Thursday, July 21, 2016

3 Tahun: #16



[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11[#12] [#13] [#14] [#15]

Hazwan Haris menghela nafas panjang saat dia menyedari kelibat gadis yang sedang menantinya. Tidak tahu sama ada dia harus melangkah ke arah gadis itu atau kembali masuk ke dalam keretanya dan beredar saja dari situ.

Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum membuat keputusan untuk melangkah ke arah gadis yang sedang menantinya. Dia berdiri di hadapan gadis itu tanpa bersuara.

Ain mendongak. Dia telan air liur. Tidak menyangka Hazwan akan munculkan diri. Sebenarnya dia sudah menanti Hazwan 30 minit dan dia baru saja berniat mahu beredar tatkala kelibat Hazwan muncul di hadapannya. “Hazwan…”

Hazwan diam. Dia mengambil tempat berhadapan Ain. Memandang gadis itu dengan satu perasaan yang sukar ditafsir. Tidak tahu jantungnya berdegup laju disebabkan dia masih marahkan Ain atau dia sebenarnya berdebar?

“Aku ingat kau takkan muncul…” Ain tersenyum kelat. Dia cuba memulakan perbualan, cuba menghilangkan rasa janggal yang dialaminya sekarang.

“Cakap apa yang kau nak cakap.” Ucap Hazwan dingin. 

Ain telan air liur. “Kau…” Ain tunduk. “Masih marahkan aku?”

Hazwan mengeluh kasar. “Aku tak nak jawab soalan ni.”

“But…” belum sempat Ain menghabiskan ayatnya, Hazwan memotong.

Cakap apa yang kau nak cakap, Ain.”

Ain mengeluh. “Kalau kau rasa aku bazirkan masa kau… just leave. “

Hazwan mendengus. Sedikit berang. “Kau bazirkan masa kita, Ain. Our. Not mine only.” Hampir saja Hazwan mahu tinggikan nada suaranya, tapi dia masih sedar diri. Mereka berada di tempat orang ramai.

Ain mengeluh lagi. Dia sejujurnya tidak tahu dari mana dia mahu mulakan penjelasannya. Mereka mendiamkan diri seketika. Dengan Ain cuba menyusun ayat dan Hazwan menanti ayat seterusnya keluar dari mulut Ain Umaira. 

“Kenapa kau tipu aku?” Hazwan kembali bersuara. Dia pasti, dia menunggu 100 jam sekalipun, Ain tak akan mahu bersuara lagi. Dia sudah menakutkan gadis itu. 

Ain tarik nafas sebelum memandang Hazwan. “I didn’t mean to do that.”

“Then?” Soal Hazwan tidak puas hati. 

“Aku nak rahsiakan itu sampai bila-bila. Tapi.. bila aku tahu kau baca blog tu dan….”

“Admire the writer?” Hazwan menyambung.

Ain kaku. Tidak angguk mahupun geleng. “Aku rasa semuanya akan okay tapi bila Sarah tiba-tiba mengaku yang dia adalah Miss Dark. Everything seem so fall apart.”

Hazwan peluk tubuhnya. Teh Tarik yang baru tiba di mejanya, langsung tidak diusik. 

“Aku ingatkan bila kau percaya yang Sarah adalah Miss Dark, everything will be fine then.”

“Dan kau sikitpun tak nak beritahu aku yang Sarah menipu?”

“Kau akan percaya aku, kalau aku beritahu kau hal sebenar?”

Hazwan telan air liur. Sudah tentulah dia tak akan percaya jika diberitahu hal itu. “I wasn’t believe that much yang Sarah adalah Miss Dark, Ain.”

Ain pandang Hazwan, menanti penjelasan lanjut. 

“Setiap kali aku tanya tentang entri terbaru, dia akan berdolak dalih. And I wasn’t stupid, Ain. Lagi-lagi bila Miss Dark up entry 3 tahun tu.”

Ain tersenyum kelat. “Aku dah rumitkan keadaan.”

Hazwan geleng. “Mungkin Sarah yang rumitkan keadaan. She pretend as you, and force you to give your blog, right?”

Ain pandang Hazwan. Bagaimana lelaki itu tahu hal sebenar?

“Kamal ceritakan pada aku.” Hazwan menjawab persoalan yang bermain di minda Ain.

Ain mengeluh. Tentulah Kamal akan jelaskan hal sebenar. Kamal ada bukti yang kukuh. “I’m sorry.”

Hazwan senyum kelat. “You don’t have to say sorry, Ain. Bukan salah kau. Ia salah Sarah. Salah aku. Aku pun tak tahu kenapa Sarah sanggup buat kau macam ni.”

“Because she loves you,” balas Ain pendek.

Hazwan mengeluh. Dia senyum hambar sebelum memandang Ain di hadapannya. “Maybe I didn’t love her after all.”

Ain diam. Tiba-tiba terbit rasa simpati pada Sarah. 

Sebab aku dan dia in relationship it’s because aku ingat dia Miss Dark. Tapi dia bukan Miss Dark.”

“But she really loves you.”

Hazwan senyum kelat. “Aku tahu. Tapi cinta tak boleh dipaksa, Ain.”

“Jadi… kau…” Ain memandang Hazwan. Tidak tahu bagaimana mahu tuturkan soalan ini. 

Hazwan tarik nafas panjang. Dia tahu apa yang Ain mahu tanyakan. “I don’t know. Should I love you and try to steal you from Adam? Atau biarkan kau berbahagia dengan Adam?”

Ain telan air liur. “He’s not my boyfriend. Kau sendiri dengar ayat dia hari itu.” Sungguh, hatinya tersangat-sangat terluka dengan ayat Adam hari itu. 

“But he loves you, Ain. 3 tahun ni, kau tunggu dia bukan?”

Ain telan air liur lagi. 

“He even know the smallest secret that you’ve been hiding from all of us,” tambah Hazwan lagi. 

Ain mengeluh. Dia sebenarnya tidak mahu bercakap tentang Adam. Dia tak mahu teringat tentang Adam. Dan dia juga tidak mahu berfikir tentang Adam Hakimi itu. 

“Do you love him, Ain?” Soal Hazwan lagi.

Ain telan air liur selagi. Untuk sekarang ini, dia tidak tahu apa jawapan yang harus dia berikan. Dia keliru. “Aku ingatkan aku tunggu Adam untuk 3 tahun ini it’s because I love him but then bila kau tanya soalan itu.. I just …” Ayat Ain mati di situ.

Hazwan telan air liur. Dia menanti ayat Ain seterusnya.

Ain pandang Hazwan, memandang lelaki itu dengan wajah kelat. “I just realized I don’t want to lose you, Wan.”

Hazwan telan air liur. Dia salah dengarkah? Belum sempat dia bersuara, Ain telah bangun, meninggalkannya. Dia lihat saja kelibat Ain Umaira hilang dari pandangannya. Dia mengeluh kasar. Apa yang dia harus buat ini?


Reenapple: Oh mai, Ain dah mula suka Hazwan ke? Kesian pula kat Adam. Hurmm 




3 comments:

  1. Peninglah dgn ain nih. Dia sbenarnya suka sapa? Kesian dkt adam. Tapi hazwan pun okey. Tapi skrg buntu yg mna satu heronya.

    ReplyDelete
  2. Best from the beginning. Can't wait for the next 😊

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.