Tuesday, November 15, 2016

M: #1


Dia baru sahaja selesai bertemu pelanggan di restoran mewah sebelum tiba-tiba saja seorang pelayan wanita melanggarnya. Habis kotor baju mahal yang dipakainya. 

“Damn it!” Nada suaranya tinggi. Sedikitpun Mikael tidak hiraukan mata-mata yang memandangnya. 

“I’m so sorry, sir. I tak nampak you,” ucap pelayan wanita itu dengan rasa cemas. Pakaian pelanggan lelaki di hadapannya sudah kotor dicemari sos pasta berwarna merah yang dibawanya tadi. 

“Sorry?” Mikael pandang jelik pelayan wanita yang kini sedang membongkok ke lantai, mengutip sisa-sisa pasta yang berada di lantai. “Are you blind?” Sekali lagi nada suara ditinggikan pada pelayan wanita itu. Wanita itu mengenakan cermin mata besar yang menampakkan lagi betapa ‘hodohnya’ wajahnya. Patutlah kononnya tak nampak dia, rupanya rabun!

“We are apologize for her behaviour, sir.” Seorang lelaki berpakaian sut dengan tag nama MANAGER muncul di hadapan Mikael. 

Mikael mendengus. Kata maaf dari pengurus restoran tidak dihiraukan. 

“Kami akan membayar ganti rugi untuk pakaian Encik,” tutur pengurus restoran itu lagi. 

“Ganti? Mikael senyum senget. “Do you know how much this cloth cost? It’s much more expensive than her salary.” Matanya memandang sekilas pelayan wanita itu yang kini sudah berdiri di sebelah ketuanya. ‘Hodoh’ betul wanita ini. Dengan cermin mata besar, rambut kerinting yang tidak kemas, dan pakaian yang sedikit berkedut, menampakkan betapa selekehnya perempuan ini. Entah bagaimana wanita ini boleh menjadi pelayan di sini. 

Pelayan wanita itu telan air liur. Otaknya sudah mula melakukan pengiraan berapa bulan gaji yang harus dia simpan untuk membayar harga baju lelaki kaya di hadapannya.

“Appologize,” suara pengurus mematikan ‘kiraannya’. Dia pandang pengurusnya sebelum memandang lelaki di hadapannya. 

Tak perlu!” Mikael angkat tangan. Dia tiada keinginan untuk mendengar kata maaf dari wanita hodoh ini. “Dia ucap kata maaf sekalipun, bukannya akan bersihkan baju ini.”

“Kami akan bayar ganti rugi,” tutur lelaki berpangkat pengurus.

“Even better,” Mikael tersenyum sinis. “My personal assistant will contact you soon.” Dia hulurkan satu kad nama pada lelaki pengurus. Dia jeling sekilas pelayan wanita yang hodoh itu sebelum berlalu pergi. 

Lelaki pengurus kembali memandang pelayan wanita. “Gaji you akan dipotong sebanyak 50% bulan ini dan bulan-bulan seterusnya sehingga hutang pada lelaki tadi selesai.” Sejurus ucapkan itu, dia berlalu pergi. 

Dan pelayan wanita itu melepaskan keluhan. Bagaimana dia mahu ‘teruskan’ hidup pada bulan hadapan dan bulan bulan seterusnya?

!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



Mikael memerhatikan keadaan sekeliling kelab malam dihadapannya. Sedikit pun dia tiada keinginan untuk mencari ‘teman’ bagi mengisi aktivitinya malam ini. Bahkan dia hanya melayan gadis-gadis yang datang menyapanya tadi dengan tidak acuh. Entah mengapa dia tiada keinginan untuk bermesra dengan gadis-gadis seksi itu malam ini.

“Hey, Kael!” kedengaran suara seorang lelaki. Lelaki itu kemudian mengambil tempat di sebelah Mikael.

Mikael diam. Tidak hiraukan kehadiran sahabatnya. 

Masih marah tentang kejadian tadi?”

“Kejadian apa?” Mikael kerut dahi. 

Jason jungkit bahu. “About what happen at restaurant this evening?” 

Mikael senyum senget. “Kau ingat stupid waitress tu penting bagi aku, Jase? Tak ada guna aku nak moody sebab dia. She’s not pretty after all.”

Jason angguk kepala. Bersetuju dengan Mikael walaupun dia tidak tahu bagaimana rupa paras pelayan wanita yang telah mencemarkan baju mahal Mikael, yang telah membuat mood Mikael petang tadi bagai pasir terkena ombak. “Jadi, apa yang buat kau datang sini? Ada seseorang yang kau mahu?” Mata Jason merayau mencari gadis seksi yang mungkin boleh dijadikan teman tidurnya malam ini.

Sekali lagi Mikael senyum senget. “Have anyone in your mind?”

Jason senyum nakal. Dia mendekatkan diri pada Mikael. “See girl over there?” Jason berbisik ke telinga Mikael sambil matanya pada gadis seksi yang berdiri tidak jauh dari mereka. “The one with red dress.”

Mikael pandang ke hadapan seperti yang ditunjukkan oleh Jason. “So?” Dia pandang Jason kembali, meminta penjelasan. 

Jason senyum nakal lagi. “She’s newcomer here. Aku tak pernah lihat dia kat sini sebelum ni. Wanna try?”

Mikael diam, tidak memberi respon pada soalan Jason. Matanya asyik memerhati gadis berbaju merah itu dari atas hingga bawah. Dress pendek paras lutut, cukup membuatkan mana-mana lelaki akan memandang gadis itu tidak berkelip mata. Dan mungkin saja, minda lelaki yang memerhatikan gadis itu sudah merayau pada apa yang ada di sebalik pakaian singkat gadis itu. 

“I think she has interest on you. She keep looking at here,” bisik lagi Jason. 

Mikael diam. Ayat Jason itu tidak dihiraukan. Entah benar atau tidak gadis itu punya keinginan terhadapnya. Entah-entah gadis itu sebenarnya berminat dengan Jason, bukan dirinya. Lagipun, tak mungkin gadis itu akan mahu memandang ke arahnya jikalau dia sibuk beramah mesra dengan lelaki yang tidak kurang kacaknya. 

“She’s coming here,” bisik Jason lagi apabila melihat gadis seksi berbaju merah itu, sedang melangkah ke arah kaunter minuman, tempat dia dan Mikael berada saat ini.

Gadis seksi berbaju merah itu mengukirkan senyuman pada Mikael dan Jason sebelum memesan satu minuman. 

“Her drink on me,” Jason bersuara pada pelayan di kaunter bar itu. Dia mengukirkan senyuman pada gadis seksi berbaju merah sambil matanya merayau pada badan gadis itu. Ah, tiba-tiba saja dia rasakan keadaan sekelilingnya panas. “Hai!” sapanya pada gadis seksi itu. 

“Hai,” gadis itu membalas sapaan Jason. 

Mikael jeling tajam Jason sebelum geleng kepala. Pantang betul sahabatnya melihat gadis seksi, mulalah naik miang. 

“Hai!” Gadis seksi itu menyapa Mikael pula. 

Mikael hanya membalas sapaan gadis itu dengan senyuman saja. 

Jason senyum nakal pada Mikael. “Aku bagi peluang ni kat kau. Enjoy the night, bro,” bisik Jason sebelum berlalu pergi ke celah-celah manusia yang sedang rancak menari. 

Mikael geleng kepala lagi. 

So, you seorang saja atau you sedang tunggu teman wanita you datang?” Gadis seksi itu bersuara lagi. 

Mikael senyum senget. “Untuk malam ini, I single.”

“Lucky me.” Gadis seksi itu senyum lebar.

Mikael senyum lagi. Nampaknya dia ada peluang untuk ‘mendekati’ gadis seksi ini. “Do you have interest on me?” Senyuman nakal dilontarkan pada gadis itu. 

Gadis seksi itu ketawa kecil. “You are a very straightforward person.” Jari telunjuknya merayau ke dada bidang Mikael. 

Mikael turut ketawa kecil. “Men don’t like complicated things.”

“Such as women?”

Women are complicated but they are irresistible. They are still men’s favourite.”

“I like your statement.”

Mikael ketawa kecil. “Thank you.”

“You are welcome,” ucap gadis itu sebelum menghirup minuman di tangannya. "

So, what should I call you?” Giliran Mikael pula mengeluarkan soalan. 

"Call me M."

"M for what?" Mikael angkat kening.

"M for Maira."

“Pretty name,” puji Mikael.

Maira senyum. “What about you?”

"Call me M too."

Gadis seksi itu menunjukkan riak hairan. Tidak memahami maksud lelaki di hadapannya. Atau lelaki ini sedang bergurau?

“Call me Mr. M.” Mikael senyum nakal. 

Maira ketawa. “Adakah you sedang persendakan I?”

Mikael geleng. “Nama I memang bermula dengan huruf M. But you can call me Kael.”

“M… Kael…” Maira berfikir. “Is it M for Mikael?” Dia pandang Mikael. 

Mikael angguk dengan senyuman. 

“A very handsome name.” Maira senyum menggoda. 

Mikael senyum lebar. 

“So, you ada nak pergi mana-mana tak selepas ini?” Maira berbisik di telinga Mikael. Sengaja dia mendekatkan tubuhnya pada Mikael. Sengaja dia menggoda lelaki itu. Dia ‘mahukan’ lelaki itu. 

Mikael senyum lagi. “I nak balik ke apartmen I.”

“Wanna show me your apartmen?” Tubuh Maira makin dekat dengan Mikael. Dia dapat rasakan hembusan nafas lelaki itu. Mikael pula tidak memberi tanda tanda tidak suka dengan lagaknya yang ini. Ah, lelaki! Mana ada kucing yang akan menolak ikan. 

“You nak datang ke apartmen I?” Mata Mikael pada Maira. Dia biarkan saja tubuh gadis itu bergesel dengan tubuhnya. Lagilah dia suka. Nafsu lelakinya mahukan gadis seksi itu. 

Maira angguk. “If you let me…” Dia senyum menggoda.

Mikael senyum lebar. Kepala yang tidak gatal digaru. “Well honey, I biasanya tak bawa balik perempuan yang I baru satu malam kenal ke apartmen I.” Mikael mendekatkan diri ke arah Maira. “Sekurangnya I perlukan 3 hari untuk kenal perempuan itu. And bring her to my bed.” Dia berbisik ke telinga Maira. 

Maira senyum hambar. Jerat tidak mengena malam ini. Apa yang dirancangkan beberapa hari lepas tidak menjadi kenyataan malam ini. “Well then, kita jumpa lagi dalam masa 3 hari.” Jari telunjuknya merayau di pipi Mikael sebelum berlalu pergi, menuju ke arah dari mana dia berada tadi. 

Mikael senyum kemenangan. Sebenarnya hatinya mahukan Maira itu. Tapi tak semudah itu dia mahu ‘kalah’ dengan godaan Maira yang seksi itu. Dia lelaki. Dia harus tunjukkan egonya. Dan yang penting dia harus menyusun strategi sebelum dia memperolehi apa yang dia mahu. 



No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.