup untuk awak?”

Jasmine diam. 

“Are you mute?”

Jasmine tarik nafas. “No.” Matanya pada Mikael. “Selepas insiden hari itu, gaji saya sudah berkurang dan untuk itu, saya terpaksa lakukan dua kerja bagi menampung kehidupan saya.”

“Ah, I see.” Mikael angguk. “You deserve that. It’s your mistake.”

“Ada apa-apa yang tuan muda mahu cakapkan pada saya selain itu?” ucap Jasmine dengan nada geram. Nasib baik dia masih sedar yang lelaki ini adalah majikannya. 

Mikael senyum senget. “Made me breakfast.” Dia bangun. “You tahu breakfast itu apa, bukan?”

Jasmine angguk walhal dalam hati dia sudah mengutuk gila Mikael. 

“Good. Kalau awak tak tahu, dalam bilik kerja saya ada satu kamus bahasa.” Seusai ucapkan itu, Mikael berlalu pergi ke bilik tidurnya. Dia mahu menyiapkan diri untuk ke pejabat nanti. 

Dan Jasmine melepaskan keluhan. Jujur, hari harinya semakin bertambah malang sejak bertemu lelaki berlagak ini. Dia kemudian berlalu ke dapur, menyiapkan sarapan pagi seperti yang diminta oleh Mikael.


2 comments:

  1. Cik reen cerita ni lain sikit dr cerita u before. Misteri, suke..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.