Saturday, July 2, 2016

3 Tahun #15


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11[#12] [#13] [#14]

Ain Umaira menghela nafas panjang sebelum matanya memandang keadaan sekeliling bilik mesyuarat. Sedikit rasa kagum pada hiasan dalaman bilik mesyuarat itu. Elegan. Dipandang majikannya, Encik Adli, lelaki itu khusyuk menghadap iPad. Manakala Nadia di sebelahnya khusyuk membelek fail di hadapan. Dan Ain, hanya kaku saja sambil menanti gerangan yang dinantinya tiba. Lambat pula klien ini. Sudahlah dia lapar dari pagi tadi. 

Nafasnya dihela panjang. Dia sebenarnya masih terganggu dengan apa yang berlaku minggu lepas. Sampai hari ini dia langsung tidak mahu menjawab panggilan dari Adam. Mungkin marah? Mungkin itu, mungkin ini. Entah, dia sendiri tidak tahu atas sebab apa dia mahu marah Adam? Lelaki itu tidak bersalah. Yang bersalah mungkin saja adalah dirinya. Mungkin saja dia tidak mulakan blog itu, hal ini tak akan pernah terjadi. Dia tak akan pernah kehilangan kawan disebabkan Miss Dark. 

Dan Hazwan, sampai ke hari ini masih berdiam diri dengannya. Ya, dia tahu sahabatnya itu marah padanya. Tapi baginya dia lebih rela mendengar makian Hazwan dari sikap diam Hazwan. Makin Hazwan berdiam diri, makin dia rasa bersalah. Dan niatnya untuk menghubungi Hazwan sudah acap kali dimatikan begitu saja. Dia risau jika Hazwan tak mahu bercakap dengannya dan dia yang kecewa. 

Ain?”

Ain menoleh. Encik Adli dan Nadia sedang memandangnya. “Ya?”

“Something in your mind?” Soal Encik Adli. Risau juga dengan pekerjanya sejak dua menjak ini. Mana entah perginya karakter periang Ain Umaira.

Ain geleng.

“I harap you really mean it. I tak nak whatever personal problems you are facing right now, jangan campur adukkan dengan hal kerja.” dengan tegas Encik Adli tuturkan ayat itu.

Ain angguk tanda faham.

Beberapa seketika kemudian….

Maaf kerana lama menunggu,” kedengaran suara lelaki. 

Encik Adli bangun, begitu juga Nadia. Tapi tidak Ain. Gadis itu kelihatan speechless dengan apa yang dilihatnya. Tak mungkin! Atau dia hanya bermimpi sahaja?

Ain…” bisik Nadia. Hairan dengan sahabatnya ini. 

Ain bangun sambil mengukirkan senyuman kelat. Dia perhati saja Encik Adli berjabat tangan dengan Adam Hakimi. Sungguh, dia rasakan dunia ini begitu kecil sekarang. 

Adam mengukirkan senyuman sebelum mengambil tempat di sebelah Encik Adli. Dia pandang Encik Adli. “Boleh kita mulakan sekarang?”

Encik Adli mengukirkan senyuman sebelum menyerahkan fail di hadapannya pada Adam. 

1 jam berlangsungnya mesyuarat, Ain hanya mendiamkan diri saja. Yang lebih bnyak berinteraksi adalah Encik Adli dan Nadia. Dan dia cuma mencatat apa yang perlu saja. Jujur, dia segan dengan situasi yang berlaku. Dan sekarang dia tertanya-tanya siapa Adam Hakimi yang sebenar. Bagaimana lelaki seusianya mampu memegang jawatan tinggi sebegitu?

“I akan bincangkan dengan Encik Aliff macam mana nanti. If anything, saya akan inform kamu,” Adam bersuara seusai mesyuarat tamat. Matanya dikerling ke arah Ain. Gadis itu hanya mendiamkan diri. Dia pasti Ain sedikit sebanyak terkejut dengan apa yang berlaku sekarang ini. 

Encik Adli angguk. Dia bangun apabila Adam bangun. Dan sekali lagi mereka berjabat tangan. 

“Mahu lunch?” Soal Adam lagi. Matanya memandang Ain yang sedang mengemas barang di meja.

“Sure,” balas Encik Adli. Dia pandang kedua-dua pembantunya. 

Ain tarik nafas. “Sorry, saya ada hal.” Ucap Ain bersiap sedia untuk melangkah ke arah pintu. Belum sempat dia tiba di pintu, kedengaran sekali lagi suara Adam.

“Cik AIn Umaira tak setuju untuk lunch dengan saya?”

Ain telan air liur. Encik Adli dan Nadia sedang memandang Ain dan Adam berselang-seli. Hairan bagaimana lelaki itu mengetahui nama penuh Ain.

“Encik Adam kenal Ain?” Soal Encik Adli hairan. 

Adam senyum. “Of course I am. Ex girlfriend.”

Ain ketap gigi. Dia menoleh ke belakang, melangkah ke arah Adam yang tidak jauh darinya. Dia pandang lelaki itu dengan sedikit bengang. “I’m not your ex-girlfriend.” Ain sedikit bengang.

Adam senyum lagi. “Jadi? Awak nak cakap awak siapa bagi saya? Girlfriend ? Atau future fiancée? Future wife? You say YES to one of it, saya akan suruh Ibu saya masuk meminang awak.”

Ain telan air liur lagi. Dikerling ke arah Encik Adli dan Nadia. Ketuanya menggelengkan kepala. Memintanya tidak biadap dengan klien. Ain mengeluh. Dia malu. “Saya balik dulu, Encik Adli.” Ain melangkah keluar sebelum Nadia menuruti langkahnya. Nasib baik dia memandu keretanya sendiri. Kalau tidak, sah-sah dia akan menghabiskan satu jam lagi menghadap Adam Hakimi itu. 

Dan Adam hanya mengukirkan senyuman saja melihat gelagat Ain. Dia kembali memandang Encik Adli di sebelahnya yang kelihatan terpinga-pinga sebelum masing-masing melangkah ke lif. 

$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$


Adam mengukirkan senyuman sekali lagi apabila teringatkan kejadian tengahari tadi. Senyumannya mati saat kedengaran ketukan di pintu. Wajah Zarina, setiausahnya muncul di balik daun pintu. 

“Yes?” Soal Adam.

Zarina senyum kelat. “Cik Syarmila nak jumpa Encik Adam.”

Adam kerut dahi. “Saya tak ada sebarang temu janji dengan dia hari ini.”

Zarina angguk. Dia juga sedar akan fakta itu. “She insist want to meet you.”

Adam mengeluh. “Bagitahu dia, saya sibuk.”

Zarina angguk sebelum keluar. Tidak sampai 5 minit, kelibat Zarina muncul. “Cik Syarmila…” belum sempat Zarina menghabiskan ayatnya, seorang wanita berambut panjang telah melangkah masuk ke pejabat Adam.

“It’s Tengku Syarmila,” ucap Syarmila angkuh.

Adam mengeluh kasar. Kepala digeleng melihat perangai Syarmila. Langsung tidak pernah berubah. “It’s okay Zarina, awak boleh keluar sekarang.”

Zarina angguk.

Syarmila mengambil tempat di hadapan Adam tanpa dipelawa. 

You nak apa?” Soal Adam kasar. 

I nak jumpa you.”

“You patut buat appointment dulu.”

Syarmila ukirkan senyuman sinis. “Do I have to? I Tengku Syarmila. Perlu ke I buat appointment untuk jumpa you?”

Adam mendengus. Benci betul dengan sikap angkuh Syarmila ini. Dari dulu sampai sekarang tidak pernah berubah. “I sibuk. Kalau you nak bercakap sesuatu yang tak penting bagi I, leave Mila. Jangan bazirkan masa I.”

Syarmila senyum sinis lagi. “I miss you. Don’t you miss me?”

Adam tunjuk riak jengkel. “Jangan bazirkan masa I, Mila.”

Syarmila tarik nafas. Dia tak akan mengaku kalah. “For how long it had been? 7 years? It’s been 7 years since we lost contact.”

“You mean since you left me, right?” Soal Adam sinis. 

Syarmila telan air liur. Dia tahu dia bersalah. “You patut bagitahu I hal sebenar.”

Adam senyum sinis. “What for? There’s no TENGKU in front of my name. I cuma lelaki yang tak ada masa depan. Tak ada harta, Tengku Syarmila.”

Syarmila telan air liur. Dia tahu Adam sedang mengungkit hal yang berlaku 7 tahun yang lalu. 

7 tahun yang lalu, mereka adalah pasangan kekasih. Walaupun ianya hanyalah cinta monyet di zaman sekolah tapi ia menyeronokkan. Lagi-lagi dia mendampingi Adam hanyalah untuk membaiki akademiknya saja. Adam boleh dikategorikan pelajar yang cemerlang di sekolah mereka. Dan seusai tamat saja SPM, dia tinggalkan lelaki itu. Bukan saja dia putuskan hubungan mereka, malah dia hiris hati lelaki itu dengan ayat ayat yang kejam. Menuduh lelaki itu tidak layak untuk bersama dengannya hanya disebabkan dia andaikan Adam Hakimi berasal dari keluarga yang miskin.

“That’s the old story, Adam.” Ucap Syarmila tanpa rasa bersalah. “Lagipun sekarang I dah tahu siapa you yang sebenarnya. You patut bagitahu I siapa you sebenarnya or else I takkan layan you macam tu.”

“Apa yang you nak sebenarnya?”

Syarmila senyum. “I want you back in my life.”

It’s been 12 years, Mila. You expect I akan terima you balik dalam hidup I? Never!” Adam geleng.

Senyuman Syarmila dimatikan. Dia pantang orang berkata TIDAK padanya. “Oh come on, sayang.” Ucap Syarmila dengan suara menggoda. Dia tak akan mengaku kalah. “It’s been 12 years. You still remember those painful memories? I pun menyesal layan you macam tu. I am really really sorry,”

Adam senyum sinis. Kali ini dia tak akan percaya helah Syarmila. Cukup saja dengan apa yang berlaku padanya 12 tahun yang lalu. “I didn’t love you anymore. 12 tahun tu dah cukup untuk I lupakan you. Oh tak, lebih cukup untuk I lupakan you. You are nothing in my life.”

Syarmila senyum. Dia tak akan percaya apa jua yang Adam katakan ini. “Kalau betul you tak cintakan I lagi, kenapa you masih single?”

Adam ketawa kecil. “You really think I am single? I akan kahwin tak lama lagi.” Adam berbohong. Terus saja dia teringatkan Ain Umaira. 

Syarmila telan air liur. Tak mungkin! Maklumat yang diperolehi dari rakan-rakan sekelasnya dulu, mengatakan Adam masih belum punya teman wanita. 

Kalau you dah tak ada apa-apa nak cakap, it’s better you leave, Tengku Syarmila.” Adam bersuara lagi. 

“Kalau I tak nak?”

“Then I will call the security.

Syarmila ketap gigi. “I am a lawyer, Adam. I can sue you for being rude to me.”

Then I can sue you for wasting my time. You datang sini tanpa sebarang appointment. Siapa yang rude sekarang ni, I atau you?”

Syarmila mendengus sebelum bangun. “I akan siasat siapa perempuan tu.” Ucap Syarmila sebelum berlalu pergi.

Adam mengeluh. Harapnya Syarmila tidak lagi menganggu hidupnya. 



Reenapple: Makin lama Reen tulis, makin Reen sedar, Reen dah tak suka Adam. Hurmm . 























No comments:

Post a Comment

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.