Friday, October 21, 2016

Blog



Perkara yang tidak menarik blog aku ini adalah disini juga tersimpan kemas kenangan pahit yang pernah aku alami beberapa tahun lalu. 

Ada pepatah atau siapa entah yang hulurkan aku ayat ini "Boleh menjengah masa silam tapi jangan lagi menetap di situ."

Dan itu yang aku lakukan setiap kali aku perlukan idea atau mood menulis ( baca menyiapkan manuskrip)

Tapi setiap kali tiba membaca part komen, terus aku klik butang pangkah. Walau aku yakin aku telah move on, nampaknya masih ada 10% tentang memori yang menyakitkan itu. Haih. 

Katanya seseorang, 'Pengalaman itu mengajar itu kita erti hidup. Kesilapan mengajar kita erti ketabahan."

Actually, aku pun tak faham maksud ayat dia waktu itu. Rasanya sekarang aku faham. Heh. 

Okay, Bye.

Reenapple: Oh, selamat hari jadi Blog. Entah sampai bila aku mahu kekal tua bersama kamu. Hiks. 



6 comments:

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.