Wednesday, October 12, 2016

Misophonia




Sejak kebelakangan ini, aku cepat meradang pada satu isu yang aku rasakan adalah perihal kecil. 

Sebagai contoh, seseorang lambat satu jam dari waktu yang dijanjikan. Oh, tahap kesabaran menunggu aku hanya bertahan selama 30 minit saja. 30 minit ke atas, aku kira dia seorang manusia yang tidak reti tepati masa. Urmmm... itupun jikalau alasan kelewatannya adalah sesuatu yang tidak munasabah. Hah!

Untuk hal sebenarnya aku bukanlah seorang yang selalu tepati masa. Adakala terbabas juga 10 minit mahupun 30 minit dari waktu dijanjikan. Lagi-lagi jikalau kau tahu orang yang bakal kau jumpa itu seorang yang tidak sangat mahu muncul tepat pada masanya. Janji jumpa pukul 11, bayang muncul pukul 11.45. Begitulah.

Dan untuk contoh kedua, bilamasa aku bersoal jawab dengan staff tentang satu insiden. Dan jawapannya yang tidak acuh itu kadang kala bikin aku bengang. Makanya, terus aku cakap "Okay" dan berlalu pergi dengan rasa negatif dalam hati. 

Kadangkala aku rasa mungkin aku terlampau penat dengan kehidupan aku, membuatkan hati aku cepat sensitif (mengamuk) pada satu isu yang bukanlah satu kesalahan. 

Ah ya, aku pun rasakan aku ini berada dalam depression, bila masa aku memilih untuk mahu teruskan tidur tanpa ambil peduli akan sudah tibanya untuk aku bangun dan bersiap untuk kerja. 

Okay. Itu saja sesi merepek. 


4 comments:

  1. aku pun cepat naik marah kalau orang tak tepati masa...lambat 20 minit pun, aku dah bebel macam mak nenek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah pandai membebel skang ni. Ermmm

      Delete
  2. Rsnya semua org akan rs nyampah bila tggu lama Atau diendahkan orang. Kita depress kot klau kita rs Mls, jd mcm gloom. Anyway, manusia ni die ada pattern msg2. Jd it's okay klau terasa Atau marah Atau kecewa Atau bengang. Tp kan semua rasa ni memenatkan awk. Pilih happy utk bt awk bahagia. Hehe..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.