Thursday, June 2, 2016

3 Tahun : #11


[Prolog] [#1][#2] [#3] [#4] [#5] [#6] [#7] [#8] [#9] [#10]

Dulu, pernah dia menanti seorang lelaki. Katanya lelaki itu, 
"Saya akan kembali." 
Dan dia pegang janji lelaki itu. Satu tahun menginjak kepada tiga tahun. Dan lelaki itu masih belum kembali seperti yang pernah dijanjikan. 
Dia mengeluh. Mengeluh pada kebodohan sendiri. Kebodohan mempercayai janji itu.
Tiga tahun yang lalu. 
"Awak tipu kan?" 
"Tak. Saya pasti akan kembali. Saya janji." 
"Bila awak akan kembali?" 
"Tiga tahun?" 
"Kenapa tiga tahun?" 
Lelaki itu jungkit bahu sambil tersenyum.  
Tiga tahun hampir tiba. Mahu terus menanti atau move on saja?

-Miss Dark-

$$$$$$$$$$$$

Adam Hakimi mengukirkan senyuman saat membaca entri terkini dari Miss Dark. Dalam hatinya ada satu perasaan yang berlegar-legar dalam hatinya. Perasaan yang bikin dirinya tersenyum. Akhirnya Ain Umaira mengakui apa yang hatinya mahukan. Mungkin bukan melalui ayat yang jujur, hanya menggunakan kiasan seperti mana tertulis di blog Miss Dark tapi Adam tahu, Ain sedang menulis apa yang hatinya mahu, apa yang hatinya rasakan saat ini.

iPhone 6 miliknya dicapai, niat di hati mahu menghubungi Ain Umaira tapi dibatalkan saat akhir tatkala setiausahanya memunculkan diri di balik daun pintu. 

“Encik Adam, wakil dari Tix Holding dah sampai.” 

Adam angguk sebelum melangkah keluar, dan Zarina, setiausaha Adam hanya menuruti langkah majikannya ke bilik mesyuarat. Saat Adam tiba di bilik mesyuarat, dia telan air liur. Tertanya-tanya adakah wanita berambut panjang ini yang dia bakal berurusan nanti?

“Adam Hakimi… it’s a very suprising seeing you here,” ucap wanita itu dengan senyuman.

Adam mengeluh. Tiba-tiba saja dia teringatkan Ain. Baru saja dia terima berita gembira dan sekarang dia bakal menghadap berita buruk pula. 

$$$$$$$$$$$$

Di satu tempat lain, di pejabat Hazwan Haris… 

Hazwan berkali-kali membaca entri Miss Dark itu. Satu perasaan yang sukar ditafsir edang berlegar-legar dalam hatinya. Diantara keliru dan bengang, Hazwan mengeluh lemah. 

“Who are you, exactly?” ucap Hazwan lemah. Adakah selama ini dia tersalah membuat andaian? Adakah dia telah disumbat penipuan selama ini?

Nombor Kamal dihubungi. Dia harus beritahu Kamal tentang ini. Tapi tidak sampai 5 saat bunyi dering, Hazwan menekan butang merah. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini.

Tangannya dikepal. Tertanya-tanya siapa Miss Dark yang sebenarnya?

$$$$$$$$$$$

Dan di kediaman Sarah….

Sarah baru saja selesai membaca entri terbaru yang ditulis oleh Miss Dark. Dia mengeluh risau. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya saat ini. Dikerling telefon bimbit di sebelahnya. Harapnya Hazwan tidak menghubunginya. Dia tidak tahu apa jawapan yang harus dia berikan pada lelaki itu. Lelaki itu tentunya akan mengamuk padanya. Mengamuk padanya sepertimana Hazwan mengamuk pada Ain atau lebih dari Ain. Sebab apa yang dia lakukan ini adalah kesalahan besar. 

Ain, kau rumitkan lagi keadaan. Kenapa kau perlu tulis macam ni?” Sarah bercakap sendirian. Dia mahu menghubungi Ain tapi dia sudah padam nombor telefon gadis itu dari telefonnya. 

Argh… bagaimana dia mahu hadap ini? Apa yang harus dia jelaskan pada Hazwan? Dia tak mahu kehilangan Hazwan tapi dia juga takut untuk berterus terang pada lelaki itu.



Reenapple: Agak-agak apa yang akan terjadi since Hazwan tahu hal sebenar? 



2 comments:

  1. Klau hazwan tahu sarah boleh gi matii. Hurghh. Nyampah kot. =='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe Sarah akan balas dendam. Haa :P

      Delete

Daun lili daun keladi
Kalau sudi, sila komen lagi.