Thursday, June 16, 2016

3 Tahun #12


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10] [#11]

Ain Umaira memandang Sarah Amalina dengan rasa malas. Mindanya cuba mencari tujuan mengapa Sarah muncul di rumahnya. Sudahlah hari ini hari Sabtu. Mengacau waktu rehatnya saja. 

Jam baru saja menunjukkan pukul 11.00 pagi. Ain baru saja bersiap sedia untuk keluar saat loceng pintu rumahnya ditekan berkali-kali. Tertanya siapa yang begitu tidak sabar dan Ain hanya mampu tarik senyum senget melihat wajah Sarah. Sudahlah memaksanya membuka pagar besi, ini pula masuk tanpa dipelawa. Sarah sememangnya perempuan yang tiada rasa malu. 

“Kau seorang je?” Soal Sarah dengan angkuh. Dipandang wajah Ain dengan rasa bengang. 3 hari dia cuba tenangkan diri, tapi tidak mampu. Hazwan langsung tidak mahu membalas panggilannya. Sarah tahu, Hazwan mahu mengelak darinya. 

Kau nak apa?” Soal Ain sinis. Dia dapat mengagak tujuan Sarah mahu berjumpanya. Itu mungkin disebabkan apa yang ditulisnya hari itu. Bukanlah niat Ain untuk menyusahkan Sarah tapi itu blognya. Dan dia sendiri tidak meminta Sarah menyamar sebagai Miss Dark.

“Aku datang nak jumpa kau,” balas Sarah dengan nada angkuh. 

Ain tarik senyum senget. “Kau datang jumpa aku? Funny. Bukan ke kau yang cakap tak nak jumpa aku lagi?”

Sarah mendengus. “Boleh tak kau jangan nak tambah bara dalam hati aku?”

Ain diam. Tidak memberi reaksi pada ayat Sarah. 

Kenapa kau tulis macam tu?” Soal Sarah lagi.

“Tulis apa?” Sengaja Ain buat-buat tidak mengerti.

Sarah memandang Ain dengan rasa bengang. “Tolonglah Ain. Berhenti berlakon. Kau tahu bukan apa yang aku cakapkan ni. Blog kau!”

“Kenapa dengan blog aku?” Ain sebenarnya malas mahu layan drama Sarah, sebab itu dia buat-buat tidak mengerti akan setiap ayat Sarah. 

Sarah mendengus. “Stop it, Ain!” 

Ain tarik senyum senget lagi. 

“Kenapa kau tulis macam tu? Kau dah rumitkan keadaan!” tambah Sarah lagi. 

“Aku yang rumitkan keadaan atau kau yang rumitkan keadaan?”

Sarah telan air liur. Sentap dengan ayat Ain. 

“And by the way, aku tak tahu kau nak mengamuk sebab entri aku yang mana satu. Ada banyak yang aku tulis.” Tambah Ain.

“Entri 3 tahun tu!” 

“Oh…” Ain berlagak tenang. “Jadi? Kenapa entri tu buat kau berada dalam keadaan rumit?”

Sarah kepal tangan. Sakit hatinya dengan lagak Ain. “Siapa yang kau tunggu?”

“Itu bukan hal kau.”

“Adakah Hazwan?”Sarah,cuba menduga. Dia tertanya-tanya sebab mengapa Hazwan tidak membalas panggilannya adakah disebabkan Ain? Adakah Ain menunggu Hazwan untuk 3 tahun ini? Adakah sesuatu yang dia tidak tahu sedang berlaku diantara Hazwan Haris dan Ain Umaira?

Ain geleng. Sarah ni tak habis-habis dengan Hazwan. Risau sangat dia akan rampas Hazwan. “FYI, Cik Sarah Amalina, aku tak ada niat untuk rampas Hazwan dari kau.”

“Bagaimana kalau Hazwan pilih kau?”

“Dia dah tahu hal sebenar? Yang aku adalah Miss Dark?”

Sarah geleng. 

“Jadi? Apa yang kau risau tak tentu pasal ni?”

Sarah mengeluh. Dia risau. Risau yang teramat. Sudah hampir seminggu Hazwan tidak menjawab panggilannya. Dan jikalau lelaki itu teramat sibuk, sudah tentu lewat macam mana sekalipun, Hazwan akan tinggalkan pesanan. “Hazwan dah lama tak berhubung dengan aku sejak kau tulis entri 3 tahun itu.”

Ain diam. Terbit rasa simpati pada Sarah. Tentu ada sebab Hazwan bertindak sedemikian. Dia pasti alasan sibuk bukan alasan utama Hazwan Haris. “So? Aku pun dah lama tak jumpa dia.” Dia tidak tahu apa yang harus dia katakan pada Sarah.

“Kau tipu bukan?” Sarah tidak mahu percaya. Dia pasti antara Ain dan Hazwan ada sesuatu.

Ain jungkit bahu. “It’s up to you. Aku cakap betul, kau cakap aku tipu. Aku tipu kau, lagilah kau tak percaya.”

Sarah mendengus. 

“Dahlah Sarah. Bazir masa kau dan aku je. Lagi baik kau keluar dari rumah aku ni, selagi aku dalam mood baik,” ucap Ain malas. 

“Macam mana kau boleh tenang macam ni, selepas apa yang kau dah buat kat aku?” jerit Sarah. Dia tidak penduli kalau jiran jiran mendengar jeritannya. 

Ain tarik nafas sedalam-dalamnya. Kesabarannya hampir saja tiba ke hadnya. “Kau nak apa sebenarnya, Sarah? Hazwan diam dengan kau, bukan urusan aku!”

“Sebab entri 3 tahun kau tu, dia ignore setiap call dari aku.”

“Itu tak ada kaitan dengan aku.”

Sarah mendengus. Benci dengan sikap tidak bertanggungjawab Ain. “Kalau Hazwan tinggalkan aku, sampai mati aku takkan maafkan kau.”

Ain senyum sinis. “Kau nak salahkan aku?”

Sarah angguk. “Semua ni salah kau. Kalau kau bagi aku blog tu, ini takkan terjadi.”

“Tapi tak ada sesiapa pun minta kau menyamar,’ sindir Ain.

Sarah telan air liur. Sentap untuk kali kedua!

“Kalau kau tak menyamar, semua masalah ni takkan terjadi. Kau yang tiba tiba mengaku kau Miss Dark. Dan aku tak pernah cakap apa-apa pun pada Hazwan. And plus, that’s my blog, Sarah. Aku ada hak untuk tulis apa yang aku nak.” Tambah Ain dalam nada sinis. Kesabarannya sudah kosong. Kali ini dia tak mahu lagi bersabar dengan perangai Sarah. Selama ini dia hanya mendiamkan diri saat mengetahui pengkhianatan Sarah. 

Sarah gigit bibir. Geram! “Kau memang tak akan mengaku salah kan?”

Ain geleng.

“Habis, salah aku?” jerit Sarah.

Ain angguk. “Kalau kau tak mengaku sebagai Miss Dark, semua ni takkan terjadi.”

Sarah sudah hilang sabar. Tangannya dinaikkan, berniat mahu menampar Ain. Tapi belum sempat dia berbuat sedemikian, kedengaran suara lelaki di pintu masuk. 

“Hey!”

Ain telan air liur. Sejak bila Adam tiba? Kenapa dia tidak sedar itu? Manalah dia sedar kalau dia sedang sibuk bertekak dengan Sarah yang tak habis mahu mencari salahnya. 

Kau Sarah bukan?” Soal Adam sebelum merapati Ain dan Sarah. Matanya memandang Sarah dengan tajam. 

Sarah diam. Tangannya yang mahu menampar Ain tadi, dijatuhkan segera. Air liur ditelan saat membalas balik pandangan tajam lelaki yang tidak dikenalinya itu. Siapa lelaki itu?

Kau Sarah yang menyamar sebagai Miss Dark, bukan?” Soal Adam lagi. Cuak juga dia tadi saat terdengarkan jeritan perempuan dari dalam rumah Ain. Dia tiba di rumah Ain 30 minit awal dari waktu yang dijanjikan mereka. Seingatnya mahu memberi kejutan pada gadis itu namun dia pula yang terkejut mendengar suara perempuan menjerit, dan ya, dia mendengar segala perbualan yang berlaku diantara Sarah dan Ain. 

AIn kerut dahi. Hairan dengan soalan yang keluar dari mulut Adam. Bagaimana Adam tahu tentang Miss Dark? Atau bagaimana Adam tahu mengenai Sarah yang menyamar Miss Dark? Adakah Kamal yang beritahu? Atau dia salah dengar saja?

“Who are you?” Soal Sarah dengan lagak angkuh. 

Adam senyum sinis. “Awak ni mesti jenis perempuan yang tak tahu malu. Ambil hak orang lain, lepas tu nak cari salah orang lain. Awak ni ada otak atau tidak?”

Sarah mendengus. Bengang pula dengan lelaki kacak di hadapannya. Sudahlah tak perkenalkan diri, alih-alih nak sindir dia pulak. Nasib baik kau handsome. Dia kembali memandang Ain yang dari tadi mendiamkan diri. Ain kenalkah lelaki itu?

Ain telan air liur. “Baik kau balik je lah, Sarah. Aku tak ada apa-apa nak cakap dengan kau.” Ain harap Sarah cepat-cepat balik. Tidak mahu rahsianya terbongkar. Walau dia pasti Adam sudah mengetahui hal sebenar. Tidak dia pasti kalau Adam tahu tentang Miss Dark dari Kamal, atau Adam sememangnya dah tahu Miss Dark itu adalah dirinya sejak awal lagi?

Sarah mendengus. Dia tidak pendulikan permintaan Ain. Ain harus terima balasan sebab buat hidup dia menjadi kucar kacir macam ni. Ini semua salah Ain!

“Apa lagi yang awak nak dari Ain?” Soal Adam lagi. Sakit hati pulak melihat lagak angkuh Sarah di hadapannya. Nasib baik Ain ada, kalau tak dah lama dia heret perempuan tak sedar diri ini keluar dari rumah Ain. 

Sarah mendengus lagi. Menyampah pula dengan lelaki kacak di hadapannya ini. “Kalau tak ada kaitan dengan kau, jangan masuk campur.” Ucap Sarah dalam nada bengang. 

Apa yang berkaitan dengan Ain, semuanya berkaitan dengan saya. Kalau awak nak menyamar Miss Dark sekalipun, teruskan saja. But… stay away from Ain.”

Sarah senyum sinis. “Kau ugut aku? Funny! Ain pun tak cakap apa-apa pun pasal kau, yang kau nak menyibuk kenapa?”

Adam ketap gigi. Perempuan ini memang tak tahu malu langsung! “Awak menyamar sebagai Miss Dark yang kita berdua tahu itu adalah Ain, semata-mata untuk dapatkan Hazwan.”

“Ain adalah Miss Dark?” Tiba-tiba kedengaran suara lelaki lain. Kali ini Sarah telan air liur. Begitu juga Ain dan Adam.

“Hazwan…” ucap Sara lemah. Dengan rasa takut. Entah bila Hazwan tiba, dia tidak sedar. Lelaki itu langsung tidak mengendahkannya. Mata Hazwan asyik ke arah Ain.

Ain telan air liur. Dia sedikit cuak. Hazwan dan Adam dipandangnya bergilir-gilir. Ah, apa yang dia harus lakukan sekarang ini.

Reenapple: Okay. Adam tahu so does with Hazwan. Agak-agaknya apa yang Hazwan akan buat nanti? Hurmm 



9 comments:

  1. Hazwan mesti akn tnggalkn sarah..pdn muka..jht sgt sarah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I guess that will happen soon. Hiks

      Delete
  2. lamanya baru keluar n3 ni... Ain..yg mana satu? Sarah ni pun ...mcm langau laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf. Sibuk dengan kerja kebelakangan ini. :(

      Delete
  3. Omg. Byk kejutan sehh. Klau saya jd hazwan pls bg penampar sikit dkt sara. Tak sedar diri betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hazwan lelaki baik. Dia takkan cederakan perempuan. Hiks.

      Delete
  4. Tertanya apa yg bakal berlaku ???
    Tunggu n3 dri penulis
    Xsabar rasanya
    Selamat berpuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu. Wait & See.

      Selamat berpuasa. :)

      Delete
  5. omg rahsia dah pecah. Hazwan mesti bengang. What will happen between Hazwan, Adam and Ain. Harap2 Ain choose Adam.... Can't wait for new entry..

    ReplyDelete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.