Saturday, September 3, 2016

Kistot: Idea




"Apa yang kita buat kat sini?" Dia pandang pemandangan tasik di hadapannya.

"Untuk tenangkan fikiran adik." Lelaki di sebelahnya bersuara.

Dia alihkan pandangan pada lelaki disebelahnya. Entah apa yang lelaki itu sedang lukis. Tapi dia tahu ia sesuatu yang indah melihatkan senyuman lelaki itu. "Fikiran adik?"

Lelaki di sebelahnya angguk kepala dengan senyuman. "Untuk adik lakukan apa yang adik suka."

"Seperti?"

"Menulis. Dah jumpa idea untuk novel adik yang seterusnya?" 

"Sengaja!" Dia kerling lelaki di sebelahnya dengan tajam. 

Lelaki itu ketawa kecil sebelum kembali menghadap kertas lukisan di hadapannya. Dan dia, kembali memerhatikan keadaan sekeliling di taman itu. Matanya tiba-tiba menangkap satu gelagat pasangan lelaki dan perempuan,

Dari jauh, wajah lelaki asing itu kelihatan kecewa. Lelaki itu pandang jambangan bunga di kaki dengan perasaan kecewa. Tertanya-tanya apa yang telah lelaki itu lakukan sehingga teman wanitanya memperlakukan bunga sedemikian rupa?

Terbit rasa simpati pada lelaki asing itu. Tapi, dalam masa yang sama, dia mendapat ilham untuk novel seterusnya. Senyuman kemenangan diukir!

Agak-agak apa yang dia mahu tulis ya?




No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.