Sunday, July 17, 2016

Hipokrit



Aku sebenarnya tak suka menjadi hipokrit. Sangat sangat tak suka bila masa aku cuma mahu jadi diri aku yang sebenar.

Sebagai contoh, ini contoh. Contoh yang aku akan masukkan dalam manuskrip novel aku nanti. Ahaa

Aku suka seorang lelaki. Suka yang dalam erti kata lain ia adalah cinta. Tapi aku terpaksa berpura-pura tak suka dia hanya disebabkan keluarga aku minta jangan suka dia. Justeru itu, diantara kata hati dan kata akal, aku terpaksa turutkan nasihat keluarga. Iyalah, antara keluarga dengan seseorang yang 30% kenal, sah-sah aku akan dengar nasihat keluarga. Mereka yang selalu bersama aku saat jatuh dan bangun aku.

Dan sehinggalah apabila lelaki itu luahkan perasaannya pada aku. Okay, cinta aku bukan sebelah pihak. Untuk kali pertama. Tapi disebabkan 'arahan' dari keluarga aku, aku terpaksa lupakan ia. Aku terpaksa tolak perasaannya. Dan mungkin dia sedar akan hal sebenar, sebab mengapa aku tolak perasaannya.

Oh, okay. Panjang pula contoh merepek aku ini. Haha

Whatever it is, hipokrit akan buat aku berada dalam tekanan. It's like kau cuba berpura-pura untuk ambil peduli akan manusia yang kau tak sayang versus manusia yang kau sayang. Beban tak?

A friend of mine said "Trust nobody, Reen. Trust your instict."

But then, untuk hal yang terjadi beberapa tahun yang lepas membuatkan aku berhati-hati untuk percaya naluri sendiri mahupun manusia.

Lihat, aku punya masalah kepercayaan. Terhadap diri sendiri dan juga manusia.

Okay. Itu saja bebelan aku hari ini.

Thanks for reading.




No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.