Friday, July 8, 2016

Cerita



Di satu hari, ‘lelaki’ itu bertanyakan satu soalan yang telah lama dia rahsiakan dari sesiapa. Hatta daripada 'lelaki' itu sendiri. 

Soalnya ‘lelaki’ itu…

Aku mahu tahu siapa yang ciptakan tuduhan sebegitu pada diri aku? Siapa yang telah meracuni fikiran kamu?”

Dan dia memilih untuk mendiamkan diri. Itu adalah rahsianya. Itu adalah rahsianya dengan Tuhan dan juga dengan seseorang itu. 

Beberapa seketika, hatinya kemudian melontarkan soalan yang dia rasakan tiada gunanya dia simpan rahsia itu. 

“Apa gunanya kau mahu lindungi seseorang itu jikalau diakhirnya dia juga turut ‘tinggalkan’ kau sepertimana mereka lakukan pada kau?”


Dan sekarang, dia berada dalam keadaan keliru. Mahu atau tidak membuka kembali cerita beberapa tahun yang lalu? Cerita yang telah lama dia tutup.



No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.