Saturday, August 13, 2016

Bahagia




Aku rasa bukan satu kesalahan pun jikalau kita berpura-pura bahagia.  

Dan aku tak rasa kahwin itu adalah satu permulaan pada kebahagiaan. Bagi aku, kahwin itu adalah satu contoh bahagia. (Entah apa aku merepek ni) 

Definis bahagia bagi aku adalah subjektif. 

Contoh bagi aku, dapat makan makanan kegemaran pun aku rasa satu kebahagiaan. Dapat duduk dan berborak dengan manusia-manusia kesayangan pun aku rasa satu kebahagiaan.Dapat baca buku yang dah lama aku mahu baca pun satu kebahagiaan. Dapat menulis pun satu kebahagiaan. 

Mungkin betullah kata someone, yang aku bukanlah bahagia 100%. Aku tak bahagia seperti yang dia harapkan. Tapi aku tahu aku masih bahagia dengan life aku sekarang ni. Pengalaman lalu banyak ajar tentang hidup, tentang cinta, tentang itu dan tentang ini. 

Everybody wants happiness, nobody wants pain, but you can’t have a rainbow without a little rain.


2 comments:

  1. setiap orang kan beza makna bahagia pada diri diaorang,asalkan kita hargai/syukur dengan apa yg ada depan mata,itu dah kira bahagia walaupun kadang2 kita rasa kurang dn lihat orang lain lebih.

    ReplyDelete
  2. pada aku kalau ada orang teringat birthday aku pun dh rasa bahagia dh, even that someone just give a wishe.bahagia terlalu subjektif betul sgt tuu..and experience is a best teacher

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.